Assalammualaikum!
Sorry terlambat sambung update
entry ni. Agak
busy dengan kerja-kerja hakiki dan kene
outstation some more. Tapi takpe, moh aku sambung sikit mana yang patot. Hehehe. Ok ayuh sambung!
[ Sambungan daripada Part 2 ]
Masih lagi di
Hostel Toyo, Osaka. Pagi-pagi kami dah siap sedia nak meninggalkan hostel, kirenya macam dah tak sabar-sabar la. Kami pegi buat
breakfast di
communal room yang agak
best jugak la bagi aku, dan yang penting ada dapur yang lengkap.
So kalau nak memasak pon kira lepas la kat sini. Tapi pepagi tu kami makan megi je la, tak koser la nak memasak pagi-pagi tu kan, plus dah
bertatarias diri bagai, takan nak memasak kan?
Hell no! Hahaha
Ruangan
communal kat hostel ni simple tapi aku suka, kalau perhati kat dinding sekeliling ruangan ni penuh dengan contengan. Bukan conteng biasa, itu adalah
testimony yang ditinggalkan oleh
travelers yang pernah menginap kat hostel ni. Kami pon ada meninggalkan jejak kat situ! Hehehe mestilah kan, rugi la kalau tak tinggalkan jejak.
|
Ruang utama / lobi Hostel |
|
Reception Counter dan Tandas. |
|
Communal Room dan dapur. |
|
Communal room. |
|
Besar jugak la ruangan ni. |
|
Sempat jugak update blog. |
|
Hasil contengan kami |
Usai sarapan pagi, kami pon
check out dari hostel. Dari hostel kami ke stesen keretapi
JR untuk menuju ke
Kobe. Jadi macamana kekdah nak ke
Kobe ni? Setelah bertanya pada
receptionist hostel yang comey lotey, kami mengambil keputusan untuk menaiki
JR Line berbanding
subway (
Dobutsuen-mae Station) memandangkan kosnya lagi murah (biasa la bajet katenyer).
So kami menapak dari hostel menuju ke
Station JR Shin-Imamiya (JR Loop) lebih kurang 15 minit sebab bawak beg-beg anak gajah. Pagi-pagi tu kira macam tak ramai sangat manusia sebab hari minggu (ahad) so rasa macam tak sesak sangat la. Sampai di station beli tiket ke
Umeda Station dengan harga tiket
170 Yen. Perjalanan dari Shin Imamiya ke Umeda Station mengambil masa lebih kurang 20-30 minit jugak la sebab kami ikut line yang jauh.
|
Beli tiket 170 Yen. |
|
Gigih cari jalan. |
|
Umeda Station |
Dari
Umeda Station, kami berjalan kaki menuju ke
Osaka- Namba Station dan simpan bagasi kami di
coin locker seperti yang kami buat hari sebelumnya. Sebab memang tak sanggup la kan nak memikul anak gajah sampai ke
Kobe, mau patah bahu dibuatnya! Kali ni kami mengambil dua loker jugak dengan harga
1000 Yen. Jangan risau, sebab kat
subway atau
train station kat sini memang banyak giler
coin locker ni. Cuma kalau tak bernasib baik, boleh jadi penuh jugak semua orang dah
occupied. So ikut nasib la,
alhamdulillah masa kami sampai tu banyak lagi loker kosong.
|
Jalan kaki ke Osaka-Namba Station. depan tu je. |
|
Simpan anak gajah dulu dalam loker. |
|
Posing dulu sementara menunggu mereka bertatarias. |
Selesai simpan bagasi, dan bertatarias lagi di
toilet train station, membeli tiket untuk ke
Kobe, menaiki
Hankyu Kobe Line Ltd Exp. dengan harga
310 Yen. Jadi perjalanan naik train nanti
direct je tak perlu tukar-tukar
tren, so senang la.
Train akan berhenti di stesen Sannomiya (Kobe) dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Shin Imamiya Station ---> Umeda Station ---> (Jalan kaki) ke Osaka Namba Station ---> Sannomiya Station (Kobe)
|
Di kala kebosanan di dalam train. |
Sampai di station
Sannomiya, kami pon memulakan pencarian mencari arah. Mula-mula tu agak meraba-raba jugak la cari kat mana nak pergi sebab agak
lost dengan keadaan serabut kat situ. Tiba-tiba nampak sorang makcik berpakaian biru tengah bagi direction pada dua orang pelancong. Kami pon pergi kat makcik tu untuk bertanya arah. Oh rupa-rupanya makcik tu merupakan sukarelawan yang bertugas membantu pelancong. Kalau nak tau, kat
Jepun ni memang bersepah-sepah sukarelawan yang bertugas untuk membantu pelancong, dan kebanyakannya terdiri daripada warga emas. Aku memang tabik hormat la kat diorang ni semua sebab sanggup buat kerja-kerja sukarelawan macam tu. Kalau kat
Malaysia pun ramai macam tu kan bagus.
|
Makcik sukarelawan yang membantu kami. |
Kami bertanya pada makcik tu macamana nak ke
Tourist Information Center dan jugak
Kobe Mosque. Makcik tu beria-ia ajak kami ikut dia, dia sanggup bawak kami ke
Information Centre yang terletak beberapa meter dari situ. Lalu celah-celah bangunan dan sampai. Syukur sangat ada makcik tu membantu, mudah kerja kami.
|
Jumpa pun Kobe Information Center. |
|
Biarlah diorang uruskan. |
|
Banyak maklumat boleh didapati di sini. |
City Loop Bus
Di
Information Centre kami diberi peta dan cara-cara nak ke tempat yang kami nak pergi. Kami akan menaiki bas
City Loop yang merupakan perkhidmatan bas pelancong yang terdapat di
Kobe. Tambang bas hanya
250 Yen untuk ke mana-mana destinasi sekitar
Kobe. So kira jimat jugak la kalau guna perkhidmatan
City Loop ni, dan bas ni akan lalu di beberapa tempat tumpuan pelancung di
Kobe.
City Loop Day Pass jugak boleh dibeli dengan harga
650 Yen (valid untuk satu hari) tapi kami tak beli yang day pass ni sebab kami tak sure lagi mana nak pergi.
NOTA: Laluan City Loop Bus ni adalah Port Tower, Harbor Land, Minato-Motomaci Sta. Mae, Nankin-Machi, Kyukyoryuchi (Old Foreign Settlement), Sannomiya Centre-Gai, Tor Road, Kitano Ijinkan Street, Shin-Kobe Station, Mint Kobe, Shiyakusho-mae (City Hall), Motomachi Shotengai (shopping street) dan Meriken Park.
Tiket Biasa : Adult 250 Yen, Kanak-kanak (bawah 12 tahun) 130 Yen
1 Day Pass: Adult 650 Yen, Kanak-kanak (bawah 12 tahun) 330 Yen
Jadi kami bercadang untuk pergi ke beberapa tempat sahaja memandangkan waktu yang tak mengizinkan. Kami sampai
Kobe pun dah tengahari, jadi terpaksa la singkatkan masa lawatan.
So destinasi pertama yang kami akan pergi adalah
Ikuta Shrine.
Ikuta Jinja Shrine, Kobe
Sebagai rekod,
Ikuta Jinja Shrine ni merupakan antara
shrine yang tertua di
Jepun. Kalau tengok, bangunan utama dia tak la besar sangat macam
shrine-shrine lain yang aku pernah pergi, tapi rekabentuknya memang klasik dan banyak jugak orang tempatan yang menjalankan upacara keagamaan kat situ.
Kami tak lama kat situ pun sebab jumpa tempat lain yang telah memukau kami untuk buat
photoshoot yakni di dinding-dinding sebelum sampai ke
Ikuta Jinja Shrine. Apa lagi memasing posing habis la kekeke.
|
Kemain lagi korang kan. |
Masa di
Ikuta Jinja Shrine, ada la beberapa upacara berlaku antaranya upacara memurnikan bayi yang baru lahir (er betul ke penggunaan ayat tu- lebih kurang macam majlis cukur jambul le kekeke) dan ada ramai jugak rakyat tempatan yang datang bersembahyang.
So kami pon malas la nak berlama-lama. Yang bestnya dapat jumpa bebudak kecik comey pakai
kimono.. heheh memang sangat
cute.
Jom layan Miss B Berkata-kata mengenai Ikuta Jinja Shrine
Dah puas bergambar, kami pun mula menunggu bus City Loop di stesen bas berhampiran. Kalau nak ikutkan, perkhidmatan City Loop ni lebih kurang macam perkhidmatan Hop-On Hop Off jugak la dan di stesen stesen bas yang dilalui oleh bas City Loop ni akan ada papan tanda khas.
Kobe Mosque
Lokasi seterusnya adalah ke Kobe Mosque yang agak jauh daripada tempat kami di Ikuta Shrine tu. Jadi kami menaiki bas City Loop dengan tambang 250 Yen menuju ke Kitano Meister Garden. Kat Kitano ni sebenarnya merupakan satu kawasan elit di mana ramai diplomat asing yang tinggal kat situ. Kobe Mosque pulak terletak berhampiran dengan Kitano Meister Garden ni yang merupakan satu pusat komuniti bagi penduduk kat area Kitano.
|
Papan tanda City Loop |
|
Ramai jugak orang yang gunakan perkhidmatan ni. Siap ada pramugari yang cakap tak berhenti di sepanjang perjalanan. |
|
Inilah rupa sebenar bas City Loop yang klasik. |
Dari Kitano Meister Garden, kami berjalan kaki lebih kurang 10 minit menuju ke Kobe Mosque. Alhamdulillah sampai jugak ke Kobe Mosque dan sempat solat zuhur dan asar sekali. Masjid Kobe ni agak besar dan ia merupakan salah satu bangunan yang terselamat akibat gempa bumi yang pernah melanda Kobe dulu.
|
Kobe Mosque. |
|
Ruangan solat utama. |
Lepas selasai solat, kami pon mencari restoran halal di sekitar masjid. Ada beberapa buah restoran halal yang kami jumpa dan ada sebuah kedai runcit yang menjual makanan halal berhampiran masjid tu. Kami pergi ke kedai runcit tu dan bertanya pada tuan kedai untuk ke restoran makanan halal yang ada. Menurut penjaga kedai runcit tu, waktu makan tengahari dah habis (sekarang jam 3 petang) jadi kebanyakan restoran dah tutup sebelum dibuka semula untuk makan malam sebelah petang nanti. Adoi macam tu la pulak cada diorang ni berniaga kan.
|
Kedai runcit makanan Halal. |
|
Macam-macam ada! |
|
Megi dan mee segera yang lain pon banyak. |
|
Miss B berbasa basi dengan pekerja kedai warga indonesia yang fasih berbahasa Jepun. |
|
Kobe Halal Food |
Kebetulan masa tu ada seorang pelajar Arab (dari mana aku tak sure) yang datang ke kedai runcit tu. Dia pon terus call kawan dia yang kebetulan jugak bukak restoran kat situ. Memandangkan kami ni memang gediks nak makan makanan halal kat Kobe, maka memang eksaited la kan. Lalu tuan punya restoran tu pun datang menjemput kami ke kedainya. Orang Arab jugak, so kami pun pergi la jalan kaki ke restoran mamat arab tu. Ceruk benar restoran tu siap lalu celah-celah rumah orang. Nama restoran tu adalah Cafe Chateau (Tunisian Restaurant). Untuk makluman, makanan kat restoran ni takde la sedap sangat pon, dan harganya agak mahal. Tapi sebab dah lapar sangat so kami belasah je la apa yang ada macam nasik goreng dan salad apa tah. Tengok je la gambar. Harga dia mencanak-canak jugak... pasrah je bayar, nasib baik kongsi lima orang, jadi tak terasa sangat la.
|
Restoren Tunisia. |
|
Tuan kedai. |
|
Ni la rupanya nasik goreng tu. |
|
Macam bingke ubi. |
Lepas makan kami bergerak kembali menuju ke Kitano Meister Garden. Kat situ je ada bus stand City Loop. Seterusnya kami akan ke Kobe Port. Hari pon memang dah nak gelap, dah dekat pukul 4.30 petang macam tu. Jadi tak banyak tempat yang boleh kami pergi melainkan terus ke sasaran utama yakni Kobe Port untuk menyaksikan keindahan Kobe Tower.
Macam tadi juga, tambang naik City Loop adalah 250 Yen dan perjalanan ke Kobe ort adalah lebih kurang 20 minit macam tu. Untuk pengetahuan semua, Kobe merupakan bandar pelabuhan dan banyak kapal-kapal perdagangan yang singgah di Kobe.
|
Keadaan dalam bas City Loop |
Kobe Port
Kami tiba di Kobe Port dan terpegun jugak la tengok Kobe Tower. Bas pulak berhenti betul-betul kat bawah Kobe Tower tu. Mendongak-dongak la jugak nak tengok puncak menara. Berhampiran Kobe Tower ada beberapa buah muzium yang tak sempat kami pergi sebab dah tutup. Kobe Port adalah hentian terkahir bas City Loop sebelum berpath balik ke laluan pertama.
|
Kobe Tower |
|
Gadis Tower. |
Kami lepak lama jugak la kat area Kobe Port tu, macam-macam aksi yang diperlakukan. Memasing taknak kalah katanya! Pemandangan kat port tu pun cantik dan sambil menyaksikan sunset, kami jugak boleh tengok lampu-lampu Kobe Tower yang mula dinyalakan. Memang cantik dan sejuk giler!
|
Sunset di Kobe Port. |
|
Hari makin gelap. |
|
Tu dia Tansree Coco. |
|
Mengenang nasib. |
|
Kobe Tower di waktu malam. |
|
Lubang hidung. |
Bile dah agak gelap, kami pun meneruskan perjalanan untuk balik semula ke Osaka. Kami memang tak bercadang untuk tidur di Kobe. Dari Kobe Port kami berjalan kaki menuju ke stesen Motomachi (JR Line). Itu aje station yang paling dekat dengan Kobe Port. Kami pon tak naik atas Kobe Tower tu sebab, ntah tatau kenapa tak terpikir nak naik. Tak tau pulak kena bayar berapa kan. Cukup sekadar tengok dari bawah je.
China Town
Untuk ke Motomachi Station, kami melalui China Town yang kelihatan agak happening jugak la. Tatau macamana boleh jumpa China Town tu, sebab jalan-jalan je masuk celah-celah lorong terus jumpa China Town. Tapi tak berapa besar la kawasan China Town tu. Dan macam biasa la macam-macam benda la ada kat situ.
|
Baju anjing. |
Kami sekadar lalu sambil cuci mata je lah, maklumlah dah tak larat. Penat kot sehari suntuk berjalan. Dah puas hati pusing-pusing China Town, kami pon terus naik train di Motomachi Station untuk balik ke Sannomiya Station dengan tambang 120 Yen dan tukar ke Osaka Namba dengan tambang 310 Yen.
Motomachi Station ---> Sannomiya Station ---> Osaka Namba Station
Sampai di Osaka Namba dan ambik bagasi yang disimpan di dalam coin locker, kami meneruskan perjalanan menuju ke Shinsaibashi Station dari Umeda Station dengan tambang 230 Yen. Malam tu kami akan tido di Capsule Hotel, gatal sangat nak merasa tido dalam 'keranda' katanya! Haaaa end up menyesal pulak rasanya kekeke sebab terpaksa mengalami pengalaman ber-Onsen di tempat orang! Hahaha ops.
Umeda Station ---> Shinsaibashi Station
Memang penat la malam tu, tambahan pulak nak cari lokasi Capsule Hotel tu pon agak mencabar. Mujur jugak jumpa 2 orang warga Amerika yang baik hati menolong kami menunjuk arah ke hotel. Siap pakai GPS bagai! Alhamdulillah sampai jugak ke Capsule Hotel Asahi Plaza. Alamat seperti yang tertera di bawah:
Capsule Hotel Asahi Plaza, Shinsaibashi
2-12-22 Nishi-Shinsaibashi,
Chuo-ku, Osaka,
Postcode 542-0086 Japan
No. tel: 1-800-814652 (Malaysia Toll Free)
|
Kami sesat. |
NOTA: Untuk total review pasal hotel ni boleh baca kat Blog KakiBerangan di SINI. Dia dah siap buat review pasal kapsul hotel yang kami tinggal. (Hahah senang kan tulis entry camni, bubuh link je kekeke).
Ok la, cukup sudah kisah hari kedua di
Kobe. Nanti aku sambung lagi kisah hari berikutnya.
... bersambung.
Pssst: tamau terjebak dengan mana-mana politik kumpulan (peace)
WASSALAM.