Assalamualaikum!!!
Sambung balik kisah hari pertama beraya di kampung. Seperti biasa seawal pagi aku dan semua ahli keluarga dah bersiap sedia dengan baju raya masing-masing untuk ke Masjid Sungai Limau untuk solat sunat Aidil Fitri. Kalau korang nak tahu, aku memang tak tahu baju raya aku kaler ape tahun ni sehinggalah sehari sebelum hari raya, mak aku bagi kat aku..sekali warna kuning daaaa (kaler yang aku tak gemor). Kenapa kuning? Sebab tahun ni, tema baju raya kami semua di kampung adalah kuning. Jadi terpaksalah aku menurut sahaja. Janji aku ada baju raya!
Sambung balik cerita di pagi raya, kami sekeluarga selalunya akan menunauikan solat sunat Aidil Fitri di masjid. Semua, termasuklah nenda aku, mak aku, makcik-makcik aku, kazen-mazen aku dan anak-anak sedara. Jadi, pagi-pagi dah kecoh berebut kereta mana nak naik. Hehehe.
Solat sunat Aidil Fitri biasanya akan bermula pada jam 8.45 pagi dan selesai khutbah pada jam 10.30 pagi. Selepas bersalam-salaman sesama jemaah, kebiasaanya kami akan duduk di anjung masjid sambil memakan berkat yang dibawa oleh setiap keluarga di kampung itu. Maksudnya macam-macam jenis makanan ada dikumpulkan dan kebiasaannya kami tidak memakan bekalan yang kami bawa, kami akan mengambil bekalan dari keluarga lain.
Selesai makan, barulah kami semua pulang ke rumah nenda. Masa ni la kalau nak sambung makan. Bila semua dah berkumpul barulah acara bacaan doa selamat diadakan. Selalunya Pak Long aku lah yang jadi ketua. Bila selesai bacaan doa, kami semua akan beratur dan bersalam salaman sesama sendiri terutamanya dengan nenda tercinta. Masa ni lah drama air mata semua keluar dan budak-budak semua dapat duit raya. Bila dah selesai bermaaf-maafan, barulah kami semua bergerak ke rumah atok-atok dan nenek-nenek sedara yang berdekatan. Kebiasaannya kami akan bergerak sekali, paling kurang pon 7 buah kereta akan bersusun. Kebanyaka rumah yang kami pergi adalah rumah adik beradik nenda aku, mana yang masih ada. Time macam nilah nak kenal dengan sedara-mara jauh kalau tak..harammmmm nak nampak muka hahaha.
Nenda aku seperti biasa akan tunggu di rumah dengan sorang makcik aku. Dia kene ada di rumah sebab kebiasaannya juga keluarga sebelah adik beradik dia pun akan datang serentak beraya ke rumah nenda aku. Sama jugak situasinya berdoyon-doyon yang akan datang. Apa yang paling aku suka adalah tertib ketika menziarah rumah orang tua, style Jawa, kami akan duduk berhadapan dengan orang yang lebih tua dan memohon maaf di atas salah silap sepanjang tahun. Masa ni macam-macam slang jawa keluar walaupon aku tak paham hehehe. Maklumla Jawa murtad.
Sebelah pagi kami dapat selesaikan 4 buah rumah. Tak dapat banyak sebab masa pun suntuk. Satu lagi keunikan kampung ayah aku ni, adalah BARAAN. Apa itu baraan? Baraan adalah rombongan sekampung samada lelaki atau perempuan yang mewakili setiap rumah di dalam kampung itu. Mereka akan beramai-ramai pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah sambil mendoakan kesejahteraan tuan rumah yang dilawati. Memang kecoh bila rombongan sekampung datang serbu rumah kita. Kebiasaannya, kami akan sediakan kuih muih dan minuman sebelum Baraan sampai. Bila Baraan dah mula tiba di rumah jiran sebelah, kami pun kelam kabut menyusun kuih di anjung. Memang best sebab kita akan menyambut semua tetamu dan kompom rumah ko akan jadi sendat sampai ada yang duduk di muka pintu.
Paling best semestinya budak-budak...bayangkan kalau satu kampung ada 80 buah rumah, satu rumah bagi RM2, dah berapa RM ko dapat hari tu kan??? bestnya....Kebiasaannya juga, telah ada jadual yang disusun oleh ketua Baraan di mana senarai rumah-rumah yang akan dikunjungi pada masa-masa tertentu disediakan bagi memudahkan tuan rumah membuat persiapan.
Memang penat jugak la beraya dan dirayakan di hari raya pertama. Sebelah petang kami sambung lagi beraya...dan yang paling best, aku dan kazen-kazen aku dah plan nak meredah bendang petang tu. Memang havoc habis. Tu pon bukan semua yang balik, kalau tak lagi kecoh!!! Tambahan pulak malam tu pulak dah boleh countdown Hari Merdeka! Ok part meredah bendang dan countdown tu nanti aku cerita di next entry.
PEACE!!!

