2014-04-18

Royal Belum Adventure With TA and Friends (Part 1)

Assalammualaikum!!!


Semangat bukan main nak apdet cerita Royal Belum ni sampai terpaksa ketepikan dulu semua entry yang lain! Ayuh, kita mulakan.... kat mana nak mula ni? Ok aku mulakan dengan plan percutian TA bersama rakan-rakan ke Royal Belum dulu.

Idea nak ke Royal Belum ni datangnya dari aku dan Chawana, sebab apa? Sebab kami memasing takda trip sejak bulan satu haritu! So memasing dah macam meroyan la sebab asyik tengok orang kat UK tu travel tetiap minggu walhal kami ni duduk rumah jadi suri rumah berjaya, mana aci kan! Riki punya riki tengok harga semua macam gampeng (sebut selow-selow ye) mahal ya amat! Paling murah pun ada la dalam 300 ke 400 ringgit! Gigil-gigil jugak la sebab kami ni bukannya anak jutawan Bill Gates. So teringat pulak yang Lily ada kawan-kawan yang baik hati untuk dapatkan harga pakej yang murah. Alhamdulillah, Lily tolong arrangekan semua dari segi booking. Tak sia-sia lantik Lily jadi 'Kakak Kawasan' maka berkumpullah kami TA dan kawan-kawan yang terpilih untuk menjayakan Ekspedisi Royal Belum ni pada 12 dan 13 April 2014. 

Kami mengambil pakej daripada Belum Outdor Adventure (BOA) boleh ketik SINI. Bayaran seorang adalah RM 150 sahaja untuk 2 hari satu malam. 

AHAD (SEMINGGU SEBELUM HARI KEJADIAN)

Seminggu sebelum hari kejadian, kami buat meet up kat KLCC, jumpa kawan-kawan blogger yang tak pernah jumpa dan beramah mesra la kami semua di sana. Bukan apa, nanti tak kenal pulak di hari kejadian kan. Di samping itu, kami ada jugak plan macamana nak bertolak dari KL dan aturkan perjalanan sepanjang hari kejadian nanti. Sementara nak tunggu masa nak ke Royal Belum, masing-masing dah eksaited nak mati dah, ada yang shopping seluar baru la, sleeping bag baru la, ada yang nak masak roti jala la (kononnya nak pakai tin susu buat acuan roti jala tapi tak jadi), dan macam-macam lagi.

Sesi beramas mesra.
Kami bertolak dari KL ke Ipoh pada hari Jumaat (11 April 2014). Team JB (Pae dan Shahrule) katanya akan bertolak tengahari Jumaat. So aku pun tunggu la Shahrule kat Putrajaya. Dia drive sendiri dari JB manakala si Pae pulak tengah bergelut dengan masalah kilang dia yang tak sudah-sudah. Hampir-hampir cancel trip Royal Belum dia disebabkan kerja. (Ha tengok drama pertama dah bermula). Shahrule pulak siap sesat-sesat sampai ke Sepang sebab tak jumpa signboard Putrajaya (eh hahahaha) Tapi alhamdulillah sampai Shahrule ke Putrajaya dan letak kereta kat rumah aku. Dari Putrajaya, Kak Coco akan ambik kami berdua dan terus ke pusat pertemuan di RnR Rawang. Manakala Pae pulak selamat dapat beli tiket bas pukul 10.30 malam direct ke Ipoh... syukur, dapat jugak ko join kan Pae.

JUMAAT (PETANG DAN MALAM HARI KEJADIAN)

Maka bermulalah perjalanan kami malam tu... highway agak jem dan sampai 2 kali berhenti kat RnR ni padahal nak ke Ipoh je! Sempat la jugak makan bekal nasik goreng yang dibawa oleh Afif (blogger ternama), beliau masak sendiri ye nasik goreng tu... maka masing-masing melantak nasik goreng Afif tanpa segan silu.

Dekat RnR pon sempat Selfie lagi!

Kereta Kak Coco
Kak Coco
Aku 
Shahrule

Kereta Byya
Byya
Lily
Afif
Hang Dhamin

Kereta Chawana
Cawan
Na
Aqilah
Dan Arif (Tompang balik Ipoh nak Jumpa Isteri)
Adik Na (Tompang balik Ipoh jugak)

Kereta Keluarga Bahagia
Ely
Hasrul
Sami
Suci

Kereta Zara Ab 
Fadh
Zara

Bas Qistina (Dari JB ke Ipoh)
Pae

Oh lupa nak bagitau, jumlah ahli rombbongan kami adalah seramai 18 orang termasuklah 3 orang kanak-kanak (Sami, Aqilah dan Suci). Dan kami semua berkonvoi 5 kereta ke Ipoh. Sampai di Ipoh dah pukul 11.30 malam, kami singgah pulak kat Dataran MBI untuk makan Char Kuew Tiao dan beberapa makanan lain yang tak dikenalpasti. Katanya wajib singgah makan kat situ sebab dah lama teringin...so singgah la kami semua di Dataran MBI tu. Borak-punya borak dah pukul 12.00 pagi, maka semua akan bertolak ke rumah Mak Chawana, sebab kami akan tido di sana malam tu. Manakala aku, Kak Coco dan Shahrule sempat lagi singgah kat Gerbang Malam, Ipoh cuci-cuci mata. Nasib baik banyak jugak kedai masih buka malam tu. Kengkonon nak cari seluar celoreng-celoreng, tapi last-last tengok je, tak beli pon.

SABTU (HARI KEJADIAN)

Layanan di rumahmak Chawana sangat first class, pagi-pagi mak dia dah bangun dan sediakan juadah sarapan pagi untuk kami. Ada kuih kasuie, cucur badak dan nasik lemak! Dan kek Kak Coco sebagai makanan sarapan sampingan. Takde pon anak-anak dara yang menolong masak, yang ada anak-anak teruna yang rajin membantu potong bawang, timun dan segala macam benda la. Haish apa nak jadi anak-anak dara zaman sekarang hiks.

Aksi wajib sepanjang masa.

Selesai bersarapan pagi dan bersiap-siap akhirnya kami pun bertolak la ke Gerik pada jam 9.00 pagi. Perjalanan ke Gerik mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak la sebab kami diminta untuk berkompol di Jeti Awam Pulau Banding pada jam 1.00 tengahari. Dalam perjalanan nak ke Gerik ni pon banyak drama jugak berlaku, kereta Keluarga Bahagia Ely Hasrul kene tahan Polis pulak tu! Sebab apa? Sebab tak tampal road tax kat cermin! Hasih nasib baik la tak terkubur harapan nak ke Royal Belum hehehe. Nak ke jeti tu pun satu hal jugak, sign board dia sangat mengelirukan, bila tanya dengan geng kereta lain (yang dah bawak macam pelesit meninggalkan kami di belakang) kata ada yang sebelum jambatan kedua Pulau Banding la, ada yang cakap satu kilometer dari jambatan pertama la, stress pulak masa tu sebab jam dah pukul satu! Takut kena tinggal hahaha. Dah la line talipon pon tak ada, pastu lagu-lagu kat radio pon yang jenis bahasa asing yang sukar difahami. 

Jeti Awam Pulau Banding.
Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kami di Jeti Awam, lokasinya agak tersorok dan nak masuk kawasan tu pun agak was-was jugak la. Kena parking kereta kat atas bukit sebelum menapak turun ke bawah kawasan jeti. Sampai je kat kawasan jeti kami tengok sedap je diorang melantak makan tengahari kat situ. Menyampah. 

So memang sempat la kami lunch dulu kat jeti sebab pikir-pikir nanti mana ada diorang sediakan makan tengahari dalam boat tu. Dalam pukul 1.30 baru kami semua naik ke rumah bot.

Tu dia rumah bot kami!
Wow ada aksi hindustani ke? Kibar2 kain bagai?
Oh Kakak Santek dengan Suci rupanya.
Bila dah angkut semua barang naik atas rumah bot, barulah boleh berehat sekejap. Rumah bot yang kami naiki adalah rumah bot berkonsep terbuka (tanpa dinding) dan ada dua tingkat. Hanya ada 2 buah bilik di tingkat atas manakala di bahagian bawah terdapat ruangan dapur dan tandas (tandas dia lengkap dan bersih ok). Selebihnya adalah kawasan santai, kita boleh lepak-lepak dan baring-baring secara bergelimpangan di sana-sini.

Tenang je air Tasik Temenggor ni... alhamdulillah

Untuk makluman juga, bukan kami 18 orang je yang naik satu rumah bot tu, ada 3 groups lagi yang naik sekali dengan kami menjadikan jumlah semua penumpang rumah bot tu lebih kurang 35 orang. Alhamdulillah semua penumpang yang naik tu baik-baik belaka dan tak buat hal. Hehehe. 

