Visit Malaysia 2014: Sandakan, Sabah (Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - Monyet Belanda at Sepilok)

Assalammualaikum!!! Terlebih dahulu TAKZIAH kepada Kak Coco di atas pemergian ibunda tercinta pada 30 Disember 2013 yang lalu. Semoga Kak Coco tabah menghadapi dugaan ini. Kami sentiasa ada bersama akak. * * * Memandangkan ini merupakan entry pertama di tahun baru 2014, maka aku akan memulakan dengan entry mengenai Maskot Visit Malaysia 2014 yakni Proboscis Monkey atau lebih dikenali sebagai Monyet Belanda!!! VISIT MALAYSIA YEAR 2014 Ayuh melancong ke Malaysia...kami sambut anda dengan belaian mesra!!! (Haaaa gitew) Ok berbalik kepada cerita Monyet Belanda . beberapa minggu yang lalu aku berkesempatan melawat ke Sanctuary Monyet Belanda (Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary) - LBPMS yang terletak di Sepilok, Sandakan, Sabah. Kalau diikutkan dari pusat bandar Sandakan, kedudukan Labuk Bay ini adalah lebih kurang 14 km melalui jalan darat. Signboard di tepi jalan sebelum menuju masuk ke kawasan LBPMS. Terdapat dua Platform yakni P...