Masih berada di Selatan Tanah Air. Adoiiii rindu KL!
Sambungan dari SINI.
Lepas dah habis menembak-nembak kabus pagi dan bersarapan pagi. Kami pon beramai-ramai menuju ke Kolam Air Terjun Permaisuri untuk mandi pagi. Pagi-pagi tu ramai jugak orang dari kemah lain yang sama-sama mandi, sejuk jangan cakap la, air direct dari puncak gunung la katakan!
Tak lama membasuh badan, Che'Mud selaku ketua kumpulan meminta kami semua bersiap sedia, katanya nak naik ke tingkat tujuh air terjun Jelawang! Dekat je katanya, mendaki dalam 15 minit sampai ler. Lepas tu, kami dengan selambanya pon pergilah melenggang dengan pakaian mandi sambil pakai selipar mendaki. Gile betol mendaki macam nak pergi bersiram, siap ikat tuala kat kepala.
Rupa-rupanya, pendakian kami memang sangat mencabar! Macam-macam hal berlaku, ada yang jatuh terduduk la (tergelincir), kena memanjat cerun batu ala-ala Cat Woman la, rock climbing guna tali la, dan yang paling tragis, siap ada yang kena sengat penyengat! Bukan satu tapi lima ekor! Nasib bak cepat-cepat sapu colgate!
Kami melalui beberapa tingkat air terjun, ada Kolam Puteri la, sampaila ke puncak di mana terdapatnya pertemuan di antara dua buah air terjun iaitu Air Terjun Gunong Stong dan Air Terjun Gunung Ayam. Subhanallah, memang cantik sangat bila tengok dua buah air terjun bergabung menjadi satu. Kami pon mengambil kesempatan untuk mandi-manda di situ. Oh ya sebenarnya pendakian kami mengambil masa lebih kurang 45 minit! Bukan 15 minit yer! Cis Tipah tertipuuuuu.
Sambil mandi, ada jugak yang memancing. Ikan memang banyak, kalau tak silap aku ikan selar kot besar-besar dan sangat senang ditangkap. Alhamdulillah rezeki kami, dapat menangkap 7 ekor ikan, cukup sorang sekor buat makan tengahari nanti.
Sedang seronok mandi-manda tiba-tiba dengar guruh tanda nak hujan, dan tak lama selepas tu hujan mula turun rintik-rintik. Kami terpaksa bergerak turun sebab keadaan agak bahaya kalau kami masih berada di situ. Takut-takut akan ada Kepala Air dari puncak air terjun! Ngeri pulak kalau jadi.
Kami pon bergerak turun. Beberapa tingkat air terjun yang kami lalui masih dalam keadaan hujan renyai. Tapi bila kami tiba di kolam puteri, keadaan kembali cerah dan hujan pon berhenti. Kami pon mengambil peluang untuk sambung mandi-manda di situ. Aku tak ingat Kolam Putei tu tingkat berapa.
Apa yang menarik di Kolam Puteri tu terdapat beberapa buah lubang yang terbentuk di batuan-batuan di kaki air terjun. Kami mengambil kesempatan masuk ke dalam lubang yang aku agak sedalam 6 kaki! Ngeri jugak sebenarnya nak masuk tapi bila semua orang dah try, aku pon cuba jugak la. Paling best bila main gelongsor di batuan. Ketinggian gelongsor tak la setinggi di Kolam Permaisuri di bawah, tapi kederasan air boleh menolak badan kami semua menyelusuri batu-batu licin di kaki air terjun. Best!
Setelah lebih kurang 30 minit kami mandi akhirnya hujan turun kembali. Kami pon terpaksa turun dan pulang ke kemah. Perut pon dah lapar, jadi nak tak nak kena jugak balik. Sampai di kemah, kami sempat juga masak cucur Adabi, habis 2 peket! Sementara menunggu untuk masak makan tengahari (sebab nak siang ikan bagai, mestilah lambat kan).
Jam masa tu dah menunjukkan pukul 4 petang. Masih belum luch lagi! Bila makanan semua dah siap masak, kami pon apa lagi melantak tak hengat ler, maklumlah lapar. Masa tu hujan masih renyai-renyai tapi bila tengok kat puncak air terjun, awan sangat gelap menandakan hujan lebat dah turun. Tiba -tiba keadaan jadi riuh...beberapa orang ranger datang ke kemah kami bertanyakan samada ada di kalangan kawan-kawan kami yang belum turun.
