2013-12-02

Kansai, Japan (Part 3): Kobe Escapades

Assalammualaikum!

Sorry terlambat sambung update entry ni. Agak busy dengan kerja-kerja hakiki dan kene outstation some more. Tapi takpe, moh aku sambung sikit mana yang patot. Hehehe. Ok ayuh sambung!

[ Sambungan daripada Part 2 ]

Masih lagi di Hostel Toyo, Osaka. Pagi-pagi kami dah siap sedia nak meninggalkan hostel, kirenya macam dah tak sabar-sabar la. Kami pegi buat breakfast di communal room yang agak best jugak la bagi aku, dan yang penting ada dapur yang lengkap. So kalau nak memasak pon kira lepas la kat sini. Tapi pepagi tu kami makan megi je la, tak koser la nak memasak pagi-pagi tu kan, plus dah bertatarias diri bagai, takan nak memasak kan? Hell no! Hahaha

Ruangan communal kat hostel ni simple tapi aku suka, kalau perhati kat dinding sekeliling ruangan ni penuh dengan contengan. Bukan conteng biasa, itu adalah testimony yang ditinggalkan oleh travelers yang pernah menginap kat hostel ni. Kami pon ada meninggalkan jejak kat situ! Hehehe mestilah kan, rugi la kalau tak tinggalkan jejak.

Ruang utama / lobi Hostel
Reception Counter dan Tandas.
Communal Room dan dapur.
Communal room.
Besar jugak la ruangan ni.
Sempat jugak update blog.
Hasil contengan kami
Usai sarapan pagi, kami pon check out dari hostel. Dari hostel kami ke stesen keretapi JR untuk menuju ke Kobe. Jadi macamana kekdah nak ke Kobe ni? Setelah bertanya pada receptionist hostel yang comey lotey, kami mengambil keputusan untuk menaiki JR Line berbanding subway (Dobutsuen-mae Station) memandangkan kosnya lagi murah (biasa la bajet katenyer). So kami menapak dari hostel menuju ke Station JR Shin-Imamiya (JR Loop) lebih kurang 15 minit sebab bawak beg-beg anak gajah. Pagi-pagi tu kira macam tak ramai sangat manusia sebab hari minggu (ahad) so rasa macam tak sesak sangat la. Sampai di station beli tiket ke Umeda Station dengan harga tiket 170 Yen. Perjalanan dari Shin Imamiya ke Umeda Station mengambil masa lebih kurang 20-30 minit jugak la sebab kami ikut line yang jauh.

Beli tiket 170 Yen.
Gigih cari jalan.
Umeda Station
Dari Umeda Station, kami berjalan kaki menuju ke Osaka- Namba Station dan simpan bagasi kami di coin locker seperti yang kami buat hari sebelumnya. Sebab memang tak sanggup la kan nak memikul anak gajah sampai ke Kobe, mau patah bahu dibuatnya! Kali ni kami mengambil dua loker jugak dengan harga 1000 Yen. Jangan risau, sebab kat subway atau train station kat sini memang banyak giler coin locker ni. Cuma kalau tak bernasib baik, boleh jadi penuh jugak semua orang dah occupied. So ikut nasib la, alhamdulillah masa kami sampai tu banyak lagi loker kosong.

Jalan kaki ke Osaka-Namba Station. depan tu je.
Simpan anak gajah dulu dalam loker.
Posing dulu sementara menunggu mereka bertatarias.

Selesai simpan bagasi, dan bertatarias lagi di toilet train station, membeli tiket untuk ke Kobe, menaiki Hankyu Kobe Line Ltd Exp. dengan harga 310 Yen. Jadi perjalanan naik train nanti direct je tak perlu tukar-tukar tren, so senang la. Train akan berhenti di stesen Sannomiya (Kobe) dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Shin Imamiya Station ---> Umeda Station ---> (Jalan kaki) ke Osaka Namba Station ---> Sannomiya Station (Kobe) 

Di kala kebosanan di dalam train.
Sampai di station Sannomiya, kami pon memulakan pencarian mencari arah. Mula-mula tu agak meraba-raba jugak la cari kat mana nak pergi sebab agak lost dengan keadaan serabut kat situ. Tiba-tiba nampak sorang makcik berpakaian biru tengah bagi direction pada dua orang pelancong. Kami pon pergi kat makcik tu untuk bertanya arah. Oh rupa-rupanya makcik tu merupakan sukarelawan yang bertugas membantu pelancong. Kalau nak tau, kat Jepun ni memang bersepah-sepah sukarelawan yang bertugas untuk membantu pelancong, dan kebanyakannya terdiri daripada warga emas. Aku memang tabik hormat la kat diorang ni semua sebab sanggup buat kerja-kerja sukarelawan macam tu. Kalau kat Malaysia pun ramai macam tu kan bagus.

Makcik sukarelawan yang membantu kami.
Kami bertanya pada makcik tu macamana nak ke Tourist Information Center dan jugak Kobe Mosque. Makcik tu beria-ia ajak kami ikut dia, dia sanggup bawak kami ke Information Centre yang terletak beberapa meter dari situ. Lalu celah-celah bangunan dan sampai. Syukur sangat ada makcik tu membantu, mudah kerja kami.

Jumpa pun Kobe Information Center.
Biarlah diorang uruskan.
Banyak maklumat boleh didapati di sini.
City Loop Bus

Di Information Centre kami diberi peta dan cara-cara nak ke tempat yang kami nak pergi. Kami akan menaiki bas City Loop yang merupakan perkhidmatan bas pelancong yang terdapat di Kobe. Tambang bas hanya 250 Yen untuk ke mana-mana destinasi sekitar Kobe. So kira jimat jugak la kalau guna perkhidmatan City Loop ni, dan bas ni akan lalu di beberapa tempat tumpuan pelancung di Kobe.

City Loop Day Pass jugak boleh dibeli dengan harga 650 Yen (valid untuk satu hari) tapi kami tak beli yang day pass ni sebab kami tak sure lagi mana nak pergi.

NOTA: Laluan City Loop Bus ni adalah Port Tower, Harbor Land, Minato-Motomaci Sta. Mae, Nankin-Machi, Kyukyoryuchi (Old Foreign Settlement), Sannomiya Centre-Gai, Tor Road, Kitano Ijinkan Street, Shin-Kobe Station, Mint Kobe, Shiyakusho-mae (City Hall), Motomachi Shotengai (shopping street) dan Meriken Park.

Tiket Biasa : Adult 250 Yen, Kanak-kanak (bawah 12 tahun) 130 Yen
1 Day Pass: Adult 650 Yen, Kanak-kanak (bawah 12 tahun) 330 Yen

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk: http://feel-kobe.jp/_en/profile/traffic_service/

Jadi kami bercadang untuk pergi ke beberapa tempat sahaja memandangkan waktu yang tak mengizinkan. Kami sampai Kobe pun dah tengahari, jadi terpaksa la singkatkan masa lawatan. So destinasi pertama yang kami akan pergi adalah Ikuta Shrine.

Ikuta Jinja Shrine, Kobe

Sebagai rekod, Ikuta Jinja Shrine ni merupakan antara shrine yang tertua di Jepun. Kalau tengok, bangunan utama dia tak la besar sangat macam shrine-shrine lain yang aku pernah pergi, tapi rekabentuknya memang klasik dan banyak jugak orang tempatan yang menjalankan upacara keagamaan kat situ.






Kami tak lama kat situ pun sebab jumpa tempat lain yang telah memukau kami untuk buat photoshoot yakni di dinding-dinding sebelum sampai ke Ikuta Jinja Shrine. Apa lagi memasing posing habis la kekeke.

Kemain lagi korang kan.
Masa di Ikuta Jinja Shrine, ada la beberapa upacara berlaku antaranya upacara memurnikan bayi yang baru lahir (er betul ke penggunaan ayat tu- lebih kurang macam majlis cukur jambul le kekeke) dan ada ramai jugak rakyat tempatan yang datang bersembahyang. So kami pon malas la nak berlama-lama. Yang bestnya dapat jumpa bebudak kecik comey pakai kimono.. heheh memang sangat cute.


Jom layan Miss B Berkata-kata mengenai Ikuta Jinja Shrine



Dah puas bergambar, kami pun mula menunggu bus City Loop di stesen bas berhampiran. Kalau nak ikutkan, perkhidmatan City Loop ni lebih kurang macam perkhidmatan Hop-On Hop Off jugak la dan di stesen stesen bas yang dilalui oleh bas City Loop ni akan ada papan tanda khas.

Kobe Mosque

Lokasi seterusnya adalah ke Kobe Mosque yang agak jauh daripada tempat kami di Ikuta Shrine tu. Jadi kami menaiki bas City Loop dengan tambang 250 Yen menuju ke Kitano Meister Garden. Kat Kitano ni sebenarnya merupakan satu kawasan elit di mana ramai diplomat asing yang tinggal kat situ. Kobe Mosque pulak terletak berhampiran dengan Kitano Meister Garden ni yang merupakan satu pusat komuniti bagi penduduk kat area Kitano. 

Papan tanda City Loop
Ramai jugak orang yang gunakan perkhidmatan ni. Siap ada pramugari yang cakap tak berhenti di sepanjang perjalanan. 
Inilah rupa sebenar bas City Loop yang klasik.
Dari Kitano Meister Garden, kami berjalan kaki lebih kurang 10 minit menuju ke Kobe Mosque. Alhamdulillah sampai jugak ke Kobe Mosque dan sempat solat zuhur dan asar sekali. Masjid Kobe ni agak besar dan ia merupakan salah satu bangunan yang terselamat akibat gempa bumi yang pernah melanda Kobe dulu.

Kobe Mosque.
Ruangan solat utama.
Lepas selasai solat, kami pon mencari restoran halal di sekitar masjid. Ada beberapa buah restoran halal yang kami jumpa dan ada sebuah kedai runcit yang menjual makanan halal berhampiran masjid tu. Kami pergi ke kedai runcit tu dan bertanya pada tuan kedai untuk ke restoran makanan halal yang ada. Menurut penjaga kedai runcit tu, waktu makan tengahari dah habis (sekarang jam 3 petang) jadi kebanyakan restoran dah tutup sebelum dibuka semula untuk makan malam sebelah petang nanti. Adoi macam tu la pulak cada diorang ni berniaga kan.

Kedai runcit makanan Halal.
Macam-macam ada!
Megi dan mee segera yang lain pon banyak.
Miss B berbasa basi dengan pekerja kedai warga indonesia yang fasih berbahasa Jepun.
Kobe Halal Food
Kebetulan masa tu ada seorang pelajar Arab (dari mana aku tak sure) yang datang ke kedai runcit tu. Dia pon terus call kawan dia yang kebetulan jugak bukak restoran kat situ. Memandangkan kami ni memang gediks nak makan makanan halal kat Kobe, maka memang eksaited la kan. Lalu tuan punya restoran tu pun datang menjemput kami ke kedainya. Orang Arab jugak, so kami pun pergi la jalan kaki ke restoran mamat arab tu. Ceruk benar restoran tu siap lalu celah-celah rumah orang. Nama restoran tu adalah Cafe Chateau (Tunisian Restaurant). Untuk makluman, makanan kat restoran ni takde la sedap sangat pon, dan harganya agak mahal. Tapi sebab dah lapar sangat so kami belasah je la apa yang ada macam nasik goreng dan salad apa tah. Tengok je la gambar. Harga dia mencanak-canak jugak... pasrah je bayar, nasib baik kongsi lima orang, jadi tak terasa sangat la.

Restoren Tunisia.
Tuan kedai.
Ni la rupanya nasik goreng tu.
Macam bingke ubi.
Lepas makan kami bergerak kembali menuju ke Kitano Meister Garden. Kat situ je ada bus stand City Loop. Seterusnya kami akan ke Kobe Port. Hari pon memang dah nak gelap, dah dekat pukul 4.30 petang macam tu. Jadi tak banyak tempat yang boleh kami pergi melainkan terus ke sasaran utama yakni Kobe Port untuk menyaksikan keindahan Kobe Tower.

Macam tadi juga, tambang naik City Loop adalah 250 Yen dan perjalanan ke Kobe ort adalah lebih kurang 20 minit macam tu. Untuk pengetahuan semua, Kobe merupakan bandar pelabuhan dan banyak kapal-kapal perdagangan yang singgah di Kobe.

Keadaan dalam bas City Loop
Kobe Port

Kami tiba di Kobe Port dan terpegun jugak la tengok Kobe Tower. Bas pulak berhenti betul-betul kat bawah Kobe Tower tu. Mendongak-dongak la jugak nak tengok puncak menara. Berhampiran Kobe Tower ada beberapa buah muzium yang tak sempat kami pergi sebab dah tutup. Kobe Port adalah hentian terkahir bas City Loop sebelum berpath balik ke laluan pertama.

Kobe Tower
Gadis Tower.
Kami lepak lama jugak la kat area Kobe Port tu, macam-macam aksi yang diperlakukan. Memasing taknak kalah katanya! Pemandangan kat port tu pun cantik dan sambil menyaksikan sunset, kami jugak boleh tengok lampu-lampu Kobe Tower yang mula dinyalakan. Memang cantik dan sejuk giler! 

Sunset di Kobe Port.
Hari makin gelap.
Tu dia Tansree Coco.
Mengenang nasib.
Kobe Tower di waktu malam.
Lubang hidung.
Bile dah agak gelap, kami pun meneruskan perjalanan untuk balik semula ke Osaka. Kami memang tak bercadang untuk tidur di Kobe. Dari Kobe Port kami berjalan kaki menuju ke stesen Motomachi (JR Line). Itu aje station yang paling dekat dengan Kobe Port. Kami pon tak naik atas Kobe Tower tu sebab, ntah tatau kenapa tak terpikir nak naik. Tak tau pulak kena bayar berapa kan. Cukup sekadar tengok dari bawah je.

China Town

Untuk ke Motomachi Station, kami melalui China Town yang kelihatan agak happening jugak la. Tatau macamana boleh jumpa China Town tu, sebab jalan-jalan je masuk celah-celah lorong terus jumpa China Town. Tapi tak berapa besar la kawasan China Town tu. Dan macam biasa la macam-macam benda la ada kat situ.

Baju anjing. 

Kami sekadar lalu sambil cuci mata je lah, maklumlah dah tak larat. Penat kot sehari suntuk berjalan. Dah puas hati pusing-pusing China Town, kami pon terus naik train di Motomachi Station untuk balik ke Sannomiya Station dengan tambang 120 Yen dan tukar ke Osaka Namba dengan tambang 310 Yen.

Motomachi Station ---> Sannomiya Station ---> Osaka Namba Station

Sampai di Osaka Namba dan ambik bagasi yang disimpan di dalam coin locker, kami meneruskan perjalanan menuju ke Shinsaibashi Station dari Umeda Station dengan tambang 230 Yen. Malam tu kami akan tido di Capsule Hotel, gatal sangat nak merasa tido dalam 'keranda' katanya! Haaaa end up menyesal pulak rasanya kekeke sebab terpaksa mengalami pengalaman ber-Onsen di tempat orang! Hahaha ops. 

Umeda Station ---> Shinsaibashi Station

Memang penat la malam tu, tambahan pulak nak cari lokasi Capsule Hotel tu pon agak mencabar. Mujur jugak jumpa 2 orang warga Amerika yang baik hati menolong kami menunjuk arah ke hotel. Siap pakai GPS bagai! Alhamdulillah sampai jugak ke Capsule Hotel Asahi Plaza. Alamat seperti yang tertera di bawah:

Capsule Hotel Asahi Plaza, Shinsaibashi
2-12-22 Nishi-Shinsaibashi,
Chuo-ku, Osaka, 
Postcode 542-0086 Japan
No. tel: 1-800-814652 (Malaysia Toll Free)‎


Kami sesat.
NOTA: Untuk total review pasal hotel ni boleh baca kat Blog KakiBerangan di SINI. Dia dah siap buat review pasal kapsul hotel yang kami tinggal. (Hahah senang kan tulis entry camni, bubuh link je kekeke).
Ok la, cukup sudah kisah hari kedua di Kobe. Nanti aku sambung lagi kisah hari berikutnya.

... bersambung.

Pssst: tamau terjebak dengan mana-mana politik kumpulan (peace)

WASSALAM.

46 comments:

  1. hi mr. laksa! details sungguh entry ni dah lama sangat tunggu. senyap je... sibuk ke? nk tanya, pagi tadi saya ada hantar barang kat awak. Dah dapat ke? terima kasih sebab sudi terima.

    ReplyDelete
  2. haip...
    tansree sangat??
    cishh

    err..
    pesal la pi bubuh gambo akak sandar kat dinding tuh??/

    (balut muka dengan towel 'good morning'-malu seh!!)

    ReplyDelete
  3. agaknya pasal uols dia bukak blk kedai dia..tu psl harga mencanak kot..

    nasi goreng sikit je portion dia, haru nye...

    ohmycuteness sgt bebudak berkimono ittew..~

    ReplyDelete
  4. hoh...nasi goreng tu..after bahagi 5 kah?

    btw. why on earth nk kena ada china town di jepun..haha.confuse aku

    ReplyDelete
  5. Menariknya...

    Cantik masjid tu..

    Nasi goreng tak sedap tak apa asalkan halal kan, itu yang paling penting...kalau sedap tapi tak halal buat apa?

    Berapa harga sepinggan nasi goreng di sana?

    ReplyDelete
  6. lama jugak nak tunggu entry nie keluar..entry yg panjang tapi tak jemu membaca :p

    cantik kobe masjid tu..alhamdulillah masih berdiri megah lagi di sana

    nasi goreng tu selepas dibahagi 5 kah?

    ReplyDelete
  7. gigihla mengangkut anak2 gajah....heheh yg tgk ni pun terasa beratnya...hehehe

    berapa harga itu nasi grg?sepinggan makan berlima?erk...cukup ke?hehehe

    ReplyDelete
  8. Pernah sampai Kobe Tower tu, tapi cuma sempat masuk maritime museumnya saja...

    Best berjalan dalam cuaca yang nyaman...

    Busker tu nampak sedih je, korang tak hulor ke...

    ReplyDelete
  9. mak aih..bagpack depan belakang no wonder lah anak gajah katanya..JM yg ;ihat ni pun dah mengah...kuatlah korang..yo lah..anak2m muda..kalau JM tak sanggup rasanya..

    suka tgk gambar photoshoot ala2 model jaket tu hiksss

    Kiranya you ouls ke Jepan tapi tak beli JR pass lah ni...lagi untung x?

    ReplyDelete
  10. begitu gigih memasing angkut beg depan belakang! motif dan tujuannye? hahahaha..gambar lubang idung tu la yg buatkan peminat2 ko tak tidur malam ni..terbaek..suka la aku tgk chinatown ni...

    ReplyDelete
  11. Gadis tower 2 orang tu utk display ke atau dijual? kekekekek

    ReplyDelete
  12. takde hadiah utk bonda tersayang ke? *lariiiiiiiiiiiikkk*

    ReplyDelete
  13. Sweet pulak tgk Kaki Berangan update blog bersila mcm tu hahahahaa :P

    Jauh jugak korang berjalan dalam sehari.. terbaik sungguh :D

    MAkcik yg tolong tu mmg terbaik.. korang ada hulur pape tak? cian dia hehehee..

    Pape pun trip korang ni memang awesome ..!!! thumb up..!!

    ReplyDelete
  14. style dah macam retis dah, hehe...banyak betul barang-barang korang bawak, beg sampai depan belakang...gambar-gambar semua ohsem...

    ReplyDelete
  15. wooooooo..... gadis baju ijo kat cover album dinding kuning tu penyanyi utama kah????????????

    psst :
    lupa nak cakap "Saya dari Kobe"

    ReplyDelete
  16. Kak Anash!

    Huh motif sangat nak berfirst2! Tu ngikut Jari Masam la tu!

    ReplyDelete
  17. Jari Masam:

    Ko jangan nak mengada! Aku lempang kang!

    ReplyDelete
  18. MKL:

    InsyaAllah suatu hari nanti tulis la kat situ :)

    ReplyDelete
  19. Kak Anash (lagi):

    IYE, mmg persis model dinding dah lagaknya.

    ReplyDelete
  20. Nana Tron:

    Agaknya la, sebab tu mahal.
    Ye memang sepinggan banyak tu je portionnya. sikit kan.

    Iye... sangat kiut.

    ReplyDelete
  21. Agip Roslan:

    Tak la, tu adalah portion satu pinggan tu. Sikit je.
    Hahah ntahle, rasanya hampir semua negara ada China town kot... (hampir).

    ReplyDelete
  22. Kak NA:

    Iye, masjid tu sangat selesa.
    Iye, makanan halal lebih penting. nasik tu biasa-biasa je.
    Sepinggan dah hampir 1100 Yen sepinggan

    ReplyDelete
  23. Mrs Smile

    Maaf la sebab lama tunggu entry ni, kene amik mood dulu dan agak busy dengan kerja.

    Iye, masjid ni memang cantik.
    Nasik tu belum dibahagi lima lagi.

    ReplyDelete
  24. DJ

    Iye, terpaksa la mengangkut anak2 gajah tu kalau nakkan keriangan berganda kekeke. Tapi hazabnya tuhan aje yang tahu heheh berat weh! 13 kilo.

    Sepinggan dekat2 1000 yen jugak rasanya dan ia belum dibahagi lima.

    ReplyDelete
  25. Mie:

    Haaaa saya tak sempat pun masuk muzium tu.

    Tak hulur pun sebab kami sendiri pon bajet hehehe.

    ReplyDelete
  26. JM:

    Iye, beginilah cara kami travel kekeke. Terpaksa la, demi nak bergaya katanya. hangkut kasut dua tiga pasang, jacket 4-5 pasang haaaaa.

    Model katanya.

    Tak beli pon JR pass tu sebab rasanya kalau beli pon tak guna semaksima mungkin.

    ReplyDelete
  27. Chawanna:

    Gitew nak bertanya motif dan tujuan lagi kekeke. Huh.
    Gitew.. ada ke peminat????
    Chinatown tu macam bersih je.

    ReplyDelete
  28. Chawanna (lagi)

    Gadis tower tu sukati kome la nak buat apa kekeke.

    ReplyDelete
  29. Biqque:

    Hadiah untuk yang tersayang ofkos la ada! (eh larat ke mak buyung berlari kekeke hati2 nanti semput)

    ReplyDelete
  30. TT:

    Hahaha gitew...Kakiberangan memang sentiasa mencari peluang apdet blog dia.

    IYE, memang jauh kami berjalan sampai macam nak tercabut kaki

    Ish takde la pulak nak hulur apa2 kat makcik tu sebab dia memang sukarelawan.

    heheh Thanks.

    ReplyDelete
  31. Orga:

    Hahah retis mana la gamaknya. Terpaksa la bawak banyak barang sebab nak bergaya sakan katanya.

    Thanks

    ReplyDelete
  32. MasMZ:

    Haah retis utama ... eh IYE retis utama.

    Gitew.. saya pula dari Tokyo!

    ReplyDelete
  33. hi abg janggellllllll

    motif sgt aku nak komen mcm ni.

    almaklumla byk btol peminat mieteri ko neh!

    ReplyDelete
  34. wah best baca story uols nih. gambo pun cantek. fefeeling mcm jln kat sana pulak. jadilaa sekadar berkongsi kann.. hehehe nice la janggel!

    ReplyDelete
  35. Maszuber:

    Motif sangat komen ko. Mementang la ada percutian rahsia. Hahaha

    ReplyDelete
  36. Farel:

    Hahaha sekadar berkonsi pengalaman beb!

    Thanks!

    ReplyDelete
  37. salam kenal .. '-'
    nanti follow blog saya juga yew ...

    ReplyDelete
  38. Bagusnya, even dah tua tapi still aktif dan jadi volunteer. Kagum betul.

    ReplyDelete
  39. waaahh..detail Kobe..tiru ye nak wat info ..tq tq

    ReplyDelete
  40. Saya sekarang bada di japan... Ikut jejak bro.., hi3

    ReplyDelete
  41. datang singgah study perihal jepun kat sini...

    #gigihStudy

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS