2011-12-26

Durian Oh Durian

Assalamualaikum!!!

Memang dah kabo awal-awal dah, bulan doblas ni banyak beno orang mengawan! So aku pon terima tempiasnya haish! Takpe-takpe asalkan korang bahagia sudah. Dan dikala ini *tetibe tuka mood* Aku nak mengucapkan SELAMAT BERTUNANG kepada kawan terbaik aku Acid!!! Semoga selamat menempuh alam pertunangan yer! Orang kata masa bertunang nilah banyak dugaannya, so pandai-pandailah korang jaga diri. 

Aku tak sempat ke majlis pertunangan Acid, sebab ada kerja lain perlu diselesaikan (Majlis kawin rakan sekerja) tapi lepas selesai majlis tu, aku terus pecut ke Ayer Hitam (rumah Acid). Memang best la tengok hantaran-hantaran si Acid yang berdulang-dulang tu. Sempat jugak la aku rasa kek, buah-buahan, kuih muih nya.

Lepas habis bersembang kami (aku, Acid dan Fdean) bergerak pulak ke rumah Fdean di Chenderong Balai. Dengar kata, banyak sangat durian yang terbiar busuk di atas tanah dusun dia. Giler!!! Dah la aku cari durian murah kat KL tak jumpe-jumpe, alih-alih kat rumah dia siap buang-buang lagi!!!!  Dengan rakusnya kami meronda seluruh pelusuk dusun kat belakang rumah Fdean sambil mengutip buah durian yang keguguran. Macam nak gile bila tengak berlonggk-longgok buah durian busuk yang tak berusik bersepah-sepah kat tanah. 

Kami kutip sampai penuh satu kereta sorong...then buat port bawah pokok rambutan. Memang petang tu kenduri durian la, sambil sesi mengumpat berjalan lancar. Alhamdulillah, lepas kempunan nak makan durian dan yang paling best kiteorang dapat hangout sesama sebab dah lama tak jumpa. Masing-masing kerja di perantauan dan kebetulan masing-masing balik kampung,

Ok lah, nak sambung mimpi buah durian.

WASSALAM...

Gambar tunangan orang...hahaaha
Ni semua dah busuk dah ni, buang je.
Yang bergantung-gatung pon banyak lagi.
Hasil tuaian kami...cukupla nak makan tiga orang.
tukang kopek, serahkan kepada tunangan orang.
Baru belajo kopek durian.



10 comments:

  1. Minggu lepas Icam makan durian, tapi beli. Mahal betul dekat KL ni, kalau dekat ipoh murah sikit.. Ada lagi ke durian dekat rumah tu?

    Terima kasih abg Janggel, sebab follow blog Icam. Icam berharap nak pegi Singapura tu, sebab tak penah pegi hihihihi

    ReplyDelete
  2. tu gaya nyerr tak sabar-sabar nak balik tuh yerr :D

    ReplyDelete
  3. Icam:-

    Hahah durian kat KL ni jangan berangan le nak dapat murah. Kompom mahal semuanya.

    Kat kampung banyak le Icam..kat umah sini dah takde dah.

    Takpe, kasi bodek lebih sikit kat kakak tu, kompom dapat ikut punya!!! Nanti suruh semua blogger sokong Icam g Singapore hahahahaa.

    ReplyDelete
  4. habis merata dah icam spam ni hahahahahaha!

    aku tak sabor nak blk ipoh ni, nak pekena buah2an mesia...haih, harap2 ada la lagi...

    ReplyDelete
  5. icam ade jugakkk!!! wallaweyyyyy....sume dh spam ni. nasib baik takde salam ziarah. ngeh ngeh ngeh.

    aku masih lagi kempunan nk makan durian. hampeh tak pegi beli2 lagi. bila nihhhh!!! jeles lak tgk org ade kebun durian. kalo tak, harus tiap2 aku aku dtg melawat sambil bwt ketupat dibawah pondok. hahaha.

    ReplyDelete
  6. Biqque:-

    Hahahah tu la pasal. Takpe boleh dimaafkan kakakaaa.

    Ada lagi kot masa tu. Sebab mgu ni pon aku tengok banyak lagi yang bergayut kat pokok.

    ReplyDelete
  7. John:-

    Hahaha tu la kan....tengah semangat tu nak pegi Singapore katanya! hAHAHAHA

    Takpe nanti mgu depan ni kite pi terjah cari durian!

    ReplyDelete
  8. janggel,
    kebun sapa main sepah2 deroyan gitu ghupe?
    aduii..sangat membazir...
    sangat boleh buat tempoyak...
    dan
    sangat sedappppppnyerrrr...
    hehe
    next week terjah???nakkkk!!!

    ReplyDelete
  9. Anash:-

    Kebun kawan saya kak. Memang dah tak termakan dah deroyan2 tu semua...dah tak lalu nak buat tempoyak dah pon....

    Next week terjah???? JOM!!!!!! John pon tengah ngidam tu!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!