2011-12-10

Mongek...

Assalamualaikum!!!

Penat juga dalam sehari dua ni sebab kena buat banyak benda. Paling tak tahan bile gigih berjaga sampai pukul 4 pagi gara-gara terpengaruh dengan hasutan Pak Tony!!! Tambahan pulak ada yang jadi pembako (John) hahahaa. Ok lupakan kisah tu sebab tak sanggup nak menghadapi hari esok.

Pagi tu jugak dalam 6.30 pagi aku kena gerak ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Adoi naseb baik ada pilot, boleh la aku membuta sepanjang jalan! Sedar-sedar je dah sampai Taiping, terus segar mata. Janji dengan orang sana nak berjumpa di tol Jawi. Memang tak ada komunikasi langsung sepanjang perjalanan sebab aku malas nak bagi tepon aku kat diorang. Huhu bahaya wooo kalau lepas kat diorang, tak aman hidup nanti. Sampai je tol Jawi dah nampak diorang satu keter tengah tido. Ni kes gerak awal jugak la ni dari KL... hehehe...

Bile semua dah sapu taik mta, kami pon gerak la ke destinasi, Pulau Burung. Macam biasa la, bila aku tau nak pergi ziarah sampah sarap, aku tak jangka la pulak keadaan dia seunik di Pulau Burung ni.

Kenape pulak unik? walhal tempat pelupusan sampah je!!! bau pon semerbak *nyesal pakai baju cantek...hahahaha.  Unik sebab kawasan pelupusan sampah tu berkongsi kawasan dengan paya bakau wetland! Wah aku dah teruja dah sebab nampak itik-itik hutan berenang-renang kuak lentang kat situ! Sampai bau harum sampah pon dah tak hirau!. 

Sepanjang siasatan aku tak fokus sangat sebab leka tengok mcam-macam binatang paya bakau kat situ. Menurut Encik G, orang yang bertanggungjawab jaga kawasan tu, dulu diorang aa lepaskan 20 ekor itik hutan kat dalam paya tu sekarang jumlahnya dah beratus-ratus dan siap dia boleh tau mana satu monyang, cucu, pak sedara , mak sedara itik-itik tu! *kaghum!

Bukan setakat itik je, malahan bangau, biawak, burung-burung pelbagai spesis dan buaya pon ada!

Bak kata En.G: "Sini aaa, macam-macam binatang da ooo, you tau "mongek"? cantik ooo muka putih pon ada oooo!!!!.  Macam dekat Joo!!! Kasi pakai SK-II"

Eh orang tua ni membongek kan aku ke??? Rupe-rupenya dia cakap kat tempat tu ada monyet muka putih!!! aku punya la gelak tak hingat dunia dengan member aku kat dalam kereta!.

Menurut kata beliau lagi, ramai jugak orang- orang pencinta burung datang membak gambar kat situ. Maklumla burung-burung serata dunia (migration birds) pon banyak datang situ!!!! Lepas ni kawasan tu kan diprivatekan, hmmm susah la kalo orang awam nak masuk, kene main jengah-jengah ikut pintu pago je la...

Lepas habis siasatan, kami pon  ke bandar Seberang Perai. Nak cari tempat bermalam pulak. Susah jugak nak cari bajet hotel sebab semuanya penuh!!!  Akhirnya lepas dah puas pusing , jumpa jugak la satu hotel bajet , Hotel Perai Jaya namanya. Ok la, sebab nak buat tido je pon, lagipun esok pepagi dah nak balik KL.

WASSALAM...


Ni ada satu family scavenger tinggal kat tapak pelupusan ni...wondering macamanalah diorang boleh hidup macam ni yer.*tetiber rasa bersyukur yang tertinggi. 
Agaknya lembu-lembu diorang punya kot? Atau diorang tolong jaga (ada orang upah)? Kalau diorang punya lembu , kaya jugak la scavenger ni. Seko lembu dah dekat 4 ribu!
Pembinaan jambatan ke 2 Pulau Pinang...Taun depan siap la tu.....
Tumbuhan paya bakau menjadi pemisah di antara tapak pelupusan dan laut.
Wetland....yang indah
Nampak tak itik tu, cantik laaaa...ni keturunan yang keberapa pon aku tatau.
Lokasi ikan tembakul / belacak
Sekawan MONGEK.
Mongek yang sedang mencari makanan.
Paya bakau Pulau Burung.
Bebangau!

24 comments:

  1. ekceli aku dgr mongek tu aku dh agak dia nk ckp monyet..hahahahhaha

    update thru henpon? patut le byk typo hahahaa

    ReplyDelete
  2. Ely Hasrul;-

    Haah memula aku mmg tak cam dia nak cakap apa mongek tu... Hehehe

    Typo banyak sebb kecik bebeno keypad tepon ni hehehe. Bosan tunggu nak sampai kl sampai boleh taip entry baru hehehe. Aku dah nak sampai kl dah ni! :)

    ReplyDelete
  3. Hahahah aku ingat monget tu perkataan mcm nak maki org hahahah, tak terpikir langsung monyet!hahaha

    ReplyDelete
  4. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  5. BlueEwoke:-

    Hahahah kannnn lawak kan!
    Aku memula pikir amende yang cine ni sebut...heheheh

    ReplyDelete
  6. Outbound Malang:-

    Salam kenal !!!:)

    ReplyDelete
  7. Biqque:-

    Hahaha ye monyet maksudnye.! :)

    ReplyDelete
  8. sbnrnya dia nak habaq dia pakai tepon canggih..apsal korang slowmo ni?? hahaha

    memula aku baca ko tulis En.G aku dah terbayang Abe G...HAHAHAAHA...sumpah! pastu barula aku setting kepala aku ok ni En.G yg lain...HAHAHAAH...bengong aku ni :P

    ReplyDelete
  9. Fatt:_

    Hamboih fattttt!!! Aku nak cakap aku bosan dalam kete la haip!

    Hahaha terus teringan abag G eh??? apa lagi sambung la cepat..leh jugak share2 rindu rinduan dengan kami para pmbaca ni

    ReplyDelete
  10. fatt, its the same thing i was thinking... ceh wahh... we read between the line.. ahahha

    janggel, so if i nak gi, kene gi skarang, ke mmg tak leh g langsuang.

    ReplyDelete
  11. Lily:-

    Hahahha aku tak terpikir plak memula nak tulis tu hahhaha.

    Skg boleh pergi lagi, cuma tahan tak tahan je la dengan bau bauannya ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

    ReplyDelete
  12. takpelah kalo org ckp ko nk pakai henfon canggih ke ape, lily pun tulis blog guna iphone jek. hahaha

    btw, mcm pulau terbiar je, pastu malam2 haunted. ko sure takde pape yg ikut ko balik kl aritu? ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  13. John:-

    Hahaha aku tak amek hati pon...aku suka update blog kalau dalam keter masa pegi site visit ke mana mana ke...sebab taknak habiskan masa ngan tido je.Setakat ni alhamdulillah dah cuba beberapa kali dan berjaya.

    Tempat tu mmg nampak bersepah sebab tu tapak pelupusan sampah...tapi tak sure ada yg ikot aku balik ke tak! rasa cam takde hahaha.

    ReplyDelete
  14. ko guna plan ape weh? bil ke prepaid? aku guna prepaid je sbb tak mampu. sob sob sob.

    tak nampak sampah pun....bese je. ke mmg ade special compound utk dump benda2 sampah sarap ni sume?

    ReplyDelete
  15. lembu2 tu xmkn rumput kt situ ker? kurusnye.. tingat aritu time raya korban kt tv3 buat slot price lembu kat err alamak lupe plak.. negara arab la.. smpai puluh ribu sekor! gile ahh tp mmg lembu2 tu marbeles lah.. bleh mkn satu kampung aku tgk! gemok dan menakutkan .. err maksud aku badan tegap kuat sihat la.. hahahaha

    ReplyDelete
  16. John:-

    Aku pakan plan Digi- orang kuning. Internet unlimited, bayar RM70 bulan2.

    Kat tapak pelupusan ni dah bubuh soil cover tutup sampah2 every day supaya bau busuk tak tersebar ke serata kampung. Sebab tu tak nampak sampahnya.

    ReplyDelete
  17. salam ziarah. silalah lawat blog saya untuk membaca travel journey saya sebanyak 5 buah. Sekian.

    ReplyDelete
  18. John:-

    Ko memongekkan aku hah!!!!! HAHAHAHAHAHAHHAA siot je... Mati guling aku gelak!

    ReplyDelete
  19. Ely:-

    aku rasa lembu2 tu makan sampah sarap yg ada kat situ je ..sebb owner dia macam tak amek kisah pon dengan lembu2 tu.

    ReplyDelete
  20. John dah terkena demam sebutir pasir tu hahahahahha.. pasir kalau masuk mata memang sakittttt ooooo!!! hahahah..

    ReplyDelete
  21. BlueEwoke:-

    ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ tu la pasal!!!!! John sengal!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS