Sebelum ini aku tidak terfikir tentang sumbangan kecil daripada pokok renek yang aku letakkan di atas meja di office. Begitu juga dengan pokok-pokok bunga yang aku biarkan hidup segan ...mati tak mahu di hujung halaman rumah...sekali sekala berbunga, dan sekali-sekala kontang ibarat pokok tak cukup air, kesian.
Tapi setelah membaca sebuah artikel di internet, baru aku sedar walaupon pokok-pokok itu kecil, tidak sehebat pokok-pokok di hutan dan tidak sesubur mana, namun mereka tetap memberi sumbangan yang cukup bermakna kepada kita. Sedar atau tidak, sebenarnya sejak di peringkat sekolah rendah lagi kita telah mempelajari sumbangan tumbuh-tumbuhan dalam mengeluarkan Oksigen dan sebagainya. Tapi ada di antara kita yang endah tak endah tentang kepentingan tersebut. Sebagai contoh, pernahkah anda terfikir bagaimana gigihnya tumbuhan menjalar, melilit di pagar rumah kita untuk mencapai puncak tertinggi supaya cahaya matahari dapat diserap kedalam sistem mereka? Pokok menjalar itu muncul entah dari mana di sudut halaman, dan membiak dengan cepat terutamanya bagi iklim di Malaysia. Itu semua menandakan yang kediaman atau kawasan tempat pembiakannya itu lengkap dengan keperluan mereka dan sekaligus menunjukkan iklim kita masih stabil dan sesuai untuk didiami.
Walaubagaimanapun, dalam keadaan sekarang dengan pembangunan yang pesat membangun, udara kita kian tercemar dengan asap kenderaan, kilang dan sebagainya. Di sini lah sebenarnya peranan tumbuh-tumbuhan, sebagai penapis semulajadi [filter] kepada udara tercemar. Benarkan tumbuhan boleh berfungsi sebagai penapis semulajadi? Sesetengah saintis mengesahkan kenyataan itu. Alasannya: banyak tumbuhan boleh bertindak sebagai penapis semulajadi, meningkatkan kualiti udara di dalam ruang rumah atau pejabat dengan menyerap udara di kawasan sekitarnya. Dan semestinya kesemua tumbuh-tumbuhan menyumbang kepada udara yang sihat dengan menukar Karbon dioksida kepada Oksigen.
Ada kajian yang telah dijalankan yang membuktikan sesetengah tumbuhan boleh secara effektifnya menyingkirkan formaldehyde, benzene, carbon monoxide, dan beberapa pencemar udara yang lain.
Jadi tindakan aku meletakkan pokok di atas meja di office sebenarnya sangat membantu!! Boleh meningkatkan kualiti udara di sekitar kawasan tempat aku bekerja. Tak susah sebenarnya, kita boleh cari tumbuh-tumbuhan yang mudah dijaga dan senang hidup seperti Peace Lily, Areca Palm, Lady Palm, Ficus Alii, and Golden Pathos dan letakkannya didalam bekas kecil di hujung meja kita. Tak kisah lah bekas kecik ke..bekas besar ker. Mulakan dengan yang kecik kalau tak tahu kita mampu menjaganya atau tidak. Percayalah, memang seronok. Bagi yang tak suka bercucuk tanam atau malas nak jaga pokok-pokok ni, jangan risau, pegi jelah cari pokok-pokok yang senang dijaga, contohnya pokok buluh cina tu, hanya letak dalam bekas ada air dan tinggal je saja . Tak perlu kepada penjagaan yang kompleks..!!
So apa lagi, jom mulakan kempen Office/bilik/rumah hijau mulai hari ini!!! Percayalah ia memang benar-benar membantu, dan kesihatan kita pon setidak-tidaknya akan terpelihara... AMIN....
OK. Let's Pokok!
Dua pokok ni memang aku letak di work station aku... satu lagi tu baru blajar nak idop....
Pokok ni paling senang nak jaga..letak je dalam bekas..buh air/gel
[aku cilok gambar ni kat tempat opismate aku]
سبلوم اين اكو تيدق ترفيكير تنتڠ سومبڠن كچيل درڤد ڤوكوق رينيق يڠ اكو لتقكن د اتس ميجا د اوففيچ. بڬيتو جوڬ دڠن ڤوكوق-ڤوكوق بوڠا يڠ اكو بياركن هيدوڤ سڬن ...ماتي تق ماهو د هوجوڠ هلامن رومه...سكالي سكالا بربوڠا، دان سكالي-سكالا كونتڠ عبارت ڤوكوق تق چوكوڤ اير، كسيان.
تاڤي ستله ممباچ سبواه ارتيكل د اينترنيت، بارو اكو سدر والاوڤون ڤوكوق-ڤوكوق ايت كچيل، تيدق سيهيبت ڤوكوق-ڤوكوق د هوتن دان تيدق سيسوبور مان، نامون مريك تتڤ ممبري سومبڠن يڠ چوكوڤ برمعنى كڤد كيت. سدر اتاو تيدق، سبنرڽ سجق د ڤريڠكت سكوله رنده لاڬي كيت تله ممڤلاجري سومبڠن تومبوه-تومبوهن دالم مڠلواركن اوكسيڬن دان سباڬايڽ. تاڤي اد د انتارا كيت يڠ اينده تق اينده تنتڠ كڤنتيڠن ترسبوت. سباڬاي چونتوه، ڤرنهكه انادا ترفيكير باڬايمانا ڬيڬيهڽ تومبوهن منجالار، مليليت د ڤاڬر رومه كيت اونتوق منچاڤأي ڤونچق ترتيڠڬي سوڤاي چهاي ماتهاري داڤت دسراڤ كدالم سيستم مريك؟ ڤوكوق منجالار ايت مونچول انته دري مان د سودوت هلامن، دان ممبياق دڠن چڤت تراوتماڽ باڬي اقليم د مليسيا. ايت سموا مننداكن يڠ كديامان اتاو كاوسن تمڤت ڤمبياقنڽ ايت لڠكڤ دڠن كڤرلوان مريك دان سكاليڬوس منونجوقكن اقليم كيت ماسيه ستابيل دان سسواي اونتوق ديديامي.
والاوباڬايماناڤون، دالم كادأن سكارڠ دڠن ڤمباڠونن يڠ ڤسات ممباڠون، اودارا كيت كين ترچمر دڠن اسڤ كندرأن، كيلڠ دان سباڬايڽ. د سيني له سبنرڽ ڤرانن تومبوه-تومبوهن، سباڬاي ڤناڤيس سمولاجادي [فيلتر] كڤد اودارا ترچمر. بنركن تومبوهن بوليه برفوڠسي سباڬاي ڤناڤيس سمولاجادي؟ سستڠه ساءينتيس مڠسهكن كڽاتأن ايت. السنڽ: باڽق تومبوهن بوليه برتيندق سباڬاي ڤناڤيس سمولاجادي، منيڠكتكن كواليتي اودارا د دالم رواڠ رومه اتاو ڤجابت دڠن مڽراڤ اودارا د كاوسن سكيترڽ. دان سمستيڽ كسموا تومبوه-تومبوهن مڽومبڠ كڤد اودارا يڠ صيحت دڠن منوكر كربون ديوك سايدا كڤد اوكسيڬن.
اد كاجين يڠ تله دجالنكن يڠ ممبوقتيكن سستڠه تومبوهن بوليه سچارا ايففيكتيفڽ مڽيڠكيركن فورملدهيد، بنزيني، چربون مونوزيدي، دان ببراڤ ڤينچيمر اودارا يڠ لاين.
جادي تيندقن ساي ملتقكن ڤوكوق د اتس ميجا د اوففيچ سبنرڽ ساڠت ممبنتو!! بوليه منيڠكتكن كواليتي اودارا د سكيتر كاوسن تمڤت ساي بكرجا. تق سوسه سبنرڽ، كيت بوليه چاري تومبوه-تومبوهن يڠ موده دجاڬ دان سنڠ هيدوڤ سڤرتي ڤاچي ليلي، اريچ ڤلم، لادي ڤلم، فيچوس عليا، اند ڬولدن ڤتهوس دان لتقكنڽ ددالم بكس كچيل د هوجوڠ ميجا كيت. تق قيصه له بكس كچئ ك..بكس بسر كر. مولاكن دڠن يڠ كچئ كالاو تق تاهو كيت ممڤو منجاڬڽ اتاو تيدق. ڤرچايله، ميمڠ سرونوك. باڬي يڠ تق سوك برچوچوق تانم اتاو مالس نق جاڬ ڤوكوق-ڤوكوق ني، جاڠن ريساو، ڤڬي جله چاري ڤوكوق-ڤوكوق يڠ سنڠ دجاڬ، چونتوهڽ ڤوكوق بولوه چينا تو، هاڽ لتق دالم بكس اد اير دان تيڠڬل ج ساج . تق ڤرلو كڤد ڤنجاڬان يڠ كومڤليك س..!!
سو اڤ لاڬي، جوم مولاكن كيمڤين اوففيچ/بيليق/رومه هيجاو مولاي هاري اين!!! ڤرچايله اي ميمڠ بنر-بنر ممبنتو، دان كصيحتن كيت ڤون ستيدق-تيدقڽ اكن ترڤليهارا... أمين....
اوق. ليتءس ڤوكوق!
Janggeltrekker
wah... de labu sayong
ReplyDeletetbe2 teringat JANGAN PANDANG BELAKANG
hikhik... x )
Jiji Najiy::
ReplyDeleteKehkehkeh labu sayung yang sangat bermakna..tempat simpan kunci..kehkehkeh senang nak amek kunci lemari besi dok dalm tuh kahkahkahk... alamak terbagitau plak!!!
Tu la keindahan workstation ku...ada segala macam benda..Jangan Pandang Belakang kalau tak nak lihat benda-benda yang diingini..harharhar!!!
mr janggel,
ReplyDeletenk tnya soaln ni..
kalu ltak pokok durian sng jga x? :p
Nazetnut::
ReplyDeletePokok Durian??? Hmmm senang sangat nak jaga...hang petik je dahan mana2 pokok durian tu pastu cucuk dalam pasu...ala macam kaedah tanam ubi kayu.!!!
Pastu tunggulah sampai 5-6 tahun..kalau pokok tu rasa nak idop..dia bebuah la..kalau tak hang tunggu je la sampai akar dia kuar...
kahkahkaha!!!
HAHAHAHA
ReplyDeletegood
bru peredaran udara yg bgs
oksigen pn byk~
HAHAHAHA
ReplyDeletegood
bru peredaran udara yg bgs
oksigen pn byk~
enchek Camera::
ReplyDeleteBetol! Betol! Betol!
Peredaran Udara yang bagus, Kesihatan pun Bagus!
tidakkah mati tumbuhan apabila mendapat karbon dioksida yang tercemar??
ReplyDeletecukup tidak adil bagi tumbuhan menyedut karbon oksida yang tercemar, bagik kita oksigen yang fresh kan?
adoi2. kita semua masuk neraka!
Deennasour::
ReplyDeleteApa boleh buat...lumrah alam...
Manusia yang ditakdirkan sebagai khalifah..ramai yang dah sesat...
huhuhuh.