Sekinchan Part 2: The Jeram Ikan Bakar || Melaka : Things To Do In Malacca

Assalamualaikum!!! Ok kembali kepada kisah di Sekinchan (haritu aku janji nak sambung kan?hahah menepati janji pulak aku ni). Tapi kali ni aku nak rangkumkan terus dengan kisah di Melaka!!! Fuh dua dalam satu, amacam? Best tak? Apadahal....layan je. Kisah Sekinchan Dah tercapai misi utama iaitu menyunting Sucisonia Maryam (wah kelas nama bayi-bayi sekarang!) anak kepada empunya blog yang santek iaitu Kakak Santek ( This Is Our La La Land ) , kami meneruskan misi selanjutnya menuju ke Jeram, Kuala Selangor. Tujuan utama adalah untuk pekena ikan bakar dan makanan-makanan laut yang lain!!! Tak ramai antara kami yang tahu kat mana sebenarnya Jeram ni, dan tempat / Medan Ikan Bakar kat Jeram ni pon takda la popular sangat dulu-dulu cuma beberapa tahun kebelakangan ni je dah jadi fames dan bagi aku quite overated la kot? Makanan tak seberapa, service lembab dan tehapa-hapa dah sinonim dengan beberapa Medan Ikan Bakar kat Malaysia ni. Tak perlu lah aku nyatakan di m...