2012-04-02

Incredible India Part 6: Jal Mahal, Monkey Temple, Textile Shop and Halal Food In Jaipur

Assalamualaikum!!!

[ Sambung balik dari SINI ]

Lepas dah puas meronda-ronda di dalam kawasan Amber Fort, Bhaijan iaitu pemandu tuk-tuk kami mengajak kami ke Jal Mahal pula. Jal Mahal atau juga dikenali sebagai Water Palace merupakan sebuah istana yang tenggelam di tengah-tengah tasik Man Sagar di Jaipur. Memang besar juga istana tu, dan juga cantik tapi aku tak nampak macaman cara nak ke dalam istana tu sebab ianya dikelilingi air!

Jal Mahal atau Water Palace di Jaipur
Dulu istana ni tak tenggelam pon...katanya
Pemandangan Jal Mahal dari tepi jalan.
Nota: Jal Mahal merupakan sebuah istana 5 tingkat di mana 4 tingkat telah ditenggelami oleh air akibat daripada pembinaan empangan di Tasik Man Sagar. Sejak tahun 2000, kerja-kerja pemulaharaan telah dibuat terhadap Jal Mahal di mana ia merupakan tarikan pelancomg sehingga kini. Lagi cerita mengenai Jal Mahal boleh tengok di SINI.
Istana Jal Mahal ni boleh di lihat dari pelbagai arah di Kota Jaipur memandangkan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kota. Kami sempat melihat Jal Mahal semasa kami ke Amber Fort kerana tuk-tuk kami melalui kawasan tersebut, malahan ianya terletak di tepi jalan utama saja. Memamng lawa giler kalau ambik gambar dari angle yang betul, dan kami difahamkan, pada waktu malam akan ada limpahan lampu-lampu bewarna-warni yang menyinari Jal Mahal, cuma kami tak sempat nak tengok je.

Di sekitar Jal Mahal ada satu kawasan di mana sesiapa yang nak merasa naik unta boleh cuba. Tak tau pulak berapa harga sekali naik sebab kami tengok dari jauh je. Unta-unta tu pon dihias cantik, teringat pulak macam di Padang Arafah, Mekah juga terdapat unta-unta yang dihias cantik untuk tarikan pelancong. Kalau tak silap aku, yang kat Mekah tu sekali naik 5 riyal.

Sesi wajib... camwhore!
Dan bergaya ala retisssss
Bila dah puas ambik gambar kat area Jal Mahal tu (bukan la pegi masuk Jal Mahal sebab diorang kata sekarang ni tutup, under renovation) kami pon kembali semula ke tuk-tuk. Bhaijan kemudian cakap nak bawa kami ke satu kilang kain di Jaipur. Ha ni aku dah agak dah, kompom macam kes di Delhi haritu, sebab nak dapat komisen. Kami layan je sebab nak jugak tengok macamana rupanya kilang kain tu kan. 

Sampai di kilang kain tu kami memang disambut macam VIP. Anak owner kilang tu bawak kami ke kawasan mencetak saree menggunakan dakwat daripada sayur-sayuran! Menarik tau, kalau nak kaler hijau dari bayam, kaler oren dari carrot dan sebaginya. Dia pon siap tunjuk demonstrasi mencetak kain. Cantik jugak la, dan diorang ni masih guna kaedah tradisional, tak guna mesin pon. 

Lepas tengok cara-cara cetak kain, kami dibawa pulak tengok tempat jahit  manik pada baju. Masa tu ada la dua orang budak lelaki, aku rasa umur diorang dalam lingkungan 20-an kot tengah gigih jahit manik kat kain sari! Cekap giler dan laju je mencucuk-cucuk manik pada jarum. memang dah exspert habis dah tu! Hasilnya memang memukau. Owner kedai tu siap tunjuk contoh baju Kurta yang dah siap dijahit manik untuk majlis perkahwinan, memang lawa giler! Dan tentulah harganya pon mahal nak mampos. 

Pakcik ni gigih mendemonstrasikan cara tekap batek.
Dan lagi......
Alat pencetak yang digunakan.
Kolam air yang digunakan untuk merendam kain yang dah dicetak.
Warna-warna yang digunakan adalah dari sayur-sayuran.
Nilah hasilnya.
Dah habis tengok tempat jahit manik, kami terus di bawak ke dalam kedai, masa tu la macam-macam jenis kain dia offer. Saree la, baju la. Kami tengok je sebab dalam hati dah pikir taknak beli apa-apa dan saree-saree kat Sarojini Market, New Delhi tu lagi cantik dan murah berbanding harga kat kilang ni. Kompom diorang ni dah letak harga markup giler-giler dah ni. Tengok-punya tengok akhirnya teracun jugak aku dengan Danny tempah baju ala-ala British India punya baju, kaler putih pakai kain cotton je. Harga dalam belas-belas ringgit. Diorang kata jahit hari ni dan esok boleh ambik. Sebabkan murah, jadi terai je la buat sehelai. Heheheh

Pekerja-pekerja gigih.
Jenuhnya nak mencucuk manik-manik tu.

Baju mahal untuk upacara perkahwinan.

Ruangan jualan.

Setelah hasil tuaian tak berapa memberangsangkan, Bhaijan kata nak bawa kami ke Monkey Temple untuk tengok sunset. Fuh memang dah teruja habis dah ni, dan terbayang-bayang betapa banyaknya monyet a.k.a beruk kat situ sebab namanya pon dah Kuil Monyet (direct translation) kan. 

Perjalanan dari Jal Mahal ke Monkey Temple tu lebih kurang 15-20 minit jugak la. Kami melalui kawasan bandar dan kemudian masuk ke kawasan yang agak kampung. Kiri kanan jalan adalah perkampungan dengan rumah-rumah seakan-akan pondok buruk yang dah nak roboh. Kesian jugak tengok keadaan penduduk kat situ. Sampai je kat kaki bukit Monkey Temple tu, alangkah terkejut beruknya kami pabila melihat bukan monyet yang banyak tetapi Cik Bab (BABI / KHINZIR)! Pusing kiri nampak Cik Bab menari-nari, pusing kanan nampak ada yang melompat-lompat, siap gesel-gesel tepi tuk-tuk pulak tu. Omaigosh! Tak sanggup nak turun, ibarat sekumpulan ayam mencari cacing di tanah lagaknya! Menjerit-jerit jugak la kiteorang dalam tuk-tuk tuk. Hai jenuh pulak le kalo nak kene samak, mana nak cari tanah bagai hahahaha.

Mengintai babi dari dalam tuk-tuk
Puas Bhaijan pujuk kami untuk turun, siap ada budak-budak kampung kat situ tolong halau babi-babi tu, tapi still babi-babi tu berkeliaran merata-rata. Banyak okay! Bukan seekor dua. Kami ambik keputusan untuk tak meneruskan misi Monkey Temple atas dasar keselamatan diri (cewah). Haish tak sanggup teman berlari-larian anak bersama Cik Bab sekeluarga. Bhaijan tu pon pasrah je la. Diorang ni pon satu, nama je Muslim tapi boleh pulak bela-bela babi bagai haish! 

Jadi kami pon meninggalkan Monkey Temple dengan penuh kehampaan (ayat drama lagi). Tak dapat le nak mengambik gambar sunset kat situ. Takpe lah keselamatan lebih penting. Hari pon memang dah senja. So kami bagitau kat Bhaijan supaya bawa kami ke mana-mana restoran Muslim sebab kami nak tapau makan malam. Bhaijan pon membawa kami ke sebuah restoran Muslim di dalam Pink City. Aku lupa pulak apa namanya, boleh cek dalam gambar nanti. Masa kami pergi kedai tu memang nampak ayam tandoori dan ayam goreng menggamit-gamit! Bhaijan pon memang kenal dengan pemilik restoran tu, serang pakcik tua dalam lingkungan umur 60-an kot. Pakcik tu beria-ia mintak kami promote kedai dia dalam internet. Katanya supaya ramai lagi pelancong datang kat kedai tu! Kami pon membeli ayam tandoori dan roti nan untuk makan malam. Tengah sedap-sedap pilih ayam tetiba keluar satu periuk Nari (mutton) dari dapor, panas berasap. Si MasMZ beria-ria kata sedap, nak cuba la, nampak macam menyelerakan la. Aku, seperti biasa, memang bukan makanan aku, so tak teringin langsung. Jadi kami pon beli la sikit nak buat rasa. Kononnya nanti kempunan pulak kan. Pakcik kedai tu siap belanja kami minum Chai (teh tarik) lagi. 

Nama restoran ni Islamika Kallu Hotel (erk??? hotel ke restoran?)
Sedia untuk memasak.

Nak masak apa tah, ayam tu di bubuh dalam ni.
Ni lah owner kedai tu.
Keadaan dalam kedai.

Aku rasa di sini lah bermmulanya episod Cerry Berry (cirit birit lah) kami. Sampai kat hotel, kami buat janji dengan Bhaijan untuk program esok. Kami suruh dia datang dalam jam 9.00 pagi sebab esok jugak kami kena check-out dari Hotel Maya Niwas tu. Lepas dah setel dengan Bhaijan, kami pon lepak dalam bilik dan masing-masing dah tak sabar nak makan. Lapar kot sebab dari tengahari tak jamah apa-apa. Nasib baik la ada biskut-biskut buat alas perut.

Sempat la layan sunset dalam tuk-tuk
Sunset di Jaipur

Bila rasa je Nari tu, Omaigoshhhh pedas dia tahap dewa! Memang pedas, aku yang ambik sikit je kuah pon dah terasa kepedasannya. Memang kompom cerry berry  dah ni. Lepas makan kami pon menyelesaikan apa yang patut dan tidur. Esok masih banyak tempat nak explore.

Makan malam kami....
Ok nanti aku sambung kisah hari ke dua di Jaipur.

WASSALAM.

14 comments:

  1. hoyeahhhhh.... wahhhh lajunyerrrr hapdet!!!!! *mood bertabah#

    bila tengok mamat2 yang dok jahit manik tu memang impress gilessssss.... laju ke main!!

    seken impress, bila huwaaaaaaa nangesssss makan nandri yang pedas yakmatsssssss....... seminggu terasa kurus dek ceri beri..... hurmmmmmm

    ReplyDelete
  2. omg!!! gigih giler type panjang nih! ni la yg ko buat sepanjang hari ek kat ofis? akakkakaka.... ;p

    hurm..cantik kan baju pengantin utk lelaki tu? perghhh! penuh batu permata. harga, pengsan~

    maka bermulalah sesi cherry berry. muahaha

    ReplyDelete
  3. oo...
    now i know why the cery bery came about...
    mmmm.....
    looking at the curry...
    interesting ....

    (tetiba mode henglen..)

    tapi bab yang istana tenggelam tuh menarik le pulak...tak tahu pun..

    ReplyDelete
  4. JOHN!

    Heloooo aku taiop menatang ni semua kat rumah tau! Sambung sikit je waktu lunch tadi (gigih skip lunch demi blog hahahah skg merasa lapar tahap babi)

    Ye baju tu mmg cantek giler dan mahal giler!!!!!

    Tu la sebabnnya cerry berry....

    ReplyDelete
  5. MasMZ:-

    Saya mmg gigih.
    TITIK

    Nandri tu tak sedap! TITIK

    ReplyDelete
  6. Kak Anash:

    Kannnnnnnnnnnn... itu semua puncanya!!!!!!

    Istana tenggelam tu memang menarik sebab tetibe jadi empangan kekekeke

    ReplyDelete
  7. pegi kilang kain tu SEBIJIK cam anak hartawan :) kihkihkih!

    cik bab ramainyerrrrrrrrrrr! berbulu kan? ko penah tgk yg rambut belah tengah? hahahahahahahahaha!

    ReplyDelete
  8. Biqque:-

    Kannnnn nama pon Terpaksa memilih jalan mewah kekekek.

    Babi rambyt belah tengah???? Ohmai! Rasa macam penah tengok je! Kekekkeekke

    ReplyDelete
  9. belas2 jek baju cm british india? wahh mmg british Yindia lah kan hihi.. xtahan part bahbi tuh.. kahkahkahkahkaha

    sama lah aku xminat sgt makanan kari nari nih.. kenkadang aje terai cth kalu g penang ke ape hihi

    ReplyDelete
  10. Ely:

    Ha ah betol!Murah je ..kalo mahal tak kose nak buat kekeke

    yeay ada geng! Tapi aku makan kari yg mak aku buat je. bubuh kicap...fuh sedap!

    ReplyDelete
  11. BANYAKNYA CIK BABs!!! eeeii

    Menarik jugak kilang dan kedai kain yg korang pegi tu, walaupn tak beli, at least leh tgk cara2 diorg wat kain ha kekeke..
    Sunsetnya cantik jugak ler..oren gitu..

    dapat jugak korang makan tandori..caits!!

    ReplyDelete
  12. BlueEwoke:

    Begitulah banyaknye.. tak kose nak turun bermain-main dengan diorang hehehe

    Biasa2 je sunset tu...tak pandai nak amek gambo.

    Tandoori tu begitu mahal harganya!

    ReplyDelete
  13. Kelakar tol tang cik bab tu..bole plk bgesel2 kt tut2..jal mhal tu xleh msk la eh? sbb da dtenggelami air

    ReplyDelete
  14. Hamra:-

    Ye memang kelako dan skeri tau. Sebab banyak giler, seolah berada di ladang Babi tau, kekeke/

    Jal mahal tu katanya boleh masuk tapi kene naik bot, cuma masa tu tengah renovation.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS