2009-02-02

Dari Hutan, Ke Bukit, Ke Laut dan Ke Tasik...[Semua Dalam Satu]

Minggu ni aku tak berapa sihat. Demam la pulak, so aku tak pergi kerja hari Jumaat. Lepak kat rumah, tido dari pagi sampai petang. Hari Sabtu pon macam tu jugak, aku tido memanjang lepas pekena ubat selsema yag katanyer boleh mengakibatkan mengantuk, memang betollah bukan setakat mengantuk, pengsan sudahhhh!!!!

Tapi, dalam keadaan aku yang tak sihat tu, aku gagahkan jugak diri melepak dengan sepupu aku yang baru start kerja kat KL. Kesian la pulak, sebab tak ada geng nak lepak katanya. Aku pon melepakla dengan dia dalam keadaan mamai. Ish silap-silap orang kata aku tengah lalok... tak ke naya??? Tetiba hari Sabtu jugak seorang member opis mencadangkan sesuatu yang sangatlah menarik. Sebenarnya dah lama dah rancang benda ni, cuma asyik tak sempat dan tak ada masa yang sesuai. Memandangkan hari Isnin adalah cuti umum [Hari Wilayah], maka aku pun bersetuju la dengan cadangannya itu...Apakah cadangan yang menarik itu??? Tak sedar dirikah aku, kan aku demam???

Jadi bermula pada malam Sabtu, aku start contact member-member lelaki yang aku ada [tak ramai pon] sorang pon tak free untuk join. Adoiii susah jugak yer, barulah aku tau ghopernya aku ni tak ramai member lelaki!!!! Member pompuan ramai pulok! ghehehhegehhhe.... Memang susah, puas gak aku contact sepupu aku pun, diorang keje pulak hari Isnin. Akhirnya aku nekad pergi sorang je, opismate aku pulak bawak sepupu pompuan dia. So nak dijadikan cerita, kami bertiga sahaja yang menjayakan rancangan itu. Apakah rancangan itu??? Erkkk belum kasi tau yer??? Lupa plak..

Kami pergi ber'camping' di Kuala Selangor. Lebih spesifik, di Taman Alam, Kuala Selangor...[program yang sesuai untuk para pencinta alam sahaja]. Kehkehekhe lawak la, nak pergi berjalan taknak plan awal-awal, kan dah tak cukup korum. Tapi seperti biasa la, benda kalau plan-plan ni mesti susah nak jadi punya, aku lebih suka kepada on the spot punya program, walaupun kemungkinan untuk banyak cacat celanya itu ada...tapi program still akan jadi! InsyaAllah...

So Ahad [1 Februari 2009], kami bertolak agak lewat jugak sebenarnya. Maklumlah, plan last minit, so banyak benda kena settle dulu. Aku bertolak dari Bukit Jalil ke Putrajaya dalam pukul 3.30 petang. Sampai Putrajaya, pegi plak amek opismate aku dan sepupunya [MasMZ dan Farah]. Tolak-campur-darab-bahagi akhirnya kami berlepas merentasi lebuhraya ELITE meuju ke Shah Alam dalam pukul 4.30 petang. Jalan... alhamdulillah, tak banyak kereta. Tapi kami sebenarnya dah agak lewat waktu tu, kami difahamkan pentadbiran Taman Alam tutup pukul 6 petang. So kena rushing sikit la. Bukan sikit sebenarnya ....banyak! CikMasmz mencadangkan satu laluan baru ke Kuala Selangor. Kalau ikut plan asal, kami akan melalui Highway Guthrie [Bukit Jelutong] yang tersangatla banyak tolnya untuk ke Kuala Selangor, tetapi CikMasmz telah memberi cadangan laluan alternatif melalui Setia Alam. Ish baru aku tau, rupanya ikut jalan tu lagi senang dan cepat berbanding lebuhraya Guthrie!!!!

Dalam perjalanan sempat jugak Farah menalifon Taman Alam untuk membooking 'A Frame Hut' yang kami idam-idamkan.. dengan toleransi staff Taman Alam, alhamdulillah mereka boleh tunggu kiteorang sampai walaupun jam pada ketika itu telah menunjukkan pukul 6.15 petang...Selesai urusan check in, kami pun melawatlah 'A Frame Hut' kami yang chomel itu... sorry la walau pon tajuk program asal adalah bercamping, tetapi kami tak sempat pon nak pasang-pasang khemah! So nilah tempat kami bermalam....

Chomel kan???

Lepas meletakkan barang-barang, kami pon plan untuk pergi makan malam. Almaklumlah perut ni dah menjerit-jerit minta diisi! Kami berjaya menjumpai sebuah warung di tepi jalan. Belasah aje lah,... lapar katakan. Macam-macam benda kami order. Sebenarnya, program camping ni kami kena jaga bajet jugak. Almaklumlah dah tengah bulan, duit masing-masing tak ada tapi ada hati nak berjalan! Bajet Makan malam adalah RM 10 / orang. Tapi bile time bayar alhamdulillah, cuma RM 27 saje...dengan macam-macan benda yang dimakan!!! Still under bajet la kiranya..save RM3. Tengah-tengah makan, CikMasmz menerima panggilan telefon yang menyatakan makcik dan pakciknya pon nak join camping kami! Apa lagi, kecik tapak tangan, "A Frame Hut" la kami tadahkan! Save bajet lagi! Kami berjanji untuk jumpa di Kampung Kuantan. Ala tempat tengok kelip-kelip tu! Ish ni dah kali kedua aku pegi tempat nih, tapi kali nih lagi best sebab kelip-kelip lagi banyak. mungkin masa aku pergi dulu time hujan kot.!! Tambang sampan untuk tengok kelip-kelip adalah RM 10/orang. Naik la kami berlima di dalam sampan merentasi sungai Kampung Kuantan di malam hari. Subhanallah...memang menakjubkan. Tak dapat nak snap gambar sebab, memang tak nampak apa pon kalau snap. Kenangan hanya boleh disimpan di dalam otak sahaja.


Cik Farah, CikMasMZ dan Makcik

Balik dari tengok kelip-kelip dah pukul 10 malam. Kami kena temankan pakcik dan makcik makan, sebab diorang tak makan lagi, almaklumlah perjalanan dari Manjalara straight to Kuala Selangor dalam keadaan tergesa-gesa katanyer... Malam tu aku tak tau la aku terlena pukul berapa. Dan malam tu jugak aku terima SMS dari rakan blog, AIE yang memberitahu ayahndanya telah meinggal dunia... Innalillahiwainnailaihirojiun... AIE tabahkan hatimu ye.

Keesokkan harinya [Isnin, 2 Februari 2009], program kedua akan dijalankan. Menjelajah Taman Alam la, apa lagi. Selepas bersarapan dengan kos hanya RM 2, kami pon start masuk ke Denai Tenggiling pada jam 10.25 pagi. Alhamdulillah cuaca elok dan keadaan pada ketika itu sangat segar! Bermulalah eksplorasi kami meredah hutan belukar, hutan paya bakau, dan denai sambil disapa oleh monyet-monyet dan bururng-burung yang pelbagai spesis. Paling mearik perhatian adalah sejenis ketam bewarna-warni yang banyak terdapat di kawasan paya bakau dan juga sepesis helang merah yang terbang membuat aksi bersama kengkawan meraka! Semuanya berlaku di depan mata! Menakjubkan. Priceless moment la katakan.

Tak tau apa jenis / spesis ketam ni...tapi chomel.

Spesis Helang Merah sedang mencari makanan.

Keluar dari hutan jam 12.30 tengahari. Kami terus checkout dan meneruskan program ketiga iaitu, mejelajah Bukit Malawati. Dah banyak kali jugak aku ke situ tapi setiap kali pergi, mesti ada sesuatu yang berbeza kan? Kali ni kami bermain dengan beruk dan Lotong. Muka tak arr chomel sangat, tapi sesuailah dengan spesisnya.

Inilah Lotong!

Memandangkan Bajet makan kami masih ada,so kami pun makan tengahari di Restoren Kampungku, betul-betul di bawah Bukit Malawati. Mananan kat situ alhamdulillah....boleh tahan sedap jugak la. Jam dah pukul 2.15 petang, kami pun beredar dari Kuala Selangor.

Program Keempat pulak memang best. Kami singgah di Pantai Jeram untuk bermain Layang-layang! Terus-terang aku cakap, ini adalah first time aku dapat menaikkan sebuah layang-layang dengan cemerlangnya!!! Baek je layang-layang yang aku naikkan tu....tak de pon meracau-racau macam layang-layang CikMasMZ tu!!! Hahahahhahaha!!. Lama jugak kami bermain layang-layang, lebih kurang jam 5 petang baru kami beredar. So kami meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya, manakala pakcik dan makcik terus ke Manjalara. Tiba di Putrajaya dalam jam 5.45 petang. Sempat lagi kami singgah di Tasik PICC untuk meronda-ronda melihat orang main layang-layang kat situ pulak. Tetiba jumpa pulak dengan 2 orang member cyber [Rasli dan bininya] yang sedang asyik bermain layang-layang! Kehkehekhe semalam ajak pergi camping sekali tak nak, sebab nak baca buku untuk exam PTK katanyer! Mudah-mudahan ko lulus yer...boleh buat party untuk member-member cyber plak!

Setelah selesai bersiar-siar di Putrajaya, aku pon menghantar la dua gadis yang chomel-chomel belaka [???] itu ke rumah. Jam dah pukul 6.30 petang dan badan aku teramatlah letihnya.... balik rumah nak berehat puas-puas!. Secara keseluruhannya, plan bercamping ni memang best! Under bajet sungguh. Sebetulnya kami plan, seorang bayar RM 70 ringgit tapi hakikatnya, seorang hanya perlu membayar RM 51 sahaja. Save RM 19!!!! Tu dah termasuk duit minyak,duit tol, duit 'A Frame Hut' yang chomel tu , dan duit makan sekali tau!!!! Kira ok la tu.

Next week cuti yang panjang lagi! Hari isnin cuti Thaipussam...alamak??? Ada program apa pulak yer??? Kehkehkehek tungguuuuuuuuuuuuuu..........





CikMasMZ yang tewas dalam pertarungan Layang-Layang!


Kumpulan Helang Merah sedang berlegar-legar mencari ikan.


Cik Farah dan membernya!

Janggeltrekker

12 comments:

  1. wahahahaa.... ghasenyerrr Den tak sompek nak update Taman Alam arini... kasik laluan larrrr :)
    Hutan Belum tak habis story lagi :D
    * uikssss comel2 pun ada tanda '???'ka??? aii cit!!!

    ReplyDelete
  2. wah cantik jugak taman alam ni... slalu pegi umah kakak kat psr penambang tapi xnampak plak keindahan yg ade kat ctu... betul la kata org, "Tak kenal maka tak cinta..."

    ReplyDelete
  3. salam..

    aduyai janggel..jalan sakan yea..??
    bila lak nk ajak zura join aktiviti janggel lak nih?hehehe

    =P

    ReplyDelete
  4. cIKmASmz:: Kehkehkeh alasan yang tak boleh blah... Ha abis-abiskan la story citer Belum tu yer. Pastu kasi update Taman Alam Pulak...Gigih aku berstory telling malam tadi...kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. Kabussenja:: Memang betul, sesetengah tempat, kalau kita tak explore kita takkan tahu keindahannya...macam manusia juga kehkehkeh.

    ReplyDelete
  6. cikzura:: tu belum sakan lagi la cikzura...hehehhe..nak join?? boleh... nanti plan benda lain kita warwar kan..kehkehkeh

    ReplyDelete
  7. owh..en.janggel tak sihat lagi ke? cepat2 sihat ye.. nmpk mcm best je pergi berjaln2 tu..keam kecik tu tak blh mkn ye? monyet2 tu garang tak? makanan itu nampak sodappppppp...

    ReplyDelete
  8. Ciksaya:: Dah beransur pulih dah..

    Memang best tau g berjalan2 ke dalam hutan itu

    Ketam kecik tu mana leh makan..kecik sangat... tak sior nak memakannyer..

    monyet2 tu kene tengok mood depa la... ada yang garang and ada yang baik hati... menurut kata pakcik yang jaga kat situ, spesis lotong ni baik sikit..lembut je lotongnyer...[erk ada ke ayat tuh?]

    Kalau monyet yang warne ceklat tu ganas dan suka menyerang orang... tu kena hati-hati sket...

    ReplyDelete
  9. wahhhhhhhhhhhhhh

    best nyer jalan2.....

    tak sihat eh....demam ker?
    alalla cian dier...

    makan ubat k

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  10. cikyanie:: Tu la pasal...sejak akhir-akhir ni asyik demam dan sakit2 jer... maklumlahhh antibodi kureng...


    TQ atas kekonsernan anda...:P

    ReplyDelete
  11. wah cam best jer..
    nk gi gk la biler blk ni..
    hg kna bwa kte gi sna nnt!! haha

    ReplyDelete
  12. NazetNut:: Apa-apa hal pon hang kena balik dulu baru bleh cerita!!! Hahahahahahah.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS