Bersambung lagi kisah aku ke Pulau Pinang. Sepertimana yang diceritakan di dalam entry sebelum ini, ada 2 orang lagi rakan yang akan join kami di Pulau Pinang. Selepas semua dah berkompol di hadapan Terminal Ferry Pulau Pinang, kami pon mengambil keputusan untuk bersarapan pagi. Segala-galanya diserahkan kepada Haidi sebab dia kelihatan seolah-olah tahu dimanakah tempat makan yang best. Hehehe rancangan awal nak pi makan kat Gurney, pusin punya pusin tak jumpa-jumpa, bila dah jumpa....kedai pulak tutup huhuhu. Akhirnya terus kami di bawa ke kedai yang kengkononnya sangat popular di Pulau Pinang iaitu kedai NASI KANDAR LINE CLEAR! Huhuhu pepagi dah makan nasik! PASRAH...
Mula-mula masuk memang agak terkesima jugak la tengok kedai tu, ala-ala tepi lorong rumah setinggan jer, OK Fine tak hairanlah kalau sebelum ni kedai tu pernah kena rush dengan Jabatan Kesihatan (Info dari member opis sebelum ni). Tapi takper la sebab perut pon dah berkeroncong, jadi belasah saja. Not bad la masakan mamak di kedai ni, cuma bagi aku yang memamng tak suka makan nasi beriyani, jadi pilihan masakan adalah sangat terhad.
Selepas makan, kami terpaksa pulak mencari tempat penginapan sepanjang berada di Pulau Pinang. Pada mulanya memang dah setel dah masalah penginapan, tapi ada pulak perubahan di saat-saat akhir yang menyebabkan kami terpaksa mencari semula penginapan baru. KM telah mengroger kawan-kawannya di Pulau Pinang untuk sama-sama membantu mencari hotel bajet. Dengarnya ada sebuah hotel bajet yang agak OK untuk diduduki, namanya adalah Friendship Hotel. Kami pon bergegas la mencari Friendship Hotel ni, pusing punya pusing akhirnya ketemu jua, lokasinya adalah berdekatan dengan Padang Kota Lama. Bila tanya kat kaunter hotel tu, bilik yang tinggal hanyalah yang ada bilik air kongsi di luar. Bebudak pompuan ni dah mula berkerut muka hahaha. Takper, proceed ke plan B. Aku pon menghubungi makcik aku di Tanjung Bunga, akhirnya kami semua setuju menginap di rumah makcik aku. Alhamdulillah settle masalah. Jadi, kami pon bergegas ke rumah makcik aku... Barang-barang dalam bonet kereta perlu disimpan dulu supaya boleh bersenang lenang merayau keliling pulau!
Sampai di Tanjung Bunga, acara menembak diteruskan. Rumah makcik aku ni terletak betol-betol bersebalahan dengan Masjid Terapong Tanjung Bunga. Kalau ikutkan sejarah, masa Tsunami tahun 2004, masjid ni merupakan satu-satunya bangunan yang tak terjejas dek hempasan air laut tsunami. Rumah-rumah disekitar masjid ni kebanyakannya musnah! Termasuklah rumah makcik aku. Sekarang, Kerajaan telah mendirikan rumah pangsa di sebelah masjid ni untuk penempatan mangsa-mangsa Tsunami tersebut.
Setelah berehat beberapa ketika, kami kembali ke Georgetown, berjalan-jalan di sekitar KOMTAR dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Sampailah ke Padang Kota Lama. Fuh memang terbaik lah Penang. Makan pon boleh tahan sedapnya! Kisah makan nanti aku cerita di lain entry.
Kami melepak di Padang Kota Lama sampai pukul 9 malam. Keadaan malam tu agak kurang baik kerana hujan lebat. Setelah selesai menembak di PKL, kami pon ke Gurney untuk makan malam. Seperti biasa, makan campor-campor, ada Laksa Penang, Pasemboq, Char Kuew Tiaw dan sebagainya! Memang mabeles!
Lepas makan malam di Gurney, kami terus gerak ke Night Market di Teluk Dalam. Masa tu hujan memang maha lebat, tapi gigih jugak sebab dah ada dalam tentatif! Sampai Night Market dah dekat pukul 12 malam. Kedai pon dah banyak yang tutup. Tapi kami still pergi jugak merayau-rayau dalam hujan untuk melihat apa yang masih tinggal. Sempat jugak la sambar beberapa keping DVD (alamak kantoi beli CD cetak rompak hahahah). Si HD pulak sempat beli Fridge Magnet untuk member-member di KL.
Kami bergerak pulang ke rumah dari Teluk Dalam lebih kurang jam 12.30 malam. Penat tu memang tersangatlah penatnya, tapi best! Sampai rumah aku terus mandi dan pengsan!!! Esok masih ada yang menarik untuk dilakukan! Tunggu next entry ya!!!
TAMAN NEGARA PULAU PINANG menggamit!!!
PEACE!
Kesengalan di merata-rata
|
Pekena nasi kandaq di pagi hari. |
Tu dia kapla ikan besau nak mampus! |
Hang Dhamin dengan ayam gorengnya. |
Lepas makan baru boleh merayau! |
Ni dia Masjid Terapung Tanjung Bunga |
Merayau-rayau sekitar Georgetown |
Singgah jap tengok Star Cruise |
Kat Padang Kota Lama |
suka la gambar yg gerak2 tuh..nice one!!
ReplyDeletefika79-
ReplyDeletethanks...saya pon suka!
penang..memori betul...
ReplyDeletebtw, nice pic!
Hanie;
ReplyDeletewah apakah memori itu? Thanks..pic tak edit je banyak.
seriusly..amat cemburu you guys & gals having great outdoors activities...wish can join too..huhu..KJ..tulunnn..(tetiba KJ plak disebut..pe hal?hehe..)
ReplyDeleteseriusly..amat cemburu you guys & gals having great outdoors activities...wish can join too..huhu..KJ..tulunnn..(tetiba KJ plak disebut..pe hal?hehe..)
ReplyDeleteAnash -
ReplyDeleteThanks. We olls memang having fun kat sana. maybe next time you pon boleh join kalau berkesempatan! hahahaa
aNash ;
ReplyDeleteHahaha mungkin Okid pencetus segalanya???