2013-04-05

Putrajaya Hot Air Balloon (Part 2):; Glow In The Dark :)

Assalammualaikum!!! 

Oleh sebab tengah rajin nak mengetik kibod, akhirnya aku buat keputusan nak apdet pasal Pesta Hot Air Balloon Night Glow hari tu, yang aku sempat terjah bersama dengan Kaki Berangan di Presint 2 Putrajaya. Macam biasa la, acara ni memang tetiap tahun ada, dan memang kalau berkesempatan tetiap hari aku pegi jengah tengok belon-belon yang sedang mengembang tu, sebab aku suka tengok belon-belon tu, sangat comel.

Untuk sebelah malam pulak, biasanya memang akan ada Night Glow punya show, kira macam acara kemuncak untuk pesta Hot Air Balloon ni la. Apa yang menarik pasal acara kemuncak ni? Semestinya belon-belon tu semua akan dikompolkan dan akan ada persembahan cahaya dan bunyi. Maksudnya di sini, kesemua hot air balloon tu akan dinyalakan apinya mengikut rentak lagu-lagu yang dipasang. paham tak? Ala susah pulak nak menerangkan kat sini, korang tengok je la video yang aku sempat rakam kat bawah ni, mungkin cukup untuk menggambarkan semuanya.


Malam tu jugak ada pertunjukan bunga api..lama jugak la dan cantik!!! 

Ok jom layan gambar je, sebab tu je yang boleh menceritakan keadaan malam tu. InsyaAllah kalau ada rezeki, tahun depan ada lagi pesta belon udara panas ni, korang datang la lagi ye. Mungkin akan ada belon-belon baru yang join pulak? Siapa tahu kan?


Psssttt: Untuk entry versi kakiberangan di SINI.
Psssttt 2: Tak banyak gambar yang aku ambik sebab kemera aku still dalam sepital.. :(

WASSALAM

4 comments:

  1. ala~...aku pergi waktu pagi, siap bekpes dekat umai cafe lagi, taktau pulak malam pun bukak jugak.macam lagi menarik sebab nampak api belon tu jelas...

    ReplyDelete
  2. Orga:

    Haah biasanya malam tu untuk acara kemunca pesta belon ni la.memang tetiap tahun ada night glow ni.

    TapI x silap aku tahun lepas siap ada perarakan kereta berhias bagai. Tahun ni takde pulak.

    ReplyDelete
  3. opocot muka jon
    cis
    cis
    terkejut akak!!!!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!