2011-09-24

Eksplorasi Stong Part 4: Mandi-Manda di Puncak Jelawang!

Assalamualaikum!!!

Mode: Malas nak pergi out station.

Sambungan dari SINI.

Sebaik saja tiba di Kem Baha, masing-masing dah tersenyum riang, maklumlah lepas ni dah takde mendaki-daki, memanjat-manjat lagi dah...kalau ada sure aku ngesot-ngesot sampai ke destinasi. Kami mencari tapak perkemahan yang bersesuaian untuk mendirikan kemah banglo kami. Setelah berkira-kira keadaan yang sesuai, akhirnya kami bersetuju untuk mendirikan kemah di seberang sungai sebab kawasan di sana lebih aman damai dan tak ramai sangat orang.

Kedudukan kemah kami betul-betul di tebing menuju ke sungai, jadi urusan mengambil air sangat senang lah kiranya. Kemah kami berkonsepkan kemah terbuka, ala-ala rumah terbuka la sempena Hari Raya la katakan. Memang takde dinding, supaya semua orang boleh nampak apa yang kami buat hehehe. Kalau hujan memang tempias boleh masuk ke dalam kemah la. Nak dijadikan cerita, sebaik saja kemah didirikan, hujan pon turun tapi tak lebat sangat la. Jadi terpaksa kami membuat sistem perparitan bagi menyalurkan air hujan terus ke sungai. Sistem perparitan yang kami buat agak efisyen siap ada penutup parit lagi. Atas parit tu kami buat tempat memasak dan meletakkan barang-barang makanan (basah dan kering) yang kami bawa dari KL. Kami juga ada bawa empat buah dapor mudah alih tapi yang digunakan hanya dua buah memandangkan tak cukup periuk dan kuali (kes kuali hilang tetibe...heheh).

Bila semua dah selesai, barulah kami makan makanan yang kami tapau dari stesen keretapi Dabong awal pagi tadi. Nasi putih berlauk ayam goreng! Fuh memang terasa seolah-olah makan nasik goreng kampong berlaukkan ayam golek berempah! Sebab dah lapar sangat kan. Selesai makan, masing-masing merehatkan diri seketika. Ada yang tidur, termenung dan mengemas barang-barang. Sekitar jam 4.00 petang, kami semua menuju ke arah air terjun yang terletak tidak jauh dari kem kami. Untuk pengetahuan semua, di atas puncak air terjun Jelawang ni ada lagi 7 tingkat air terjun! Dan kolam pertama yang kami tuju ni kami namakan Kolam Permaisuri sebab dengar cerita kat situ tempat Permaisuri Bunian mandi! Hmmm tatau le betol ke idak. Tapi memang best la air terjun kat situ sebab boleh main gelongsor-gelongsor! Aku kagum jugak la dengan mereka-mereka yang berani nak menggelongsorkan diri kat air terjun tu, silap hari bulan kalau tergolek boleh arwah! Maklumlah menggelongsor dari ketinggian 50 meter! Ada berani?

Air sungai pulak sangatlah sejuk dan jerneh. Tapi warnanya sama jugak macam di bawah kaki air terjun Jelawang iaitu kekuning-kuningan (seperti yang aku ceritakan di entry Part 2). Alhamdulillah walaupun air sungai tu kuning, tapi selamat untuk di minum, buktinya sampai sekarang aku ok lagi hehehe. Ramai jugak peserta camping yang mandi kat situ, dan masa tu jugaklah kami kenal mengenal dengan orang-orang dari kemah lain. Kedalaman air di kolam air terjun tu adalah lebih kurang 5 ke 7 meter, jadi bagi sesiapa yang tak reti berenang tu cukuplah sekadar main simbah-simbah air di gigir sungai yer. Selesai bersabun, bershampoo dan sebagainya kami semua pon pulang semula ke kemah.

Masa ni dah dekat nak maghrib. Selesai memanjakan diri dan menyalin pakaian, maka mulalah masa untuk memasak makan malam. Aku pernah cakap kemah kami ni seumpama banglo mewah kan? Maksud aku mewah dengan makanan. Kiranya makanan kami ni lebih la dari kemah-kemah lain! Siap ada daging salai, sardin, baked beans, telur berbijik-bijik, sayur-mayur, keropok ikan dan papadom, mushroom soup, ikan bilis, ikan pekasam dan pelbagai perisa air minuman 3 in 1. Mewah tak? Kalau tak habiskan memang carik nahas la sebab dah penat-penat angkut bawak naik takkan nak bawak turun semula kan? Pikirkan.

Menu kami malam tu adalah daging salai masak merah, sayur buncis goreng, telur dadar dan keropok-keropok. Bila dah lapar memang semuanya nampak berselera! Tugas memasak memang kami serahkan kepada dua orang chef perempuan yang sememangnya pakar memasak di dalam hutan! Makan malam kami bertemankan cahaya lampu LED UFO sebanyak tiga bijik yang menerangi kemah kami. Memang best!

Memandangkan malam tu kami dah dengar guruh berdentum dentam tanda nak hujan, jadi kami tak merayau ke mana-mana. Jadi kami pon mulakan projek rumah urut kami, sebab salah seorang daripada kami memang pakar mengurut. Jadi setiap sorang diurutnya satu badan, lega betol ...hilang segala lenguh dan sakit pinggang! Terbaik lah! Lain kali kalau korang nak mendaki gunung sila bawak tukang urut sekali ya! Tak rugi!.

Suasana malam memang sunyi walaupun banyak kemah di sekeliling. Tapi memang agak ramai jugak la orang yang lalu lalang depan kemah kami dan tengok aktiviti kami, tak kurang ada jugak yang menyapa sambil berkenalan. Semangat percamping katanya. Maklumlah dah kemah pon konsep terbuka, maka sape-sape yang lalu memang komfirm menoleh ke kemah kami punya.

Malam tu tak hujan pon sebenarnya, tapi sebagai langkah berjaga-jaga kami menyarungkan plastik ke dalam sleeping bag masing-masing, takut basah pulak nanti. Alhamdulillah sampai ke pagi tak hujan, jadi takdelah kami tidur dalam kebasahan. Dan satu keunikannya, walaupun kami berada di atas gunung tapi suasana malam tu takda la sejuk sampai gigil-gigil pon...suam-suam kuku je...jadi takdelah kami tidur dalam kesejukan.

Ok nanti aku cerita kisah subuh dan matahari pulak yer!

PEACE!


Kolam pertama....best!
Nampak tak bulatan merah tu? ha tu diorang nak menggelongsor la tu!
Yipppieee! 
Lepak-lepak sambil buat hal sendiri.
Makan malam kami!!!!




17 comments:

  1. nampak best nye sliding atas batu tue...

    x penah lagi sampai stong! ;(

    ReplyDelete
  2. MasZuber:

    Tu la, nampak macam best, tapi takut nak try heheheh.

    Takpe nanti plan la dengan kengkawan pg sana .

    ReplyDelete
  3. mmg seriau okek nk slide kt situ..uiishh ngeri kalu teruss aje jatuh smpai ke bwh.. hehe

    bagus konsept kemah terbuka tu.. tp seb beik xhujan. part kesedapan makanan tu mmg boleh dibygkan lah hehe.. bese ler bila sejuk2 lapo mkn ape pon sodap..

    paling xtahan siap ade tukang urut kahkahkahkah.. kalu dia charge sorg rm30 offer kt sume camper kt situ mmg xsesia panjat hahaha

    ReplyDelete
  4. Ely Hasrul:

    Ha tu la aku pon tak berani nak buat. Tapi ✘ sorang teammate aku pompuan dia buat ok! Dia mmg giler2 punya org berani.

    Gunung ayam tu aku tak berapa sure la berapa ketinggian dia. Tapi yg pasti kalo panjat kaki pasti boleh gigil punya lah!!! Aku kat atas tu dulu banyak ayam hutan kot sebb tu nama dia gunung ayam hahahah..

    Member aku tu mmg pandai urut weh, dari kepala sampai ke kaki diurutnya. Siap ada minyak panas lagi tu yang syiok tu. Org kemah lain lalu lalang semua jeles tengok.. Siap tegur2 kiteorang kata nak join hahahhaa.

    ReplyDelete
  5. nk tgk gmbr matahari terbit!

    tp bl tgk header kt atas tu da blh agk dah,siyes lawa,clear je nmpk
    untung la dtg ms ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Al;

    Haha tu la dah ada hint2 kat header kan.. Memang superb habis la scenery masa tu. Subhanallah.

    Next entry akan cerita pasal sunrise. Tunggu ya.

    ReplyDelete
  7. sape rembat kuali ko? cukup dos tak makan kat sane? hihi

    pergh banyok gile ko bawak makanan.. sape yg x cukup dos ni?

    bahaya gila ko sliding atas batu tu..kalo atas pasir takpe lg.. aku kalo takde safety equipment mmg aku tak berani nak buat..sayang nyawa !

    ReplyDelete
  8. aku rasa kalu aku ikut naik sure kaki aku gigil smpai lembik mau sbln sakit haha.. kena buat larian amal tiap ari kalu nk pi panjat gunung neh..

    teruskann

    ReplyDelete
  9. Kemang:

    Kuali tu bukan orang curik tapi member aku punya kakak dah simpan bile carik tak jumpe pulak hahaha padahal seminggu sebelum tu dah siap kumpul dah barang2 untuk dibawa pergi.

    Kami kalo g memana memang bawak makanan banyak cenggitu...maklumla perut masing2 demand tinggi weh. hahahah

    Yg slide tu bukan aku, tapi member aku pompuan. Dia memang berani giler weh.! semua benda dia cuba! kAlo aku memang tak la... hehehe

    ReplyDelete
  10. Ely Hasrul:

    Hahaha ko belom cube belom tau lagi..cer terai cer terai...entah2 gagah kot.

    ReplyDelete
  11. cer terai? aku terai posing kt bwh gunung kinabalu dulu ek next week hahahaha

    ReplyDelete
  12. Ely Hasrul:


    Wa ko pegi Gunung Kinabalu eh? takpe, ko posing dulu, panjatnya nextime hahaha kalau larats!'

    ReplyDelete
  13. aku terpikir, camne eh klu nak memerut kat cni? susah tak?

    ke makan ubat tak kasik membuang? smpai skrg aku masih memikirkan hal yg satu ni...hurm...

    ReplyDelete
  14. Fatt:

    Hahhaa betol jugak, lupe aku nak cerita ... Kalo nak memerut silalah cari port2 yang baik dalam hutan, gali lobang, penuhkan dan kambus balik. Jangan la melepas dalam sungai sebb ramai orang mandi manda kat bawah, kesian. Tapi alhamdulillah sepanjang 2 hari kat atas tu aku tak memerut weh. Pandai pulak perut aku ni memilih kawasan. Tapi bile sampai pondok pelawat kat bawah terus carik toilet hahahaha! Gigih kan!

    ReplyDelete
  15. hahaha...gali lubang ke? adoi...aku rela telan pil tahan sakit dari membuang. isk...camne aku nak masuk hutan ni =____=

    ReplyDelete
  16. Fatt:

    Hahahha itulah namanya cabaran!

    ReplyDelete
  17. waaa.. speechless kejap... bnyak lagi tempat yg perlu di explore kat malaysia nie :D

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS