2013-12-27

Kansai, Japan (Part 6): Fushimi Inari Shrine, Makan Makanan Local dan Ginkakuji Temple

Assalammualaikum!!!

Alhamdulillah, tak sampai beberapa hari lagi nak masuk tahun 2014! Tak sabar pulak rasanya nak menghadapi tahun baru, walau rasa sedih meninggalkan 2013 yang penuh warna-warni ni tetap ada. Apa pun, hidup masih perlu diteruskan, dan aku berdoa supaya kita semua! (Iya pembaca blog aku dan kawan-kawan) sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah! Amin.

Ayuh, kita sambung kisah di Kansai yang masih berbaki.


Ok macam biasa, pagi-pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk meneruskan lawatan ke tempat seterusnya. Kali ni kadar persiapan adalah sedikit extra, IYA... mekap-mekap dan tatarias pon extra hari ni sebab masing-masing nak memperagakan Baju Kebangsaan Malaysia yakni Baju Melayu dan Baju Kurung.... konon bertema warna kuning, beria-ialah aku pegi balik kampung selongkar almari semua DEMI nak cari baju kaler kuning, tup tup ada pulak yang pakai baju coklat???? Heloooo, kaler coklat ATAU GOLD tak pernah dibincangkan sebelum ini ok! Huh...(bertenang). DASARRRR. Hahaha.

Kembali kepada cerita asal kekeke.Usai bersarapan pagi di ruangan biasa yang kami conquer sejak beberapa hari yang lalu, kami pon memulakan perjalanan menaiki Kyoto City Bus dengan tambang 500 Yen menuju ke Fushimi Inari Shrine!


Kyoto City Bus...Penuh jugak orang hari ni.
Eh mana Miss B???
Fushimi Inari Shrine

Sebenarnya nak ke Fushimi Inari Shrine ni pon agak mencabar jugak, sebab kedudukannya yang agak jauh daripada hostel dan agak terpencil di pinggir bandar Kyoto. Kalau naik bas memang boleh, tapi kene banyak tukar-tukar bas dan tempoh masa menunggu bas pon agak lama. Mula-mula kami naik bas dari Gion Shijo ke Shijo Kawaramaci, dan tunggu bas lain untuk ke Fushimi Inari. Tapi bila tunggu-punya tunggu dekat setengah jam jugak la tak muncul-muncul pulak bas yang dinanti yakni bas No. 5. So selepas bertanya kat seorang auntie ni, yang ibarat bersembang antara ayam dan itik, maka kami decide untuk terus mencari hentian lain yang berdekatan (takut kalau-kalau salah baca map)... tengah-tengah jalan tu terserempak pulak dengan sorang pakcik. Dia ni volunteer (sama macam makcik volunteer yang kami jumpa di Kobe dulu) dan dia yang menegur kami semua, mungkin sebab obvious sangat kan sekumpulan pelancong berjalan memakai baju pelik. 

Setelah bertanya, pakcik tu kata better la naik train terus menuju ke Fushimi Inari. Terus dan pantas. Betul jugak sebenarnya, naik train memang direct akan terus sampai ke Fushimi Inari Shrine tu tanpa tukar-tukar train.

Kami pun patah balik naik bas menuju ke Gion Shijo Station dan naik train menuju ke Fuhimi Inari Station. Tambang train adalah 200 Yen.  (Kisah Akak dan Suami Kerek dalam bas pulak boleh baca kat blog Kaki Berangan, sebab dia pon memang kerek ahahahaha (ops).)

Gion Shijo Station ---> Fushimi Inari Station

Naik Train sudahnya.
Fushimi Inari Station.
Sampai je kat Fushimi Inari Station, dah boleh nampak keklasikan tempat tu. Sebenarnya Fushimi Inari Shrine ni adalah salah satu temple yang sangat terkenal di Kyoto dan ia menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Dan ini juga merupakan salah satu tempat yang rugi kalau tak pergi tengok sebab kawasannya yang cantik dan senibina yang klasik disamping melihat deretan Tori Gates yang sangat banyak! 

Jalan kaki merentas kawasan kedai di kaki lima.
Mendaki dan terus mendaki.
Banyak kedai menjual pelbagai barangan di tepi-tepi jalan.
Untuk ke Fushimi Inari Shrine kena berjalan kaki sikit dari station dalam 15 minit (ikut kadar kelajuan kaki melangkah), sepanjang jalan tu kami melalui kawasan kedai-kedai dan pekan-pekan kecik yang mana banyak restoran-restoran kecil di sepanjang jalan. Target hari ni, lepas melawat Fushimi Inari Shrine, kami nak try makan makanan local kat situ. InsyaAllah.

Sambil-sambil jalan tu survey-survey jugak mana-mana kedai yang bersesuaian supaya senang nanti. Ok kami sampai di pintu masuk Fushimi Inari Shrine dan kelihatan manusia sangat la ramai! Ini waktu pagi tau, belum petang lagi! Agaknya pukul berapa ye diorang bangun sembahyang subuh kat situ sebab memang ramai giler! Pasrah dan redho je la sebab bila lagi lah kami nak sampai ke situ kan.

Di hadapan pintu masuk ke temple tu ada juga deretan kedai menjual cenderamata seperti keychain, FM, makanan dan sebagainya. Tapi, Awas ye, harganya pon boleh tahan mahal jugak, so pandai-pandai la tengok. Aku sempat la beli satu je FM kat situ, berbentuk Tori Gate, lawa (bagi aku la)... hehee.

Kedai-kedai menjual cenderamata di hadapan Temple
Dah sampai, panjat tangga pulak.
Nak masuk ke area Tori Gate yang banyak-banyak tu kene la mendaki sikit. Agak jauh juga dari pintu masuk utama, nasib baik la tak payah bayar kalau nak masuk shrine-shrine ni semua, kalau tak pokai la jugak.

Ramainya orang!
Posing dulu yuk... Tansree Coco dengan Henbegnya.
Nampak dah Tori Gate yang besar gedabak.
Akhirnya sampai jugak kami di kawasan Tori Gate yang banyak tu, jenuh la berposing sakan kat situ tanpa memperdulikan orang ramai yang lalu lalang, ketepi semua!!! Awas retis nak bergambar katanya hehehe. Jenuh jugak la cari angle yang tak nampak ramai orang, dan selamba je la kami lepak kat situ lama-lama dan buat macam rumah sendiri. Kekeke.


Dan masatu.... hujan pun dah hampir turun... mendung... ayuh cepat kita nak ke destinasi lain pulak lepas ni!

Upacara menyucikan diri.
Jumpa pulak orang jual kuih bahulu ikan ni, intinya ada macam-macam.
Kami beli yang inti kacang merah...sedap weh!Harga tak ingat.Rasanya 100 yen kot.
Seperti yang diceritakan tadi, kami memasang niat untuk makan makanan local di situ. Jadi setelah mengsurvey-survey (ayat ni memang salah ye) kedai / restoran kat sepanjang jalan tu akhirnya kami bersetuju untuk makan di sebuah restoran yang comel, kecik je restoran ni dan kat depan dia ada display makanan-makanan laut seperti ikan sotong dan sebagainya... Jadi kami pon masuk la kat dalam kedai tu.

Time tu memang tengahari dan waktu lunch so kebanyakan restoran lain pon agak penuh dengan manusia. Kami pon duduk sederet depan dapur tunggu makanan kami dihidangkan. Aku beli ikan bakar (tak tau ikan apa, rasa macam tenggiri) dengan nasi putih dan ada la macam vegetables tempura sikit disediakan. Air pulak dia bagi Japanese tea. Siap request tambah-tambah pulak tu hehehe. 

Duduk depan dapur...
Owner kedai tu.
Ni lebih kurang macam tempura sayur la ni.
Makanan aku pun dah siap, tengah makan baru ingat nak amik gambo kekek tu yang tobek sikit ikan tu.
Dalam kedai tu agak berkuap jugak la sebab takde ventilation...so baju semua habis bau asap! Lepas habis makan kami naik semula train dan menuju ke destinasi seterusnya yakni Kiyomizu Temple! (Haah motifnya harinya melawat temple-temple je yer kengkawan huhuhu).

Ok jom ke destinasi seterusnya...Miss B gigih mengkaji peta.
Kiyomizu Temple (Part 1)


Kami kemudian patah balik ke Gion untuk menuju ke Kiyomizu Temple. Tambang Bas adalah menggunakan tiket Kyoto City Bas tadi yang kami beli di awal pagi.

Malangnya, sampai saja di Kiyomizu Temple, hujan turun dengan lebatnya. So nak tak nak terpaksa la kami batalkan niat nak ke situ. Padahal tempat tu adalah tempat wajib lawat di Kyoto ye, dan yang penting kena mendaki bukit yang agak tinggi untuk sampai ke situ. Pasrah lagi, terpaksa tangguh dulu untuk masuk ke dalam Kiyomizu Temple (walau dah sampai depan pintu)...

Sesak..masa ni belum hujan.
Nampak kepala manusia je...
OK hujan makin lebat dan tiada tanda pemberhentian.



Terus kami tahan bas dan menuju ke sebuah lagi temple yakni Ginkakuji Temple.

Ginkakuji Temple (Silver Pavilion)

Sebenarnya niat asal kami adalah untuk ke Kinkakuji Temple (Golden Pavilion) tapi apakan daya, dek kerana tersalah maklumat makanya kami ter-pegi ke Ginkakuji Temple (Silver Pavilion), pasrah je la sebab dah sampai kan. Kami ke sana menaiki bas daripada Gion Shijo. Maknanya, dari Fushimi Inari Shrine tadi, kami balik semula ke Gion Shijo, menaiki train dan naik bas pula ke Ginkakuji Michi Station untuk ke Silver Pavilion ni.
NOTA: Ginkakuji Temple merupakan sebuah vila (pavilion) dimana ianya didiami oleh shogun yang telah bersara. Maka ia menjadi pusat kepada kebudayaan dan masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Warna pavilion di tengah tasik juga adalah warna perak (seakan-akan perak) dan dikelilingnya ada taman-taman yang cantik.
Laluan masuk ke dalam temple.
Kene beli tiket 500 Yen.
Silver Pavilion. Takde la silver mana pon kan....
Kawasan taman.
Tetap ramai orang.
Harga tiket untuk masuk ke dalam kawasan Ginkakuji Temple ini adalah 500 Yen / orang. Memandangkan hari sangat mendung, maka kami tak lama di situ... sebab kami ada misi yang lebih penting lepas tu yakni misi menjejak gundek hehehehe Geisha katanya....

Ok nanti aku sambung misi menjejak Gundek Geisha ye... 

...bersambung.

WASSALAM.


17 comments:

  1. amboi jauh crik gundek nih...hehehe cun lah inari shrine nih....haish...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ;

      Terpaksala, kat Malaysia xda yang cenggitu kekekeke

      Delete
  2. Amboi.. bukan main lagi sakan berjalan.. siap dgn baju ala2 raya lagi tu.. Baulu ikan dengan inti kacang merah?? asal dgr mcm sedap sgt hahaha.. aduhai mempersona sungguh gambar2 di temple tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT:

      Ha kene la gigih sebab bukan selalu dtg situ tau hehehe. Bahulu ikan tu mmg sedap tau. Beli satu rasa nak lagi.

      Haah pemandangan dalam taman tu cantik.

      Delete
  3. oh mai...muka tansree itu sangat angkuh nampaknyer...

    hahaahah

    bangga pakai baju kurung pi Tori Gate..esok leh citer kat cucu...

    hui..cepat nampak entry kali nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Ala biasa la, tansree kan memang salu begitu kekekkee

      Huntungla... Mmg gigih.

      Delete
  4. Mcm best ja boleh dok pakai bj kurung/melayu kat sana tu...he he

    ReplyDelete
  5. sempat bertukar persalinan...
    gigih bawak baju extraa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana tron:

      Ofkosss begitulah cara kami. Kalau x, xda la sampai bawak anak gajah jauh2 ke japan haha

      Delete
  6. Baulu ikan tu tak bawa balik satu ker.. boleh rasa hahahahaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT:

      Kalau bawak balik dah lama dah basi HaHaHa!!!

      Delete
  7. wow baju raya!!!macam menarik je jepun ni, macam kene terjahhh juga je ni...

    www.hasyanaurah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurramizah;

      Hehee sekali sekala beraya di perantauan lol

      Delete
  8. Gigih betul tukar2 baju spt pilem hindustani plak yg pasti gambar model2 berpakaian baju kebangsaan tu mmg santek x rugilah pegi tempat ni sbb view sgt lawa angle gambar pun santik

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM

      Biasala tu, kalau x takdelah kami ibarat membawa anak gajah bersiar2.

      Delete
  9. kedai makan ni...area kiyomizudera? lokasi mana. hihi. nak try makan situ. ke..area tu..kita leh belek2 dan makan mana kedai yg rasa rasa ok ek? range harga per person berapa?

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS