Assalammualaikum!!!!
Kembali bersiaran setelah berjaya menangkis tahap kemalasan mega. Minggu lepas aku ada family day dekat kampung, so memang tak sempat nak apdet blog sebab busy buat preparation semua.... tapi insyaAllah minggu ni agak free sikit so boleh la update entry baru!
Jom kita sambuk entry Lombok.
Sebelum pegi lebih lanjut, aku tayang video dasar laut dulu. Layan~
Setelah bersnorkeling dan merendamkan diri di laut dan kolam renang. Petang tu kami pergi layan sunset pulak! Sebenarnya kan, aku bayangkan Pulau Gili Trawangan ni besar dia macam Pulau Pangkor kot, tambahan pulak bile orang-orang kat situ bagitau, kalau nak tengok sunset kena pegi sebelah balik pulau sana, baru nampak sunset lawa. So memang aku terbayang la, jauhnya nak menapak, kene naik bukit bagai kan (maklumla pulau). Tapi kan sebenarnya Pulau Gili ni kecik je la!
Tak percaya? Jom sambung baca.
So aku, HD dan Shahrule decide nak kayuh basikal. Sementelaah Kak Coco, Pae, Cawan dan Na pulak akan sewa kereta kuda. Maklumla tak larat pulak mak buyong nak mengayuh basikal nanti. Saje je aku nak naik basikal sebab macam teringin tengok orang lalu lalang kat pulau tu naik basikal. Untuk pengetahuan jugak, aku rasa lebih 80% pelancong kat Pulau Gili ni adalah Mat Salleh! Ko pusing la kepala celah mana pun ko akan nampak Mat Salleh merata-rata (dan kebanyakannya berpakaian kekurangan kain, hiks).
Kat sini lebih mudah naik basikal. |
Banyak lorong-lorong macam ni kat Gili. |
Kedai tempat kami sewa basikal. |
Maka mengayuh la kami di pulau Gili menuju ke Sunset Beach (nama tempat yang kami nak pegi layan sunset tu la).... kayuh punya kayuh rupanya 15 minit dah sampai! Takde la jauh sangat! Rupanya Pulau Gili ni kecik je hahaha. So memang tak menyesal pun kayuh basikal, in fact seronok lagi pulak tu.
Sunset Beach |
Melayan sipot. |
Dah sampai Pantai Sunset. |
Keadaan pantai yang memutih.... (ewah ayat) |
Pemandangan dari sisi lain. Kelihatan Pae sedang termenung. |
Tunggu sunset...eh sapa tu? |
Main selfie-selfie dengan doc dulu. |
Selfie sorang-sorang pulak. |
Sementelaah yang lain tengah sebok selfie jugak...cer tengok Kak Coco tu. |
HD pulak tengah mencari angle nak rakam video dia. |
Masa ni tak ramai orang lagi. |
Lengang lagi tak da orang. |
Tetibe orang dah mula ramai. |
Tudia sunset dah nak hilang. |
Yang bergelimpangan pon ramai. |
Macam best je longgok ramai-ramai camtu kan. |
Lagi best kalau dapat jenjalan camni. |
Jalan kaki menuju pulang.
Ko dah kenape? Hahaha
Sampai je kat jeti, kami terus proceed untuk makan malam. Kami ke kawasan foodcourt depan jeti tempat yang sama kami makan tengahari tadi. Sekali terkejut tengok kawasan tu, Dah jadi macam pasar malam! Banyak kedai-kedai makan diorang pasang kat area tu, dan yang paling best banyak pilihan makanan!
Kami decide untuk makan kat kedai Green Cafe sama macam tengahari tadi. Makanan kat situ pun sedap. Malam tu aku order ayam goreng lalapan dengan harga IDR 29,000. Ok la...sebab masing-masing dah lapar tahap kebulur, maka telan je apa yang ada. Janji bukan ayam berkepala dan berkuku macam semalam hehe.
Lepas makan, kami merayau-rayau di sekitar pasar malam dan sepanjang jalan di Gili. Memang sepanjang jalan tu agak banyak pub dan kedai makan, kalau pernah ke Phuket atau Bali, lebih kurang la suasananya, cuma di Gili ni agak kekampungan sikit. Dan kedai-kedai kat sini banyak yang tutup awal! Pukul 9.00 malam dah tutup.
Dah habis meronda, kami balik semula ke hotel dan lepak tepi kolam. Sembang-sembang dan terus lapar balik. So malam tu aku dengan Shahrule keluar balik ke pasar malam tu sebab teringin nak beli pancake. Kan popular pancake-pancake ni kat Indonesia...(padahal apam balik je kan heheh). Tapi banyak stall yang dah tutup, mujur masih ada satu stall bukak dan orang beratur sangatla panjang!
Kami beli Pancake Nutella Cheese (baca ikut menu yang ditampal kat cermin stall). Lepas tu ada sorang mamat Germany ni tanya kat aku dengan Shahrule (aku translate siap-siap lah):
Mamat Germany: "Korang beli apam balik Nutella dengan Keju?"
Aku: "Haah, kenapa?"
Mamat Germany: Sambil senyum dan gelak-gelak dengan kawan dia. "Kami tak pernah makan coklat dengan keju, TAK PERNAH. Selalu kami makan coklat dengan pisang, strawberry, kacang...tapi tak pernah makan dengan keju."
Aku dan Shahrul: (Dalam hati aku cakap - Ada aku kesah? Hahaha.) Tapi sebenarnya aku cakap - Korang tak pernah cuba, jadi cuba la, dah dia lekat menu kat situ.
Terus kami buat tatau kat diorang. Pastu dalam hati nak je cakap ("Korang pernah cuba apam balik dengan sambal belacan? Kalan nak cuba datang la Malaysia! Hiks).Lepas dah dapat apam balik yang dioder, kami pun balik bilik dan makan. Penat jugak sebenarnya hari kedua ni, sebab banyak aktiviti melibatkan tenaga. So malam tu pon awal jugak kami tido. Esok dah nak balik ke Sengigi.
Nanti aku sambung kisah lanjut ye.'
Psstt: Sorry gambar sebelah malam aku semua dah terdelete dari henpon. Nanges seminggu bila mengenangkan....
WASSALAM.
cish..caught in-action plak selfie sengeh sensorang
ReplyDeletelagi satu..gambo akak beraksi dengan siput..cer cari...hadoi..nampak tak senonoh
(vedeo kena tengok kat lappy rumah...huhu)
ayuh..cergas abiskan..pasnih nak masuk entry 'negara omputih' plak
Kak Anash
DeleteKannnnnn ...gigih katanya.
Dah habis dah entry lombok! Tazzabar nak entry HK pulak. eh.
Itu pantai paling cantik kat Gili Trawangan ke...atau cuma port terbaik untuk lihat sunset
ReplyDeleteMie:
DeleteIni je pantai dia yang ada yang best nak tengok sunset. Pulau gili ni kecik je tak besar pon.
wow! ade gopro skang ni dia. untungla!!! mcm biasalah gmbr sgt awesome-awesome belaka.
ReplyDeleteJohn
DeleteGitew. AWAS! BOOM!
best...dapat tengok orang kekurangan kain...hihihi
ReplyDeleteMKL
DeleteSuka juga ye? Hahahaha
hahaha.. blog aku x tulis price kete kuda ok. Rasenyer 80Kwon.. eh IDR 80,000. huhu. tpawak. bile nk balik dia cas naik ke IDR 120,000. maka kami menapak senam jek...
ReplyDeleteKo patut ckp kat mat salleh tu.. i really delicious ngan muka ala2 promotter... mesti dia try gak. hahahaha
Pae:
DeleteHa aku pun rasa macam tu, tapi malas nak tulis sebab tak sure hahaha.
last ayat nangis seminggu bile mengenangkan..
ReplyDeletebikin akak gelak sambil terbayang muka kamu :)
Mts Smile:
Deletehaaaaa la nangis la gambar hilang.
mcm mana blh ter delete gmbr2 tu... hehe
ReplyDeleteCN
DeletePerasan macam dah transfer dalam lappy tapi sebenarnya tak.... semua gara2 Ausie!
hikhik...
Deletekena p semula ni utk snap night view ^^
Memang mat salleh saja di ketiga-tiga Gili ni. "Heaven" bagi mereka. Masa kami pergi dulu, kami je bukan mat salleh :D
ReplyDeleteCantik pasirnya, putih melepak.
Lamanya nangis...sampai seminggu...
Kak NA
DeleteMemang macam tu kan kak NA.
Hahah memang nangis la....gambar tak cukup. :(
sewa basikal di sana macam mane kira erk???
ReplyDeletesape2 mohon bagi pencerahan sikit?
Sewa basikal haritu RM 12 sehari.
Deletehi. saya kak Janah duk di Kg Raja Cameron Highlands.. Dah 59 kali ke Indonesia. di Gili Trawangan tu tak ke buaian Ombak ke.
ReplyDeleteRajin REN menulis. Kak teringin jg nak buat blog tapi tak berkesempatan lagi.