Kemain lagi Aqilah ni ha bergaya.
Keadaan dalam rumah bot.
Memang kami bergelimpangan je atas tu..
So bot bergerak lebih kurang 1.30 tengahari. Kami diberi taklimat oleh ketua pasukan yakni Encik Hisham. Dan kami juga diminta untuk mengisi borang pendaftaran. Permit untuk masuk ke Taman Negara Royal Belum telah diuruskan oleh BOA lebih awal, sewaktu pembayaran dibuat. Masa taklimat tu ada la Encik Hisham tu bagitau perjalanan program selama 2 hari satu malam kat atas bot tu. Dan pesannya, masa nak lalu kat kem askar sebelum masuk ke Royal Belum tu jangan ambik gambar, demi keselamatan negara atau nanti kemera anda akan dirampas! (Masing-masing peluk kemera ketat-ketat).

Ini jurumudi  rumah bot kami!
Sebelum memulakan perjalanan , dengar briefing dan isi borang maklumat peribadi dulu.
Isi borang dulu.
En Hisham (Bukan Icam adik Na tu ye) sedang beri briefing.
Tekun kononnya mendengar.
Isi borang pon nak meniru ke? Hahahaha
Perjalanan menuju ke destinasi pertama adalah untuk melihat bunga Refflesia , tak jauh, hanya mengambil masa 30 minit pelayaran di atas Tasik Temenggor ye. Ha satu lagi nak kasi tau, nama tasik kat Royal Belum ni bukan Tasik Banding ye, ia adalah Tasik Temenggor. 


Bye bye Jeti!
Sementara nak tunggu sampai ke hentian pertama.
Relax habis dah ni ha....
Ada Hammock disediakan di tingkat bawah so pilih la nak tido sini ke ATAU...
Tido je depan pintu macam Shahrule ni.
Lepak layan angin depan pintu bot.
Sambil-sambil mengunyah Jajan.
Miss B dan boyfriend nya ...
Tansree dan HD.
Sampai di Kawasan Bunga Refflesia, kami kene buat senaman rinagn dulu. Katanya nak kene mendaki tahap 2.0, so kenala regang-regangkan apa yang patut! Aku tengok memasing takde gaya nak hiking pon, siap ada yang pakai mini skirt pulak tu manjat bukit! Cik Aqilah pulak siap pakai selipar dan baju Hello Kitty untuk hiking! Ha korang mampu? lepas tu dia siap panggil aku dengan Byya "Janggel, Kak Byya tunggu la saya...."

Tu dia hentian pertama kami.
Kem X-Ray pulak namanya.
Masing-masing eksaited.
Alhamdulillah cuaca elok.
Pintu masuk ke dalam hutan.
Nampak tak kegigihan Keluarga Bahagia di situ?
Kakak Santek yang GAGAH.
Sempat lagi bergambar dengan pokok keladi besar.
Eksersais dulu.


Laju je Aqilah nak memanjat...
Ha korang mampu pakai mini skirt masuk hutan?
Sapai je kat puncak, hampa sebab tengok bunga Refflesia dah layu.... katanya bunga Refflesia hanya boleh kembang dalam masa 7 hari je. Lepas tu ada la nampak bunga-bunga Refflesia yang masih belum berkembang. Nampak gayanya kena datang lagi la ni kan. Ok pasrah.

Sampai dah tempat Refflesia.
Mana Refflesia nye??
Dah layu....
Dan masih belum kembang...
Takde bau pun?
Baiklah kita selfie dulu...
Dan selfie lagi sebelum naik bot semula.
Sambung selfie sementara tunggu nak ke destinasi seterusnya.
Bertabahlah,..
Kami pun balik semula ke rumah bot. Sebab masih ada satu lagi aktiviti yang menarik untuk hari itu! ok nanti aku sambung di next entry.... panjang pulak kalau tulis kat sini.


WASSALAM.

32 comments:

  1. tido macam tu depan pintu kene practice dulu yer, ingat senang? susah tau!

    kene banyakkan practice dulu.. bangun2 terus ok start jalan masuk kampung orang asli sambil takde rase sakit tengkuk.. haha

    ReplyDelete
  2. Amboiii!!! Tak ingatkan saya bila sampai sana, ya?
    Jangan lupa baca versi saya tau!

    ReplyDelete
  3. sudah la dr!!! kata sleeping centre dah tak OK?

    macam biasa...memang detail

    saya suka awak
    dari peminat tegar

    *kikiki*

    ReplyDelete
  4. pehh..cantinya..hutan belum...
    nice shoot memng awesome!..
    paling best tidur kat house bot..
    pakej dia pun ok 2 hari 1 malam..
    btw patutla lama x nampak bro aliff updte blog..p belum rupanya :P

    ReplyDelete
  5. pehh..cantinya..hutan belum...
    nice shoot memng awesome!..
    paling best tidur kat house bot..
    pakej dia pun ok 2 hari 1 malam..
    btw patutla lama x nampak bro aliff updte blog..p belum rupanya :P

    ReplyDelete
  6. magadddddd..dh baca entry kome semua ni aku dh macam malas nk update..apa lagi aku nk citer! Memang cuaca cun la time kite pegi tu..alhamdullilah..best jgk mandi dengan ikan toman..semoga dapat mandi dengan ikan toman dan kelah lagi lepas ni hahaha..

    ReplyDelete
  7. Untungla bas Qistina dapat iklan free... huhuhu.
    Betulla na.. cuaca nice jer kan. kite balik br hujan...

    ReplyDelete
  8. lucky nyer! best sgt dapat bercuti in big groups like this! mesti seronok! hehe

    x, Farah

    ReplyDelete
  9. menanti next entry...eeh takde ke gambar kuih kasuei yg mak chawana buat tu..kalau ada sila lah tepek sekali utk next entry hehehe

    ReplyDelete
  10. Cantik gambar nye.. sambung laa cite lg

    ReplyDelete
  11. Kenapa komen saya tak keluar? Hu hu...dah lama saya hantar, awal-awal dah hantar... :(
    Tahniah kerana berjaya menerjah hutan Perak dan menyatukan ramai blogger :)

    ReplyDelete
  12. Hahahahaha doc.shahrule tu dh terer tido pelbagai position kat spital...sbb tu dia blh tido dpn pintu hahahahaha!

    ReplyDelete
  13. heheeee... ada jugak gambar2 aku yang tersirat dan tersurat di situ .. thanks edit bagi nampak aku ni kurus hahahaa.. :D

    Bagus la semua dah update cerita belum.. wiiiiiii... :D

    ReplyDelete
  14. hamooii ber selfie sana sini...jeles i oulss...gigih betul si kecik ni mendaki masuk utan..TT Boy pun dah join the group

    ReplyDelete
  15. Shahrule

    Hanya ko je yang mampu buat camtu. Hahahaha

    ReplyDelete
  16. Kak NA

    Macamana nak ingatkan, line talipon tak ada hehehwhw.


    Ok dah baca dah versi kak Na

    ReplyDelete
  17. Kak anash

    Hahaha motif sangat kan!

    ReplyDelete
  18. Sobri Yaakob

    Yp memang cantik hutan belum ni. Thanks sudi baca. Pakej dari BOA pun memang berbaloi. :)

    Yup Afif pon join trip ni, :)

    ReplyDelete
  19. MKL

    Alhamdulillah... rezeki :)

    ReplyDelete
  20. Chawana:

    Ha tu la...bukan selalu dapat mandi tasik kan...SEMOGA!

    ReplyDelete
  21. Pae

    Demi ko mendapat keriangan berganda, ucap tq kat Qistina cepat! Hahahaha

    Haah alhamdulillah cuaca elok kaan.

    ReplyDelete
  22. Farax

    Bercuti dengan teman sekepala memang best!

    ReplyDelete
  23. Mrs Smile


    Ala takdw la gambo kuih kasuei tu...rujuk blog kak cico pasti ada :)

    ReplyDelete
  24. Cawan

    Hahahaha tu permintaan ke apa tu?

    ReplyDelete
  25. Kak NA


    Eh komen akak dah keluar kat atas tu, jangan risau heheheh thanks akak.

    ReplyDelete
  26. Biqque

    Huntungla dr tu kannnnn....

    ReplyDelete
  27. TT

    Mestila kene ada gambar anda itu... kan femes hehehwhw

    Takde edit2 bagi kurus pun, mmg dah kurus.

    ReplyDelete
  28. JM

    Harusla gigih selfie, ada org hadiahkan monopod katanya hahahaa.

    Aqilah mmg queen of the jungle, nak jadi bini tarzan katanya.

    Afif dijemput khas sebagai kengkawan TA hehehe.

    ReplyDelete
  29. Oh aku dah kurus ker???? aduhai melting kihkihkihhh boleh tak? :D

    ReplyDelete
  30. thanks for sharing!
    nak g nnt insyaALLAH

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS