2011-12-12

Projek Teater: 1 Plastik Hitam

Assalamualaikum!!!

Lama betul tak terjebak dengan Projek Teater. Kali terakhir adalah bulan September dulu kot, menyaksikan The Secret Life of Nora di Istana Budaya. Lepas tu haremmmmm dah tak jejak kaki ke IB dan yang seangkatan dengannya. Aku dah slow sikit bab-bab ni, berhibernasi je sekarang. Tapi baru-baru ni, aku sempat pulak menyaksikan pementasan teater bertajuk "1 Plastik Hitam". Lokasi pementasan tidaklah segah di IB, malah beratus kali ganda lebih sempit daripada IB. Tontonan juga di celah-celah kepala manusia dan tempatnya juga tak berapa selesa...walaupun harga tiket masuk adalah RM 20 (kiranya kalau kat MATIC pon boleh lepas). Pementasan teater 1 Plastik Hitam berlangsung di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Waktu pementasan pula adalah pada jam 8.30 malam.Tak silap aku semalam (Ahad) merupakan hari terakhir pementasan.

Para pelakon? Rata-ratanya memang aku tak kenal langsung cuma ada la sorang, Karl Syafek yang pernah mengacarakan rancangan 3 Hari 2 Malam (rancangan perlancongan bersama Fizo Omar) dan sekarang gigih mengacarakan rancangan hiburan Hip TV. Mula-mula memang frust jugak sebab dapat tempat duduk yang sangat tak best! Pemandangan ke arah pentas sangat terhad disebabkan terganggu dengan kepala-kepala penonton yang duduk di depan.

Ok walaupun pementasan teater ni berlangsung di Stor DBP, tapi jalan cerita dan kredibiliti pelakon sangat aku puji! Sangat best dan penuh dengan maksud tersirat (perli-memerli tentang keadaan atau situasi di Malaysia ketika ini). Perjalanan teater adalah berkonsepkan kepada rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, Mentor dan lain-lain di mana terdapat 5 orang peserta yang bakal berentap di episod akhir yang memerlukan kepada undian penonton (Penonton boleh undi menggunakan SMS) dan kesemua peserta diberi tugasan / watak yang mencabar untuk melakonkan kisah rancangan realiti tersebut yang diberi tajuk : "RUPA, BUKAN SEKADAR BERBAKAT BESAR". Hahah daripada tajuk je aku dah tau yang cerita ni memang penuh dengan unsur ejekan. 

Aku malas nak cerita sinopsis teater ni, mungkin ada website atau FB mereka sendiri sebagai rujukan atau boleh rujuk di SINI. apa-apa pon, syabas kepada semua pelakon kerana berjaya melakonkan watak dengan baik sekali. Mungkin satu hari nanti teater ini akan ke pentas yang lebih besar? harap-harap begitulah. Ok cukup setakat ini, gambar di bawah boleh menceritakan segala-galanya.
WASSALAM.

Pssttt: Thanks to MasMZ, John dan Cawana untuk surprise advance birthday party aku malam tu. Sangat tak sangka dan agak terkejut sebenarnya. 

Pssttt 2: Tahniah untuk uncle aku Pak Su yang telah ditawarkan menjadi salah seorang tenaga pengajar SENI LAKON TEATER di salah sebuah universiti ternama di Malaysia! I'm proud of you uncle!!! 

Barisan pelakon .... 1 gambar terkeluar dari frame..hahahaa sangat tak pro aku ambek.
Pamplet penerangan cara-cara nak mengundi peserta bintang realiti.
Nampak tak apa yang aku maksudkan????
Anas pelakon berbakat besar.
Faz, pelakon yang sangat neutral..best! (paling lama atas stage)
Syafek, ramai dah kenal dia.
Meera, ustazah ganas! (sekali terkeluar hakka dance dia)
Syali, si penglipur lara.
Sewaktu Anas diumumkan tersingkir.
Thank you guys for the seprais!!!!

29 comments:

  1. errmmm.....sedappnyaaa kek itu!

    happy birthdayyy!!!



    p/s: salam ziarah. ;p

    ReplyDelete
  2. wah dapat surprise besday party tu...!!

    hepi belated besday janggel ;-)

    ReplyDelete
  3. hamba datang nak baca cerita gunung ganang tuan hamba tapi sekali hamba jumpa kek kat hujung entry. kuangasam!!!

    HAHAHAHAHA

    eh cantik siot shot2 ko amik, kata duk belakang? ko lari ke depan ke pegi amik? err..dia buat dlm STOR DBKL? jap...mmg kecik ke stor tu, aku takleh bayangkan...

    apapun, HAPPY BIRTHDAY TO U!!!

    kek tu terliur tau aku tengok...sentap!

    ReplyDelete
  4. John:-

    Aku rasa ko dah terkena sampuk ni John!!! Awas! Hahahhaaa

    Kek itu sangat sedap...thanks sebab blanje.

    Salam ziarah juga..

    ReplyDelete
  5. Ako@Retna:-

    Besday ambe belom tiba lagi sebenarnya wahai ako.

    Anyway thanks yer! Kek yang sodap.

    ReplyDelete
  6. belum lagik kan besday nyek??? aku nk join tapi memandangkan papi suh drive sendirik sbb dia nk tgk bola.. aku pon pasrah tunduk ke bumi..


    err.. ape maksud stor DBP? as in stor barang? gile xbesh view ko.. rm20 tuh!

    ReplyDelete
  7. Fatt:-

    KAHKAHKAHKAH!!!! Aku dah terbahak2 jugak dah ni!!!

    Aku duduk baris ke empat daripada 10 baris..satu baris ada la dalam 10 kerusi kot. ko boleh gambarkan tak kesempitan itu? hehehe

    Time nak shoot gambar aku just halakan kemera aku kat celah2 yang tak ada orang pastu aku ketik kemera aku. camtu la kekdahnya, Tapi mmg nama dia stor DBP la bukan DBKL!!!!

    Hahahha masa aku balas komen ko ni baru aku pasan ko tulis DBKL!!! Sengal ko fatt!!! Hahahahhahahah!

    Besday aku belom lagi la Fatt, 14 Disember...time tu john tengah gigih amek exam. hahahahha.

    ReplyDelete
  8. Ely:-

    Haah belom lagik..besday aku 14 disember..sama ngan tarikh exam John..pastu time pearl harbour kene bom jugak (taun je lain).

    Takpe ely aku paham perasaan ibu2 ni. Semoga ko bertabah heheheh.

    ReplyDelete
  9. Ely:-

    Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka...selalunya tempat tu digunakan untuk pementasan teater2 experiment..teater yang kecik2 la. Untuk penggiat2 yang baru nak naik.

    ReplyDelete
  10. Hahahha muka ko tak surprise langsung pn masa ko sampai tu, mcam blur2 mabuk je hahahhaha.. sampai aku rase nak lempang2 je muka ko kasi sedor!!!

    Kek tu boleh tahan sedap heheh, tak sia2 kite jumpe, sedang jugak menganyam sambil2 makan kek hahaha..

    Aku tak penah pegi tgk teater, teringin nk p tgk jgk nanti..leh tgk ramai2 pas ni huhuhu.ajak le yeeeee

    ReplyDelete
  11. BlueEwoke;-

    ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ memang aku blur pon masa tu sebab nampak korang reramai tengah2 kedai... Dah la ngantok hahahaah.

    Naseb bek bile sembang2 terus segar. Pastu ada seprais lagi mmg lagi segar! Pastu ngumpat2 pasal K dan M tu lagi la segar!!!! Hahahhaah.

    Nanti ada tetaer best lagi kami ajak ko pulak.

    ReplyDelete
  12. aku nak bird day gak! (bukan kek - take note!) aku nak GAK bird day!

    aku ada persoalan, entry sblm nih sampah sarap, now, plastic itam sampah, esok? recycling campaign?

    fatt,

    aku cari guning tak jumpa pung!

    ReplyDelete
  13. Lily:-

    Hah??? Apakah bird day???? Clueless okay!!!! Aku tak paham hehheehe.

    Psstt;- guning tu apa lily?

    ReplyDelete
  14. BlueEwoke,

    Hahaha.... memang gitew je muka diyer!!! menchik!!! Hahahahaha!!! Mamai... Lenkali kasik je sedas dua, jangan rasa-rasa dah!!!! Lambat nak start enjin!


    Fatt, Lily, Ely,

    Kek itew memang sangat sedap!!!

    ReplyDelete
  15. haaaa.. itu cokelat dr Aqilah mane pulak hilang nye? sedih budak kecik ni.. dh laa tak merase kek bluebery tuuuu.. Ooooo..

    Janggel mmng muke blur2, tp bile dpt kek baru nk sengihhhhh meleretttt..

    ReplyDelete
  16. terima kasih awak! :)

    dari : budak perempuan beruniform sekolah.

    ReplyDelete
  17. Fazleena:-

    Alamak budak perempuan beruniform skolah singgah sini!! *pitam.

    Ok sesama! :)

    ReplyDelete
  18. ohmai...aku baru pasan aku taip DBKL!!! lol!!! sori!!! *pekup muka*

    tu pasal la masa taip semalam aku ckp bapok sian gila dok dlm stor DBKL...HAHAHAHA....aku nak jadi lily dah asik type. tu dia dok typo la yg tulis guning, sbnrnya nak tulis gunung. hahaha...sengal. lily mmg ratu typo...ekekeke

    besday ko 14 Disember ke? so maknanya esok la ni..patutla ehem ehem teman bersunggoh-sunggoh nak balik ke ipoh...sambil pegi kenduri nak sambut besday ghupenye...tapi syokla besday bln 12, takde la rasa tua bebeno...klu org lahir awal tahun, contohnya aku, bapok tak best langsung...rasa cepat bebeno tuanya...menci tau!

    ko jgn cobak-cobak nak lari ok....kalau kami tak baling tepung, kami buat prank yg lain...hahahaha....

    ReplyDelete
  19. Fatt;-


    Hahahhahaha mentang2 aku keje angkut samPah!!! Dan dan ko ingat aku tengok teater pon kat dBKl kannnn! Hahahahahaaa

    Lily skg dah naik taraf jadi ratu typo kan! Hahhahahaa. Baru aku paham apa dia tulis kekkekee.

    Ye besday aku 14 Dec... Aku balik ipoh sebb kazen aku kawen la... Job tu... Duit hahahhaha.

    Besday bulan 12 best gak.. Heheh rasa muda dari org yg sebaya.. Kekekee... Pastu umur pon lambat naik macam rakan sebaya hahhaha...

    Alamak ko nak prank apa weh????? Kejam!!!!!

    ReplyDelete
  20. Cawan:-

    Coklat dari Aqilah ada, dah masuk perut dah hehehehe.... Sian Aqilah tak dapat rasa kek eh? Ala takpe lenkali aku bawak kek bg aqilah!

    ReplyDelete
  21. MasMz:-

    Hamboih2 mentang mentang le!!!!

    ReplyDelete
  22. Salam Ziarah, nak plastik itam satu, stok aku kat umah dah abis..boleh??? heheheheh (komen tiada kena mengena, jgn lempang aku!) hahahahha

    Saja drop komen sb aku baru ternampak org itu drop komen kat blog lily hahahahhaha..

    Salam Selamat Malam...hhahahahahha

    ReplyDelete
  23. BlueEwoke:-

    Hampeh! Weh ko takan pasan yg tu je? Yang org dibawah komen aku tu ko tak pasan ke? wakakakaka

    ReplyDelete
  24. Hahahaa sb aku pasan la aku drop komen SALAMMMMMMMM kat ko huahuahuahua

    ReplyDelete
  25. Janggel,
    hapy birthday today.....
    hahahahaaaaa...
    baru betul komen pada tuan-tanah-blog ini...tadi terkomen kat blog MasMZ...heheheh
    (penangan pening ..seriusly men-down-kan server kepala hotak akak..)

    ReplyDelete
  26. Kak Anash:-

    Hahah nak kene kopi pes balik ke komen saya kat sana??? Haisshhhh

    Tengkiu kak Anash!!!! Nak kek lagi!!!!! :)

    ReplyDelete
  27. Janggel
    tak yah le kopi pes laa...biarkan aje

    HAPA!!!!!???? nak kek lagi??? udah2 le ternak lemak bebanyak tuh...

    ReplyDelete
  28. Happy belated birthday en.janggel..
    the Styliss photography??nice foto lah, boleh buat tempahan nih..

    ReplyDelete
  29. Ms Kertas:-

    Hehheeh tq! Ye boleh, kalo nak bgtau la.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS