2013-12-31

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2013

Assalammualaikum!!!


Pejam celik pejam celik akhirnya sampai juga ke penghujung 2013. Alhamdulillah satu tahun yang penuh warna bagi aku dan aku sangat-sangat bersyukur di atas peluang yang dikurniakan oleh Allah peluang untuk hidup melata di muka bumiNya ini. Syukur.

Selamat Tahun Baru 2014, kepada semua yang membaca blog ini. Mungkin siapa yang telah mengenali blog ini lama dulu, telah menyaksikan pelbagai perubahan terutamanya dari gaya penulisan, teknik penyampaian, gambar-gamabr dan layout blog ini, tapi percayalah, aku masih orang yang sama. Masih berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa bermimpi untuk menggapai bulan dan bintang! Tak salah untuk bermimpi kerana daripada mimpilah lahirnya realiti. Kan?

Sepanjang tahun 2013, sekali lagi rasanya aku memaksa diri untuk terus mengembara. Alhamdulillah, selagi ada rezeki, insyaAllah aku akan terus mengembara, tak kira lah ke mana saja sekali pon, asalakan aku dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah di mana-mana saja. Iya (ikut gaya Tansree Coco), pengembaraan juga adalah salah satu cara kita mengakui kebesaran yang maha Esa. Itu memang tidak boleh di nafikan lagi.

Masakan aku boleh lupa pengalaman mendaki di awal pagi di Puncak Bromo dan Ijen (Surabaya) di awal Februari 2013. Kemudian pengalaman menyusur sungai menaiki rakit buluh di Yangshuo (China), menyaksikan warni warni Reed Flute Caves di Guilin (China) dan kesesakan di Kotaraya Nanning (China) pada Mei April dan Mei 2013 adalah antara yang mega aku lakukan bersama sekumpulan travelholic muda yang penuh cita-cita. Thanks guys for the amazing advantures! #TravelholicAwesome InsyaAllah akan terus bersama. 

Surabaya (Indonesia)
Guilin, Yangshuo, Nanning (China)
Halong, Hanoi (Vietnam)
Begitu juga dengan pengalaman memasuki Vietnam yang sangat mencabar dan menaiki bot mewah di Halong Bay, sambil menyaksikan keindahan bukit-bukit batu kapur yang memukau, terbaik!! 
  • Surabaya (Februari)
  • Guilin - Yangshuo - Nanning (April - Mei)
  • Halong City - Hanoi City (Mei)
Sekali lagi tahun 2013, #TravelholicAwesome buat trip mega bersama-sama. Kalau dulu ke Pulau Redang, tapi tahun ini kami ke Pulau Langkawi! Seronok sebenarnya kalau bercuti bersama kawan-kawan yang kita suka, tambahan pulak masing-masing satu kepala. Seronok! Walau selalu berjumpa kadang-kadang tu tetiap minggu kot meet up) tapi tetap nak jugak pergi bercuti bersama-sama. alhamdulillah ikatan (bonding) antara kami semakin kukuh. Aku merasakan yang mereka telah menjadi sebahagian daripada keluarga aku. Alhamdulillah juga aku dikurniakan keluarga yang besar di sini. Semuanya bermula daripada minat yang sama yakni penulisan di blog dan travel. 
  • Pulau Langkawi (TravelholicAwesome Blackout Day) (Julai)
#TravelholicAwesome In Langkawi!
Baki beberapa bulan sebelum tamat 2013, banyak lagi perkara besar yang berlaku. Pengalaman menjejak Jose Rizal di Manila antara yang tidak boleh dilupakan, dalam kebasahan meredah kotaraya, menaiki pelbagai mode pengangkutan itu semua satu kenangan indah 2013.

Manila (Philippines)
Kemudian acara besar yang ditunggu- tunggu oleh kami semua, penyatuan dua hati, dua ahli TA yang bertemu dan bercinta kini melangsungkan perkahwinan mereka. Dan Arif dan MasZuber satu pasangan yang amak cocok dan sepadan... semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah.
  • Manila (September)
  • Perkahwinan Dan Arif dan MasZuber (September)
Majlis Perkahwinan Dan dan Mas
Dan antara trip yang paling aku tunggu adalah trip ke Osaka, Japan. Sekali lagi aku dapat menjejak tanah asing ini, menunaikan janji yang pernah aku buat kepada diri sendiri tahun lepas yang aku akan kembali. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Satu trip yang membuktikan ikatan kami makin kuat. Satu pengalaman yang boleh diceritakan untuk masa akan datang.
  • Osaka (November 2013)
Kansai (Japan)
Alhamdulillah, what a splendid year I had. Semoga lembaran tahun baru 2014 membawa sinar yang lebih terang di dalam hidup kita semua.

Salam Tahun Baru 2014!!! 
dari aku... Ren.

Psttt: Tahun ni Projek Teater agak suram... ada la beberapa teater yang aku jengok antaranya Mak Dara Nyonya dan Ali Baba dan Penyamun. Alamak ada lagi la tapi aku lupa dan tak update dalam blog :(

Psssttt2: Mohon Maaf kepada semua pembaca dan yang mengenali diri ini sekiranya sepanjang bersama kamu semua aku ada melukakan mana-mana hati dan perasaan. Maaf Zahir dan Batin.

Psssttt3: Maaf juga kerana ada beberapa entry tertangguh...insyaAllah akan disiapkan pada tahun 2014.

WASSALAM.

34 comments:

  1. Wah Janggel, warna-warni sungguh jendela 2013 uol. Best dapat member yang sgt auwsome semasa travel. keep up good relation and teruskan menulis travelog jenjalan korang. Sangat enjoy membaca pengalaman korang. Selamat Tahun Baru 2014!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farel;

      Thanks! Alhamdulillah rezeki . Semoga semua dr kita berjaya dunia akhirat. ;)

      Delete
  2. Assalam REn....penutup entry terakhir thn 2014 yg completed dengan summary yg padat..mmg BEST kalau dpt rakan2 yg mempunyai hobi dan minat yg sama..semoga Allah permudahkan segala urusan pada tahun 2014 nanti amin..

    JM ingatkan thn 2014 nanti akan tambah sorang lagi rakan travel dlm travelholicawesome tu heeee...anyway..all the best in coming new year dan share story mori yg menarik utk peminat mcm JM ni baca tau...ahaha..hambek ko..komen terakhir tuk thn 2013 yg panjang lebor

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM:

      Thanks JM. Selamat tahun baru juga.
      Gitew.

      Delete
  3. Keep it coming Janggel ... and wishing u a good travel year ahead :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra:

      Thanks azra. Semoga kita semua success!

      Delete
  4. happy new year encik ren.

    hopefully tahun 2014 lebih meriahuolls. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan:

      Happy New Year jugak buat awak!

      Thanks. :)

      Delete
  5. 2013 best berjalan eh! Mana mau pi 2014 ni pulak??? hehehe...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Purplelurve;

      Heheh 2014 masih diperingkat perancangan. ;)

      Delete
  6. sayu plak akhir-akhir post mcm nak raya!hehehe yezza meriah sungguh tahun 2013 ko ni..semoga tahun-tahun mendatang akan lebihhhhh meriah!happy new year too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ:

      Sayu ke? Hhehee selamat tahun baru! Semoga kita semua berjaya!

      Delete
  7. Encek janggel...what an awesome year u had...insya Allah 2014 menanti pengembara2 tersohor #travelhollicawesome. .tahun melawat malaysia lah katakan..pasti lagi hebat!! Aku pun maap zahir n batin..have a wonderful yr ahead!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beautifullife:

      Thanks beb! Samalah kite kkekekeeke

      Delete
  8. I lap u lah cmni..entry yg mengusik perasaan sgt ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Gitew ye biqque. Semoga bonda juga melalui tahun baru dengab penuh bergaya ye!

      Delete
  9. Tahniah dan selamat tahun baru....Semoga persahabatan kita kukuh.

    ReplyDelete
  10. Semoga bertambah-tambah lagi rezeki tahun 2014......Semoga persahabatan kita kukuh.

    ReplyDelete
  11. Tuan Janggel.. penutup tirai 2013 nampak nya sungguh berwarna warni.. Seronok sungguh bila melihat Tuan Janggel kesana sini dalam pengmbaraan.. Betul tu dalam mengembara akan membuat diri lebih dekat untuk mengenali Nya.. :D

    MOhon Maaf pada slh silap.. Selamat tahun baru.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT:

      Alhamdulillah semuanya berjalan atas perancangan kita dan ketentuan ilahi. ewah.
      Saya juga mohon maaf kalau ada salah dan silap (macam hari raya pulak).

      Delete
  12. satu je soalan, kenapa mesti REN??hehehe

    Happy new year Janggel err Ren hehehe..moga semuanya berjalan lancar di tahun 2014 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila :

      Ren nama saya.

      Thanks . Selamat tahun baru 2014. Semoga semua yg dirancang pada tahun ini akan terlaksana yer.

      Delete
  13. Dalam semua list ni, trip Langkawi je tak dapat g sekali....
    Heiiiii trip g Banding awat tak dak???? Hahaha...
    Thanks for being a gud and fun and hahaa berapa banyak and laaaaaa.... sabar dan seangkatan dengannya...
    Can't wait for next year... jenggg jeng jenggg #kuang3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMz:

      Banding tak buat entry, hehe sebab tu tak masuk list .
      Gitew.

      Thanks jugak for evweything!

      Delete
  14. Replies
    1. Nuke:

      Bila blogger popular yg dah banyak kali keluar paper bg komen kat sini, terasa bangga sangat!

      Selamat tahun baru Nuke!

      Delete
  15. WOW! Bestnya pengalaman Ren. Banyak tempat dah pergi dan dapat pula ramai kawan yang sama minat. Bertuahnya. Bersyukurlah pada Allah atas semua nikmat yang diberikan kepada Ren dan kawan-kawan selama ini.

    Malam ni sambut Tahun Baru di Gurney Drive ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA.

      Selamat tahun baru juga buat kak NA. Alhamdulillah semua tu rezeki dr Allah heheh.

      Semoga akak jugak mengharungi tahun baru dengan cemerlang!

      Tak pegi pun Gurney malam td. Duduk lepak kat rumah je tengok tv sambil layan internet hehe.

      Delete
  16. selamat tahun baru ren...

    semoga teruss suksess bertravel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Tron;

      Thanks Nana. Same goes to you ye ;)

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS