2012-04-12

Sekinchan Part 2: The Jeram Ikan Bakar || Melaka : Things To Do In Malacca

Assalamualaikum!!!

Ok kembali kepada kisah di Sekinchan (haritu aku janji nak sambung kan?hahah menepati janji pulak aku ni). Tapi kali ni aku nak rangkumkan terus dengan kisah di Melaka!!! Fuh dua dalam satu, amacam? Best tak? Apadahal....layan je.

Kisah Sekinchan

Dah tercapai misi utama iaitu menyunting Sucisonia Maryam (wah kelas nama bayi-bayi sekarang!) anak kepada empunya blog yang santek iaitu Kakak Santek (This Is Our La La Land), kami meneruskan misi selanjutnya menuju ke Jeram, Kuala Selangor. Tujuan utama adalah untuk pekena ikan bakar dan makanan-makanan laut yang lain!!! 

Tak ramai antara kami yang tahu kat mana sebenarnya Jeram ni, dan tempat / Medan Ikan Bakar kat Jeram ni pon takda la popular sangat dulu-dulu cuma beberapa tahun kebelakangan ni je dah jadi fames dan bagi aku quite overated la kot? Makanan tak seberapa, service lembab dan tehapa-hapa dah sinonim dengan beberapa Medan Ikan Bakar kat Malaysia ni. Tak perlu lah aku nyatakan di mana, dan yang pasti salah-satunya tentulah kat Jeram ni.

Mungkin jugak kami salah pilih kedai? Sebab banyak sangat kedai makanan seafood kat situ kan, so tak tahulah mana yang ok. Bagi aku sama je kot semuanya (biasalah, sebab nila setitik rosak susu sebelanga!) Wow berperibahasa pulak kat sini! Kekeke.

Takpelah, memandangkan hajat di hati memang nak makan ikan bakar kan, maka rancangan diteruskan. Kami sampai kat tempat ikan bakar Jeram ni dah dekat pukul 8 malam....masa tu bukan main ramai manusia, mentang-mentang baru dapat gaji! Hampeh betul, nak parking pon susah....Bila dah dapat parking, jenuh pulak nak cari meja, dah la kami ni ramai (10 orang) maka bermulalah sesi menunggu di pinggir-pinggir meja, tunggu orang lain habis makan. Alhamdulillah tak payah tunggu lama, dapat jugak meja hasil pemerhatian Cawan. 

Kemudian ke sesi memilih makanan laut pulak. Ya memang kena beratur untuk ambil ikan, udang, sotong, ketam, dan macam-macam lagi kat satu sudut. Harga pulak boleh tahan murah la, sebab total belanja kami malam tu hanya RM 17.50 je sorang!!! Tak ke murah? Selalu tu kalau makan seafood, kalo tak kena harga puluh-puluh, mau sampai ratus-ratus! Syukur...ada kelebihan di situ. Agaknya sebab tu orang ramai datang kot? KOT je la.

Kawasan tempat memilih makanan laut.
Antara pilihan yang ada.
Ikan kompom la ada hhahaha
Muka-muka lapar.....
Tengok betapa gigihnya Kak Coco memilih sotong!!! *tabik

Dah habis sesi memilih hidangan, maka bermulalah sesi penantian. Lama giler tunggu, lebih sejam dah kot? Sampai ada la sorang tu yang tak tahan nak balik KL sebab ada date lain, huh. Lepas sejam barulah kami dapat apa yang dipesan, datang satu per satu. Itupon setelah digesa berulang kali kepada adik-adik waiter.

Bile makanan dah sampai je masing-masing tak ingat dunia, terkam! Sampai nak amek gambar pon dah tak ada nafsu kekekek. So aku memang takde ambik gambar sesi makanan laut yang sudah dimasak itu. Cubalah korang bayangkan sahaja. Kami makan kat situ samapai pukul 10.30 malam kot? Aku tak berapa ingat dan perjalanan diteruskan ke destinasi masing-masing. Aku kena balik ke rumah Chawana sebab parking kereta kat situ, fuh memang jauh dan penat. Nasib baik bukan aku yang drive dari Sekinchan ke KL. 

Aqilah jugak yang menten cute!
Kisah Melaka : City Tour

Kalau ada yang perasan, aku ada keluarkan Teaser sebelum ni mengenai short trip ke Melaka. (Ada ke orang perasan? ) Kisahnya ada kene mengena jugak dengan program makan-makan di Sekinchan tu. See nampak tak kerelated-an entry ni di satukan? Minggu lepas aku dan beberapa #travelholicawesome telah dipelawa untuk turut serta ke satu program Mengenali Melaka (kekeke walaupon ada jugak orang Melaka yang join, tapi kiranya boleh anggap macam takde orang Melaka yang join langsung pon takpe - no different katanya). Tak payah le nak tau sape yang buat program ni, rahsyier. Lagipon aku ni sebagai pemerhati bebas je, tak perlu le nak kecoh-kecoh sesangat...sekadar bercerita alar kadar dalam blog je kekeke.

Kami bergerak dari KL ke Melaka pada jam 10.30 pagi, gara-gara bersembang dan mengumpat barang seminit dua di rumah Lily the Globetrotter. Kak Coco juga yang akan mengjoin misi ini telah terlebih dulu bergerak ke Melaka, nak balik jenguk sedara-mara Gary (Siput Babi dia) katanya, so dia akan tunggu aku, Lily dan DANNY the Kaki Berangan di Melaka. Alhamdulillah jalan pon tak jem dan cuaca pon elok. 

Things To Do In Melaka - #1
Kami sampai di Melaka dah dekat pukul 12.00 tengahari, terus cari tempat tido. Takut-takut nanti terpaksa pulak merempat tepi A'Famosa pulak...lain jadinya. Time tu perut memang dah lapo yaaaaamat, jadi lepas dah jumpa tempat tido terus menapak dalam 1 km menuju ke Restoran Asam Pedas yang popular kat area Bandar Hilir. Pernah jugak restoran ni masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) masa tu Maria Tunku Sabri jadi pengacaranya. Lama dah tu. Wow makanan kat Restoran Asam Pedas ni memang banyak pilihannya, macam-macam ada dan kebanyakannya adalah masakan kampung, dan asam pedas pelbagai jenis turut dihidangkan. Lokasi restoran ni terletak di kawasan rumah kedai di hadapan Menara Tamingsari. Cari la kat area situ, kompom jumpe.

Menapak menuju kejayaan.
Wajah baru Dataran Pahlawan.
psssttt: Gambo kat restoran tu tak ambek rupanya!!!! Haish.

Things To Do In Melaka - #2

Dah habis makan, kami menapak lagi sampai ke kawasan Stadthuys sangat fames tu (ala bangunan warna merah yang dekat dengan roundabout tu). Sempat la kami menembak-nembak kat situ. Cuaca bukan main panas terik! Punya la ramai manusia kat situ terutamanya  pelancong asing. Kat situ jugak ada banyak gerai jualan cenderamata seperti key chain, fridge magnets dan tudung saji (???). Kalau nak naik beca pon, boleh naik kat situ sebab diorang punya centre kat situ. Di samping tu, ada jugak macam karnival sedang berlangsung, ada la  persembahan joget lambak, tarian tradisional masyarakat Portugis dan sebaginya. Memang meriah habis.


Things To Do In Melaka - #3

Dah habis bergambar kat Stadhuys, kami menyelusuri tebing Sungai Melaka menyaksikan banyak Melaka River Cruise tengah bersimpang siur menyelusuri Sungai Melaka.Happening sungguh, terasa seperti bukan berada di Malaysia kot kekeke (sebab ramai warga asing). Alhamdulillah, keadaan di sepanjang Sungai Melaka dah semakin baik dan cantik. Banyak usaha telah dibuat oleh pihak Kerajaan untuk membangunkan kawasan persekitaran sungai tu. Sempat jugak kami pekena cendol pulut kat depan Stadhuys tadi. Cendol tu memamg popular dan ramai giler orang beratur nak makan. Untung kami cepat, dapat la merasa duduk kat meja.

 
  
Things To Do In Melaka - #4

Dari makan cendol, kami menapak lagi menuju ke arah Jonker Street. Ya, walaupun waktu masih awal, tapi orang dah bukan main ramai kat situ. Uniknya Jonker Street ni, adalah kedai-kedai yang terdapat di situ, pelbagai jenis barangan di jual dan kebanyakannya unik. Struktur asal bangunan lama pon masih banyak dikekalkan. Oh ya, kepada yang suka mengumpul barangan Hard Rock Cafe, boleh singgah di kedai sementara Hard Rock yang terletak di Jonker Street ni. Kedai tetap sedang dalam pembinaan, betol-betol tepi jambatan depan Jonker Street ni. InsyaAllah bulan Disember nanti siap. Tunggu la yer. 

Masa kat Jongker Street hujan turun pulak, gak lebat. Kami singgah lepak sekejap kat dalam sebuah kedai barangan antik sampai hujan reda. Tak lama mana pun, sekejap je.


Things To Do In Melaka - #5

Dari Jonker Street, kami menapak semula ke Stadhuys untuk mngambil beca. Dah tak larat nak berjalan weh, penat nak mampos, nak menapak balik hotel. So kami decided to ambik 2 beca untuk balik ke hotel. Tambang beca adalah RM 15 / beca. Ok la kot sebab jauh dan macam kesian pulak nak bawak kami yang comel lote ni. Ni first time aku naik beca kat Melaka tau! Tak sempat pulak nak tengok A'Famosa sebab beca tu tak lalu situ. Takpe la next time.


Things To Do In Melaka - #6

Dah sampai hotel, tak dan nak berahat lama pon, kawan Lily dah call ajak kami dinner. Katanya nak bawak makan seafood! Fuh seafood lagik! teruja kami sebab masing-masing dah lapar. Lagipon menapak jauh dari tengahari. Kami menuju ke Restoran Ikan Bakar yang terletak di Pernu. Jauh jugak, sebab menghala ke arah Merlimau sana, tapi takde la sampai ke Merlimau, atas sikit je dari sekolah bebudak jahat tu. Memang cantik tempat tu, siap terapung atas laut lagi (konsep). Kat situ memang kami makan seafood tak ingat dunia. Sedap jugak masakannya dan yang penting tempatnya selesa. 



Things To Do In Melaka - #7

Dari melantak seafood, kami kembali ke Bandar Melaka. Malam pulak masih muda, baru pukul 9.30 malam. So kami decide nak ke Kampung Morten, banyak rumah Melayu lama kat sana, dan setengahnya dijadikan homestay. Menarik betul! Kg. Morten ni dah digazetkan sebagai Living Muzeum oleh Kerajaan Negeri Melaka. Ia terletak betol-betol di tenbing Sungai Melaka dan sangat cantik. Kalau tak salah, memang Kerajaan negeri bagi peruntukan khas kepada setiap rumah untuk mengekalkan keasliannya dan menambahbaik mana yang patut.


Things To Do In Melaka - #8 

Perkara terakhir yang kami buat di Melaka adalah MAKAN SEAFOOD lagi!!! Kali ni dekat Seafarrer pulak! Tempat ni terletak berhampiran Pantai Klebang dan ianya memang dibina betol-betol tepi laut. Terbaik pemandangannya....sambil makan tengahhari, sambil tengok kapal-kapal bawak pasir lalu lalang depan kami. Makanan yang disajikan di sini merupakan makanan Baba dan Nyonya. Sedap woooo..


Dah habis makan, kami singgah di Hotel Philea. Singgah kejap je sebab nak cuci mata. Terbaik la hotel tu, sebab konsep keseluruhannya adalah kayu hutan. kalau nak tau cerita lanjut boleh singgah SINI sebab ada review penuh pasal hotel ni. 



OK lah, penat dah menaip.

WASSALAM.

20 comments:

  1. teringat pulak makan seafood kat nakhoda tu. mmg terbaekkk ah sbb aku tambah smpai 3 kali. sorry ye...udang sedap, ikan sedap, sotong sedapppp sume sedappplahhhh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danny:

      Ye aku perasan ko tambah 3 kali setengah!!! Tapi ikan dia sedap! Hahahaha

      Delete
  2. Servis kat restoran seafood kat Jeram tu memang lambat ngalahkan siput babi. Pastu hantar makanan satu per satu, memang hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie:-

      Betol tu, setuju! Memang kalo kite tak pg tanya agaknya sampai ke esok subuh tak dapat lagi huh!

      Delete
  3. mie,

    nak tunggu makan mmg bercinta, bukan bercinta rasa nye, bercerai berai dah... lam gilos.

    john,

    janggel consistent nye performance dia. ehheheh... u ilang momentum. diet john, dieeeet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily:-

      HAHAHAHHAAH PART BERCERAI BERAI TU LAWAK!!!!!memang hampeh .

      Joh kata dia taknak diet, dia suka montel hahahaa

      Delete
  4. KCC gigih cam nak mengaudit sotong jerrrr, har3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ:-

      Dia belajo dari john la tewwwwww.

      Delete
  5. hah, makan di pantai Jeram tu servis lambat giler ? bior betul !

    area tu kalau makan ikan ke sotong, kira tak berapa best lah. sebab sana femes dengan haiwan cengkerangnya; kerang, lala, lokan, siput sedut, kerang gergasi & remis.

    pasal Melaka pulak, alamak Wakjan ingatkan korang cari yang bukan common place punya lokasi. takpelah, layankan ajelah jalan2 tu ...

    p/s: anyway, gambar2 kamu menarik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakjan:-

      O wakjan pon tau eh servis depan camtu. Ok lenkali kite jangan pegi dah! Hahahaa...
      Yup area sana fames ngan binatang cengkerang.

      Melaka tu sebab ikut kawan g keje, tu yang pusing2 area situ je.

      Thanks wakjan!

      Delete
  6. pertama2 kitorg org sekinchan pon xdek ati nk mkn kt jeram tuh.. keduanye gambar melaka summmmpah cantek.. ketiganye paling penting.. nak gambo redang lagik santek mcm nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ely:-

      Hahahha dah umah ko dekat buatpe nak g situ kekeke. InsyAAllah nanti kite posing kat redang!

      Delete
  7. Aku pangkah dah jeram tu, dh la lembab, xsedap plak tu.. jom tempat lain!

    Tak nak komen pasal melaka! Kbai!!!! muahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BlueEwoke:-

      Hahahha jom Bagan lalang!!!!!

      HAHAHAHAHA!!!!

      Delete
  8. umakkkkaaaiiii..kembangnyer hidung akak tang nak pilih sotong????
    (odit melalui deria bau..korang mampu????)

    sapa le orang melaka tuh ek???
    Jeram? so-so
    Pernu? ok!!!

    John..eh..Danny memang mkn banyak pada malam itu di pernu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Oooo camtu ke rupa kalo odit guna idung? Hehehehhe.

      John over! Kekeek

      Delete
  9. Ni kisah tentang jalan-jalan cari makan lah yeak.... Bila citer tentang makan perut dah rasa lapar lah pulak ni.

    Melaka cantik....persekitaranya bersih tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:-

      Ye kisah jalan-jalan cari makan hehehe.
      Alhamdulillah Melaka dah bersih skg.

      Delete
  10. Cis ke Melaka kamu Tuah? Bertuah sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:-

      ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ nak ke Japang tak sampeiii, tepakse le ke melake je! (Ada bunyi baba nyonya tak? Kekkeke)

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS