2013-11-17

Kansai, Japan (Part 1): Kansai international Airport To Nara

Assalammualaikum!!!

Rasanya dah boleh dah nak start tulis entry pasal Japan. Yup Japan, tahun ni aku ke negara matahari terbit itu sekali lagi! Hahaha rasa macam balik kampung pulak kan. Ye la dah nama pun pergi melawat kampung-kampung je, kalau dulu melawat kampung Tsukuba (tapi dapat jugak la minum kat Mc Donalds kat Shibuya!) dan kali ni, aku dan kengkawan akan ke kampung-kampung jugak dan kami akan cover kawasan Kansai! Tau tak Kansai tu sebelah mana? (Boleh rujuk gambo di bawah).

Kansai Region, Japan. (Sumber Google)
Yup, ini merupakan kembara kami berlima! Janggel, (John) Kaki Berangan, MasMZ (Kaki Jalan), Tansree Coco dan Miss B!
Ahli Jemaah kali ni agak ramai jugak yakni 5 orang termasuk aku, John, MasMZ, Kak Coco dan Miss B. Tapi tiket ada yang beli asing-asing. Tak beli sekali. Plan asal hanya aku, John dan MasMZ yang akan ke Jepun, kemudian baru datang Miss B dan last sekali baru Kak Coco join. Maka lengkaplah 5 sekawan menjelajah Kansai heheh.

Teksi ke LCCT 

Perjalanan kami bermula dari Putrajaya, John dan Kak Coco pakat letak kereta kat rumah aku, free katanya daripada nak bayar parking kat Putrajaya Sentral mahupun LCCT kan. Dari Putrajaya kami menaiki teksi ke LCCT. Alhamdulillah dapat brader teksi yang murah dan dia charge sama rata samada waktu biasa atau lepas midnight yakni RM 50 satu teksi. Setelah membuat perjanjian dengan brader teksi, beliau menjemput kami di Putrajaya pada jam 9.30 malam. Bagus brader ni sebab dia datang awal. Kalau sesiapa nak try, boleh call brader ni di talian 016-537200 (Noor Ishak Ismail). 

LCCT Ke Kansai Airport (Osaka Prefecture), Japan

Kami sampai di LCCT lebih kurang jam 10.30 malam. Di LCCT jugak kami berjumpa dengan Miss B dan MasMZ yang masing-masing dihantar oleh bodyguard sendiri! Huntungla ada bodyguard! Selepas selesai urusan check-in luggage (semua kene ada depan counter sebab orang AA tu nak tenung muka satu per satu, ingatkan boleh hantar-hantar wakil je untuk letak luggage hehehe) kami menghabiskan masa di McDonalds sambil menapau makanan mana yang patut untuk diseludup masuk ke dalam kapal terbang. Tujuan utama penyeludupan adalah untuk bekalan sarapan pagi di Jepun keesokan harinya. Selalunya kalau travel memang kaminbuat kerja cenggitu hehehe.

Dinner dulu kat McD LCCT.
Ok jumlah bagasi berat tak termasuk bagai yang bergantungan di badan. #Pengsan
Kapal terbang kami ke Kansai berlepas pada jam 12.50 pagi, dah dekat pukul 1.00 pagi dah tu. Masa tu memang mengantuk yakmats dan ramai pulak orang yang satu flight dengan kami. Penerbangan Air Asia X ke Kansai akan mengambil masa lebih kurang 6jam 30 minit. Agak kematu jugak la buntut duduk lelama dalam flight tu. (Harga tiket Air Asia X dari Kuala Lumpur ke Kansai masa kami beli dulu adalah RM 645.00 per pax return tickets).

Jangan lupa isi embarkation card dan Customs declaration form. 
Tengah syok-syok melayan perasaan dalam flight tengah-tengah malam tu tetiba flight kami bergegar! Bukan macam gegaran biasa yang aku pernah alami sebelum-sebelum ni, tapi gegar dia sampai satu tahap tu tetibe macam flight kami jatuh mengejut ke bawah sikit. Siap ada bebudak kat blakang aku tu dah jerit-jerit dah. Orang sebelah aku tu pulak siap dah pegang-pegang tangan aku hahaha mengucap-ngucap dalam hati katanya! Tapi memang scary jugak la, terbayang cerita FLIGHT lakonan Danzel Washington (sape pernah tengok cerita tu? Boleh insaf jugak la tak nak naik flight masa aku tengok cerita tu dulu, tapi kejap je la hahaha). Tapi memang cuaca malam tu agak buruk, menurut kapten ada berlaku pergolakan angin ke apa tah kat kawasan yang kami lalu tu.

Alhamdulillah, lepas tu penerbangan kami ok dah, lancar sampai ke pagi. Masa tengok  fajar menyinsing kat ufuk timur dari atas kapal terbang memang terasa tenang je, teringat pulak kejadian kelam kabut bersahur dalam flight masa pergi Jepun tahun lepas heheh.

Alhamdulillah dah cerah. Terima Kasih Air Asia X #tetibe
Kami tiba di Kansai International Airport pada jam 7.00 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat. Urusan imigresen dan segala macam urusan lain sebelum masuk ke balai ketibaan tu sangatlah remeh. Akhirnya secara rasmi kami sampai la ke Negara Matahari Terbit! Ohaiyogozaimas Kansai! Hahaha.

Ini bukan kapal terbang yang kami naiki.
OK tetap nak enter-frame kan diri sendiri. 
Di airport, kami selesaikan apa yang patut, ada yang tukar baju, gosok gigi, pakai mekap semua la. Tetibe ada pulak dua orang polis Jepun, sorang lelaki dan sorang perempuan  datang tegur kami. Ahhh sudah, nape pulak ni kan. Adakah sebab kami berlonggok kat situ dengan beg berbundut-bundut? Rupa-rupanya diorang sekadar menjalankan random survey, antara soalan-soalan yang ditanya adalah kami berasal dari mana? Datang Jepun untuk apa? Lepas ni nak pegi mana? Nasib baik la polis-polis tu pandai cakap english, so senang sikit la nak berkomunikasi dengan diorang walaupon tergagap-gagap. Yang bestnya aku tengok polis perempuan tu beria-ia dengan ekspresi muka dia macam eksaited bertanya pasal kami. Siap tertunduk-tunduk lagi, kami pon tertunduk-tunduk jugak la dengan dia hahahaha.

Dari Kansai International Airport ke Nara

Selesai sesi soal jawab, kami terus ke stesen keretapi yang terletak bersebelahan dengan bangunan airport. Ada connecting lane untuk ke stesen keretapi tu. Misi selanjutnya adalah untuk membeli tiket train ke Nara. Sekali tengok line train kat situ, terus berserabut kepala otak, sebab banyak sangat line, tapi kalau perhati betul-betul insyaAllah boleh paham. Tak susah sebenarnya. Untuk ke Nara, kami akan membeli Nara Access Ticket dengan hargar 1200 Yen sehala. Beli tiket ni senang sebab beli sekali je, boleh naik sampai Nara. Tapi make sure kita naik line train yang betul ye. Pastikan dulu line laluan train anda.

Sebenarnya bile nampak je pokok-pokok yang berkaler oren ni, kami semua ibarat terkinja-kinja nganmbek gambo. Maklumla eksaited autumn katanya hehehe. Suhu kedinginan adalah belas-belas degree C. Sejuk jugak la.
Tempat beli tiket, Nankai Line.
Lepas dah dapat tiket, kami pun naik Nankai Electric Railway (melalui Nankai Line) membawa bundut-bundut beg yang berkilo-kilo sorang tu menuju ke Namba Station. Oh tapi sebelum tu, kami singgah dulu kat Tourism Information Centre di ground level Kansai Airport utuk pungut apa-apa maklumat yang tersedia.

Ok kalau rujuk pada gambar kat atas ni, kami akan ke Nara menaiki Nankai Line dengan harga 1200 Yen. Nampak tak? Ketik gambar untuk tumbesaran.

Kansai airport ---> Namba Station (Nankai Line) ---> tukar ke Osaka-Namba Station (Kintetsu Line) ---> Kintetsu-Nara Station

Ok kalau ikutkan kepada carta alir kat atas ni (haha sekali carta alir keluar) kami akan naik Nankai Line ke Namba Station dan tukar train ke Osaka-Namba Station. Sebenarnya, dari Kansai Airport nak ke Namba Station tu je pon dah makan masa dekat sejam. Bergantung pada jenis train yang kita naik samada Ekspress, Semi-Ekspress atau Local. Kita boleh pilih mana-mana train yang kita nak naik asalkan train tersebut lalu kat tempat yang kita nak pergi. Masa kami pergi tu, kami ter-naik local train rasanya. Ya ampunnn punya la lama nak sampai, setiap station dia berhenti. Dah tertidor-tidor dah kami dalam train tu, dan sempat jugak buat adengan photoshoot merata dalam train. Nasib baik train tak penuh masa tu hehehe. Jam pulak dah dekat pukul 11 pagi, memang kelaparan tahap cipan la. Asyik teringat-ingat je kat beger McD yang kami tapau dalam beg. Kami sampai Namba Station lebih kurang pukul 11.00 pagi.

Keadaan dalam train.. Alhamdulillah tak sesak.
Sesi menabahkan diri. Nampak suci murni je kulit muka ku. hahah #pensan lagi.
Dari Namba Station nak ke Osaka-Namba Station tu kene jalan kaki sikit agak jauh! Mula-mula tu terpinga-pinga jugak la mencari kat mana arah Osaka-Namba Station tu, dalam terpinga-pinga tu tetiba ada sorang mat salleh tegur kami. Dia siap tanya kami nak kemana. Dengan selamba je dia tunjukkan arah station yang kami nak pergi. Sah memang mat salleh tu dah lama duduk kat Osaka ni. Heheh syukur ada yang datang membantu hehehe. So berjalan la kami turun bertingkek-tingkek ke bawah tanah.

Ok, inilah rupanya tiket yang telah dibeli. Dekat tiket pon ada tulis kekdah nak ke destinasi yang dituju. 
Kansai Tourist Information Center. Lebih kepada menjual pakej-pakej pelancongan je.
Coin Locker 

Sebelum menukar tran di stesen Osaka-Namba, kami akan meninggalkan bagasi kami di coin lockers yang banyak tersedia di stesen-stesen keretapi. Itu satu perkara yang aku suka pasal stesen-stesen keretapi kat Jepun ni, rata-rata semua ada menyediakan perkhidmatan coin locker sebab kebanyakan orang Jepun ni tempat kerjanya jauh-jauh dari rumah mereka dan diorang pon rajin travel ke sana kemari di dalam negara diorang, so barang-barang boleh ditransitkan di coin locker yang tersedia.

Deretam coin lockers yang tersedia pelbagai saiz dan harga berbeda.
Kekdah menggunakan coin locker.
Kami memilih locker yang paling besar dengan kadar sewa 800 Yen. Nak bayar duit locker kena pakai duit syiling ye. Jadi sediakanlah duit syiling yang secukupnya. Kalau tak ada duit syiling boleh pergi tukar kat tempat tukar duit yang disediakan (ada peta lokasi tempat tukar duit ditampal dekat kawasan coin lockers tersebut). Kaedah nak menyewa locker pon ada ditunjukkan, dari cara-cara nak masukkan duit sampailah nak mengunci locker tu.

NOTA: Info mengenai coin lockers. Ingat, tempoh sewaan adalah selama satu hari dan selepas tiga hari locker akan dikosongkan oleh petugas stesen.! (Sumber Google)
Sumbat-punya sumbat beg kami dalam locker tu rupa-rupanya tak muat la pulak! Terpaksa ambik satu lagi locker yang kecik dengan sewaan 200 Yen. Jadi jumlah sewaan locker kami hari tu adalah 1000 Yen untuk sehari. (Untung travel ramai-ramai so segala cost boleh dibahagi sama rata hehehe).

Keadaan beg yang telah disumbat-padatkan di dalam locker.
Menyambung Perjalanan Ke Nara

Lepas dah selesai menyimpan bagasi, kami pon meneruskan perjalanan untuk ke Nara. Ingat tak tadi, kena tukar stesen dari Namba Station ke Osaka-Namba Station (Kintetsu Line)? So kita masih menggunakan tiket Nara Access Ticket yang sama (awas jangan hilangkan tiket tu or else kene la beli tiket lain.  Jadi perjalanan diteruskan menaiki train yang seterusnya. Perjalanan dari Osaka-Namba Station ke Nara Station mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jadi bertabahlah duduk dalam train sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan indah di sekitar landasan keretapi.


Nara, Japan

Kami tiba di Nara lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Bayangkan dari pagi belom breakfast atau menjamah makanan (beger) dalam beg. Memang tersangat la lapar. Oh lupa pulak, untuk trip kali ni, Miss B merupakan pemandu arah rasmi kami, hahah dia la yang buat research pasal jalan, pasal transport semua di samping John. Aku dan yang lelain tu main ikut je la, macam biasa, malas nak pening kepala pikir. Dah ada yang expert, biar la mereka menjalankan kerja mereka.

Nara Map (Sumber Google)
OK, misi di Nara, kami akan cuba pergi ke beberapa main attraction antaranya adalah Nara Park di mana dalam taman tu sendiri ada macam-macam tempat nak kene cover antaranya seperti berikut:-

Nara Park (Ini merupakan apa yang ada dalam Itenerary asal kami)

  1. Todaiji Temple
  2. Kasuga Taisha Shrine
  3. Kofukuji Temple
  4. Nara National Museum
  5. Nandaimon Gate
  6. Kasuga Taisya
  7. Daibutsuden Hall

OK kalau tengok list kat atas ni memang banyak tempat nak kene cover kan, walhal kami sampai pun dah pukul 1 petang. Jadi adakah kami sempat cover semua??? Ok nanti aku sambung cerita di entry akan datang.

... bersambung.

WASSALAM.

42 comments:

  1. gitewww gigih! untungla banyak gambar cover album~

    ReplyDelete
  2. detailnyer?

    ok..entry yg bakal dicutpastekan


    hahahaha

    ReplyDelete
  3. Alahai nyer comey gambar tuan blog ni dgn thumb up welcome to Kansai :D

    ReplyDelete
  4. haha. my version - aku blame cite FDestination.

    ReplyDelete
  5. amboy...gambar dalam train. *nak sain*
    aku jeles tgk harga tiket yg ko dapat tuh...
    *hanyamampumengeluhsambilmengiraduittabung*

    ReplyDelete
  6. uh tgk tiket tu pnuh bahasa jepun pun dah pening...belum tgk map train dia yg berselirat tuh...hoho

    ReplyDelete
  7. Cemas juga saya membaca kisah kapalterbang tu melalui cuaca buruk.
    Alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete
  8. Wajah bertambah cun...masuk gambar hang banyak2, baru syok baca..hihihi

    ReplyDelete
  9. Henry Fox:

    Gitew... cover album tak sebanyak tansree coco tau..

    ReplyDelete
  10. Kak Coco:

    Hah copypaste la sangat! Awas!

    ReplyDelete
  11. TT

    Hahaha comel kebendenya... comot je tu baru bangun tido.

    ReplyDelete
  12. MasMZ

    Opkosla ootd kene tunjuk hahahaha.

    ReplyDelete
  13. Agip Roslan:

    Ha tu lagi satu citer yang macam nak kene lempang pengarah dia hahaha.

    ReplyDelete
  14. dzuchan:
    Ala kasi chan la nak posing2... asyik org tuuuu je yang posing kan hahahaaa. *nah sain*

    Haha bertabahlah kalau ke jepun, mmg akan jadi ayam dan itik yang sesat di tengah bandar la..kekeke.

    Sila kumpul wang saku anda.

    ReplyDelete
  15. DJ:


    Kann, berselirat urat otak nak memahamkan tiket katanya heheheheheheheheheheh.

    ReplyDelete
  16. Kak NA

    Alhamdulillah selamat pergi dan kembali :)

    ReplyDelete
  17. MKL

    Hahaha segan le nak masuk banyak2. Nanti orang muak nak baca :p

    ReplyDelete
  18. muka bersih mcm pakai kamera 360 je..lols..

    permulaan yg menarik, sbb daun dh tukar kaler, mesti entry lepas2 ni berwarna-warni kan..bagus la coin locker tu, klu kt semua negara ada kan best..

    tak sabar nk baca sampai abes xpdc korang ni..cepatlah update lagi..we want more! hehe

    ReplyDelete
  19. Dah banyak blog aku bace2 yg mane tetiba ade polis dtg check passport and tanye macam2... agak cuak disitu...

    ReplyDelete
  20. wah, best nyer... baca lak B2B dgn kaki berangan nye entry... ala2 throwback gitew...

    ReplyDelete
  21. wah best tu tringin nk pegi jgk...
    jom xchange list wif my blog :
    Azim Aris

    Tak Mungkin Benar

    Muhasabah

    ReplyDelete
  22. eh..ade ye flight to osaka tengah malam.
    sye pun nak pergi jugak January depan,tapi flight petang.
    kalau boleh cepat2 le update entry japan ni,boleh dijadikan sumber rujukan.hihi

    ReplyDelete
  23. Jepun best..titik ..............................................................

    ReplyDelete
  24. Yayan:

    Hahahah soory yer, i tak install la 360 semua tu.. natural beauty katanya hahahaha.

    Haah mmg daun dalam proses berubah warna tu.. tapi masih banyak yg hijo.

    Coin locker tu mmg sangat berguna.

    Sabar yer.

    ReplyDelete
  25. Azra:

    Agaknya tu mmg skop keje diorang. releks sudehhh.

    ReplyDelete
  26. Shazalyza:

    Hahaha B2B la baru terasa macam wow banyak nye entry hahaha.
    Jemput la baca lagi.

    ReplyDelete
  27. Azim Aris:

    Thanks.
    Wah banyaknye blog tuan hamba.

    ReplyDelete
  28. Feeza Fauzi:

    Ye ada flight tengah malam. tatau le cane boleh ada kan.

    Sabar ye, nak menulis pon kene tunggu mood hehehe.

    ReplyDelete
  29. Camtuh la yew kt Nara

    Mencari je area kejiranan Kansai ni, ak je g arituh to terus straight ke Sapporo, blom made nye melawat Kansai ni sebab mase tu winter, menarik nampak time autumn.. Cantik yang amatz.

    ReplyDelete
  30. Chawana:

    Haa la mmg best ponnnnn

    ReplyDelete
  31. Shah_rule:

    Pergilah Kansai. best tau. Hehehe.

    ReplyDelete
  32. Tengok map kansai region tapi still tak paham coz tak tahu which city under kansai region tu..hahahah..kalau mcm ni JM perlu pandai2 lah ask pakcik goole eh

    Mmg detail betul story setiap pergerakan,perjalanan dan perbuatan..sambil baca JM imagine apa yg korang buat

    Adegan pegang-pegang tangan tu kelakar..JM tahu siapa org nya hahah

    Muka suci murni hahaha...haruslah kannn

    ReplyDelete
  33. JM:

    Hahah kene la tengok pelan2 dan hadam dalam kepala otak yang mana under kansai hehehe. Ala encik Google kan ada .

    Saja je saya memang suka cerita macam tu, detail penceritaan supaya nanti bile baca balik boleh senyum sorang2 terbayang.

    Yang pat pegang2 tu hahaha no komen kekeke.

    Part suci murni tu berkat basuh dengan air Yaasin.

    eh.

    ReplyDelete
  34. ketepiiii... kakak santek dah datanggg...


    ermmm japp baca dulu.. then baca pengkomen2..

    ermmmm

    ReplyDelete
  35. Kakak Santek:

    Hamboi... terpeleot semua org tau! HAHAHA

    ReplyDelete
  36. Wow! sungguh best baca cerita trip uols ni. untung dpt teman2 sekepala dan sehobi berjalan. anyway sungguh suchee sungguh murni wajah uols dlam picca itew. hehehe
    done follow ur blog. silalah jln ke blog iols pula. hehehe

    ReplyDelete
  37. Farel:

    Yer ke suci murni muka iols ni? haha gitchew.
    yup ada member sekepala mmg best.
    thanks for follow.

    ReplyDelete
  38. Salam...burger mcd dlm 4bungkus leh bawa naik flight x? Atau nk msuk dlm luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je bawak naik atas flight. Letak dalam beg. X payah masuk lagej.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS