Pejam celik pejam celik dah sampai pun hujung tahun 2010. Sekejap je rasanya dan rasanya jugak macam baru semalam je aku menyambut newyear tahun 2010 dengan kawan-kawan di Look Out Point hari tu..Hmmmm itulah percaturan hidup namanya.
Oh ya, rentetan daripada kisah percutian aku dan kawan-kawan di Pulau Pinang minggu lepas, aku nak bercerita sedikit pasal makan, termasuklah tempat makan....makanan apa yang dirasa di Pulau Pinng dan sebagainya yang berkaitan dengan makanan di sepanjang percutian itu.
Ok, kisah breakfast di hari pertama di Pulau Pinang, kedai makan yang aku kunjungi sebenanrnya memang sangat popular di Penang iaitu kedai Nasi Kandar Line Clear. Mungkin jenama ini bukan saja terkenanl di Penang tapi dah dikeali di seluruh Malaysia. Macam biasa lah, kalau nama kedai pon dah nasi kandar, memang yang dijual pon nasi kandar dan konco-konconya lah! Secara peribadi, aku memang tak makan nasi kandar, tak suka nasik-nasik bewarna dan kureng sikit dengan kari apatah lagi dengan nasik yang dicampur-campur dengan pelbagai jenis kuah kari dalam satu pinggan..uhhhhhhh tak boleh telan rasanya, tapi bila dah pasang niat nak mencuba, aku cubalah. Not bad dan bagi penggemar nasi kandar mungkin ini adalah syurga mereka. Tapi yang paling aku tak gemar adalah kawasan tempat makan di luar kedai tu, betol-betol di lorong celah-celah kedai. Pemandangannya sangatlah tak enak dipandang mata. Kalau boleh tolonglah buat sesuatu wahai pemilik kedai. Anda amat femes, jadi jangan hanya gah di nama sahaja.
Di Pulau Pinang juga, aku telah berpeluang merasa satu jenis air minuman yang sangat BEST!!! Air Coconut Shake!! Fuh best giler. Sebenarnya ini meupakan kali pertama aku rasa benda alah tu. Memang best. Aku tau memang banyak minuman jenis ini di KL tapi memang aku tak pernah sedar kewujudannya sehinggalah aku diperkenalkannya di Padang Kota Lama Pulau Pinang. Lokasi kedai adalah di medan selera Padang Kota Lama iaitu gerai Jalil Special Ice Kacang.
Kemudian aku sempat juga merasa makanan di Meda Selera Gurney. Kat situ macam-macam ada jual antaranya pasemboq, laksa penang, satay dan char kuew Tiaw. Semua tu aku rasa! (oh except satay sebab dah habis) Penang memang terkenal denga laksa Penangnya, malam tu yang aku rasa paling okay adalah Laksa Penang Ayer Hitam. Tapi sangat pedas!!!! Pasemboq pon kalau kena gayanya memang sedap giler! Tambahan pulak bila makan masa hujan ...hmmmm tak dapat nak mengdescribe macamana! :p
Lokasi sarapan pagi yang kedua di Pulau Pinang adalah di sebuah gerai tepi jalan di Teluk Dalam menghala ke Teluk Bahang. Pagi-pagi memang agak sesak juga gerai tu. Sesuatu yang baru aku jumpa di situ adalah Nasi Lemuni. Lebih kurang macam nasi ulam kot? rasa dia sedap jugak. Di samping itu kami juga bedal nasi tomato ayam, nasi lemak dan kuih muih. Semua itu disediakan dalam bungkusan-bungkusan kecil, menarik!!!
Kami juga sempat pekena Laksa Penang lagi sekali di Pantai Shamrock Batu Ferringhi. Kat sini banyak gerai makanan di tepi jalan. Rasanyapon sedap juga. Kali ni tak berapa pedas sangat laksa Penang itu. Tambahan pulak bila pekena cendol...fuh best!
Kalau nak rasa rojak buah yang mabeles, sila ke Pangsapuri Tanjung Bunga betol-betol bersebelahan Masjid Terapung Tanjung Bunga. Kat bawah pangsapuri tu ada sorang makcik (rasanya asal dari siam kot) jual roak buah. Alamak sedap betol rojak buah tu!!!! Kalau tak percaya boleh cuba.
Dan destinasi makan-makan aku yang terakhir di Pulau Pinang adalah di hentian bas Butterworth. Kat situ sambil beli-beli asam bolehlah lepak makan di medan seleranya. Makanan pon memang masakan penang la. Boleh la kalau nak buat lapik perut.
Ok sebenarnya banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik di Pulau Pinang, cuma aku jer yang tak sempat nak eksplore. Kalau ada yang tak tahu, Penang ni dikenali sebagai syurga makanan! Hah bagi sape-sape yang terasa nak cuba, silalah datang ke Pulau Pinang.
Ok. Selamat menjamu mata.
PEACE!
Coconut Shake |
Makan-makan dekat Gurney |
Nasi Lemak Ikan Bilis |
Nasi Tomato |
Ni dia nasi lemuni. |
Laksa Penang |
Rojak Buah Tanjung Bunga |
Menulis untuk:
serius...sedap makanan tuh nampaknyer...
ReplyDeleteaku dah bersedia jadi model tu bali...sbb kamera x de..makan pun x yah pikir nak amik gambar.....hahahah
ReplyDeleteAnash -
ReplyDeleteHahaha memang sedap! kalau tak sedap takde la pinggan mangkuk semua licin hahaha
HD-
ReplyDeleteJangan Harap!
Aku nak pegi Penang Sabtu ni. Confirm aku nak tala cukup2 laksa/pasembor semua tuh..tengok gambar ko nih buat aku terliur dah..alahaiii
ReplyDeleteBlueEwoke
ReplyDeleteWaaaa bestnya! Penang makan best! Jangan lupa habiskan!!!! Best best!
thank you so muccchhhh la...u pny post ni telah melegakan hati saya ni yang nk bwk satu bas(sefamili)bercuti ke penang tpi tak tau apa2 pasal penang...
ReplyDeleteblog saya hatimamaz.blogspot.com
Maz;-
ReplyDeleteHaha ye ke? Ok lega dapat membantu! Banyak lagi makanan yang sedap2 kat P.P.
Try cari kat Padang Brown, banyak pasemboq sedap!
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.