2014-01-07

Kansai, Japan (Part 7): Shirakawa Canal, Gion (Mencari Geisha Yang Tak Kelihatan) , Kiyomizu Temple And Kinkakuji Temple

Assalammualaikum!!!

Apa khabar semua? Masih di mood tahun baru ke? Maaf la lama jugak tergantung entry Kansai ni. Bagi laluan pada entry lain yang korang tak minat sangat nak baca kan... cite pasal monyet la, pasal rumusan taun baru la.. heheh pasrah la ye sebab sekali sekala nak jugak berubah angin. Ok jom sambung entry Kansai part 7.


Petang tu lepasa habis melawat Ginkakuji Temple, kami naik Kyoto City Bus balik ke Gion Shijo. Masa tu memang hujan tak renyai, maknanya lebat la! Misi utama adalah untuk menjejak Geisha yang katanya akan keluar pada waktu petang untuk bertugas. Info ni berdasarkan kepada rujukan beberapa blog tersohor tanahair sebelum ni yang pernah jugak menjejak Geisha di Gion pada watu petang.

Gion district atau juga dikenali sebagai Geiko (Geisha) district dibangunkan bertujuan untuk memenuhi keperluan pengunjung ke beberapa shrine yang terdapat di sekitar sana. Gion juga merupakan antara district ekslusif yang terkenal dengan Geishanya.

Shirakawa Canal, Gion

Kami menuju ke Shirakawa Canal di mana terdapat deretan rumah-rumah traditional Japan yang kebanyakannya merupakan kedai teh (tea house). Berdasarkan pemerhatian aku, sekitar jalan di Gion terdapat rumah-rumah kayu dalam rekabentuk asal yang masih berdiri megah di Gion. Dari situlah akan muncul Geisha-Geisha yang telah lengkap berpakaian tradisional mereka dan dengan pantasnya akan berjalan dengan laju untuk ke tempatbkerja mereka. Misteri sungguh la kehidupan diorang ni.

Hujan-hujan pon gigih kan.
Diorang ni bukan Geisha. 
Memandangkan hujang agak lebat masa kami sampai tu, kami pun duduk la berteduh di tepi-tepi rumah kayu kat sepanjang jala  tu. Sambil-sambil tu mata melilau tengok kalau-kalau ada Geisha yang lalu. Lama jugak la kami duduk menunggu kat situ, dan hujan pun tak ada tanda-tanda nak berhenti! Lama-kelamaan kami pon berpecah, aku dengan Kak Coco duduk kat satu ruang manakala, John, MasMz dan Miss B duduk kat tempat lain. Lama jugak menunggu tetiba aku ternampak satu kelibat Geisha berbaju merah muncul dari satu lorong sambil memegang payung merah! Laju je dia berjalan sambil kat belakang dia ada sorang perempuan muda yang escort dia bawak barang apa tah. Terus aku jerit panggil John dan lain-lain. Hahaha lawak sungguh masa tu, diorang terua kejar sampai ke hujung jalan, manakala aku dan Kak Coco tak larat nak kejar, so kami biar je diorang yang gigih.

Jadi aku dan Kak Coco masih tunggu kat lorong di mana Geisha tadi keluar. Kami buat spekulasi yang kebanyakan Geisha hari tu naik teksi sebab hujan. Sebab tu tak nampak ramai yang keluar jalan kaki kat situ, sebab asa banyak teksi laku lalang kat situ.

Lepastu yang paling lawak, aku dengan Kak Coco speku lagi yang diorang takut nak keluar sebab kami tunggu depan pintu rumah diorang, so mesti diorang intai-intai dari dalam, tunggu kami leka lepas tu baru diorang keluar, boleh macam tu? Hahaha.

Tapi memang betul kot, sebab masa aku dengan Kak Coco lalu kat lorong yang kami nampak Geisha tadi, sambil-sambil aku suruh Kak Coco posing, bila pusing je ke belakang aku nampak sorang lagi Geisha dah terlepas berjalan dengan laju kat belakang kami. Terus aku dengan Kak Coco cuba nak kejar tapi hampeh kejap je hilang!

Ramai berkompol kat kedai ni.
Gitew sangat tansree coco tu.
Kebetulan pulak lalu kat depan kami ada sorang Mak Hayam Geisha sambil ada escort entah sapa-sapa entah... makanya pasrah je la ambik gambar mak hayam tu hehehe. Kami pon dah tak larat nak menunggu dan hari pon dah gelap so, kami pun meninggalkan Shirakawa Canal. Hujan masih turun tapi dah agak renyai berbanding petang tadi.

Memandangkan jam masa tu masih awal, lebih kurang jam 7 macam tu kot, kami pun duduk la lepak kat kedai kopi sambil minum kopi. Fuh nikmat sungguh dapat minum kopi dalam hujan kan. Lama dah teringin nak minum kopi kat Kyoto akhirnya dapat jugak.

Lepas dah puas lepak kat kedai kopi, kami pon balik semula ke hostel. Esok merupakan hari terakhir kami di Kyoto sebelum balik semula ke Osaka. Jadi kene packing barang siap-siap malam ni sebab awal pagi esok nak check out.

Aksi wajib.
Minum kopi katanya ... cantik tak tumbler saya itew?
Hari terakhir di Kyoto.

Di hari terkahir kami di Kyoto masih ada beberapa lagi main attraction yang kami belum sempat pergi. Jadi kami decided untuk balik ke Osaka (cewah macam balik kampung je bunyinya kan) pada tengahari atau petang. So plan pagi tu, lepas check out, kami tinggalkan beg di Hostel (Nasib baik la empunya hostel bagi tinggal barang).

Macam kekdah sebelum-sebelum ni di Kyoto, kami beli Kyoto City Bus punya pass dengan harga 500 Yen dan terus naik menuju ke Kiyomizu Temple yang sebenarnya tak berapa jauh pon dari Gion Shijo Station. Cuma disebabkan malas nak berjalan, dan sebab dah beli tiket bas tu maka kami pon naik la bas dan berhenti di stesen Kiyomizu - Michi. Daripada stesen Kiyomizu-michi kena jalan kaki mendaki bukit (ingat ye mendaki bukit! Bukan berjalan di jalan yang landai), sejauh lebih kurang 500-700 meter macam tu la. Penat jugak mendaki tu sebab jalannya menegak dan terdapat banyak kedai-kedai di kiri dan kanan jalan. So sapa nak shopping souvenir boleh la kat situ, tapi AWAS, harga payung, makin tinggi kedai tu makin mahal yer! Hahaha.

Ramai pulak manusia pagi-pagi ni. 
Banyak gerai di kiri kanan jalan.
Kami sampai di pintu masuk Kiyumizu Temple. Alhamdulillah cuaca elok pagi tu dan terang benderang. Untuk masuk ke dalam kawasan temple, kena bayar tiket dengan harga 500 Yen / person. Bagi aku kawasan Kiyomizu Temple ni sangat cantik! Serius cantik sebab kedudukan temple ni di atas bukit dan kita boleh nampak pemandangan di bawah sana. Tambahan pulak orang pon takde la ramai sangat seramai hujung minggu hari tu, jadi perjalanan berlegar-legar kat dalam tu agak ok.

Pintu masuk.
Tu dia tengok bawah je dah gayat.
Deretan kuil kuil. Ada kelihatan tanah runtuh di situ.
Ramai manusia.
Seronok tengok pemandangan kat tebing.
Eh nampak macam orang yang dikenali la kat situ?
Nampak tenang je, padahal orang kiri kanan penuh.
Zoom dekat sikit lagi.
Nak gitu - gitu jugak.
Kami pun bergambar je la kat dalam tu, nak buat apa lagi kan. Takkan nak menyembah pulak, haish nauzubillah. Dari temple di atas bukit kami berjalan turun ke bawah dan bawah lagi...tak lama pun kami kat situ sebab nak kejar masa ke satu lagu tempat yakni Kinkakuji Temple atau lebih dikenali sebagai Golden Pavilion). Sebenarnya nak pergi ke Golden Pavilion ni semalam, tapi tersilap pulak terpegi ke Ginkakuji Temple (Silver Pavilion)... makanya untuk memuaskan hati, kena pergi jugak la ke Golden Pavilion ni.






Lokasi Golden Pavilion ni agak jauh...lebih kurang macam perjalanan nak ke Arashiyama jugak. Tapi kali ni kami naik bas menuju ke sana. Dalam bas pon ramai orang tapi alhamdulillah dapat la duduk sebab perjanan mengambil masa yang agak lama jugak lebih kurang 40 minit.

Kinkakuji Temple

Kami tiba di Kinkakuji Temple lebih kurang pukul 12 tengahari macam tu. Alhamdulillah cuaca pun ok, sejuk je. Tiket masuk ke Kinkakuji Temple ni adalh 400 Yen / person. Murah sikit la daripada Kiyomizu Temple tadi. Orang punyalah ramai kat situ, sebab Kinkakuji Temple ni antara tempat tumpuan pelancong jugak disebabkan bangunan Golden Pavilion yang di bina di tengah-tengah tasik tu adalah bewarna ke emas-emasan! Dah nama pun golden pavilion kan heheh.

AMana-mana je ramai orang.
Laluan masuk ke Kinkakuji Temple
Pintu masuk.
Jalan lagi sampai ke kaunter tiket.
Kaunter tiket.
Ayuh masuk!
Macam biasa lah, dalam tu apa lagi yang boleh kami buat melainkan bergambar dan terus bergambar. Kawasan dalam Kinkakuji Temple ni besar jugak, dan banyak taman-taman di dalamnya, kami tak larat la nak jalan ke segenap pelusok tempat dalam tu, cuma sekadar ke kawasan-kawasan utama sahaja.

Tenang je kan....
Hakikatnya ramai giler orang!
Golden Pavilion.
Tempat diorang sembahyang.
Batu apa tu?
Dedaunan keguguran.
Dah puas bergambar dalam tu kami pum bergerak balik semula ke hostel untuk ambik beg-beg kami yang kami tinggalkan kat situ. maknya perjalanan ke Osaka akan bermula!

Ok sampai sini dulu entry kali ni. Nanti aku sambung kisah ke Osaka pulak.

... bersambung.

WASSALAM

16 comments:

  1. untungla dia dpt minum starbucks kat kyoto~ hiks

    ReplyDelete
  2. Tak bawa balik daun-daun yang keguguran itu ? Boleh buat book mark. atau telah booking seorang Geisha. hihihi

    ReplyDelete
  3. baru nak komen pasal comelnye diorang pakai kimono dan berpayung di tengah hujan...

    dan tenangnya suasana taman kat temple tu...

    sebelum nampak gambo last, daun merah, yang ohhhhsemmmm!!! ada amik selai buh dalam buku tak??? :D

    ReplyDelete
  4. Gitew sangat posing nye!! Kyoto ni aku rasa musim apa pun ramai orang.. tapi berjalan kat deretan kedai nak ke Kiyomizu tu memang best, rasa mcm nostalgic sgt kawasan tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. MKL:

    Hahah daun maple tu dah penah bawak balik dulu so kali ni tak mau dah kekeke.

    Geisha? Hahaha tak boleh bgtau, rahsia.

    ReplyDelete
  6. GB:

    Tenang dan oshem kan keadaan kat sana.

    Tak ambik pon bawak balik, sebab dulu dah bawak balik dah kekeke.

    ReplyDelete
  7. Chawana:

    Mestila kene posing gituuuu
    Best kan jalan kat kedai Kiyomizu tu....rasa macam dalam cerita Oshin pulak.

    ReplyDelete
  8. nape tetiber baca cam tulisan iras icam??? hahahahaha....
    cantik tak tumbler saya itew?

    Kopi mahaiiii haruslah nikmat....

    ReplyDelete
  9. Ehem Ehem.. minggu depan punya pasal.. tetiba seronok jer aku nak baca semua entry jepun ni hehehe :D

    wiiiiii.... :D

    ReplyDelete
  10. ku nantikan gambar geisha mu tapi tidak kelihatan huhuhu...bosannyer ujan kan!

    kiyomizu tu aku agak gerun la nak lepak lama2 kat tebing senget tu...skali roboh, eeeee takut! hahaha!

    ReplyDelete
  11. kenapa?
    why?
    kenapa?
    muka akak banyak sangat ?

    why?

    *kikiki*
    (lari nyorok di balik pokok maple)

    ReplyDelete
  12. MasMZ:

    Kata adik beradik, mestilah sama hahahahahaha

    ReplyDelete
  13. TT:

    Hamboi ke jepun pulak ke.... bagusla hehehe. Have fun yer.

    ReplyDelete
  14. Biqque:

    hampeh mmg takde la gambar geishaaaaa,... hujan!
    Haah memang skeri ok dah la dia senget ke bawah kan...

    ReplyDelete
  15. Kak Anash:

    GHitewwwww ... padahal suka kan. kekekeke

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS