2014-01-22

Kansai, Japan (Part 8): Naik Shinkansen Ke Osaka || Hello Osaka!

Assalammualaikum!!!

Lama pulak tertangguh entry Kansai ni. Harap masih ada yang sudi baca walaupun kisah dah basi ye. Terpulang lah, aku cuba kongsi mana yang terbaik untuk semua. ;)

[ Sambungan dari Episode 7 ]

AMARAN: Entry ni banyak Video dan muka Tansree Coco.

Pulang dari Kinkakuji Temple kami terus ke hostel untuk mengambil bagasi anak gajah yang kami tinggalkan di sana pagi tadi untuk balik ke Osaka. Ewah, macam nak balik kampung pulak kan! Hahaha. Masa ni pun dah lebih kurang jam 1 tengahari macam tu la, aku tak ingat. Maka sempat la jugak solat dan lunch kat hostel (area communal tu bebas la kalau kita nak guna cuma tak boleh naik je ruangan bilik tidur). Sambil-sambil tu kami kaji peta laluan bas yang paling mudah untuk ke Kyoto Station.


Masa tengah tunggu bas nampak pulak ada parade dari budak-budak skolah... comel je diorang sepanjang2 jalan menari. *(Rujuk Video kat bawah)
video
VIDEO: School Parade.

Lepas selesai semua benda yang nak dibuat kat hostel, kami pun bergerak menuju ke stesen Gion Shijo untuk naik bas menuju ke stesen Kiyomizu, kat situ kami amik bas no 100 untuk menuju ke Kyoto Station. Neves jugak la nak naik bas sebab beg-beg kami yang besar tu dan orang sangat ramai! Jenuh la bersesak-sesak dalam bas nanti.

Orang lalu lalang kat bus stop tu pun asyik pandang-pandang je, pelik tengok sekumpulan anak muda (gitew... muda ke?) Menyandang beg tunggu bas. Akhirnya bas menuju ke Kyoto Station pun tiba. Memang ramai orang dan sesak giler dalam bas tu. Bertabah jelah siapa-siapa yang tersendol beg dengan aku tu ye hiks.... maaf dipinta, nanti pos kad raya minta maaf. Oh lupa, tambang bas semua kami pakai Kyoto City Pass yang bayar 500 Yen pergi ke mana-mana saja dalam satu hari tu. So dah kira jimat di situ.

Perjalanan ke Kyoto Station mengambil masa lebih kurang 40 minit macam tu. Kami tiba di Kyoto Station dan terus ikut arah signboard menuju ke Shinkansen station, wah naik Shinkansen ke???

Shinkansen

Ha untuk pengalaman balik ke Osaka kali ni, kami akan menggunakan perkhidmatan Shinkansen, walaupun hanya sekangkang kera je jarak dari Kyoto ke Osaka. Selalunya orang naik shinkansen untuj perjalanan yang jauh. So diorang boleh la singkatkan masa perjalanan. Kami pun nak singkatkan masa perjalanan juga! Hiks.

Sebenarnya bloger tersohor Chawana (sila Google blog beliau kalau tak tahu) yang bagi cadangan untuk naik shinkansen tu, ala sekadar nak merasa kan. Dulu masa aku ke Jepun pun tak berpeluang naik shinkansen, so why not kali ni kita cuba kan.

Shinkansen Tracks Office.
Ni la rupa tiket Shinkansen tu. Kecik je.
Kami pun berjalan menuju je kaunter tiket shinkansen. Senang je kalau korang ikut signboard... konfem jumpa. Kami takda buat pre-booked pon tiket shinkansen tu memandangkan tiketnya boleh dibeli secara walk in. Mula-mula tengok kat mesin tu macam tak berapa nak paham sebab takda bahasa Inggeris, lepastu aku biarkan John, MasMZ dan Miss B yang uruskan tiket di kaunter, manakala aku dan Tansree Coco duduk tepi pintu jaga beg hehe.

Alhamdulillah, dapat beli tiket shinkansen dengan harga 1380 Yen, dan jangan lupa tunjuk passport kat kaunter tu masa beli tiket. Kami beli tiket menuju ke Shin-Osaka Station.

Perjalanan dari Kyoto ke Osaka dengan menaiki shinkansen akan mengambil masa hanya 10 minit!!! Kalau naik tren biasa mau makan masa 45 minit ke Osaka, jadi kami dah dapat jimatkan banyak masa kat situ.

Ni la rupa shinkansen itik yang kami naiki ! :) 
Masa tengah tunggu shinkansen tu sampai kat platform, kagum jugak la bila dapat tengok macam-macam jenis keretapi ada lalu kat situ. Yang betuk macam satria baja hitam pun ada!

Tak lama menunggu akhirnya shinkansen kami pun sampai. Wah muncung macam itik gitew. Jakun la jugak kan sebab tak pernah naik!

video
VIDEO: Shinkansen is Coming!!! Jakun

Kami kena naik pada gerabak yang dia dah tulis di dalam tiket. Dalam gerabak tu sukatilah duduk kat mana-mana seat yang kosong. Ala lagipun perjalanan 10 minit je kan,. Masa masuk tu terasa macam masuk dalam kapal terbang pulak hehehe. Kami pun duduk je la kat mana-mana seat yang kosong. Ramai jugak penumpang hari tu.

video
Video: Tansree Coco di dalam Shinkansen

Shinkansen yang kami naik ni bukanlah shinkansen yang paling laju, tapi la jugak kalau dah melebihi 300km/jam tu kan, cuma tak berapa nak rasa kelajuan tu sebab tempoh perjalanan kami cuma 10 minit je.

Mengintai ke luar jendela....
Samapi di Osaka Station, kami pun berkumpul di satu tempat. Macam biasa, aku dan Kak Coco tukang jaga beg, manakala yang lelain tu pegi beli 2 days passes dengan harga 2700 Yen. Menurut kata diorang susuah jugak nak cari kaunter pass tu tapi alhamdulillah jumpa jugak akhirnya.

Kami penjaga bagasi anak gajah.
Apa yang ada dengan 2 days passes tu?

Untuk pengetahuan semua, 2 days passes yang kami beli tu ada banyak tiket ke beberapa tempat tarikan utama pelancong di Osaka. Untuk sesiapa yang plan nak duduk lama di Osaka adalah disarankan membeli pass tersebut kerana ianya memang berbaloi.

Ni la rupa Day Pass yang telah dibeli...untuk naik train dan bas. (Gambar blurr)
Kami tak sempat pun nak pakai dan pergi semua tempat hotspots kat Osaka ni, hanya beberapa tempat je yang kami pilih dan rasa mampu pergi dengan menapak.maka lepas dah dapat pas-pas kami, kami pon terus naik tren untuk kembali ke Dobutsuenmae Station di mana kami telah booked Hotel (wah kali ni duduk hotel ok!) ye kami booked hotel tapi murah! Why not kan kalau dah murah standard macam hostel. Nama hotel tu adalah Taiyo Hotel. (Ye tau, bunyi macam nak sama je dengan Toyo Hostel yang kami duduk dulu, sebab lokasi pon dekat-dekat je, jalan depan sikit jumpa la Toyo Hostel tu). Untuk maklumat lanjut mengenai Taiyo Hotel ni silalah rujuq ke blog Kaki Berangan di SINI. (Wah senang kan kerja aku!) hahaha.

Ok lepas dah simpan barang dan berehat serta makan malam. kami pun keluar semula. Mestilah kena gunakan pass yang kami dah beli tu sepenuhnya kan, kalau tak rugi la. So malam tu kami pergi naik Feris Wheel! Wah dah lama tak naik menatang alah ni sebenarnya, so kali ni naik pulak kat Jepun pulak tu! Haaaaaaa suka sangat.

HEP Five Ferris Wheels

Ferris Wheel ni terletak di bangunan HEP Five bangunan ni tinggi la jugak dan merupakan shopping complex setinggi 8 tingkat. Kaler menatang alah tu kaler merah, memang agak rare jugak la nak jumpa ferris wheel kaler merah. Dan boleh dikatakan mega jugak la bulatan dia.

Tiket nak naik Ferris Wheel.
Memandangkan satu gondola tu boleh naik 4 orang je, so kami pun berpecah la naik 2 gondolo. Memang best la dapat menyaksikan pemandangan bandar Osaka di waktu malam. Ada pulak yang gayat kan, takut tinggi, maka duduk berkepit je dalam gondola. Masa gondola tu kat bawah, kemain lagi beraksi posning bagai. Siapa lah gamaknya tu.

Ni rupa gondola yang boleh masuk 4 orang saja.
The Structures
Pemandangan di waktu malam, Bandaraya Osaka.
Lagi gambar pemandangan di waktu malam Bandaraya Osaka.
Sopan je kan mereka...gayat katanya. Dok diam-diam situ.
MasMZ dan Miss B di rumah sebelah.
Besar sungguh Osaka ni.

VIDEO: Tansree Coco dalam Feris Wheel

Ok nantilah aku cerita pasal restoran sushi dan shopping stiletto kat Osaka. Wah! Siapalah gerangan empunya stiletto tu kan?

... bersambung.

WASSALAM.

30 comments:

  1. kalao bukan first, nak komen dalam hati je....

    hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. comel je bagasi anak gajah... hehe..
    i'm waiting for next entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nufa:

      Berat tu.... Tunggu yer nex entry. ;)

      Delete
  3. Boleh tahan kebesaran anak gajah masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra:

      Demi keriangan berganda katanya.

      Delete
  4. Masa beli tiket tu ramai tak penjual tiket yang berbahasa Inggeris?

    Bagaimana Ren menangani masalah kalau ada yang tak tahu English?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA:

      Kebiasaannya diorg tak pandai english pun so kena guna bahasa isyarat dan bahasa tubuh badan la hikssss

      Delete
  5. Replies
    1. MKL

      Haaah menggoda ye, boleh pa try nanti

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Janggel,

    Nampak gaya kena review balik entry Japan ni... akan terbang ke sana bulan 5 nanti... :-)

    excited baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anakomak:

      Ha silalah review mana yg patut. Tak banyak info kat blog ni, pi cek kat blog john.

      Delete
  8. teringat masa aku nk beli sleeper kat tokyo nak pi hiroshima...jenuh la dok explain train malam kusi tido! ko bayangkan hahahaha! siap lukis bagai dah ha dgn perkataan sume kuar kroh2...

    tak sabar nya nak pegi lagiiiiiiiiiiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biq:

      Ha sila bertabah bawak baby nanti ye!!! Tak sabar nak tgok drama korang pulak nanti!

      Delete
  9. Bulan mac ni kami ada trip ke jepun. Dan kami bercadang nk beli rail pass untuk seminggu. Rasanya berbaloi tak? Perjalanan kami meliputi nagoya, osaka dan kyoto

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanikunie:

      InsyaAllah berbaloi kalau banyak kali guna. Kalau stakat guna dua tiga kali x payah lah.

      Delete
  10. Best nyer boleh jalan2 dengan suka ria di Jepun hehehee :D

    Dapat naik Shinkansen lagi tu :D
    memang terbaik la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT:

      Hamboi dia tu dah sampai jepun pun kan. Lagi best agaknya.

      Delete
  11. (malu plak)
    err...
    tak leh nak komen apa
    sebab
    err..
    malu






    poyo!

    hahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Huh malu konon! Padahal suka kan????



      Kbai.

      Delete
  12. Saya malu jugak..tak leh nk komen apa2..(tersipu2 macam siput sedut)

    Jumpa di epot esok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chawana:

      Ni lagi sorang, malu konon! Gediks sangat!

      Delete
  13. ooo baru nak pergi ke.. selamat jalan.. jangan lupa reply pertanyaan saya.. :P thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanikunie:

      Takde la baru pegi, dah lama balik dah cuma busy x sempat nak balas komen dan update entry.

      Delete
  14. Macam menarik aje....tabung oh tabung

    percikan kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Am:

      InsyaAllah kumpul duit banyak2 nanti sampailah tu. ;)

      Delete
  15. assalam,

    salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda:

      Salam bunda. Terima kasih sebab sudi baca.

      Delete
  16. sedih. g osaka tengok je ferris wheel tapi tak naik. huk

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!