Assalammualaikum!!!
Ya Allah lama giler kot tak apdet blog, lama giler kot tak blogwalking, lama giler kot tak bukak blog! Hahaha sorry la kengkawan, buat sesiapa yang menanti entry Lombok tu, dah berminggu-minggu takde sambungan, korang baca je la kat blog Kak Coco dan blog Pae tu sebab depa gigih update sejak turun je jejak kaki kat Malaysia.
Yang aku ni baru nak apdet terhegeh-hegeh, entah ada ke yang nak baca ntah idak. Takpe la janji aku abeskan apa yang dah dimulakan. Sebelum tu aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha! Eh dah raya balik dah? Cepatnya masa berlalu kan!
Sorry la sejak akhir-akhir ni bukan main busy sangat, mengalahkan menteri..lepastu sibuk pulak buat preparation dengan trip lain...sudahnya terabai semua, hiks.
Ok jom sambung Part 2 of Lombok!
Lepas terkejut makan ayam berkuku dan berkepala di atas pinggan memasing, kami pun singgah kejap kat
supermarkert 24 jam untuk beli jajan untuk dimakan di kala malam hari (baru lepas makan ko nak makan lagi kan? patutla....). Kami pun balik semula ke hotel dan terus lepak kat area
lobby untuk sembang-sembang sambil
updet IG, twitter, Facebook dan sebagainya... pantang dapat
wifi free kan (kisahnya sebab kat bilik tu
line wifi dia tak kuat sangat hahahah). Agak-agak dah dekat pukul 11 tu baru kami balik ke bilik masing-masing dan tido. Penat la gamaknya tambahan kami ni yang dari malam sebelum tu dah berkelana, sampai malam ni baru dapat lunjur kaki atas katil empuk kan. (Untuk gambo dalam bilik boleh rujuk kat blog
Kak Coco.)
Hotel Bumi Aditya, Sengigi ni memang la sangat konsep
resort, dikelilingi taman dan batu-batu diukir cantik, dan yang penting ada
swimming pool! So pepagi tu lepas je
breakfast ala kadar (sebab tak banyak pilihan
breakfast kat hotel ni, hanya sekadar roti dan jem dan telur....kopi, teh) kami sempat la terjun dan berkuak lentang barang seround dua kat kolam renang tu sebelum dihambat masuk bilik.
|
Laluan ke bilik kami yang mewah tu...hikhik mewahla sangat. |
|
Yang ni pulak laluan nak ke lobi hotel dan cafe tempat makan dan lepak. |
|
Breakfast kami pagi tu. |
|
Mandi kolam ler dulu....rugi la kalau tak mempergunakan kemudahan yang ada. |
Dalam jam sepuluh pagi, supir dah tunggu kami kat lobi. Kami akan menuju ke destinasi seterusnya yakni Pulau Gili!!! Wah apa yang ada kat Pulau Gili tu? Memula tu macam was-was la jugak nak pegi ke Pulau Gili sebab memang kami takde buat research langsung, hanya dengar cakap-cakap orang je pasal kecantikan dan kemeriahan Pulau Gili.
NOTA: Pulau Gili ada tiga buah pulau, yang terdiri daripada Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Pulau Gili yang kami pergi ni adalah pulau Gili Trawangan yang terletak paling hujung antara deretan tiga pulau tersebut.
Ok kami bercadang nak charter satu bot untuk kami bertujuh ke Pulau Gili Trawangan sebab malas nak bersesak-sesak naik bot awam yang jauh lebih murah tapi ramai sangat orang. So mula-mula kami suruh supir bawa kami servey satu tempat charter boat, diorang tawarkan IDR 800,000 untuk satu bot (Pergi - dan Balik) Wahhhh mahal nak mampos kot sebab pernah baca sebelum ni harga charter bot hanya IDR 400,000 macam tu. Dengan tak puas hati kami minta supir bawa ke tempat lain, rupanya tempat lain lagi mahal dalam IDR 1, 200, 000! Erk terbeliak gak bijik mata memasing... dan last tempat yang kami tanya kat kawasan jeti awam tu pun agak mahal dan banyak songeh nak kene naik kuda bagai. So kami decided untuk amik harga yang memula tadi yakni IDR 800,000 untuk satu bot. Rupanya baru kami paham begini:
NOTA: IDR 800,000 tu untuk bot hantar kami ke Gili Trawangan, kendian bot akan balik (kosong) ke Sengigi, dan esok nya bot akan datang balik ke Gili Trawangan (kosong) dan ambik kami balik ke Sengigi. Maksudnya ada dua kali perjalanan la. Sebab tu harga dia dabel jadi IDR 800,000!.
|
Tunggu pulak bot, sebab bot yang memula kami ditawarkan tadi tu dah pegi hantar orang lain, tu la sapa suruh jual mahal heheh. |
|
Pantai sengigi. |
|
Debor dah memasing tak sabar nak ke Gili. |
|
Tu dia doktor peribadi kami pun ada posing.. Haha tetibe. |
|
Ikan apa la ada kat situ eh? |
Haaaa baru paham. Takpe la demi keselesaan dan percutian mewah maka semua bersetuju. Kami pun naik la bot laju menuju ke Gili Trawangan. Perjalanan dari Pantai Sengigi ke Gili Trawangan mengambil masa lebih kurang 25-30 minit.
|
Akhirnya sampai dah bot kami. |
|
Acara Selfie dulu. |
|
Lagi pantai Sengigi. |
|
Masa ni lebih kurang pukul 11.00 pagi. |
|
Grufie atas bot. |
|
Selamat tinggal Sengigi. |
|
Tudia dah nampak pulau Gili! |
Sampai kat Gili Trawangan tu, memasing macam kagum tengok air laut dia yang warna turquoise! Lepas tu nampak pulak penyu tengah berenang-renang kat tepi pantai tu! Sumpah lawa weh! Menurut kata pemandu bot tu, waktu nak tengok penyu cari makan kat laut tu adalah waktu pagi, kalau petang-petang memang tak nampak dah. Kami sampai kat Gili Trawangan tu pun dah tengahari, lebih kurang pukul 12.00 pm macam tu, memang nampak sekor je la. Alhamdulillah nampak le jugak.
|
Lawanya air laut ni! |
|
Jetty pulau Gili. |
|
Dah sampai kat depan jeti Gili Trawangan. Gagah tak Pae? |
|
Muka eksaited memasing. |
|
Ni videomaker yang kami upah khas dari Chennai. hiks. |
|
Dan ini adalah orang yang menaja percutian mewah kami! Thanks Tansree Coco! Hahah tetibe. |
|
Ha tang mana pulak hotel kami ni? |
|
Bilik hotel di Gili T Resort |
|
Toilet besor! Tapi air busuk sebab pakai air suling dari air laut. |
Di Gili Trawangan, kami dah book siap-siap hotel melalui Booking.com. Hotel yang kami duduk di Gili Trawangan adalah Gili T Resort, yang terletak betul-betul kat depan jetty Gili Trawangan. Dari segi lokasi memang sangat strategik tapi harga agak mahal la. (Kata percutian mewah kan). Kami bayar RM 106/pax dan kami ambik 3 bilik. Memandangkan harga hotel kat situ semua mahal-mahal dan dah banyak yang penuh masa kami nak booking tu, akur je la. Kira ok jugak la dapat hotel yang cantik, ada swimming pool, ada wifi, ada breakfast dan bilik yang selesa. Tapi kalau ada sesiapa yang nak ke Gili Trawangan, boleh la search hotel lain yang lebih murah jugak. Kalau ada, alhamdulillah la.
gilitresort@hotmail.com
Phone: +62 370 638513
Address: The Jetty, Sentral, Gili Trawangan, Lombok, Indonesia
Sampai je kat Gili T Resort, kami check in hotel dulu, tapi memandangkan waktu check in adalah pukul 2 petang dan bilik kami pun tak siap lagi, maka kami pergilah mencari sesuap nasik dulu. Lapar kot, sebab dah tengahari. Pagi tadi pon makan roti je kan heheh. Jalan kaki sikit je dari hotel (area depan jetty tu jugak) ada satu kawasan kedai makan sekelompok. ha kami pun makan la kat situ, ada satu gerai makan tu namanya Green Cafe, ada jual nasik berlauk dan macam-macam makanan lagi. Kalau nak makan Ayam Teliwang pon ada kat situ... heheh.
|
Jalan kaki dari hotel lebih kurang 5 minit je. |
|
Pengangkutan utama kat sini adalah kereta kuda. |
|
Dannnnnn basikal. |
|
Gili Trawangan ni memang penuh dengan Mat Salleh. |
Harga makanan nasik berlauk kat situ pun murah. So sesiapa yang nak ke Gili Trawangan, jangan risau pasal makan, insyaAllah murah dan sedap dan Halal. Sebab kawasan Lombok ni 90% adalah muslim.
|
Inilah Green Cafe tu, murah dan sedap. |
|
Tansree berkira-kira nak belanja kami lunch. |
|
Macam sedap je.... |
|
Yummeh. |
|
Lagi lauk pauk kampung Gili. |
|
Ok ni pinggan aku. |
Lepas makan, kami pun berjalan-jalan sekitar jeti untuk cari pakej snorkeling. Kalau nak diikutkan, pakej snoekling banyak yang ditawarkan adalah untuk satu hari (fullday) tapi kami cari yang half day punya memandangkan kami pun sampai dah tengahari. Kat tepi-tepi jeti tu memang banyak ada jual pakej island hopping dan sebagainya. Pepandailah pilih.
Kami pun dapat la satu pakej half day dengan menaiki bottom glass boat! Kat bawah bot tu ada cermin boleh tengok dasar! Ha sesiapa yang tak nak snorklig tu disarankan naik je la bot ni. Harga pakej yang kami dapat adalah IDR 130,000 / pax. So lepas dah siap-siap tukar baju dan sapu sunblock bagai kami pun memulakan aktiviti snorkling di tengah rembang mentari!
|
Ni tempat kami beli pakej snorkling. |
|
Pae, AJK Kewangan tengah berurusan di kaunter. Tengok la jelingan dia tu, takut terus abam Gili. Sementara assistant dia Mumin tengah standby nak hentam. |
|
Jalan-jalan jap tengok apa yang ada. |
|
Mungkinkah akan sewa basikal? hmmmm |
|
Jeti Gili Trawangan. |
|
Ramai jugak manusia kat Gili ni. |
|
Servey-servey beach boy untuk Tansree. |
|
Tazzabar dah mak buyong ni nak snorkling. |
|
Yang mandi kat pantai pun tak kurang kainnya. |
Ada beberapa tempat yang bot tu bawak kami, katanya ada laut biru la, tempat karang cantik la...tapi arus laut kat situ agak kuat, snorkling pun terbuai-buai hanyut ditolak arus. Jangan pegi jauh-jauh la takut hanyut heheh. Tapi tempat snorkling tu memang ramai gile manusia...masing-masing ada yang penuh satu bot. Ibu mengandung pun snorkiling tau, jangan memain! Tansree je yang tak turun snorkling, sebab katanya nak teman beachboy (pemandu bot) dia kat atas bot. Hahaha.
|
Grufie atas boat pulak! |
|
Tudia memasing dah tak ingat dunia! |
|
Ni pose gaya apa ntah. |
|
Lagi grufie dari kami. |
|
Selfie dalam air pulak. Hiks |
|
Lagi selfie di permukaan air.... |
|
Shahrule dengan fins dia. |
Lama jugak la kami snorkling (dalam dua jam), lepas tu memasing dah penat Terus kami mintak pemandu bot hantar kami balik. Lols, sebab memang penat sangat masa tu, dan panas...maklumla memasing akan cair ibarat lilin disimbah cahaya matahari kan. Tapi bila dah sampai hotel, memasing pi terjun pulak dalam kolam ...dasar nak air yang sejuk saja!
|
Ok ni kawasan resort kami. |
|
Kolam ni le tempat kami lepak dan bersembang memalam. |
Sampai je hotel kami berehat kejap..sebab petang tu ada lagi aktiviti yang nak dibuat. So apa aktiviti tu? Nanti aku sambung...penat pulak menulis...hahaha (ni la masalahnya, dah la malas nak update blog, lepas tu tulis sikit dah penat! Pi amik rotan cepat!)
|
Jom next activity! |
Ok sambung nanti ya!...
Pssst: Nak cerita yang dah siap boleh pegi blog Kak Coco dan Pae.
Psstt2: Nak tengok gambar2 yang aku dah aplod boleh pegi IG aku.
WASSALAM.
baca cerita kat sini rasa teringin nak pergi lombok!
ReplyDeleteSaffuan Jaafar:
DeleteInsyaallah boleh pegi...silalah
macam best je. macam lawa je
ReplyDeleteUK
Deletebegitulah gayanya
Mna gmbr hidupan laot? X dok pon... lawalah resort yg u all dudok tu...makanan muslim mmg senang eh? Oohh..pulau ni x mcm bali bnyk yg beragama hindu kan?
ReplyDeleteFarikica:
DeleteGambo hidupan laut tunggu next entry la, tak muat nak tepek kat sini hahaha.
Ye sini banyak muslim.
Jernihnya air kat gili & resort tu mmg menarik swimming pool dia hehe
ReplyDeleteBtw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. Hehe
www.thetravelling3o.com
Terima kasih!
The Travelling 3o
DeleteInsyaAllah. :) Thanks.
Mne sorok rotan ni....teheee
ReplyDeleteMashirnani
Delete*Larikkkkkkkkkkkkkkk
Bagi kami semangat nak ke sana.
ReplyDeleteMKL
Deleteayuh!
Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.
ReplyDeleteSelamat hari Raya juga buat MKL!
DeletePantai dan lautnya memang cantik... tapi kat pulaunya macam serabut pulak... Salam Eidul Adha..
ReplyDeleteMie
DeleteSelamat Hari raya juga. ye lautnya sangat cantik.
Pulaunya macam bali, serabut.
hohoho teringat suatu jaman dahuluuuuu.... berkelana tanpa bagasi di Gili (huh!)
ReplyDeleteseb baik ada peracun tido Gili kan????... kan????? kikikiki
MasMZ
DeleteGitew sangat!
seronok tak Tansree TAJA PERCUTIAN MEWAH nih????
ReplyDeleteseronok tak?
seronok tak??
hahaahah
*pengsan la pas nih kalau ada mintak taja*
pae nampak gagah pikul beg Tansree
dan
tansree suka dgn bicboi matsaleh..eh?
*ada yg kena petir karang-tak sedar diri*
Kak Anash
DeleteThank you TANSREE Sebab Taja percutian mewah kami!!!
Nice! :)
ReplyDeleteCN
DeleteThanks.
ade contact no supir tak? berapa total cost supir dr airport ke sengigi?
ReplyDeleteboleh email saya tak berapa cost ke sini?saya berminat untuk melancong ke pulau ni. email di mhhas_317512@yahoo.com untuk bulan Nov 2015 tq
ReplyDeleteSy ke sana bulan 8..apa nama ig tuan ye? Tq
ReplyDeleteWafiq
Deletejanggeltrekker
dari hotel aditya nak ke tempat charter boat jauh x?
ReplyDeleteKawan2 yang punya plan nak cuti ke Lombok, jom tanya info soalan tempat2 cantik kat Lombok, harga transport atau harga pakej Lombok, boleh via:
ReplyDeleteWhatsApp: +62-878-6000-1036
Email: info.lombokfun@gmail.com
Web: www.lombokfun.com
LOMBOK FUN TRAVEL INC.
Professional | Terpercaya