Posing depan rumah...wajib. |
Nenda, mengintai dari tirai kamar hahaha. |
Tak sangka aku masih dapat duit raya!!! Duit raya pertama aku! |
aku suka gambo 7 dari bwh.. ekekekeke :p
ReplyDeletejap beb, camne ko buat watermark tu hah? pakai ape?smart sehhhhhh!! tlg buatkan aku satu buleh??
aku x pandai nak buat...uhuk uhuk...
Kemang:
ReplyDeleteHahaha 7 dari bawah eh? Bukan 9 dari atas eh? hahahaha...bisa bisa.
Aku buat watermark ni suka2 jer..pakai Photoshop... ko nak aku buatkan caner? ada details? trademark?
err, gambo mane tu ah? nanti aku tengok balik...
ReplyDeleteohh aku suka! ko mmg abang yg baik!
keh keh keh
err aku pon tatau,,, ikot ko la weh, sume ko punye idea, ngeh ngeh..
tapi kena ade name aku! hik hik, buleh??
Kemang:
ReplyDeleteHahaha yo lah tu..
Gambo yang tu jugak ler! Hahahaha.
Ala aku buat watermark tu po main tibai je weh, 7 hari tujuh malam baru siap sebb aku tak pandai Photoshop hahaha> InsyaAllah kalao jadi aku tunjuk kat ko, tapi kalo tak jadi aku senyap je hahahaa.
abang janggel, (tetiba nak panggil abang sebab nak suruh watkan watermark ...leh? heheheh-larik sorokan mukaaaa),
ReplyDeletesuka tang gambar 8 dari bawah...
ala-ala mcm tuan tanah mengintai dari kamar/jendela gak...
like grandma like grandson (ade ke??)
Anash:
ReplyDeleteAmboihhhh hahahaha.
Mestilah like Grandmother like Grandson! Hahaha somel kan.
Ni boleh buat bisness watermark kalo permintaan tinggi nih muahahaha. Segan le nak buat, sebb bukan reti sangat pon. Main hentam jer .
Baraan memang sinonim dengan masyarakat Jawa. Begitu juga dengan di tempat saya di Batu Pahat, sbb Johor dgn Selangor memang ramai yg 'world' gitu...
ReplyDeletehaha aku doakan jadi :p kalo nak tunggu aku buat, smpai kucing bertanduk pon tak terbuat!
ReplyDeleteEh janggel, aku plan nak pegi pangkor next week..2h1m je.. ade x chalet2 muroh kat situ, reger rm20 smlm ke..ekekeke..ade dok?
Mie:
ReplyDeleteBetul tu, itu salah satu culture yang unik. Sebenarnya seronok sebab time tu la nak jumpa dengan semua orang kampung! Lagi-lagi yang duduk kat tempat lain tapi balik beraya setahun sekali ye dak?
Memang "world" sangat! :)
Kemang:
ReplyDeleteInsyaAllah nanti aku try la buat...jangan mengharap sangat la yer.
Pangkor yer? hmm kalo nak cari Chalet 20 ringgit aku tatau ada ke tak...tambahan masa ko nak pi tu adalah masa cuti panjang kan? Hari Malaysia.
Ada beberapa chalet yang ko boleh cuba kat teluk nipah banyak jugak. Aku tak sure la, kene try and error.
Aku rasa ko boleh try tengok kat Jetti masa beli tiket ferry kat Lumut, kadang2 harga kat situ lagi murah dari beli kat Pulau.
ehem, ehem...tumpang masuk jap rumah ko nak beraya ni..
ReplyDeleteoit kemang, gatei mu nih nak ngorat anak dara org..tp klu dah suka pinang aje, takyah tunggu lama2..ekekeke :P
janggel,
aku suka bc entry ni sbb bleh rasa camne syok raya dgn family ko...tu yg baju kuning tu sume adik beradik ko ke? aku nampak ada 1 muka hensem dlm gambar no. 6...hahaha...lol!
masa kat kg mak aku kat johor aritu, ada group org dtg marhaban...seronok jgk sbb terasa spirit raya tu...
apappun, part serbu umah sedara mara bertunda kereta mmg best. smpai harini klu balik johor kitaorg buat :)
Fatt:
ReplyDeleteHahhaah sila sila la masuk beraya..
Kemang tu ada la tu yg dia bekenan tu... Tak lama lagi makan nasik minyak la kite yer fatt!! Hai la kemang...hahahah
Aku memang suka cara orang dulu2 beraya, lagi meriah dan berbudaya. Kat kg aku ni marhgaban time raya takda, yg ada tu la Baraan, ada baraan lelaki dan ada baraan perempuan. Biasanya baraan lelaki hari raya pertama dan kedua, pastu hari raya ketiga baru baraan perempuan.
Ehem..ehem gambar nombor 6 eh... Yg mana satu yg ko maksudkan tu eh....pssstt bisik sket kat aku hahahahhaa.
Yang baju kuning pelbagai tona tu kebanyakannya kazen-mazen aku. Kami semua tema kuning taun ni, cuma ada sorang dua je yang tak mengikut tema. "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.
tumpang lalu rumah embah :)
ReplyDeleteMasMZ:
ReplyDeleteLalu la...jangan lupa bayar tol!!!!
ohh buat ketupat ek kat sini, tak buleh jadik ni..
ReplyDeletealah tak buleh adik kalian ni nak bahagia sikit?
janggel dah ade **** ****
fatt dah ade mat jerman...
keh keh keh
Kemang:
ReplyDeleteAmboihhhh siap berbintang2 pulak part nama aku tu eh! Haish!!! Kontrobersi sungguh.
Takpe, aku sapot je mana2 yg baik hahahahhahaa.
kah kah, ko tau ke ape die bintang2 tu??
ReplyDeletemesti ler ko tau kan!!!
Kemang:-
ReplyDeleteHahaha ko memang suka buat onar yer! siap ko ! *sambil asah parang ngan asam limau.
kih kih, ape barang beb, gua amek m16 je kasi tembak sama lu :p
ReplyDeleteokay janggel, sudehhh,, aku mintok maap kot2 ko terasa yek,,
Kemang:
ReplyDeleteApa kes nak pakai semjata moden! tak klasik la beb! Daripakai m16 baik ko pakai senapang yg pengganas somalia tu guna...baru kejam!
aku gurau2 gak.:)
hik hik.. x pon aku pakai lastik jek , lastik ko punye kornea, nak?
ReplyDeletemesti ko nangis , keh keh keh
eh, ko aku fatt dah mcm siblings dah aku rase, hihi
Kemang:
ReplyDeleteFuh sekali nak lastik kornea daaa!!! mementang kornea mata aku kaler hazel! Hahahaha
Yela kan...sibling di alam maya ...:)
ler..xtau pulok awok tu orang jowo.
ReplyDeleteada berkat, baraan bagai...
hehehe
Isabelle:
ReplyDeleteYe saya memang orang Jowo.."world!" hahahaha.
janggel,
ReplyDeleteadala..tp aku takleh mention mana 1 sbb nanti terus pecah lobang. hahaha...tp mesti dah ada yg booking kot. tah2 laki org...huk alah! hahaha...
kemang,
oit ngumpat aku! abe german aku boipren no.2, boipren no.1 laptop aku..nak bergaduh dgn dia silakan...hahaha...
kita ni mcm dah kenal lama aku rasa. aku rasa la kan, nanti kita watla gathering bleh lepak2 yamcha sama2 dgn biqque & ely..dorg tu mmg gile...jgn lupa ajak mas sekali :)
Fatt:
ReplyDeleteKo takyah gusar...dalam gambo yg ko maksudkan tu semua single lagi hahaha.
tu la, sembang sakan dalam blog bukanmain kan, macam dah kenal lama..kot2 bile bertentang mata masing-masing kelu tak bersuara hahahaha...Nanti kite buat gath yer...Gabungan Blogger Sengals hahahha
kosong lagi ye? ko pasti? hahahaha :D
ReplyDeletecadangan ko tu menarik. aku rasa alang2 jumpa baik kita wat aktiviti mcm rock climbing ke, water rafting ke...best gak kan?
ape2 hal aku nk tgk kemang..dia kemain lagi jadi murai kat blog kita...aku nk tgk nti dia murai ke tak bila face-to-face... :D
Fatt:
ReplyDeleteHahaha kompom, aku sangat pasti. :)
Aku setuju bab bab water rafting atau paintball tu! Aku pon akan pastikan kemang kene tembak habis habisan! jangan harap dia nak larik! wakakaka!
Tu la, murai bukan main lagi si kemang tu hahahaa...
so sorry.. sbb baru terbaca..so baru nak komen... :-)
ReplyDeleteoh u pun ada darah jawa ya..
2 benda I notice pasal org jawa..
1. Bila kenduri kendara, Kaya dgn makan.. penuh satu dulang
2. Kalau bermaafan punya lama n menunduk... kalau tua sama tua lagi lah lama.. n kadang2 i rasa mcm nak cium lantai pun ada... n mereka akan minta maaf dr hujung rambut hingga hujung kaki...
Kampung I.. 2nd raya dah start baraan.
p/s I pun kira jawa generasi entah ke berapa n murtad gak..ekekke
Faith:
DeleteWah rajin awak korek sampai sini! Ye saya ada darah jawa, sebelah abah . Suka budaya masyarakat jawa kt kg ni mcm yg awak ckp tu la. kt tmpt saya baraan dah start hari pertama, baraan pompuan pulak start hr kedua.
Nope.. bukan korek actually..
ReplyDeletekan dia keluar dkt
Anda juga mungkin meminati :
So this posting pop out.. so I baca jelah.. tertarik nak komen sbb ada persamaan dgn masyarakat Jawa kg nenek I.
Bila time baraan ni, mcm2 rupa n bunyi motor kita boleh dengar. Baraan perempuan pun the next day with sya tak pernah join. Sebabnya.. sya tak reti bawa motor n saya sendiri takut naik motor. Kalau sya pi naik kereta melampau pulalah kan... kekekek