Skip to main content

Video Wednesday #3: Jom Menari!

Assalammualaikum!

VW kali ni nak share pasala satu perkara yang aku rasa sangat menarik, mengenai keseronokan bekerja! Korang rasa la kan, kalau tempat kerja kita ceria, member sekerja semua sporting dan ok, dan bos pon ok agak-agaknya seronok tak nak bekerja? Bagi aku itu semua adalah kriteria utama yang perlu ada di dalam alam kerjaya, di samping minat menjalankan kerja tersebut.

Baru-baru ni, sewaktu di Manila, masa tengah berlegar-legar dalam Mall Of Asia, aku duduk tunggu MasMZ kat depan toilet, bersebelahannya ada satu kedai / restoran Cold Stone. Tak pasti restoran apa. Yang menariknya, semua pekerja restoran tu tengah menari-nari ala-ala flash mob! Tak tau apa tujuannya, mungkin untuk menngekalkan keceriaan? Untuk kecergasan? atau untuk menarik pelanggan? Itu salah satu strategi mereka untuk menghilightkan (wah bahasa apa tu? Hahaha) restoran mereka! Sesiapa yang lalu pasti memandang! Bukan stakat staff jaga pintu, staff kat kaunter pon sama galaknya! Hahaha.

Bagi aku ini firstime aku jumpa kot? Belum pernah jumpa di Malaysia. Kalau ada kat Malaysia pon best jugak, baru la orang seronok nak datang kat kedai kite! Heheh 

Pstt: tengah bayangkan tetiba bos-bos datang buat flashmob kat opis. :)
Psstt 2: Tengah gigih karang ayat untuk entry Japan. sabo naa.

Mall of Asia, Manila, Philippines 2013.
WASSALAM

Comments

  1. untungla ade flashmob kat opis


    ops


    silap


    untungla nak buat entry jepun
    akak nak copipes je la

    ReplyDelete
  2. Kak Anash:

    Wow gigih jadi pengkomen utama! Nak bertanding dengan yang tuuuuu ke? Ahaks..

    Takpayah nak kopipes2 bagai... buat dulu watermark tu baru sambung cerita!

    ReplyDelete
  3. Best le ada flashmob kat opis...baru semangat nak keje.. Happy mesti happy selalu..

    ReplyDelete
  4. MKL:

    HAHAHA flashmob kat opis tu berangan je.. tak mungkin kot... :p

    ReplyDelete
  5. kalau ada flashmob kat opis sekali kala kan best...yg penting hidup mesti enjoy .....mai kita menari2....shopping centre pun patut ada...hihihi

    ReplyDelete
  6. Statement perenggan pertaman tu JM mmg sEtuju sgt2..

    TAPI kalau nak di ajak menari..mmg FAILED..KAKI Bangku

    ReplyDelete
  7. teringin nak menari lenggang perut~ i'll be back~ hahahah

    ReplyDelete
  8. Johnny Rockets kdai makan baru kt the curve ade time staff2 dia klua kedai and joget ramai2

    ReplyDelete
  9. MKL:

    Ye betul tu... cer bayangkan tetibe tengah ada meeting, semua bangun menari atas meja hahahahaha.

    ReplyDelete
  10. JM:

    Gitew... kata peminat tegar Kak Coco, so kene la pandai berflash mob sebab dia ratu flashmob! HAHAHAHa

    ReplyDelete
  11. Henry Fox:

    Kompom ramai pengsan kalau ko buat tarian lenggang perot.

    ReplyDelete
  12. MFH

    OOO ye ke? terpaksa pegi intai nanti.

    ReplyDelete
  13. hahahahaah
    apa punya reply komen janggel nih.
    motif??

    *tunjukajarku sifu*

    ReplyDelete
  14. " menghilinghtkan.. " memang unik cara taun janggel berfikir hahaha...

    xde amik video ker.. macam mana mereka menari ala2 barbie doll tu dgn flash mob?? :D

    ReplyDelete
  15. Johnnnnnnn....

    Ko jangan buat depan orang weiiiiiiii........ #pitam

    ReplyDelete
  16. TT:

    Saje je mewujudkan vokeb baru hehehe.
    Takde la pulak video macam barbie doll... tinggal yg ada video tu je la.

    ReplyDelete
  17. MasMZ:

    Pitam kalao john buat tarian tu depan depan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!
Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.
Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.
Ok apa sebenarnya nasi ganja?
Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringa…

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum...

Dikemaskini pada 31 Mei 2013

Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...
Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!
Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!

CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LCCT)
Selalu yang aku …

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok.InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!

Perancangan Awal.

So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali…

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok  kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinangdengan jay…