Assalammualaikum!!!
Terlebih dahulu TAKZIAH kepada Kak Coco di atas pemergian ibunda tercinta pada 30 Disember 2013 yang lalu. Semoga Kak Coco tabah menghadapi dugaan ini. Kami sentiasa ada bersama akak.
Memandangkan ini merupakan entry pertama di tahun baru 2014, maka aku akan memulakan dengan entry mengenai Maskot Visit Malaysia 2014 yakni Proboscis Monkey atau lebih dikenali sebagai Monyet Belanda!!!
* * *
Memandangkan ini merupakan entry pertama di tahun baru 2014, maka aku akan memulakan dengan entry mengenai Maskot Visit Malaysia 2014 yakni Proboscis Monkey atau lebih dikenali sebagai Monyet Belanda!!!
VISIT MALAYSIA YEAR 2014
Ayuh melancong ke Malaysia...kami sambut anda dengan belaian mesra!!! (Haaaa gitew)
Ok berbalik kepada cerita Monyet Belanda. beberapa minggu yang lalu aku berkesempatan melawat ke Sanctuary Monyet Belanda (Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary) - LBPMS yang terletak di Sepilok, Sandakan, Sabah. Kalau diikutkan dari pusat bandar Sandakan, kedudukan Labuk Bay ini adalah lebih kurang 14 km melalui jalan darat.
Signboard di tepi jalan sebelum menuju masuk ke kawasan LBPMS. |
Terdapat dua Platform yakni Platform A dan B. |
Masa mula-mula nak ke situ, memang terasa sangat teruja sebab ingatkan tak sempat dah nak merayau-rayau tengok orang utan bagai kat Sandakan ni, tapi alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk melihat sendiri habitat Monyet Belanda ni. Syukur sangat flight balik ke Kuala Lumpur adalah di sebelah malam, jadi siang tu kami punya masa untuk ke situ.
Untuk makluman, terdapat dua Platform bagi menyaksikan habitat Monyet Belanda secara dekat iaitu Platform A dan Platform B. Kami sempat pergi ke kedua-dua point tersebut. Untuk masuk ke kawasan Lubuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary ni, harga tiket per entry adalah RM 15 / seorang untuk local (dewasa) dan RM 5 untuk kanak-kanak. Manakala harga untuk international visitors adalah berbeza yakni RM 60 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak. Jangan dilupa, bagi sesiapa yang bawak kemera, kena bayar RM 10 per kemera yer.
Tiket berharga RM 15.00 |
NOTA: LBPMS asalnya merupakan kawasan ladang kelapa sawit seluas 400 ekar. Namun, setelah menyedari sebahagian kawasan bakau di dalam kawasan ladang kelapa sawit ini menjadi habitat kepada monyet-monyet Belanda, pemilik tanah ini telah membangunkan kawasan ini sebagai sanctuary Monyet Belanda untuk dipelihara daripada di ancam kepupusan.
Setelah membeli tiket dengan harga RM 15, kami meneruskan perjalana menuju ke Platform A. Adalah penting untuk mengetahu waktu-waktu makanan diberikan kepada monyet-monyet ini, kerana jika kita datang pada waktu yang salah, kemungkinan agak sukar untuk melihat gelagat monyet-monyet ini. Berikut adalah waktu-waktu makan yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan:-
Platform A : 9.30 pagi hingga 2.30 petang
Platform B : 11.30 pagi hingga 4.30 petang
Platform A. |
Laluan ke Platform A. |
Titi kayu ke Platform A. |
Lepas park kereta di kawasan yang disediakan, kami pon berjalan menuju ke Platform A melalui titian yang disediakan di celah-celah paya bakau! Memang best giler... dan titian yang dibina pun nampak selesa dan sesuai dengan tempatnya.
Kami menunggu masa penjaga memberikan makanan kepada monyet-monyet tersebut. Sementara menunggu tu aku boleh la nampak beberapa ekor monyet yang sedang menunggu di atas pokok. Dari kejauhan mereka melompat-lompat tapi mereka tak datang ke platform lagi.
Penjaga tempat tu bagitau kami yang, satu kawanan / kumpulan monyet Belanda terdiri daripada seekor Monyet Belanda Induk (Jantan) dan 20 ekor Monyet Belanda betina! Wow surrga giler monyet jantan tu kan... itulah lumrah kehidupan mereka. Dan memang betul, bila tengok kumpulan yang datang tu, ada sekor monyet yang besar gila sedang memerhatikan monyet-monyet lain yang saiznya agak kecik.
Makin lama, sekor demi seekor muncul. |
Lalu mereka duduk melepak sambil menunggu waktu makan. |
Memerhatikan kawasan Platform dari jauh. |
Inilah monyet Induk...see what i see? |
Ayuh makan!!! |
Tengah makan pon sempat lagi berprojek!!! |
Jangan rebut-rebut! Malu orang tengok. |
Redho...kena makan sorang-sorang. |
Pon bolehhhhh. |
WASSALAM.