Seketika kemudian beberapa isyarat bunyi di buat oleh orang-oang di kem seberang sungai. Semua yang berada di tebing sungai di minta naik ke kawasan yang lebih tinggi. Nasib baik kemah kami berada di tebing tinggi, jadi kami tak perlu berpindah kemah. Selang 5 minit subhanallah air besar mencurah-curah turun dari puncak gunung memenuhi segenap ruang sungai! Batu-batu tempat kami berposing pagi tadi terus lenyap, ditenggelami air. Kejadian kepala air turun memang menakutkan. Masing-masing hanya mampu melihat dari tebing sungai, betapa rakusnya air besar turun dari atas. Tak dapat di bayangkan kalau ada orang yang masih berada di atas, mesti dah hanyut di bawa air. Dalam ribut-ribut tu, ada 5 orang dari kemah lain yang baru turun dari puncak, dan mereka sempat merakamkan kejadian kepala air di puncak. Gila betol diorang tu! Nasib baik tak mati.
Menurut ranger, keadaan air akan kekal begitu selama 4 jam sebelum pulih semula. Tempat lepak kami melihat sunrise pagi tadi memang tenggelam habis! Ngeri ok. Nak seberang sungai pon tak boleh.
Alhamdulillah kami semua selamat dan aku berpeluang melihat satu lagi keajaiban alam. Sebelum ni aku hanya pernah dengar saja pasal kepala air ni, tapi kali ni aku dapat tengok sendiri rupa sebenar kepala air tu. Sangat dahsyat dan ngeri!. Air naik pada ketinggian 4 - 5 meter dan mencurah-curah turun dari batuan tempat orang-orang menggelongsor.
Alhamdulillah menjelang maghrib keadaan kembali reda. Air pon dah agak surut dan batu-batu mula mncul kembali. Tapi keadaan air masih keruh. Pasrah je la minum air keruh malam tu...
OK nanti aku sambung kisah hari terakhir di puncak Jelawang.
PEACE!

Pertemuan dua air terjun: Sebelah kiri Air Terjun Gunung Ayam dan sebelah kanan Air Terjun Gunung Stong...Cantik! |
Santai. |
Sayup je ke bawah.. |
Air sejuk... |
Laluan ke puncak |
Lubang pertama yang di depan ni, lubang ke dua di hujung sana. |
Sesi gelongsor bermula. |
Tu dia kepala air sudah mai! |
Batu-batu untuk menyeberangi sungai telah ditenggelami air. |
Tempat kami tengok sunrise pon tenggelam! |
Kolam Permaisuri pon habis tenggelam! |
Makan tengahari merangkap makan malam kami! |
janggel,
ReplyDeletefuiyooo
giler deras air tuh
kagum akak dgn ko..
sume kejadian alam dapat saksikan..
akak kembali jeles nih...
(ps..ps..itu lauk apa yang warna kuning?-sempat skodeng makanan..)
Anash:
ReplyDeleteKak tu la, macam2 kejadian alam dapat saya tengok, alhamdulillah pengalaman.
Memang air tu sangat deras tau! macam tak terbayang sebelum kejadian, kawasan sungai tu akan tenggelam macam tu..tapi kejadin tu memang selalu berlaku, ia sebahagian kitaran alam kat situ.
Amboih nampak je yer! Tu namanya daging salai masak lemak cili padi! Masak bukanmain banyak sebab nak habiskan stok le katakan hahahah sedap tau!
Janggel, kat gunung mana ada ikan selar, tu ikan laut... :D
ReplyDeleteMie:
ReplyDeleteHahaha ntah le aku mmg tak reti nama2 ikan ni bro wakakaka *blushing~ Aku tau makan jer...kuikuikui...ikan apa eh aku makan tu? kompius.
Rasanya kitorg pon ada pergi jugak time ni..kitorg yg kena seberang sungai masa kepala air dah turun sbb nak balik hari tu jugak..
ReplyDeleteAnon;-
ReplyDeleteYe ke. Naseb selamat!
bestnya...air terjun nya dalam x?
ReplyDeleteAzizah:
ReplyDeleteTengok pada kawasan, ada yg dalam, ada yg tak.