2011-12-19

Food Hunter: Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet

Assalamualaikum!!!

Selepas puas melawat sampah sarap dan 'mongek' di Pulau Burung, kami bergerak ke bandar Seberang Perai untuk mencari hotel bajet (maklumlah hujung-hujung bulan ni tak mampoo la nak berhotel mahal-mahal, lagipon sekadar nak buat tido je, pastu esok pepagi dah nak blah).  Akhirnya jumpa jugak hotel, hairan jugak sebab banyak hotel yang kami pergi semuanya penuh!!! Cuti sekolah kot.

Sebelah malam pulak, kami telah dikidnap oleh teman-teman di Pulau Pinang, katanya nak bawa kami ke sebuah tempat makan yang best! Wow kalau dah namanya best semestinyalah aku nak terjah. Lokasi tempat makan malam tu adalah di Puncak Mutiara Cafe. Memang aku tak pernah dengar, tapi menurut kata kengkawan aku tu, tempat ni femes! Ok, noted..balik nanti kena google. Sah memang femes sebab ada website yang canggih di SINI.

Untuk ke Puncak Mutiara Cafe dari bandar SB, kalau nak cepat ikut BKE Higway menuju ke Baling dan keluar di susur  Kubang Semang. Puncak Mutiara Cafe ni terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam (GPS Coordinate N5.41517° E100.45613°).

Mula-mula nampak signboard Kampung Pelet ni memang aku tak sangka langsung ada restoran yang sangat besar di dalam kampung tu. Laluan masuk ke Puncak Mutiara Cafe adalah melalui jalan kampung yang sempit, tanpa lampu jalan (kalau pergi malam memang gelap gila kecuali ada suluhan lampu dari rumah di kiri kanan jalan). Kalau jumpe kereta dari arah bertentangan, nak berselisih agak payah juga, kena pandai control.

Pintu masuk utama ke Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Bukit Mertajam.

Bila dah sampai ke pintu masuk ke Puncak Mutiara Cafe, fuh baru nampak banyak giler kereta di kawasan letak keretanya yang agak luas. Memang ramai giler orang datang makan kat situ.

Ni la kawasan letak kereta, agak luas dan dekat dengan pintu masuk. Sampai-sampai je, banyak kereta dah bersusun kat situ....

Konsep Restoran Puncak Mutiara ni adalah Agro Restaurant (makan dalam ladang). Dalam kawasan restoran ni bukan sahaja ada pondok-pondok tempat makan, tapi ada juga ladang di mana pengunjung boleh melihat kambing, lembu, ayam, ituk, arnab dan juga dusun buah-buahan yang merupakan sumber utama bahan mentah bagi masakan di restoran ini.

Ikut je signboard, kalau tak nanti sesat.
Keadaan di dalam kawasan restoran jugak sangat selesa! Bila tengok menu je, berminit-minit kami diskus nak makan apa...siap boleh kupas satu per satu masakan dalam menu tu!!! Setelah jenuh memerah otak pikir nak makan apa (sebab banyak sangat pilihan) akhirnya kami telah memilih untuk makan makanan berikut;-

Pilih menu dulu....adoi tatau nak pilih yang mana!!!!
Air Rozel apa ntah aku lupa namanya, tapi sangat recommended!!!
ABC Puncak Mutiara! Sedap...Recommended!!!
Lamb Chop sangat menggamit. 5 BINTANG!
Nasi Goreng Kampung. 5 BINTANG!
Nasi Briyani Kaki Kambeng...5 BINTANG!!!
Puyuh masak tatau namanya..aku lupa. 5 BINTANG!!
Fish and Chips. 3 1/2 BINTANG
Nasi Goreng Satay ... 3 1/2 BINTANG kata kawan aku, sebab sate sikit hahahhaa.
Nak bayar, sila tunjuk kad ni di kaunter pembayaran.
Ada jugak jual cenderamata.
Nak bayar pon berebut-rebut, nasib baik aku duduk kat belakang hahahahaha.
Gambar kandang kambeng, gambar ihsan dari webpage tempat ni.

Gambar kandang ostritch, gambar ihsan dari owner tempat ni.
Sape-sape nak datang sini, ajak la aku lagi.... :)
WASSALAM!

27 comments:

  1. Puyuh Chop kot??? Hahahah...

    Mana rating makanan nih???

    *word verification "ovanedor" ala-ala air jus olive?? lavender??? aishhhhhh cam tak lojikk lar pulokssss ;p

    ReplyDelete
  2. MasMZ:-

    Puyoh Chop??? Huh boleh kot.

    Apakah yang dimaksudkan dengan bintang? Bukan dah ade ke kat situ? lalalalalala~

    ReplyDelete
  3. perghh macam best je sini, aku nk try la jugak satu ari nanti!!

    Weh on the way ke sini tak de jumpe hantu keee? aku takut jalan dalam utan2 tengah malam ni?? Siang2 ada bukak tak??

    Ish ni yg buat aku lapo nih (sambil scroll atas tgk gambo makanan!)

    ReplyDelete
  4. LAMB CHOPP!!!!! feveret aku tu. sepinggan berapa tu? teringin nak pegi tapi kodainya jauh bebeno...aiseh. bukak malam je ke?

    ReplyDelete
  5. BlueEwoke:-

    Hahahah hantu? kekekeke mistik sungguh. takde le pulak aku jumpe. Ntah2 masa ko pg nanti jumpe kot kakakaka.

    Sinag pon bukak jugak kedai ni..kalau nak makan tengahari pon ada jugak.

    ReplyDelete
  6. Fatt:-

    Hahah ye ke? bleh la ko g sini.
    Spinggan harga setended la...belas2 kot aku tatau sebab bukan aku yang bayo heheh cer cek kat website dia tu.

    Siang pon bukak jugak.

    ReplyDelete
  7. i was about to copy paste & nak ajak sapa2 gi (base on entry title), rupa nye.... kat PENANG... ceh.... tak pa, since ada hajat nak blog abt penang, kene buat roadtrip again nih. akan di KIV.

    ReplyDelete
  8. Lily:-

    Hahahah yer mmg tempat ni kat Penang. kekek saja kasi gempak kat tajuk kan. Nanti kalau ada rezeki, pi la situ, InsyaAllah memuaskan nafsu.

    Let's Penang!

    ReplyDelete
  9. uishh, cheq budak penang saja, tak pernah cuba lagi ni...harus pergi...hehehe!

    ReplyDelete
  10. Farz zull;-

    Laaanawatnya hang tak penah sampai sana??? hahaha ala tempat ni mmg tersorok...kalau cari betoi2 jumpa la. Pi la terai!

    ReplyDelete
  11. janggel!!! walaupun aku tgh demam and cherry berry. aku sgt terliurkan fish and chips dan jugak ABC tuh...nnt datang sini pls... ;p

    ReplyDelete
  12. oi aku belom pi penang ! ah mati lah aku ni, mesia belom abeh pusing lg

    ko timbang x berat ko pas melantak ni? naik ke turun? haha !

    ReplyDelete
  13. John:-

    Semoga ko sempat menamatkan ceri beri ko .. Nanti kite singgah le situ, tapi aku tatau jalan nak ke situ huhuhu ;p

    ReplyDelete
  14. Janggel
    tak kira...akak demand ke sana jugak..jon..cery berit???? salah makan ke hape?

    ReplyDelete
  15. Kak Anash:-


    Kehkehkeh nanti kite buat slot ke situ... Sape nak banje ni????? Muahahahhaa

    ReplyDelete
  16. harga makanan dia ok x?
    mcm menarik ek tempat ni tp bila ko ckp nk msk situ jalan nya gelap xde lampu.. erkk seriau gak.. maklum ar msk kawasan kg kan :p

    ReplyDelete
  17. AKO @ RETNA:-

    Harga dia agak meninggi jugak la, maklumla makanan fresh katenyer...

    Jalan masuk tu takde la gelap sangat , boleh la nampak sebab banyak rumah kiri kanan jalan. Kalo takut pegi malam, pegi la siang...lunch pon ok.

    ReplyDelete
  18. aku dh la sukak lamb chop dgn black pepper alahhh dapnyee... nasik goreng kampung tu 5 bintang kena cuba nih sbb tu pong faveret aku. tgk leh lawan nasik goreng tak lumat aku tak hahahahaha

    ReplyDelete
  19. even tgk gambar jer, dah teruja gila..dulu pergi penang mesti tak tahu nak makan apa, sbb rasa semua mamak..haha..pasni kalau jalan penang nak try a makan sini..especially lamb chop tu teruja!

    ReplyDelete
  20. Ely:-

    Hahaha ko wajib singgah sini tau kalo ko pg Penang. InsyaAllah makanannya menepati selera ko. :)

    ReplyDelete
  21. Fika79:-

    ya silalah singgah kedai ni kalau ke penang!

    *Wah aku dah jadi macam jurucakap kedai ni pulak!!!! hahahha

    Psstttt:- tokey kedai, takde ke makan free untuk aku?? hahahah

    ReplyDelete
  22. fuh, gambar kat tempat parking tu ada entiti.. hehe

    ReplyDelete
  23. Jom Travel:-

    ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ kan macam entiti disitu. Sebenarnya tu movemen kawan aku la haha *ayat penyedap ati.

    ReplyDelete
  24. saya baru jer pergi sana mgu lepas...saya org kedah,tp saya tau tmpat tu...klu sapa2 yg nak pergi tp xtau jalan leh cari saya....nt saya tlg bawakkan...ehehhee....
    siang pun di buka...tmp dia mmg cantik....mmg xrugi la klu pergi...harga dia pun mahal....

    ReplyDelete
  25. Świetnie napisane. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS