2014-01-17

Berkawan Biar Beribu

Assalammualaikum...

Tetiba teringat lagu Tiga Sekawan, yang cikgu ajar kat kelas Muzik dulu masa sekolah rendah. Ingat tak lagu tu?

Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan, namanya Muthu,
Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama, main bersama...

Hey hey hey, hey hey hey.... tiga sekawan...
Hey hey hey, hey hey hey tiga sekawan....
(Ayuh nyanyi sama-sama! Kemon!)

Ingat tak lagu tu? Tak pasti budak-budak sekolah zaman sekarang ni masih belajar lagu tu atau tak. Rasa macam dah tak ada je? Siapa cikgu yang baca entry ni boleh tolong clarify tak?

Dulu aku ada kawan 1Malaysia tapi sekarang dah tak ada langsung . Sedih. Rindu la masa sekolah dulu....


Hidup biarlah berkawan, tak kira bangsa dan agama. Sebab itulah sekarang ni, aku cuba untuk berkawan dengan semua orang di mana-mana saja. Supaya aku dapat rasa apa yang aku rasa masa di sekolah dulu. :)

Tribute to all friends at SRK dulu:

Ahmad Adib Husni
Kalai Arasu
Loi Kat Seng
Barani
Foo Tun Chit
Shamala Krishnan
Rashimah
Noorismawati
Ahmad Ridhuan
Mohd Nasir
Marini Bah Ayuh
Sakuntala
Mohd. Zahid
Magesh
De' Helmi
Amir
Razlan

Dan beberapa lagi yang aku dah lupa nama.... kami 1Malaysia!!! Korang ingat tak nama kengkawan sekolah rendah dulu? Aku ingat yang kat atas tu je la.
(Mode melankoli pulak kali ni)

Pssttt: Masih tak ada seru nak sambung entry Kansai. Tolong!!!!


WASSALAM.




8 comments:

  1. Saya ingat nama kawan-kawan saya sejak dari sekolah rendah lagi. Semua bangsa ada.

    Lagu tu saya tak pernah dengar.

    ReplyDelete
  2. Cuba kawan dengan saya....Saya Ah Hock......hihihi...salam kenal ye.

    ReplyDelete
  3. Kak NA

    Ye ke akak tak pernah dengar? Zaman akak belum ada lagu ni kot?

    Saya lepas sekolah rendah dah berpisah dengan kengkawan, so mmg lost habis dah.

    ReplyDelete
  4. MKL

    Hahah ok mmg dah berkawan pon dengan ah Hock hehehe.

    ReplyDelete
  5. Ah Hock itu nama gelaran ye...samaran je...hihihi...macam supermeng...Ah meng....Maaf bro supermeng jika terbaca.

    ReplyDelete
  6. kawan....
    a priceless treasure with no boundary

    kawan....
    a good companionship when needed

    kawan...
    the true friends come in good or bad moment

    #mengimbau 2 tahun perkenalan#

    ReplyDelete
  7. MKL:

    Hahaha jangan risau, dia mungkin tak baca pon blog saya ni. :p

    ReplyDelete
  8. Kak Koko:

    Yer mengimbau detik2 itew.

    Masanya makin hampir.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!