2014-04-23

Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 2): Melawat Kampung Aman Damai

Assalammualaikum!!!

Ok memandangkan memasing gigih update kisah Royal Belum, maka aku oun nak gigih jugak la. Tak nak ketinggalan keretapi hahaha. Ayuh baca sambungan Part 1.


Selepas selesai menziarah (macam melawat orang sakit pulak) bunga Rafflesia yang terkulai layu di Tasik Temenggor tu, kami bergerak ke destinasi seterusnya, yakni ke Kampung Orang Asli Aman Damai. Wah memula dengar nama kampung tu rasa macam tipu je. Tapi sebenarnya betul ye, memang kampung Orang Asli tu namanya Kampung Aman Damai. Perjalanan menuju ke Kampung Aman Damai ni lebih kurang 1 jam daripada tempat tengok bunga Rafflesia tadi. So sementelaah masa perjalanan pun lama, maka kami pun ada la yang tido atas bot tu, ada yang bergayut-gayut kat hammock dengan kadar dengki tak bagi orang lain amik hammock dia, ada yang duduk bergosip di penjuru bot, sambil-sambil tu lega la jugak sebab ada diorang sediakan minum petang.

Oh satu yang aku suka dan sangat nak puji adalah, akak kat dapur rumah bot ni (yakni krew BOA jugak la kiranya) sangat pandai masak, dan masakan dia memang ada mix western dan eastern gituh! Ok part makan nanti aku cerita kejap lagi, tapi kesimpulannya memang sedap la akak tu masak. Tapi petang tu kite minum air sirap dulu yer sementara nak menunggu sampai ke Kampung Aman Damai.

Sebenarnya sebelum mula aktiviti Belum ni pun pihak BOA dah pesan, kalau ada apa-apa sumbangan nak didermakan kepada masyarakat Orang Asli kat situ boleh la bawak. Memula tu macam terpikir nak bawak baju ke, makanan ke, buku-buku ke tapi bile kira-kira barang kat rumah rasanya macam tak sesuai je nak bagi sebab kalau nak bagi baju /pakaian pun dan buruk sangat. Orang kata kalau nak bagi barang kat orang biarlah barang tu elok, dan kita pikir kat kita sendiri, kita nak tak pakai barang tu? kalau kita sendiri pun dah taknak pakai barang tu kenapa pulak kita nak bagi kat orang, orang akan pikir benda yang sama la kan. Lainla kalau barang tu elok lagi dan masih cantik, dan kita taknak pakai sebab kita kaya raya , jenis sekali pakai pastu simpan dalam lemari taknak pakai dah. Haaa kalau macam tu boleh la korang sedekah tiap-tiap minggu. So kesimpulannya aku beli je biskut-biskut teddy bear kat Giant dua plastik besar tu untuk distribute kat kanak-kanak Orang Asli kat sana. Alhamdulillah, budak-budak mana yang tak suka kan hehehe.

Tu dia dah nampak Kampung Aman Damai.
Bot kami semakin menghampiri Jeti kampung.
So setelah hampir sejam perjalanan akhirnya kami pon tiba di Kampung Aman Damai. Dari jauh nampak la satu pulau kecik dan ada rumah-rumah yang diperbuat daripada buluh. Memang macam rumah Orang Asli la. Tetibe terbayang rumah Orang Asli kat kampung aku, jauh lebih baik dari yang kat Kampung Aman Damai ni. Lepas tu dah nampak dah penduduk-penduduk kampung yang tunggu, duduk tepi-tepi tebing tasik menyambut kedatangan kami. Ya Allah rasa macam sebak pun ada jugak bila tengok kehidupan mereka, tapi itulah cara hidup mereka sejak beratus-ratus tahun dulu dan kalau ada kemodenan sikit pun, hanya sekadar pakaian, dapur masak, tong gas dan beberapa keperluan asas yang lain. Tapi aku tengok kampung Aman Damai ni macam kampung yang agak baru la, sebab rumah-rumah pun macam tak usang sangat dan banyak juga rumah-rumah yang baru dibina.

Ramai budak-budak dah tunggu kedatangan kami!
Keadaan sekitar kampung.
Aktiviti harian mereka.
Baru balik memancing dan mandi.
Balik rumah la kot.
Ramai jugak yang memancing petang tu, mungkin untuk makan malam.
Keadaan kampung.
Jejak je kaki kat kampung tu, kami disambut dengan lambaian anak-anak Orang Asli kaum Jahai. Ye kat Belum ni ada dua kaum Orang Asli yang dikenalpasti yakni kaum Jahai dan kaum Semai. Orang Asli Jahai merupakan salah satu daripada kaum Asli yang terdapat di Hutan Belum,Perak dan kedua-dua kaum Orang Asli ini asalnya daripada kelompok Negrito.

Tudiaaaa Tansree turun padang!
Tansree dan Sami menghulurkan sumbangan.
"Ha apa lagi Sami, bagi la kat kawan tu" kata Tansree Coco.
Shahrule pun tak kurang hebatnya kempen ....
Ni Sorang lagi... Hang Dhamin. tak ketinggalan.
So apa lagi bila dah sampai situ, kami pun menghulurkanlah sumbangan yang tak seberapa kami tu, berebut-rebut anak-anak Orang Asli tu ambik makanan 'jajan' yang kami bawak. Sekali tengok Tansree Coco tu memang dah menang gaya dah macam Tansree turun padang buat kempen besar-besaran, lepastu Hang Dhamin dengan Shahrule pun masing-masing taknak kalah, masing-masing sibuk nak meraih undi lagaknya. Seronok tengok bebudak tu semua. Siap ada yang menyanyi-nyanyi lagi dalam bahasa diorang... tak paham la kan, bahasa Orang Asli Belum ni.

Kemain suka la bebudak dapat jajan ye dak.
Ha tak cukup tangan dah tu.
Ha ni Ustad ni, sebok jugak nak bergambar dengan peminat katanya.
Laaaaa aku dah jadi macam personel photograper Tansree Coco pulak.
Ini kami!!! (Gambar Hang Dhamin)
Kami lagi! Amboi adik depan tu posing Tyra Banks! (Gambar Hang Dhamin)
Antara rumah yang ada di situ.
Ni rumah ubat...ada dijual macam2 akar kayu kat sini.

Sedikit info mengenai Kampung Aman Damai, Royal Belum:
Jumlah keseluruhan penduduk kampung dikatakan lebih kurang 100 orang dan kesemuanya menganut agama kepercayaan nenek moyang mereka. Rumah-rumah baru dibina sekiranya ada pasangan baru yang telah berkahwin dan akan tinggal berasingan dari rumah keluarga mereka. Dari situ populasi mereka akan berkembang. Walau bagaimanapun, perkembangan populasi kaum Jahai ni agak perlahan.
Macam-macam jugak aktiviti ada kat Kampung Aman Damai ni antaranya aktiviti menyumpit, dan kita digalakkan untuk mengajar mereka membaca dan sebagainya.


Ok video ni aku amik dari Instagram Miss B.
Comel tak? Hehehe
Ok ni pasangan Zara dan Fadh! (Gambar Hang Dhamin)
Ni Laki Na yakni Cawan yang baik hati hikhikhik . Melawat kawasan pembinaan katanya.
Dr tengah tunggu patient. Tapi takde sapa datang.
Makcik ni tengah sebok membasuh.
Ni gadis-gadis rimba...
Ok nak balik dah.
Rumah kami dari kejauhan
Captain Amerika nak balik dah.
Ok selesai di Kampung Aman Damai, kami seterusnya akan di bawa ke Kem Sungai Tiang, di mana tempat kami akan bermalam (sepatutnya la). Perjalanan ke Kem Sungai Tiang mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak la. Sebenarnya Kem Sungai Tiang ni merupakan based camp yang sangat lengkap, ada chalet, dorm dan kemudahan tandas yang sempurna. Tapi sampai je kat kem tu,kami diberitahu yang main generator kem tersebut rosak! Makanya malam tu kami semua akan tidor di atas rumah bot secara berjemaah. (Cadangan asal adalah, perempuan boleh tidur dalam chalet dan dorm yang telah disewa oleh BOA manakala yang lelaki akan tidur atas rumah bot). Tak apa, lagi best bila ramai-ramai tidur atas rumah bot kan! Experience never fail! Tetibe.

Based camp Sungai Tiang.
Kawasan penginapan di Sungai tiang (Gambar Hang Dhamin)
Ni la chalet tu tapi apakan daya generator rosak.
Petang tu adalah masa yang ditunggu-tunggu yakni acara terjun tasik. To be honest, ni adalah pertama kali aku mandi kat tasik ye! Sebelum ni macam cuak la jugak bila terbayang tasik yang dalamnya 400 kaki, entah ada apa je kat dalam tu kan, kalau terjun pun memang sah kaki tak jejak dasar. Tapi bila nampak semua orang elok je terjun kuak dada la, kuak lentang la, so apa lagi kita pun terjun sekali la! Ada syaratnya, nak masuk tasik kene pakai life jacket! itu adalah syarat utama.

Seronok mandi kat Tasik Temenggor ni, ingatkan air dia sejuk la, rupanya bila dah masuk dalam tasik tu air dia suam-suam kuku je...memang tak sejuk pun. Sami dan  Aqilah pun masuk dalam tasik tau! Jangan main-main walau muka masing-masing kejung tahan cuak hehehe. Sementelaah Tansree Coco dan Kak Lily pulak jadi paparazi dari atas bot, maklumla ada sejarah silam katanya. Takut nak masuk air hehehe.

OK sumpah ni first time aku terjun tasik gaya gini. Siap pekup hidung tu! (Gambar HD)
Alaaaaaa aku dihalang!!! (Gambar HD)
Akhirnya misi tercapai! (Gambar HD)
Para jejaka Malaya dan suami orang (Gambar HD)
So kami mandi tasik tu dekat sejam jugak la, lepas tu kene paksa naik sebab hari dah nak hujan. Ye, petang tu hujan turun tapi alhamdulillah tak lebat sangat. Kalau tak hujan mungkin kami tak ingat nak naik lagi kot. Tapi sayang jugak sebab tak dapat nak tengok sunset sebab hari mendung. Bagi kaki pancing pulak, bukan main la diorang baling joran keliling bot, terutamanya si Afif tu la, kekdah menjoran dah macam professional dah kejap kat hujung sini, kejap belakang bot, kejap atas bukit sana.

Sebelah malam pulak, kami ada BBQ dinner di atas bot! Ha part ni la aku nak puji tukang masak bot kami, memang sedap! Siap ada kambing bakar lagi tu beserta salad sayur-sayuran. Pendek kata memang kenyang la kami malam tu. Dah macam satu keluarga yang besar bila semua duduk kat bawah sambil bergosip. Lepas makan, BOA bagi sesi taklimat ringkas mengenai Royal Belum. Masa ni lah banyak perkara baru yang kami belajar terutamanya mengenai sejarah Empangan Temenggor, pasal haiwan-haiwan kat hutan Belum ni terutamanya Harimau, Gajah dan Seladang dan macam-macam lagi.

Antara makanan yang disediakan.
Lagi, macam-macam ada!
Ruangan grill.
Nampak tak rambut Shahrule tu??? ha macamtu la kuatnya angin kat luar.
Sesi bergossip.
Satu cerita yang menarik perhatian adalah mengenai sebuah kampung asal yakni Kampum Belum yang ditenggelamkan untuk pembinaan empangan. Menurut cerita masih ada kawasan kubur lama Kampung Belum yang bersih dijaga di tengah-tengah Hutan Belum ni. Yang menjaga kubur tersebut adalah sekumpulan gajah yang dilatih sendiri oleh penduduk kampung. Sampai sekarang, kawanan gajah tersebut secara turun-temurun menjaga kawasan kubur Kampung Belum tu. Menarik kan.

Lagi satu cerita, antara tujuan asal pembinaan Empangan Temenggor ni adalah untuk tujuan belakan elektrik dan sumber air di Semenanjung Malaysia. Di samping itu jugak, ia bertujuan untuk menenggelamkan terowong-terowong dan gua-gua komunis yang banyak terdapat di sekitar kawasan Royal Belum satu ketika dahulu. Sumpah, aku baru tau benda ni hehehe.

So malam tu, lepas dah habis sesi sembang santai, kami pun tidor la bergelimpangan kat dalam rumah bot tu berbekalkan sleeping bag masing-masing. Harus diingat ye, pihak BOA dah pesan awal-awal yang kita kena bawak sleeping bag sendiri, tapi sesiapa yang takde tu boleh la pinjam dengan BOA atau tido je la beralaskan kain pelikat di penjuru bot hehehe. Sedih sangat bunyinya, takdelah... semua boleh tido dengan selesa kat atas tu. Aku ni ha tido tepi speaker TV lagi, ok je nyenyak. Sebenarnya malam tu dalam pukul 3-4 pagi tu tak rasa sejuk pun, siap berpeluh-peluh lagi tak tau kenapa. Tapi menjelang subuh tu sejuk balik. Memang sejuk tahap gigil-gigil la jugak.

Tido....macam kain kapan pon ada aku tengok...tapi kaler biru hihikhik
Ok la nanti aku sambung lagi hari kedua di Royal Belum. Untuk kisah-kisah dan penceritaan yang lain boleh rujuk blog-blog mereka ini. Pasti terhibur.

...bersambung.

POST TAG:-

WASSALAM.

29 comments:

  1. hahha aritu aku rasa macam hantu pocong bile pki sleeping bag tu. nasib baek warna biru. kalau warna putih dan tetibe aku nak pergi toilet pagi2 buta. tak menjerit orang yg tengok aku tetibe bangun putih jer. hahaha. mau begegar belum tu org menjerit.

    ReplyDelete
  2. Kenapa korang terjun dari pintu jamban?? hahahahahha

    Kesian doctor tunggu patient tak kunjung tiba tu hahaha lawak la yg tu..

    Masa tgk semua gambar kite beramai2 kat umah orang asli tu, baru aku pasan Aqilah takde, muskil aku dimana dia ketika tu, dasar traveller solo sgt la Aqilah ni! kekekke

    ReplyDelete
  3. meriah nya..ada sesi bertemu peminat tu hikss

    ReplyDelete
  4. taknak la bukak kaunter, nanti kurang market tok bidan and tok specialist yang lain kat hutan belum.. haha

    amboi tansree siap menjengok ke rumah.. tak mampu laa..

    ReplyDelete
  5. memang bergaya sungguh hang....macam-macam gaya...terpesona membacanya.

    ReplyDelete
  6. Sangat menarik entri ini. Penuh info.
    Gambar yang di ambil dari tebing tasik pun amat menarik. Berlainan sangat dengan kampung Orang Asli yang saya pergi di Kampong Semelur, Tasik Banding, Lembah Belum. Rumah-rumahnya juga jauh berbeza. Aktiviti orang di Aman Damai ini pun lain. Kalau di Semelor, mereka dari suku Temiar, rambut mereka tidak kerinting macam orang Jahai. Kanak-kanak di Semelor nampak lebih kemas dan bersih. Begitu juga Kampong Semelor jauh lebih bersih. Pendapatan seharian di Semelor menoreh getah, tapi di Aman Damai nampaknya mereka banyak menangkap ikan. Tetapi semua pengalaman ini amat berharga. Saya rasa Ren dan geng tentu dapat menimba ilmu yang banyak. Eee seronoknya dapat terjun tasik tu :)

    ReplyDelete
  7. hhahhahaha...
    akak tetiba ada personnal photographer di kpg aman damai?

    iya dr shahrul...kalau nak meraih undi..hendaklah pi rumah ke rumah..
    kikiki

    untungla pandai terjun ke tasik..kalau akak? idak laaa

    (eh betul ker akak ada gaya tansree turun padang tgk rakyat jelata???wahhh!!! )
    *pantas sarung selipar jepun*

    ReplyDelete
  8. Gaya-gaya VIP lawat kawasan...

    Bab renang tu macam dah boleh masuk acara olimpik renang berirama... hehe

    ReplyDelete
  9. HD

    Kalau kaler putih, swmua dah bertempiaran dah kot hahahhaa.

    ReplyDelete
  10. Chawana

    Kat situ la lokasi paling strategik nak terjun tasik! Hahahahaa

    Doc kata nak berbakti kat kaum Asli. Dia nak tggal siti sebulan.

    Ko tu ha sibuk bergambo, membiarkan Aqilah terkontang kanting sendirian hahahahhaah

    ReplyDelete
  11. JM

    Hahaha bertemu peminat di rimba lagi tu hihihi

    ReplyDelete
  12. Shahrule

    Ko kene join venture dengan bomoh bidan bagai tu semua baru la swag hahahaha.

    Tu baru betul tansree, jeguk ke rumah!

    ReplyDelete
  13. MKL

    Hahaha gaya biasa je la ....

    ReplyDelete
  14. Memang tak ada siapa la nakdatang kat doc shahrule tu.. pegang jarum nak suntik orang lari la org asli tu hehehee ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      Aura kedoktoran dia terhidu kot kekekekee

      Delete
  15. aku tak tau pun kewujudan royal belum ni sebelum ni...eh tipu, tau nama tmpt, tp tak pnah amek tau ada apa, kat mana....hahaha tpi korang2 dah buka mata aku nih...ada tempat best rupanya di ceruk perak tuhhh....menggamit dan menggoda jiwa tgk makanan best2, naik boat tu dan pi umah org asli...tolak yg daki2 kat reflesia je, yg lain tu semuaaa marveles!harus dipertimbangkan nih utk next projek visit malaysia 2014!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa apa lagi, kami dah buka mata so jom ke Belum! Hehehhe

      Delete
  16. aku sedih sebenarnye tgk budak2 kat Kampung Aman Damai tu... denial sket, gambar mak carry anak kat blkg tuh terbaek okehhh!!!

    kul 3-4 pg panas? aku kejut papi kul 4 xtahan nk kencing tapi takut hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ely:

      Haaa aku pun sedih jugak. Nasib baik la 3-4 pagi aku x perlu nak bangun pg kencing. Terjaga pun aku pejam mata je taknak tengok kiri kanan HaHaHa!!!

      Delete
  17. Ramai superhero turun padang nampaknya...batman dan kapten amerika pun ada...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad

      Ye begitulah nampaknya HaHaHa!!!

      Delete
  18. Sakan yer kome..hehe... tp rambot knk2 org asli ni mmg originally kaler merah ke atau mika warnakan? Yg ala2 tyra bnks tu jngn terkejut satu hr masok american next top model...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica

      Itu mmg original mereka, tanpa bahan kimia.

      Delete
  19. awesome! i love this kind of excursions cum charity. lenkali kalo buat, nak ikotttt

    ReplyDelete
  20. Sebelum saya teruskan saya memohon maaf terlebih dahulu. Nampaknya masayarakt luar atau lebih tepat yang kurang tahu berkenaan orang Asli mungkin menganggap cara kehidupan orang Asli seperti dalam gambar yang tertera adalah satu penginiayaan dari pihak berkuasa yang tidak menghiraukan kebajikan orang asli sehingga mereka hidup sedemikian rupa.

    Sebenarnya orang Asli yang hidup dipendalaman adalah satu etnik yang budaya hidupnya adalah Nomad. Iaitu suka berpindah randah. Walau bagaimana sekalipun kerajaan menyediakan kemudahan dan bantuan rumah, majoritinya (saya ulang sekali lagi 'majoritinya") suka hidup secara nomad didalam hutan. Bahkan kerajaan melalaui JHOA yang terpaksa masuk ke pendalaman mendirikan penempatan tetapi akhirnya sebahagian dari mereka akan berpindah ke kawasan yg lebih jauh ke "hulu" atau pendalaman yang menyukarkan kerajaan menyediakan kemudahan asas seperti kesihatan, perumahan, pembelajaran dll.

    Senariao ini berterusan sejak dahulu lagi. Mereka hanya akan bermastautin tidak lama disesuatu tempat. Setelah beberapa minggu atau bulan mereka akan menghilang dan muncul kembali juga beberapa bulan kemudian. Itu pun kerana tarikan bekalan makanan dan bantuan lain dari kerajaan.


    ReplyDelete
  21. sambungan
    Seperti apa yang berlaku di Royal Belum. Semasa empangan temengor atau Tasik banding belum dibina, penempatan sementara mereka tidak jauh dari perkampungan Melayu atau di pekan Gerik. Malah di Bandar Gerik kerajaan telah menyediakan pusat transit khusus untuk pesakit dan ibu2 mengandung orang asli. Mereka mendapat semua kemudahan asas yang lebih baik berbanding dengan etnik lain di gerik.

    Bila sebahagian besar kawasan Hulu Sungai Perak tenggelam kerana tasik buatan itu, mereka sepatutnya berpindah ke penempatan baru di pinggir bandar gerik atau kampung berhampiran. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Mereka terus "mudik kehulu" dan membuka penempatan sementara yang baru.Seterusnya ketua masayarakt pendalaman mereka lazimnya di panggil "penghulu" mendesak lagi kerajaan supaya mengadakan kemudahan asas di lokasi pendalaman itu. Jika kerajaan tak layan mereka mengugut kerajaan dan agensi yang lain.

    ReplyDelete
  22. sambungan
    Mubaligh kristian berselindung dibalik gerakan NGO kononnya menjaga hal ehwal orang asli ini menggunakan sepenuhnya kelemahan orang asli untuk menyebarkan dakyah dan agama mereka dikalangan orang asli.

    Akhirnya pergerakan nomad orang asli ini tiada kesudahanya. Masa dulu tidak ada penempatan kekal di Kuala Sungai Kejar dan lain2 penempatan dipendalaman yang memakan masa berjam jam menaiki bot untuk sampai ke sana. Seterusnya akan adalah pejuang NGO yang kononnya berjuang untuk nasib orang Asli. tetapi sebaliknya hanya menyukarkan pihak kerajaan melaksanakan kemajuan untuk pemodenan orang asli.

    ReplyDelete
  23. Yang lebih teruk lagi, kononnya kawasan disebelah hulu jambatan banding yang ke 2 adalah kawasan pemuliharaan dan pembiakan ikan termasuk flora dan fauna yang laiin. Kawasan dimana aktiviti penangkapan ikan dll tidak dibenarkan melainkan untuk tujuan pelancungan semata mata. Tetapi tamak haloba kebanyakannnya peniaga tauke Cina menggunakan keistimewaan orang asli ini untuk mengautkan keuntungan. Sememangnya rakyat biasa dan pelancung tidak dibenrkan menangkap ikan di kawasan berkenaan. tetapi para peniaga Cina menyogok orang asli dengan bantuan engin motobot, bot fiberglass dan pukat.

    Setiap pagi atau dimasa tertentu, sudah dibuat satu gerakan dengan menunggu orang asli ini membawa hasil tangkapan mereka. Peniaga Cina tadi akan membeli ikan berkenaan dengan harga murah hasil dari penanaman modal mereka membeli bot dan pukat untuk orang asli berkenaan.

    Bukan mudah pihak berkuasa perikanan dan penguat kuasa yang lain untuk membanteras aktiviti haram ini kerana lokasi pendaratan dan cara penyerahan diatur terlebih dahulu di lokasi rahsia disepanjang Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dan ditepi tepi tasik yang ada akses road untu 4X4.

    ReplyDelete
  24. sambungan
    Maka tidak hairanlan satu hari nanti ikan Kelah, Tenggalan, Badung dan lain lain ikan bermutu akan pupus atau diancam kepupusan di kawasan dimana pihak berwajib mengistiharkan kawasan itu kawasan terkawal dan aktiviti menangkap ikan tidak dibenarkan.

    Mengikut maklumat kaki pancing yang balik dari sana "selepas expedisi memancing" walaupun tidak di benarkan, bahawa kekurangan ikan begitu ketara sekali berbading beberapa dekad yang lalu. Sepatutnya dengan adanya undang2, pengawasan dan penguat kuasa, ikan bertambah banyak. Tetapi sebalinya pula yang berlaku.

    Harap pihak berkuasa memantau dengan lebih teliti lagi. Jangan dengar atau jadikan komen saya sebagai bahan maklumat sebaliknya dapatkan sendiri maklumat bagi membandingkan samada betul atau tidak apa yang saya perkatakan.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS