2014-10-08

Projek Teater: P.Ramlee The Musical 2014 - DRB Hicom

Assalammualaikum!!!

Ok memang tahun 2014 ni aku agak kurang melibatkan diri dalam projek teater. Tak macam tahun-tahun sebelum ni. So bila ada je peluang aku terus grab untuk tengok. Tambahan pulak teater dari Enfinity Production, memang aku takkan lepaskan. Bermula dengan Puteri Gunung Ledang The Musical (Season 1 hingga 3 semua aku tengok) dan sekarang ni P.Ramlee The Musical pulak, memang terus gigil-gigil la nak pegi.

Oh seminggu sebelum aku tengok PRTM, aku dipelawa oleh Badan Budaya Perak untuk menyaksikan pementasan teater Ladin dan Si Puyu Puyu di Auditorium DBP. Teater musikal kanak-kanak yang aku rasa sangat bagus untuk diketengahkan. Seriously, pelakon semua best dan berbakat besar, boleh diketengahkan. 

Berbalik kepada PRTM, aku tengok pada malam raya haji yang lalu dengan seorang penulis hebat, Pingu Toha. (Sebenarnya tersalah beli tiket, salah tengok tarikh hukhukhuk). Tapi disebabkan harga tiket yang kami beli pun dah mahal (mujur dapat diskaun for early bird purchasing) so gigih jugak la pergi tengok malam-malam raya tu. Tapi takpe, sebab hasilnya berbaloi!

Season ni, PRTM memperkenalkan beberapa watak baru di dalam produksi mereka antaranya Tony Eusof (P.Ramlee), Nadia Aqilah (Saloma), Lisa Surihani (Junaidah), Datin Seri Tiara Jacquelina (Norizan), Pak Nil (D'Harris), Eidil Putra (Sukardi) dan beberapa orang lagi yang aku tak berapa kenal (sorry hehe). 

Tony Eusof (P.Ramlee)
Nadia Aqilah (Saloma)
Datin Seri Tiara (Norizan)
Lisa Surihani (Junaidah)
Datuk Haji Aznil Haji Nawawi (D'Harris)
Aku memang fan giler dengan PRTM sebelum ni, terutamanya mengenai lakonan Liza Hanim (Saloma), Atilia (Junaidah) dan Melissa Saila (Norizan) sebelum ini, di samping suara yang sedap, lakonan mereka juga sangat mantap dan berkesan. 

Untuk Season 3 ni, pun para pelakon membawa watak yang baik, dan mereka layak mendapat pujian di atas usaha keras mereka sejak berbulan-bulan yang lalu. (Aku follow IG Tiara dan tengok mereka berlatih dengan penuh gigih sejak berbulan-bulan sebelum hari persembahan). 

Kelainan PRTM kali ni?

#1
Menampilkan wajah-wajah baru seperti yang aku nyatakan di atas tadi.

#2
Beberapa babak di awal cerita (kisah P.Ramlee dan Azizah) dipotong, tetapi ada juga babak-babak baru yang ditambah.

#3
Props cantik dan sangat memukau

#4
Semua pelakon sangat bagus dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam persembahan

Tulang belakang show PRTM. Terbaik mereka semua.
Tahniah.
Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan persembahan PRTM kali ini! Syabas diucapkan kepada semua tenaga produksi.

Dan aku still berharap agar Puteri Gunung Ledang The Musical akan kembali ke Istana Budaya....

Ada Iras-iras P.Ramlee pulak...hiks
WASSALAM.

16 comments:

  1. tiada kumis nyaaaa mana nak nampak sama ;p

    ReplyDelete
  2. lama aku tak nengok teater...macam menarik jer nih....tapi malas nak redah jam jalan tun razak if pi weekdays...hehuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ

      bertabahlah, kalau kene harinya tak jem pon.

      Delete
  3. Hamboi.. bertalu2 hapdate nampak..... Aku x penah gi teater.. tibe2 macam teringin plak.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae:

      Kan tetibe rajin pulak ngapdet.
      Pi la try tengok...tapi tengok enfiniti punya, sure ketagih,

      Delete
  4. wah..pesal tetiba bertalu-talu entry updated?

    buang sawang sangat nih

    *demipeminatyangmenanti*

    ReplyDelete
  5. tak penah tgk teater p ramlee. huk huk huk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. John:

      Bertabahlah. Tunggu depa pi UK.

      Delete
  6. Rasanya PRTM 3 kali ni walaupun banyak perubahan yang diorang buat, tapi masih PRTM 2 the best PRTM yet to date.

    Penghayatan dialog watak tak kuat, tak berapa nak tinggalkan impak. Waktu scene Gelora PRTM 2, penghayatan Liza Hanim sebagai Saloma sangat menggambarkan yang dia betul2 jatuh cinta dgn P.Ramlee. PRTM 3 ni rasa macam kurang sikit. Pace dialog pun laju.

    Plus, masih kecewa diorang potong scene Azizah. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azwan Ngali

      Ya saya setuju dengan anda..PRTM 2 lebih berkesan dan melekat bagi saya juga.
      Lakonan mereka berbeza. Walaubagaimanapun masing-masing punya tarikan tersendiri.
      Syabas buat mereka.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!