Posts

Showing posts with the label Photography

Putrajaya Hot Air Balloon (Part 2):; Glow In The Dark :)

Image
Assalammualaikum!!!  Oleh sebab tengah rajin nak mengetik kibod, akhirnya aku buat keputusan nak apdet pasal Pesta Hot Air Balloon Night Glow hari tu, yang aku sempat terjah bersama dengan Kaki Berangan di Presint 2 Putrajaya. Macam biasa la, acara ni memang tetiap tahun ada, dan memang kalau berkesempatan tetiap hari aku pegi jengah tengok belon-belon yang sedang mengembang tu, sebab aku suka tengok belon-belon tu, sangat comel. Untuk sebelah malam pulak, biasanya memang akan ada Night Glow punya show , kira macam acara kemuncak untuk pesta Hot Air Balloon ni la. Apa yang menarik pasal acara kemuncak ni? Semestinya belon-belon tu semua akan dikompolkan dan akan ada persembahan cahaya dan bunyi. Maksudnya di sini, kesemua hot air balloon tu akan dinyalakan apinya mengikut rentak lagu-lagu yang dipasang. paham tak? Ala susah pulak nak menerangkan kat sini, korang tengok je la video yang aku sempat rakam kat bawah ni, mungkin cukup untuk menggambarkan semuanya. M...

Buah Tangan Japan! (Photobook Malaysia)

Image
Assalammualaikum!!! Fuh gigil-gigil tangan aku ni pegang photobook 2 volume yang baru sampai! Punya la debor menunggu seminggu, akhirnya muncul jua di depan pintu! Ni semua kerja Kaki Berangan dengan Chawana la ni tak habis-habis dengan projek photobook diorang sampai aku pulak terjebak sama. Thanks to Groupon sebab bagi harga promosi, aku siap beli 6 kupon tau! 3 dah digunapakai, ada lagi 3. Hehee. Aku start dengan photobook Japan dulu sebabnya, nak bagi mak pak aku tengok gambar-gambar kat Japan. Maklumla, aku belum sempat nak tunjuk gambar-gambar Japan kat diorang. (mulia tak hati aku?) Let's start with the covers: Volume 1 and Volume 2 Cover hadapat 2 Volume Amazing Japan! :) Antara yang ada kat dalam.  Last page of Volume 1 hehee Oh kisah Disney land and Disney Sea pon kene tepek jugak!  Kesimpulannya aku amat berpuas hati dengan kualiti photobook ini. Company: Photobook Malaysia Jumlah muka surat : 40 pages Tempoh prose...

Photo Challenge Balik Raya 2012 : Sesi Membunuh Namanya!

Image
Assalammualaikum!!! Rasanya belum terlambat kot aku nak submit contest si Biqque dan Chawana ni (walaupun dipaksa berkali-kali). Hmmm pening jugak la kepala nak pikir macamanalah nak buat 'Photo Challenge Balik Raya 2012" ni dengan kelengkapan serba kekurangan di Negara Matahari Terbit ni. Dah la aku sebatang kara kat sini, lepas tu bukan main gigih menyetelkan PCBR 2012 sorang-sorang tau! Korang mampukah???? *Pesanan untuk penaja: Sila bagi MARKAH LEBIH kat semua gambar aku di atas sebab-sebab tersebut! (Amaran keras) Ok jom kita mulakan! (Eh lupa pulak nak ucap Selamat Hari Raya! ). Ok untuk Syarat-syarat utama, aku rasa dah cukup lengkap dah: SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!   A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.   (Ye gambar aku semua ada dalam tu) B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis  "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2012". (Ok memang aku pakai kertas A4) C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Untuk pengetahuan jur...

Aksi Pengantin Lama

Image
Assalamualaikum!!! Minggu ni mood hibernasi. Duduk diam-diam buat aktiviti biasa, tidur, makan, buat kerja rumah, pergi kerja dan seterusnya benda yang sama diulang-ulang. Ada rancangan nak meng" escape "kan diri, tapi terbatal di saat-saat akhir sebab perancangan yang terlampau singkat. Bulan November dan Disember ni sebenarnya dah masuk musim MENGAWAN . Banyak la pulak jemputan kenduri kendara, sana kawin, sini kawin...sepupu aku pon ada dua orang yang kawin so bolehlah aku jadikan alasan, tak nak bagi sedara-mara busy sebab banyak sangat kenduri kawen kan. hahaha. Bukan setakat sedara mara kawin, kawan-kawan pon sebok nak mengawan jugak..ok biarkan. Jodoh korang kan... OK sebenarnya nak cerita tentang pengantin lama yang sporting. Walau dah beranak pinak (3 orang) tapi tetap gigih nak posing sakan. Sebabnya, waktu depa kawin dulu, tak sempat nak posing-posing sedemikian rupa. Akhirnya aku pon merealisasikanlah impian murni depa tu, kesian juga sebab beriya...

Tembak-Tembak : Journey To The Fairy Tale's Land

Image
Assalamualaikum!!! Satu lagi family yang best to work with! Family Amalina yang ada dua anak kecik yang comel, Ain dan adiknya *alamak aku tak ingat nama hehehe. Sekali lagi aku dan team dapat peluang menembak family portrait . Kali ni lokasi yang kami pilih adalah di tepi Pusat Akuatik Putrajaya , bersebelahan dengan Hotel Pullman di Presint 5. Mungkin ramai yang tak tahu tempat ni, tapi kat situ memang menyajikan pemandangan yang cantik...sebab ada pantai buatan dan budak-budak boleh mandi-manda kat situ yer. Tapi untuk bebudak saja, mak dengan bapak budak jangan gatei-gatei nak join mandi sama. Mungkin masa kami menembak tu agak tidak kena sebab waktu itu juga sedang berlangsung pertandingan perahu naga antara universiti di Malaysia, jadi orang agak ramai, masing-masing tengah prektis dan memasang kelengkapan bagi pasukan masing-masing. Tapi itu semua bukan halangan, sebab rezeki ada di mana-mana, jadi kami pon kenalah cari beberapa port menarik supaya tak terke...

Tembak-Tembak : Aziah and Family

Image
Assalamualaikum!!! Alhamdulillah, bulan Oktober ni ada la jugak job masuk. Walaupun tak banyak tapi rezeki jangan ditolak ye tak? Sekali lagi aku and team telah bertugas untuk menembak sebuah family yang sangat kiut-miut semuanya! Kali ni misi adalah untuk meraikan Hari Jadi anak bongsu si Aisy namanya.  Jadi macam-macam props la yang si mak dan bapak bawak, kakak-kakak dan abang jugak gigih mengangkut kereta mainan! Memang comel-comel semuanya. Pada mulanya susah jugak nak kawal bebudak ni semua sebab masing-masing excited berlari-lari ke sana kemari..oh lupa pulak, lokasi penggambaran kali ni adalah di Taman Tasik Perdana . Akhirnya berkat pujuk rayu dapat jugak la kami merakamkan beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan terindah untuk keluarga ini. Semoga semuanya kekal happy dan menjadi keluarga yang sentiasa cute ye! WASSALAM!  

Projek Terbaru

Image
Assalamualaikum!!! Tamau dah citer pasai hari raya, sebab mode raya aku dah pupus kot...(sedih sebab takde sape ajak pergi open house ) *eh ada la cuma tak dapat pergi hahahaa. Sorry ye pada yang menjemput tapi saya ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Minggu lepas aku ada satu projek baru, projek yang memang tak pernah aku buat tapi disebabkan ada permintaan dan atas dasar tanggungjawab maka aku dan beberapa orang kawan telah menjayakan projek ini. Projek apa agaknya ye? Sebenarnya aku dan beberapa orang kawan telah diminta untuk menembak seorang baby yang baru berumur 5 minggu! Comel dan kiut!!!  Nama baby ni Zulaikha !~ Persiapan sebelum menembak amat penting, seminggu sebelum tu aku dah ada buat homework sikit-skit, then kami juga kena keluar modal untuk beli beberapa jenis props seperti kain dan hiasan untuk baby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Gigih tau aku merempit lepas kerja pergi Jalan TAR untuk beli props . Pada hari kejadian, aku bertolak ...

Teluk Intan (Majlis Kahwin Azwan) Dan Rumah Pakcik Berahim

Image
Assalamualaikum!!! Minggu lepas, aku balik ke kampong di Perak bersama 2 orang kawan jurutembak beserta isteri dan anak salah seorang daripada mereka. Lokasi tempat menembak kali ini adalah di Teluk Anson (nama lama bagi Teluk Intan ) dan subjek tembakan adalah adek kepada KJ. Sebenarnya bukan le nak story sangat pasal tugas-tugas menembak ni, apa yang aku nak tulis kat sini adalah mengenai pengalaman sepanjang berada di Teluk Intan . Kami bertolak daripada KL pada jam 10 malam hari Jumaat. Lewat giler kan, tambahan pulak malam tu jalanraya agak jem sebab ramai yang mengambil cuti tersepit sempena Hari Wesak yang jatuh pada hari Selasa. sebelum ke Teluk Intan , kami singgah dulu di kampung aku, maklumla sebab dah janji dengan ibu dan ayah nak balik rumah. Tapi singgah sekejap saja sebab hari dah lewat malam dan KJ dah menyediakan tempat tidur di Teluk Intan . Maka malam tu jam 12.30 malam kami bertolak dari kampung aku ke Teluk Intan. Kami tiba di Teluk Intan pada jam 1.30 ...