2014-10-20

Lombok (Part 4- Finale): Air Terjun Sendeng Gile

Assalammualaikum!!!

Ok taknak membebel panjang, aku nak terus sambung cerita pasal Lombok.


Hari kedua di Pulau Gili, kami akan bertolak balik ke Sengigi. So pepagi tu kami dah bangun bersiap dan breakfast di hotel (hotel ada menyediakan sarapan pagi). Tapi sebelum tu Tansree Coco dan Pae dah gigih pagi-pagi buta jalan tepi pantai, katanya amik gambo sunrise. Aku pun kengkonon nak pi amik gambar sunrise le, tapi memandangkan matahari dah tinggi sejengkal dari paras laut, maka amik gambar diri sendiri je la.

Pagi di jeti Gili.
Pagi di jeti gili, dah ada yang menunggu bot.
Tenang.
Tenang jugak.
Cafe Gili T Resort
Gili T resort, depan ni cafe dan bar diorang.
Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.
OK semalam kami berbasikal dari jeti ke Sunset Beach (yang bertanda bulat tu). 
Lengang sikit sebab ramai tak bangun subuh.
Yang dah siap-siap nak balik pun ada.
Lepas breakfast dan check out hotel, kami tunggu di jeti. Semalam dah janji dengan abang boat laju tu untuk ambil kami di jeti Gili. Memula tu panik jugak la sebab janji pukul 9.30 pagi tapi bot tu tak muncol-muncol. Dah la ramai orang kat area jeti tu, masing-masing nak balik ke Lombok. Akhirnya bot yang kami tunggu-tunggu pun tiba...alhamdulillah kami tak ditinggalkan di pulau.

Add Breakfast dulu yuk!
Inilah breakfast yang disediakan.
Jom balik ke Sengigi!
Kami bertolak balik ke Pantai Sengigi lebih kurang jam 10.00 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sampai di Pantai Sengigi, pak supir kami dah sedia menanti. Alhamdulillah lagi. Tanpa membuang masa, kami akan terus bertolak ke kaki gunung rinjani untuk ke Air Terjun Sendeng Gile. Perjalanan dari Sengigi ke kaki Gunung Rinjani tu mengambil masa lebih kurang 2 jam, sempat lagi singgah tepi jalan beli pisang goreng, maklumla ada ibu mengidam nak makan pisang goreng katanya. Nasib baik ada! 

Sepanjang perjalanan tu, macam biasa la kami disajikan dengan pemandangan kampung, sawah padi, gunung ganang.... sempat jugak singgah kat tepi sawah sambil bergambar. Macam tu lah kalau travel dengan kaki bergambo, asal jumpa tempat menarik je berhenti. Hahaha.

Subjek yang gelap..sorry.
Mak buyong duduk dalam kete je, panas katanya.
Dalam jam 12.00 tengahari kami pun sampai ke Kampung Senaru Bayan yang terletak di kaki Gunung Rinjani. Sekarang ni tenung je la puncak Gunung Rinjani tu dari bawah, "InsyaAllah nanti aku sampai atas tu ye", tetibe bermonolog dalam hati. Hacamtu.

Gunung Rinjani.
Kami singgah dulu di salah sebuah restoran kat kampung tu untuk tapau apa yang patut, maklumla dah tengah hari kan, kompom lapar. So bila semua dah sedia, dah tukar baju mana yang patut (konon-konon nak mandi sungai la kan), kami pun bergerak menuju ke air terjun Sendeng Gile!!! Yeay.

Entrance fee untuk masuk ke kawasan air terjun ni adalah IDR 10,000/orang, manakala lepas tu kita kena berjalan dan mendaki tangga lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Air Terjun Sendeng Gile. Sebenarnya, ada dua air terjun tarikan utama kat kawasan tu iaitu Air Terjun Sendeng Gile dan Air Terjun Tiu Kelep. Untuk ke Air Terjun Kiu Telep, kena berjalan dan mendaki lebih kurang sejam. Memandangkan kami ni tak berapa nak sedia jalan jauh-jauh dan ada pulak ibu mengandung (alasan kukuh) maka kami pun decide cukupla sekadar ke air terjun Sendeng Gile sahaja. Itu pun dan kagum gile dengan keindahan air terjun dan kejernihan air dia. Fuhhhhhhhhh fuhhhhhhhhhh fuyuhhhhhhhhhhh dalam hati..

Entrance, bayar IDR 10,000 kat sini.
Tatatertib.
Jalan lah kome....
Turun tangga.
Naik tangga.
Sampai di kawasan air terjun, kami pun cari port yang sesuai dan lepak la kat situ, mandi manda dan makan. Seronok sangat sebab macam dah lama tak mandi sungai. Kami lepak kat situ lebih kurang sejam je, malas nak lama-lama hahaa. Yang iya nya memasing penat. Lepas dah habis mandi dan makan dan bersalin semua, kami pun mendaki pulang ke restoran tadi, tempat supir kami tunggu. Penat weh, sebab tak fizikally dan mentally prepared. 

Air dia kaler biru!
Air Terjun Sendeng Gile
Sejuk dan angin sangat kuat kat sini.
Tudia Tansree berposing.
Dua dalam satu..hahaha.
Setting dulu.
Ko dah kenapa macam tu???
Tak masuk frame la Pae...mai sini semua!
Orait! Shahrule dengan Tansree takde sebab tak mandi.
Fuyuh, duyung ke dugong? Jernihnya air!
Hmmmm...
Seterusnya kami akan balik semula ke Sengigi. Dalam perjalanan tu sempat singgah makan nasi goreng kat tepi jalan, ada satu gerai kat tepi laut. Memang masing-masing pelahap, dah lapar tahap gaban dah tu. Dan kami meneruskan perjalanan ke hotel yang ke 3! Ye kami memang berpindah randah hotel, semua sebab nak merasa duduk hotel-hotel mewah katanya hahaha thanks Tansree Coco sebab sponsor! (kene bold ayat ni) 

Singgah lunch kat sini.
Tansree tengah korek duit ke tu?
Hotel ketiga yang kami book adalah Hotel Pacific Beach, yang terletak di Sengigi! tengok dalam internet bukan main cantik gile lah hotel ni! Harga hotel pepandai la korang check kat internet. Sampai hotel dah petang dalam pukul 4 macam tu, kami rehat sekejap kat bilik lepas tu kami keluar semual jalan-jalan kat pantai. Pantai sengigi ni cantik sebenarnya cuma pasir dia warna hitam. Dan paling penting dapat tengok sunset kat situ. Bila dah agak gelap, kami sambung pulak mandi swimming pool... (sebab kecewa tak mandi laut kat Sengigi). 

Hotel Pasific Beach
Sekitar hotel.
Swimming pool!
Sunset di Sengigi.
Pantai Sengigi.
Pantai Sengigi.
Selfie lah lagi.
Deme berseket!
Di sebalik tabir.

Sebelah malam pulak, pak supir bawak kami shopping di bandar Sengigi. Kalau sesiapa yang pernah pegi Indonesia, mesti tau keadaan tempat shopping dia macamana kan, so aku pun beli la beberapa helai t-shirt untuk family...Yang paling frust, kain pelikat Lombok yang aku beli kat Sade Village dengan harga IDR 100,000 tu, kat kedai yang supir bawak ni boleh dapat 3 helai!!! Gile penipu orang Kampung Sade tu, cekik darah punya! Ha tips kat sini, kalau nak beli souvenir sila beli kat pekan jangan beli kat kampung-kampung macam tu, mahal!

Mandi lagi.
Shahrule tunjuk skill.
Nak jugak tiru!
Berjemaah..kak Coco dalam air.
Lepas shopping, kami singgah makan kat sebuah resto kat bandar. Dapat la merasa makan bakso ayam. Belasah je la apa yang ada sebab tengah lapar. Habis makan kami balik semula ke hotel dan packing barang, sebab esok pepagi buta dah nak gerak ke airport.

Alhamdulillah, perjalanan ke Lombok ni takde la banyak sangat drama, sebab dah biasa dengan geng-geng travel ni, dan tak banyak benda yang menyusahkan. Kiranya smooth je la perjalanan kami (sambil dengar lagu kpop dari henpon Pae). Pagi tu kami bertolak keluar dari hotel jam 6.30 pagi, sebab perjalanan nak ke airport mengambil masa leboh kurang 2 jam ditmbah pulak dengan macet orang nak pergi kerja, pergi sekolah bagai.

Kami naik flight dari Lombok dan turun di JB. Alhamdulillah memang penerbangan pun lancar. Sampai JB, kami lepak kejap kat rumah Pae, sebab mak dia dah siap masak maveles punya! Dah macam lauk kenduri dah! Yang penting mak Pae siap pegi beli pinggan mangkok baru sebab nak jamu kami makan! Hahahah yang tu memang terharu! Masuk-masuk rumah je aku tengok Na dah siap bersila depan makanan...amboih memang tak sabar sangat dah tu.

Bye!
JOM LAYAN VIDEO OLEH HANG DHAMIN...TRIP KAMI KE LOMBOK!


Lepas makan kami bertolak balik ke KL.... memang la kalau baca ni, macam penat giler weh! Tapi SERONOK, eh BERONOK-RONOK la. Walaupun takde trip banyak tahun ni, tapi bila dah ada yang satu ni, terasa macam best gile. So kemana pulak kita lepas ni? Hahaha.

RUMUSAN:

Hari Pertama:

Tiba Lombok ---> Sade Village ---> Kuta Beach ---> Pantai Seger ---> Tanjung Ann
Bermalam di Hotel Bumi Aditya, Sengigi

Hari Kedua:

Gili Island ---> snorkeling (Snorkeling IDR 130,000/orang) ---> Sunset beach (Sewa basikal IDR 40,000/basikal)
Bermalam di Hotel Gili T Resort

Hari Ketiga:

Sengigi ---> Kampung Seneru Bayan ---> Air Terjun Sendeng Gile (Entrance IDR 10,000/orang)
Bermalam di Pasific Beach Hotel

Hari Keempat:

Balik! (Airport Tax: IDR 150,000)

Supir:

Mas Adi : +62818543576
Pak Muji: +60818371961
Bang Dedy: +6281805228292
Pak Joko: +62818371961
(Kos Supir: IDR 500,000 x 3 hari + IDR 150,000 (setengah hari ke Gili) / 7 orang.
Duit minnyak kereta dalam IDR 150,000/4 hari.

Ha ni semua supir-supir yang kami dah try contact dan buat tawaran harga. Kalau korang nak silalah contact semua tu dulu lepastu pilih mana yang berkenan.

Psttt: Lagi kisah Lombok di http://anash-coconutz.blogspot.com/ | http://travelyuks.blogspot.com | http://hangdhamin.blogspot.com

WASSALAM.

36 comments:

  1. Fuhh entri yang sejuk sebab ada air terjun tu. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN

      Haha boleh la, mmg sejuk pun air terjun tu. :)

      Delete
  2. gila best...dgn air terjunnya.. air yang jernih... wahh sgt menarik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarulfarhana:

      Yup mmg best. Kalau ke Lombok jqngan lupa singgah sini.

      Delete
  3. time kasih atas info supir..! :D


    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Tron:

      Sama2. Syaring is kering.

      Delete
  4. Nnt pegila dgn aku lak... Huawaaaa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. John:

      Masaelahnya ko balik lagi ke kesini?

      Delete
  5. hahahaha...motif kata tansree coco sponsor?
    suka kan? suka kan? best kan? best kan?
    next trip tansree sponsor pi ..Uganda...nak ikut?



    (senyap je...?)
    kbai-offer ditutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Terima kasihla karena sudi sponsor 10 trips akan datang. #hiduptansree

      Delete
  6. wah dah habis rupenye entry lombok kelombokan korang..

    mesti lepas ni folower tansree melonjak naik sebab semua ni tansree yang sponsor.. sape tak nak
    jadi follower kann.. kann haha

    kenape muka aku kat kolam tu cam tu? hampir lemas?? macam ju on pun ade~

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahrule:

      Ha la habis, nak tgu entry ko kan lambat lagi nak sampai penghujung ( paduhal mula pun belum hahahah). Mestila follower tansree makin ramai, kan ke popular tu.

      Tu je gambo ko yg paling sesuai dengan tema air kali ini. Hiks.

      #hiduptansree

      Delete
  7. Hahahaha... Kami akan mesyuarat di Zon selatan for next trip.. hahahaha sedia semua!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae:

      Nampak gayanya mesyuarat zon selatan bil.2/2014 dah berjaya walaupun sedikit lewat. Hahahahah

      Delete
  8. Habis dh citer lombok...hehe.. pelik nma air terjun tu..mmg itu ke nma sbnrnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica:

      Haah habis dah. Alhamdulillah. Ye nama air terjun tu mmg camtu.

      Delete
  9. Murahnya belanja..tak sampai Rm200 ye..semua sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL

      Haha, bukan tak sampai 200 la MKL. Actually perbelanjaan yg saya bawak adalah 500 ringgit. Tu semua termasuk transport dan makan dan hotel. (Tiket flight adalah berasingan)

      Delete
  10. lawanyalah tempat ni hmmmmmm, nanti gi samalah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin:

      Haah mmg lawa, kalau low season tak ramai sangat org lagi best! Pegi sama?? Haha jom!

      Delete
  11. salam,
    nak tanya lah.. kalau makan nak bajet berapa eh kat lombok ni? sekali makan berapa rp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiza:

      Makan2 dia murah je, mostly macam harga makanan kat Malaysia jugak. So agak2 la.

      Delete
  12. Hi, im going to Lombok next month and come across your blog sebab nak survey activity kat sana. nak tanya , kalau budget makan berapa eh kat Lombok. sekali makan berapa rp per pax?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiza:

      Boleh rujuk jawapan kat atas.

      Delete
  13. eyh tadi rasa cam dah komen, hilang plop. kempunan nak g lombok snorkeling hehhe. btw enjoy ja tgk video huhu

    ReplyDelete
  14. macam mana nak contact tourist guide dekat sana? boleh tak nak pakai 'Pak Supir' yang bawak you disana? -salam perkenalan, Nataliya Subang Jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Boleh rujuk last entry Lombok ni, saya ada tepek contact supir kat situ.

      Delete
  15. salam, saya Qis dari shah alam.

    no contact supir yg ada tu utk area mana? or semua dia boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh aemua tempat. Deal je dengan mereka.

      Delete
  16. Salam abg janggel. Supir yg korang ambik ni kena call / sms je ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mayy,

      Boleh call je atau sms. Tapi call lagi mudah, sms dia lambat reply.

      Delete
  17. Btw sy mayy dari penang :) selamat berkenalan. Dah lama usya blog abg ni. Best!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!