Assalammualaikum!!!
Lama sungguh aku nak menghabiskan entry Japan aku ni kan. Tapi takpe, ini merupakan entry penutup sebelum aku summerizekan semuanya nanti. Fuh lega kot dah rekodkan pengalaman yang aku kuit kat sana. Sumpah best!
Oh korang dah start rasa demam pilihanraya ke? Aku menyampah pulak bile kat FB semua nak post pasal politik. Terlalu fanatik sampai rasa nak remove friend pulak, tapi apakan daya, dah nama pon kawan kan. Haish.
Walaupun aku dan Kak Mah tak sempat nak maduk main-main dalam Disneyland Tokyo dan DisneySea Japan tu, tapi pengalaman dapat jejak tanah dan tengok apa yang ada tu pon rasa teruja sangat dah. Dua hari lepas tu kami balik semula ke kampung, ye Tsukuba tu kan kampung, dikelilingi sawah padi, gunung-ganang dang komunitinya pon, memang peramah dan suka tersenyum. Mungkin dah lali dengan pelajar-pelajar kolej dan institut yang banyak terdapat kat Tsukuba tu kot.
Minggu last di Tsukuba, memang tak habis-habis siapkan final project sebab akan ada presentation oleh setiap wakil negara. Dan semestinya aku dan Kak Mah pon kena present projek akhir kami. Memang cuak jugak la. Tapi sebelum menjelang hari keramat tu, pada hujung minggu aku dan Kak Mah sempat meneruskan hajat kami yang telah berputik sejak minggu pertama lagi di Japan, yakni nak mendaki Gunung Tsukuba! Ya, menurut cerita-cerita masyarakat setempat dan hasil bacaan kat internet, Mt. Tsukuba ni antara gunung yang tertinggi jugak la kat Japan, dan atas tu kalau pergi time spring atau autumn memang lawa giler!!!! Tapi apa kan daya, masa aku kat japan ni tengah summer, pasrah je la. Tapi pergi tetap pergi!
Minggu terkahir di Tsukuba jugak kami berjumpa semula dengan geng-geng senegara yang dah terpisah sewaktu kami ke Tokyo tempoh hari. Seronok bile dapat jumpa diorang-diorang semua. Ok bukan aku berdua je dengan Kak Mah yang akan ke Mt. Tsukuba tu, ada dua orang perempuan lagi yang ikut kami iaitu Afifah (Malaysia) dan sorang lagi kawan dia orang Filipina (aku lupa pulak nama minah tu). So kami berempat memang dah nekad nak ke Mt. Tsukuba. Mula-mula jenuh la jugak ajak geng-geng Indonesia tu sekali pergi, tapi katanya diorang dah ada plan lain, so takpe la kami pergi je lah berempat. Harap-harap tak sesat! Hahaha kiranya aku dan Kak Mah la yang lead perjalanan kali ni.
Kami menaiki bas dari Tsukuba Center ke Mt. Tsukuba dengan tambang 700 Yen. Perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 30-45 minit, tapi sumpah tak boring duduk dalam bas tu sebab tenang je dan pemandangan sekeliling sangat menarik. Sawah padi pulak masa tu memang tengah menguning! Golden color gituh! Dan ada beberapa kawasan dah start menuai hasil padi mereka.
Sampai di Mt. Tsukuba, berhenti di hadapan Tourist Center yang betol-betol terletak berhampiran perhentian bas tadi. So kami pon masuk la dalam tourist center tu tengok kalau-kalau ada maklumat yang boleh kami dapatkan. Alhamdulillah ada jugak peta dan information booklet yang boleh dijadikan panduan. Untuk mendaki ke Mt. Tsukuba ni, kami kena melalui satu kawasan pekan yang sebelum sampai ke pintu gerbang. Kiri kanan jalan kebanyakannya ada rumah dan kedai-kedai menjual cenderemata. Tapi cenederamata yang banyak di jual kat situ adalah makanan seperti kuih-kuih tradisional dan makanan lain. Kalau nak cari FM memang tak jumpe la kat situ. Ada jugak kawasan rumah yang lapang yang dijadikan sebagai lot letak kereta dengan bayaran 500 Yen sejam! Giler mahal. Nasib baik tak bawak kereta hehehe.
Pendakian mengambil masa lebih kurang 30 minit la sebab banyak menyinggah dan ambik gambar. Akhirnya kami sampai di sebuah shrine di kaki Mt. Tsukuba. Shrine tu agak unik sebab binaannya nampak klasik dan masih kukuh dengan kayu-kayu dari pokok-pokok besar yang dah lama. Kat area depan shrine tu pulak ada la beberapa orang tengah buat persembahan, aku rasa macam tengah jual ubat kuat kot? sebab dia hiris tangan dia dengan pedang tetibe elok balik luka dia. Haish ngeri jugak tengok tapi ntah le baik teruskan perjalanan kekeke.
Ada jugak beberapa kawasan shrine yang sedang dibaikpulih. Tapi apa yang pasti, diorang memang menjaga kawasan-kawasan bangunan klasik diorang dengan baik. Kami teruskan mendaki lagi menuju ke stesen monorel yang untuk mendaki ke puncak. Ya untuk sampai ke puncak Mt. Tsukuba, ada banyak cara samada mendaki sendiri (hiking la), naik kareta kabel atau naik monorel. So pilih la mana yang senang. Kami pilih naik monorel sebab itu je yang dekat dan senang. Lagipon pakaian kami bukan le pakaian mendaki dan musim panas lagi pulak tu kan. Kak Mah pulak siap pakai kasut heel huuhuhuhu (kes memang bawak satu kasut je pegi Jepun hehehe).
Nak mendaki ke stesen monorel pon satu kerja jugak, tinggi wooo tapi alhamdulillah sampai jugak. Tiket untuk naik monorel ni berharga 1020 Yen untuk perrgi dan balik. Huuhuhu mahal jugak, tapi terpaksa la nekad sebab dah sampai kan. Untuk kanak-kanak murah sikit la dalam 510 Yen, kira separuh harga la tu. Ketinggian yang akan di daki menggunakan monorel ni lebih kurang 800 meter (kalau tak salah aku la) tapi keadaan laluannya agak mencuram dengan kecerunan kurang dari 45 darjah.
Memang dah eksaited la nak naik monorel ni, dan masa tu ramai jugak pengunjung tempatan yang nak naik sampai ke puncak. Masa naik monorel tu, ada la diorang pasang lagu-lagu dan ceritakan informasi-infor masi dalam bahasa Jepun, sumpah tak paham. Dan monorel tu jugak akan lalu satu terowong membelah bukit, kalau, memang cantik hutan tu, dengan pokok-pokok pine yang besar-besar gedabak tu, serius macam kat obersi! (???).
Akhirnya kami sampai la ke kawasan atas gunung Tsukuba tu. Tapi belum sampai ke puncak lagi ye! Atas tu ada satu kawasan lapang yang terdapat banyak kedai menjual cenderamata dan kedai makan. Baru aku perasan kat Mt. Tuskuba ni rupanya maskot dia adalah katak! Ye KATAK / KODOK sebab kebanyakan cenderamata yang dijual semuanya berbentuk patung-patung katak, gambar-gambar katak dan sebagainya yang berkaitan dengan katak. Mujur jugak kat atas tu ada kedai cederamata jual FM. So aku nekad beli je FM kat situ sebab takut tak jumpa kat tempat lain. FM kat situ ada tulis Mt. Tsukuba! Yeay.
Ok kami meneruskan pendakian. Untuk sampai ke puncak, kena mendaki lagi lebih kurang 600 meter weh!!!! Terpaksa la, lagi pon kat atas tu dah sejuk dah, atas gunung kan. Maka kami pon mendaki la slow-slow sambil dipintas oleh pelancong-pelancong lain. Sempat jugak makan breakfast yang kami bawak dari hostel, yakni pisang dan roti... mujur bawak, kalau tak kompom kelaparan.
Di tengah-tengah pendakian kami tengok ada ramai orang berhenti bergambar kat sebuah batu ni... belek-punya belek rupanya batu tu berbentuk KATAK! patutla maskot gunung ni pon katak! Menurut kepercayaan masyarakat tempatan, ada kisah katak yang disumpah jadi batu kat sini. Wallahualam.
Nampak tak batu tu bentuk mulut katak? |
Pendakian diteruskan, alhamdulillah akhirnya kami sampai jugak la ke puncak! Kat puncak tu ada sebuah shrine kecik yang memang betul-betul atas batu. Pemandangan atas tu memang superb! Boleh lihat keseluruhan kawasan Tsukuba dari atas gunung tu. Nampakla sawah-sawah padi yang tengah menguning seakan-akan karpet yang terbentang luas di kaki gunung! Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah.
Tak lama kat atas tu, kami pon turun semula, sempat la shopping sikit cenderamata. Ice cream pon ada jual kat atas tu, mahal pulak tu satu scoop 300 yen!!! gile la, nasib baik aku tak jadi beli.
Ok tu adalah antara pengalam-pengalaman manis di Jepun. Antara hari-hari terakhir sebelum aku pulang semula ke tanah air. Syukur la dapat merasai pengalaman tersebut. Dan yang paling penting aku dapat kawan-kawan baru dari pelbagai negara. Kalau nak diikutkan, memang belum puas lagi la duduk kat Jepun tu, rasa macam tak nak balik. Tapi apa kan daya, perut aku lebih memilih masakan Malaysia, jadi aku harus pulang!
Masa nak balik tu pon banyak la drama air mata berlaku. Ntah bila lagi la dapat jumpa diorang semua tu kan. Ada la kami buat farewell party dengan diorang semua. Masa tu kami dah rasa macam jadi satu keluarga. InsyaAllah ada rezeki kita akan berjumpa lagi.
Sekian, tamatlah kisah Jepun aku ni. Kalau ada rezeki, akan ku jejak lagi negara matahari terbit buat kesekian kalinya. InsyaAllah, nak teroka daerah lain pulak nanti. Aminnnnnn.
WASSALAM.
katak ijau tu comeyyyyyyy!
ReplyDeleteaku setuju ngan perenggan atas tu, fanatic sgt nak politik..rasa nak lempang laju-laju
ReplyDeletemahalnya tiket monorel tuh..but utk that view & experience..aku sanggup membayarnya gituh.
wahhhh kerlas kak mah, siap bawah heels lagi! hahahah papepun, view sepanjang nk naik tu mmg cantik weh! hijau je walpn aku tau sgt panas.
ReplyDeletemonorel dia mcam kat bkt bendera pun ade wlpn aku sendiri pun tak penah sampai lagi. bila gamaknya? jom!
gambo mamat tuh berdiri terkangkang..kenapa?
ReplyDeletegambo budak pegang pistol air...cute
gambo batu bentuk katak...haa..akak nampak...nampak!!
(hehe)
kayu kat bumbung temple tuh sangat komplikated...
dan
.
.
.
mana fm katak akak????
kbai
Kak ansh;
DeleteGitew! Saya x beli menatang2 katak tu! Kbai.
1. gambo cecantik!!! suker!!!
ReplyDelete2. ada jumpa katok hidup tak kat situ? eksaited nak tengok nih!!
3. mahal amat parking tuh!
Gadisbunga:
Delete1. Thanks!
2. Ada, banyak kataknya!
3. Haah parking kete kat sana mmg mahal
banyaknye KATAKKKKK!!!!
ReplyDeleteMaszuber:
DeleteKompang dipaluuuuuu
Pengantin malu
Ahaks
Ceklala:
ReplyDeleteHaah comey sebenarnya kan..tapi takde beli pon, maheiiiii.
dzuchan:
ReplyDeleteKan... kekadang rimas pulak bile tengok kat timeline semua pasal fitnah2 politik.
Haah mahal, tapi demi keriangan berganda, terpaksa la.
Henry Fox:
ReplyDeleteHaah memang kelasss ok.. susah tau nak mendaki pakai heels! Hahah panas tu jangan cakap le, dah macam kat Malaysia dah.
Haah monorel tu sebijik macam kat Bukit Bendera. Siap lalu dalam terowong lagi.
memang setuju dengan part dalam perjalanan tak mengantok sebab layan pemandangan yang lawa... :D
ReplyDeleteTime traveler boy:
ReplyDeleteYa betul... hihi