Apa benda yg Merah tu? Kiranya monyet2 ni jinak tidak seperi d lankawi tu pantang nampak mkanan ters terkam takutttt
ReplyDeleteSalam takziah buat kak anash dan alfatihah buat ibu beliaud
owhhh senang la kenal jantina dwang ek..
ReplyDeletewww.hasyanaurah.com
Assalamualaikum... Takziah di ucapkan pada bonda kak coco.. al-fatihah.. moga roh beliau berada bersama orang2 yg soleh dan solehah..
ReplyDeleteLubuk Bay Proboscis Monkey.. menarik nya dapat tgk sendiri habitat monyet belanda tu.. tapi part kene bayar camera masuk tu yg tak best hahaha..
Monyet induk tu mcm merbahaya jer hahaha.. :P
comel jer gambar2 monyet belanda ni semua.. :D
Semoga Coco bersabar dan tabah dengan dugaan. Semoga bonda Coco berada di tempat yang mulia.
ReplyDeleteSelamat Menyambut Tahun Baru dan Selamat Menyambut Tahun Melawat Malaysia...Jom travel dalam negeri sendiri :)
Comel monyet-monyet itu,kan. Negara kita memang istimewa kerana mempunyai spesis monyet ini. Kita patut tingkatkan pemeliharaan spesis ini supaya ia tidak pupus.
Gambar-gambar yang diambilpun cantik. Bolehlah berguru.
Mailah Penang lagi :)
Salam Takziah buat sahabat travelJanggel Kak Coco. Moga tabah mengharungi dugaan.
ReplyDeleteTerbaca entry ni teringat kembali trip solo tahun 2010 dulu ke sepilok sandakan. tapi tim tu tak sempat ke taman probocis monkey ni.
Layan story Janggel ni. Selamat Tahun Baru Ren!
Takziah utk akak Coco ...
ReplyDeleteBaru aku tau idung monkey yg jantan je yg besar dan lebar itu... yg betina semua idung mancung ala2 retis kpop jer
Salam Takziah buat Kak Coco...Al-Fatihah buat arwah mak nya...
ReplyDeleteBest ko pegi jumpa banyak proboscis ni...aku pi dulu tak banyak pun...huhuhu
omg tegaknya!
ReplyDeletei mean pokok kat blakang monyet tu!
Hi Janggel,
ReplyDeleteSaya baru balik Bali and Yanto keep cakap yang awak best fren die. And then die ade mention awak blogger no.1 Malaysiaaaa :)
Takziah...cutenya awak dengan monyet....saya suka tangan awak mencekik monyet yang geram saya tengok.
ReplyDeletemencanak tuhhhh!! silap boleh berprojek! dasar monyet!
ReplyDeletehahaha!
sangat bersempena dengan VMY2014 kan! haha
ReplyDeleteakak ada cita cita nak dtg ke sini. tapi belum kesampaian...
ReplyDeletehuhu
thanks to all whom gave doas and Al-Fatihah to my mom.
JM:
ReplyDeleteYang merah tu anu monyet.
Tak nampak macam ganas pon masa saya datang situ haritu.
Nurramizah Fadzil:
ReplyDeleteHaaa mestila senang kalau dah nampak kekeke.
TT:
ReplyDeleteSenang je kalau nak curi2 bawak masuk kemera...sorok dalam beg, diorang tak cek pon.
Monyet induk tu besar tau, mestilah dia nak jaga wilayah dia kena nampak garang :)
Ye diorang comel :)
Kak NA:
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru juga buat Kak NA dan keluarga!
Jom kita travel dalam negeri!
Hehehe thanks kak NA, nanti kalau ada masa dan rezeki kita ketemu lagi yer. Kalau kak NA datang KL pon jangan lupa hubungi kami! :)
Farel:
ReplyDeleteWah ada trip solo pulak tu. hebat! Selamat Tahun Baru juga buat Farel.
Azra:
ReplyDeleteYe idung jantan melendut sikit manakala idung betina mancung bak matsaleh belanda.
DJ:
ReplyDeleteYe ke? Tak tau pulak. Rasanya diorang membiak sangat pantas kot. Kekeke
MasZuber:
ReplyDeleteHamboi suka pulak dia kannnn. Ceit.
Miz Safura:
ReplyDeleteYe ke? hehe tak sangka Yanto cakap macam tu, saya biasa2 je. Hahaha
MKL
ReplyDeleteHahaha saya dengan monyet tu macam sama ke? Hahahaha comel comel :)
Syafiq Sholihin
ReplyDeleteHahaha DASARrrrr monyet kan kekeke
Azuan:
ReplyDeleteHehehe kebetulan je tu Azuan. :)
Kak Anash:
ReplyDeleteInsyaAllah suatu hari nanti :)
oh boleh nyorok??? tak de CCTV ke kat pokok2 tu hahahaa.. ok will remember your tips nak nyorok camera tu hehehe :P
ReplyDeleteOmg..
ReplyDeleteFirst sekali aku terkesima melihatkan gambar2 lucah byk sgt kat sini? apakah?? huhuhu..tapi hidung besar gile, memang macam orang belanda..
Apa2 pun monyet dari jepun kim salam kat monyet2 di Sandakan..heheheh
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com