Awal-awal pagi kami dah bersiap untuk meninggalkan
Asahi Capsule Hotel, Osaka. Sempat la
breakfast Megi Serunding seround dulu sambil meninjau-ninjau kawasan sekitar
Capsule Hotel ni. Memamng keadaan kat
Capsule Hotel ni bersih dan teratur. Banyak jugak rules yang kene patuh, nak simpan beg pon siap ada ketinggian dan saiz tertentu untuk dimuatkan di dalam
locker (bagi
individual room).
Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di
Capsule Hotel ni adalah,
gym, sauna, bilik komik, kawasan rehat (menonton televisyen),
games area dan banyak lagi. Untuk lebih
review mengenai
Asahi Capsule Hotel, Osaka ni boleh merujuk ke
blog KakiBerangan.
|
Kak Coco dengan gigihnya menyediakan sarapan Megi. |
|
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan. |
|
Ruangan membaca komik juga ada. :) |
|
Kalau duduk sebulan, boleh la habiskan semua ni. |
|
Entrance Asahi Capsule Hotel, Osaka. |
|
Kena lalu sini untuk ke train station. |
Usai bersarapan dan
check out, kami meneruskan perjalanan untuk ke
Kyoto! Kali ni kami akan berada lama di satu tempat, yakni 3 hari di
Kyoto! Jadi untuk ke
Kyoto, kami menaiki tren dari
stesen Shimsaibashi menuju ke
Yudoyabashi Station dengan tambang
200 Yen dan seterusnya menaiki
Keihan Line Train menuju ke
Gion Shinjo Station di
Kyoto dengan tambang
400 Yen.
Shimsaibashi ---> Yudoyabashi ---> Gion Shinjo
Perjalanan dari
Osaka menuju ke
Kyoto mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit. Ramai jugak manusia dalam train pagi tu dan yang penting, kami longgokkan aje beg anak gajah kami semua di satu sudut train, pedulik la apa orang nak kata kan kekeke. Tak rela nak memikul sepanjang perjalanan.
|
Seperti anak dan ayah.... |
|
Keadaan dalam train. |
Kami tiba di
Gion Shinjo Station lebih kurang jam 9.00 pagidan terus cari Hostel untuk kami bermalam. Lokasi hostel yang kami dah booking menerusi online adalah betul-betul bersebelahan dengan
stesen Gion Shinjo ni, yakni
Bakpak Kyoto Hostel. Kalau jenguk sikit dari luar
station (ikut
exit 1)
insyaAllah boleh terus nampak hostel tu.
Bakpak Kyoto Hostel
2-244 Miyagawa Suji
Higashiyama-ku, Kyoto Japan
No. tel : +81 75 525 1433
No. fax : +81 75 525 3144
E-mail : frontdesk@kyotohostel.net
Untuk ulasan penuh mengenai
Hostel Bakpak ni, sila ke blog
KAKIBERANGAN.
|
Inilah Bakpak Kyoto Hostel |
|
Lokasi Hostel kami. |
Sebenarnya waktu
check-in kat
hostel ni adalah pukul 2.00 petang, jadi memandangkan kami sampai awal,
owner hostel tu benarkan kami tinggalkan beg anak gajah kami di situ dan kami boleh la pergi meneruskan agenda lawatan untuk hari ini.
So sebelum pergi berpoya-poya tu sempat la kami solat jamak dulu dan makan-makan sikit. Ruangan dapur dan
communal kat
hostel ni agak kecil tapi cukup selesa la untuk makan-makan dan masak. Kemudahan yang ada pun agak lengkap seperti dapur,
microwave, peti ais, minuman seperti kopi dan teh serta gula semuanya ada disediakan.
|
Tugasan mencari arah . |
|
Tenang je kat sini. |
|
Ayuh ke destinasi setrusnya. |
Kyoto City Bus
Setelah selesai mengerjakan apa yang patut, kami pun meneruskan perjalanan ke lokasi pertama di
Kyoto yakni
Nijo Castle. Ha macamana pulak nak ke
Nijo Castle ni kan? Untuk ke sana kami akan menaiki bas yakni
Kyoto City Bus yang menyediakan kemudahan ke tempat-tempat pelancongan utama di sekitar bandar
Kyoto! Senang je kalau naik bas ni dan ianya menjimatkan.
|
Gion Shijo Station. |
|
Ada juga yang homeless. |
Untuk mendapatkan tiket
Kyoto City Bus ni, kami beli di
Family Mart bersebelahan dengan
stesen Gion Shijo tu. Tanya je kat kaunter
Family Mart tu dan kita boleh beli tiket dengan harga
500 Yen untuk sehari, Maksudnya kita boleh naik turun bas ni ke mana saja dalam
Kyoto dengan harga
500Yen!!! Murah tau sebenarnya kalau dibandingkan dengan naik train atau beli tiket bas biasa.
So jangan gusar untuk membeli
Kyoto City Bus! (Cewahhhhhhhhhh terus perkataan
GUSAR keluar).
|
Beli tiket di Family Mart. |
NOTA: Penggunaan tiket ini hanya untuk sehari sahaja, so jangan hilangkan tiket or else kene beli tiket lain pulak. daripada nak berjimat terus kerugian! Acaner tu? Hahahaha.
|
Inilah rupa tiket Kyoto City Bus. |
|
Tugasan diorang lagi...kekeke |
OK, setelah membeli tiket
Kyoto City Bus di
Family Mart dengan harga
500 Yen (tengok ni banyak kali aku ulang
500Yen!), kami pon menunggu bas di perhentian bas yang disediakan, betul-betul di hadapan stesen
Gion Shinjo tadi. Jangan gusar (lagi) , kat perhentian bas tu ada tulis /
signboard Kyoto City Bus (warna hijau). Untuk tatacara lanjut menggunakan perkhidmatan bas ni boleh rujuk di
http://www.visitkansai.com/sightseeing/kyoto-city-bus/
|
Gion Shijo Station |
Nijo Castle
Destinasi pelancongan pertama yang kami tuju di
Kyoto (cewah pelancongan le sangat) adalah
Nijo castle. Perjalanan menaiki bas lebih kurang 30 minit jugak, maksudnya tempat tu agak jauh daripada
hostel. Tapi memang kena pegi tempat ni sebab ianya sangat cantik dan berbaloi. Ok nak ke sini jugak kena pastikan naik bas dengan nombor yang betul. Pastikan nombor-nombor bas yang lalu di tempat yang kita nak pergi dengan map yang diberikan sekali dengan tiket
Kyoto City Bas tadi.
Dalam kes kami, kami naik bas
no 101 terus ke
Nijo Castle. Apa yang best pasal
Nijo Castle ni?
NOTA: Nijo Castle merupakan kediaman bagi Shogun yang pertama di dalam era Edo Period (1603-1867) dan ia telah diwartakan sebagai tempat bersejarah di bawah UNESCO.
Tiket masuk ke
Nijo Castle adalah
600Yen yer, agak mahal di situ. Dan apa yang best lagi, nak beli tiket tak payah ke kaunter tiket, boleh beli di mesin tiket (macam nak beli tiket
train tu)...
best kan, sangat kagum masa tu. Nak guna mesen tu pun tak susah, ada bahasa
Inggeris, so boleh main tekan-tekan je.
Kami pon masuk la dalam
Nijo Castle tu dengan penuh rasa kagum. Memang senibina istana kat dalam tu sangat unik dan yang paling mengkagumkan, cara diorang jaga bangunan-bangunan lama ni sangatlah
excellent! Bayangkan, nak jaga lukisan kat dinding-dinding istana tu kene la tutup pencahayaan, tak boleh amik gambar kerana bimbang
flash kamera merosakkan gambar dan macam-macam kekdah lagi. tapi dalam istana tu memang tak boleh ambik gambar la,
so tengok dan simpan dalam ingatan je. Kalau korang nak tengok apa ada lam istana tu sila lah datang sini sendiri yer. Kekekek.
|
Boleh sewa alat audio ni kalau mampu. |
|
Patung-patung pameran...shogun katanya. |
|
Tak tau la makcik makcik ni balik dari mana |
|
Pintu masuk utama Nijo Castle. |
Bila berjalan dalam istana tu, ada bunyi-bunyian unik yang terhasil daripada geselan lantai-lantai kayu istana. Tak terpikir macamana diorang boleh buat macam tu, sebab kalau lantai kayu kat rumah kampung aku tu, pijak sikit je dah bunyik
kreok kreokkk kreokkkk... tapi bila kat istana ni bila pijak je lantai bunyi macam beburung bersiulan gitewww
kriiittttt kritttttt kriiittttt~ amacam boleh bayangkan tak? Teknologi tukang kayu tu aku belom belajar lagi.
So lama jugak la kami berlegar-legar dalam istana tu, manusia pon bukan main ramai! Dengan rombongan sekolah rendah, sekolah tadika, sekolah tinggi, rombongan negara-negara asing, rombongan cik Kiah, rombongan warga emas semuanya ada! Tu lagi aku kagum, sebab kebanyakannya adalah warga tempatan! Diorang sangat menghargai sejarah yer. Tak de la macam sesetengah 'negara' tu, ada tempat bersejarah je boleh pulak dirobohkan buat
shopping complex! Apa punya bangang.
|
Tempat letak kasut. nak masuk dalam kena bukak kasut. |
Di luar kawasan istana, ada banyak taman-taman yang cantik dan ada beberapa buah lagi istana-istana kecil yang tak sempat kami nak masuk. Duduk dalam
Nijo Castle ni je dah dekat 4 jam! Rasa macam nak tercabut kaki, tapi memandangkan cuaca sangat lah nyaman dan dingin,
so kepenatan tu takde la terasa sangat.
|
Taman-taman di sekitar Istana. |
Lepas selesai meletihkan diri di
Nijo Castle, kami kemudiannya naik semula
Kyoto City Bus (guna tiket
500 Yen tadi) untuk balik semula ke
Gion. Kali ni kami nak pergi shopping di
Shinkyogoku Street. Lokasi
Shinkyogoku ni dekat je dengan hostel kami di
Gion tu.
|
Pasangan kekasih pon ramai juge. |
|
Tak kurang juga pasangan Atok dan cucu ni. |
|
Pemandangan kawasan sekitar istana. |
|
Ramai juga di sini duduk membaca buku. |
|
Model Iklan Ubat gigi. |
Shinkyogoku Street
Kalau nak digambarkan keadaan di
Shinkyogoku Street ni, aku rasa ianya lebih kurang macam keadaan di
Petaling Street atau
Jalan Masjid India di
Kuala Lumpur, cuma bezanya ianya lebih kemas dan teratur. Dan yang paling penting, kat situ ada
WIFI Free!!! Hahaha sambil
shopping boleh la berinternet bagai. Bukan senang nak dapat
Wifi Free ka
Jepun ni kan,
so gunakanlah sepenuhnya.
Apa yang ada kat
Shinkyogoku ni? Macam-macam ada, dan bagi sesiapa yang nak beli
souvenir, bolehlah beli di sini, dan pepandailah
servey harga yang mana murah sebab berdasarkan kepada
servey kami, ada kedai yang menjual barang yang sama lebih murah dari kedai-kedai lain.
So be smart! Shopping Hard! Hahaha.
Kami sempat la beli FM dan
souvenir lain seperti
T-Shirt I Love Kyoto yang ada pelbagai corak, ada
keychain, shortglass dan macam-macam lagi. memang rambang mata la kalau duduk kat situ lama-lama, boleh mendatangkan muflis juga. AWAS!
Dah selesai
shopping, kami pon naik bas semula untuk balik ke hostel, sempat jugak singgah beli roti untuk alas perut sebab memang lapar giler ok! Dari pagi tak makan apa-apa. Sampai je kat hostel, kami pon
chek-in dan mandi. Lepastu, beli lah nasik
microwave yang harga
105 Yen sebekas tu sorang satu.
Nak dijadikan cerita, boleh pulak
microwave kat hostel tu menyebabkan
power shut down! Kengkononnya nak masak la beras yang kami beli di
Kobe semalam, mungkin sebab
over heat kot sebab banyak kali guna.
So terpaksala bawak beras pegi
convenience store kat sebelah
hostel tu untuk tumpang
microwave diorang! Hahahaa untung jugak kami dapat berkenalan dengan dua mamat
Jepun, dari
Saporro naik basikal (teringat pulak
Wak Jan) yang sama-sama
check in kat hostel kami tu.
So diorang yang tolong kami bercakap dengan orang kedai tu untuk guna
microwaves. Heheh
alhamdulillah dapat jugak makan nasik malam tu berlaukkan ikan bilis dan sambal udang kering! Lazat!
Malam tu, lepas makan, semua tidor la sebab dah kepenatan. Esok banyak lagi tempat nak pergi!
So kena kumpul tenaga maha hebat ni.
... bersambung.
WASSALAM.
anak dgn bapak patu cucu ngan atok tu tak bleh blahhhhhhh hahaha!
ReplyDeletesetuju dengan statement ko pasal roboh tempat bersejarah nak buat shopping complex tu, ahaha...kagum aku tengok suasana dekat sini, bersih jer...gambar-gambar pun cantik :)
ReplyDeletegigihla bawak beras pi kedai nak masak kan...demi sesuap nasi....hehehehe
ReplyDeletefirstttt!!!! byknya gambar aku terpampang! mohon kurangkan. kekekek
ReplyDeleteuntungla dpt byk hadiah dr peminat misteri.
akhirnya!!
ReplyDeletesetelah berkurun menunggu..
Dah cecah 400k atanya..ok lah tu sbb blog penuh informasi surelah ramai pengunjung terutama JM pembaca blog yg setia ni ahakss
ReplyDeleteMaster chef..sediakan bfast megi pepagi lagi..kat msia mahu tak sentuh kan ahahah
Very the detail info..senanglah JM nk ke sana nanti..jgn marah aa sbb nanti nak pegi mau refer sini
Oh KB tu anak Jepun ya. Senyumnya pun sama je.
ReplyDeleteTulah 'negara entah berantah' tu memang tak hargai sejarah... habis bangunan lama dirobohkan...Semua rakus...
Seronoknya travel cara jemaah, makan cara jemaah...masing-masing diberi tugas...best, kan. Nampak macam best je sambal udang kering tu..
kak coco buat sarapan..??? mesti sedap kan.. ada roti jala tak hahahaa.. :P
ReplyDeletePicture ayah dan anak tu.. boleh kasi markah 98% la hehehe.. :D
hadoi...first2 gambo akak pegang megie??? motif?
ReplyDeletewak jan disebut?
haha
gambo anak dan datuk..anak dan bapak...sangat 'family',kan?
iya
(laaa...tertaip jugak)
nasik tu sedap..pandai john masak nasik..untungla
weh anak dan atok tu kena sangat la gayanya..rupa pn ada iras2 hahahaha..
ReplyDeleteCantik cuaca time ni, tak sia2 pegi Nijo castle nih.. begitu sekali bunyi lantai krik krik krik..mohon soundeffect berkualiti sikit sb tak dpt byangkan hahaha
wow untungla follower 400 orgg..hehe.. amboi jon siap dpt bapak angkat lagi dkt sana..
ReplyDeleteuntunglaa follower dh 400 org.. hehe.. amboi jon siap dpt bapak angkat lg dkt sana..
ReplyDeleteErm... asyik sungguh membaca celoteh jalan-jalan kyoto ni. ni yang buat hati meronta-ronta nak ke sana jugak. hehehehe. layan gambar pun syok. plus cantik plak tu..
ReplyDeleteanak dengan ayah,,,,cucu dengan atok....itu yang tergelak...memang ada kesamaan..
ReplyDeletememang best mengusik si kaki berangan...seketul macam Jepun...
ReplyDeleteBiqque:
ReplyDeleteMacam same jew kan... hahaha
Orga:
ReplyDeleteYup, kita kene banyak menghargai sejarah sebb sejarah yg membentuk siapa kita sekarang ni. :)
Dj:
ReplyDeleteKenala gigih, pakai microwave je cepat, tak sampai 15 minit siap.
Henry fox:
ReplyDeleteMaaf ko bukan yg pertama! Hahahaaaaa mohon bertaubat.
Syafiq Solihin:
ReplyDeleteBertabahlah menunggu sebab agak bizi dan malas di hujung tahun.
JM :
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Haaa masterchef katanya kenalah menuntut ilmu masakan dgan kak coco lepas ni!
Kak NA;
ReplyDeleteHAhahaaaa anak jepun, korea, cina semua dia lah!
Haah mmg best travel berjemaah ni, mcm2 dram ada!
TT
ReplyDeleteKak coco mmg expert buat sarapan, lunch, dinner semua lah! Bertuah sapa dapat jd suami ... opsss...
Kak Anash:
ReplyDeleteHarusla gambo tansree di awal cerita, pelaris katanya! Opssss..
Rindu blog wakjan, tetibe.
Chawana;
ReplyDeleteHahaha sound effect semput... tp Alhamdulillah mmg cuaca elok sgt masa tu.
Dan Arif:
ReplyDeleteHahaha x populer pon, hehehe.
John semua tempat dia pg ada bapak angkat hhhhaaa
Farel:
ReplyDeleteAsyik katanyer, jgn lalai pulak membaca sudah hehehe. Thanks for reading my blog.
MKL
ReplyDeletehahaha jgn usik lebih2 nanti dia perasan!
saya dijangka ke sini tahun depan...tiket dah beli...boleh le refer...
ReplyDeleteaku nak kasi link blog ko kat MP Sungai Petani. agak2 depa terasa tak ngan salah satu statement ko dlm ni? hiksss
ReplyDeleterupanya john byk sedara mare kat sini!
MKL:
ReplyDeleteWah, selamat menjejak Kyoto yer! hehehe
Maszuber:
ReplyDeletehahaha bagi la... idaknya dia kesah.
Tu la pasal, john banyak sedara kat situ kekeke.
Agak2 pernah tak baca travel blog sambil gelak2?? Haha..
ReplyDeleteRasa mcm nak gelak guling2 baca entri-entri yg ada ni.. hahaha..
Best!! :)
Cik Nufa:
ReplyDeleteHahaha sampai begitu sekali yer... Thanks sebab membaca dengan penuh emosi! :)