2011-12-06

10 Muharram...

Assalamualaikum!!!

Siapa puasa sunat hari ni? *Aku tak... tetibe.
Untuk pengetahuan semua, hari ni dah masuk 10 muharam 1433...dan dikenali juga sebagai nama Hari Asyura. Jadi siapa-siapa yang puasa sunat hari ni dapat pahala berganda-ganda ye...*napelah aku tak puasa sunat hari ni...huhuhuh.

Nak share Peristiwa Besar yang berlaku pada 10 Muharram ni, antaranya:-

  1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  4. Allah menjadikan 'Arsy.
  5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  7. Nabi Adam a.s. dicipta.
  8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Banyak sungguh peristiwa berlaku pada 10 Muharram...alhamdulillah.

Pssttt:- Orang lain sibuk puasa sunat, aku pulak sibuk pergi merayau cari makan hehehe..tengok apa yang aku jumpa!!! (RUJUK GAMBAR DI BAWAH)


WASSALAM.

Seekor Garfield didapati menggantungkan diri di sebuah lori sampah kerana tidak tahan dengan sikap tuannya yang suka memicit-micit perutnya ketika sedang tido.

22 comments:

  1. weh, kalo tau mana2 yg buat bubur asyura, bgtau...aku dah lama teringin nak makan siut...

    ReplyDelete
  2. Biqque:-

    Salu kat mesjid banyak la..pastu kat Kg. Baru pon ada kalau tak silap aku la... cer riki riki.

    ReplyDelete
  3. aku pong sedih xpose arinih. aku xbape suka bubur asyura ke bubur lambuk ke ape.. aku suka bubur kosong mkn dgn ikan masin, kangkung belacan ya allahhh sedapnye.... ape kes nih lari topik hahaha

    ReplyDelete
  4. Ely Hasrul:-

    ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ aku opon tak suka bubur2 nasik ni..cam takleh nak telan.... Ya ampunnn terus lapar.

    ReplyDelete
  5. janggel,
    banyak jugak peristiwa bersejarah yang berlaku ari nih...
    ..dan tetiba...akak rasa lapar.....aduuiii...sabar..sabar..
    (ps, nak ke gambar tempohari? karang akak email.)

    ReplyDelete
  6. Kak Anash:-

    Tu la, semuanya berlaku hari 10 Muharam kan..

    Hahah dah makan ker?
    (Nak gambar!! Nak nak *sambil terkinje kinje)

    ReplyDelete
  7. makan bubur asyura dgn telur gulung hiris halus2 tu. makkk oiii!!! sedappp giler babas ok! tetibe teringin pulakkk..kalo duk kat kampung mesti dpt makan. sob sob sob.

    btw, garfield tu ko jgn xtau..tu adalah toyol yg jaga kete smpah tuh!

    ReplyDelete
  8. John:-

    Weh telur gulung tu cane ropernyer???hahaha.

    siyes? toyol???? betolke ni???? Mistik!

    ReplyDelete
  9. telur gulung tu...ko goreng telur, tp ko pastikan lapisan dia nipis giler. then, bila dh masak, ko gulungkan. then hiriskan nipis2. tabur atas bubur asyura tu. waallaa! slalunya org bwt kaler merah, hijau and kuning. ala..nk kasik cantik je. hehehe.

    hahaha...manela tau kan. toyol @ pelesit tak kisah!

    ReplyDelete
  10. Wah ada kaler2 pulak eh? pestaim dengo telor berkaler! hehehe.

    mistik itu misteri!

    ReplyDelete
  11. Smalam aku berkobar2 nk puasa sunat konon, tapi haram tak bangun sahur, so terbabas la puasa aku..

    Gambar garfield tergantung tu lawak la hahahhaa..kesian diaaa... garfield ko ke tu??? hehehe

    ReplyDelete
  12. toyol?? hahhaa bidaah betoi! at least sedap la mata memandang ade garfield kt situ.. or else org dok toleh tmpt lein smbil tutup hidung. kalu keje angkut smpah nih lumayan tau gak tau utk partime. dulu abang aku xingat pas spm ke cuti sem dia leh part time ikut lori angkut sampah nih mmg masyuk, kalah ko partime kt hotel cuma pandangan org lein mcm la kt org angkut smpah padahal kalu xdek waste collector mati la umah busuk.. smpai skang kalu abang aku cite dia penah buat partime gini sume org xcaya sbb xsangka dia sanggup.

    ReplyDelete
  13. tapi petang nih..puas ai memaki hamun. huh!.. [pesen kesabaran nipis kulit bawang] ;p

    ReplyDelete
  14. BlueEwokwe:-

    Haahahah alasan semata2 ....tapi mmg tak besy pon kalo tak sahur heheh

    Bukan gafill aku tu hahahah kalau aku nyer baik aku bagi aqilah hahhaha

    ReplyDelete
  15. Ely Hasrul;-

    ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ ni semua John yg cakap, toyol2 ni hahahha.

    Tapi mmg keje angkat sampah dan ngurusin sampah keje yg mulia. *macam keje aku ni skg tau! Kat jepun, kawan aku dulu pattaim angkat sampah tau, 3 bulan dia dapat kompol 10 ribu okay!!! Terus bawak mak dia dtg jepun jalan².Hasil titik peluh sampah.

    Нεнεнεнεнε tapi ofkos la sampah jepun n sampah Malaysia jauh beza yakmatSssss.

    ReplyDelete
  16. Hanie:-

    Aku tau, ko dan monyet mmg tak dapat dipisahkan....*tetibe.

    ReplyDelete
  17. Teringin pulak nak makan bubur asyura..Dah tak ingat dah kali last makan bubur..Ishkkhhh!!..

    Kontrak kutip sampah PBT bagi aku adalah antara kontrak paling lumayan sekali..Memang lumayann!!!...

    ReplyDelete
  18. Azam:-

    Selalu kat masjid-masjid petang semalam banyak yang buat bubur asyura...tambah-tambah kat area kampung baru tu hehehe...

    yup, bisnes sampah memang lumayan sekarang ni.

    ReplyDelete
  19. Ko tak beli tiket ke mana2 ke malam ni??

    ReplyDelete
  20. BlueEwoke:-

    Hmm tak sure lagi. Kalau ada yg bekenan di hati akan dibeli jua... *sambil cek belen kad kedit...

    ReplyDelete
  21. terima kasih bro, info berguna.. free2 jmput dtg blog :)

    ReplyDelete
  22. Muhamad Raziq:-

    Sama-sama, yg baik kite sampei sampeikan! :) insyaAllah akan menyusul.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!