2017-04-18

Cambodia: The Kingdom of Wonder (FINALE) - River Cruise dan Mindnight Bus To Seam Reap From Phnom Pehn

Assalammualaikum!!!


Eh ehhh tetiba ada pulak entry muncul ya? Terkejut tak? Hahaha. Ok sebenarnya aku terdetik rasa kerajinan untuk menulis blog semula setelah berbual-bual dengan Ms Dayah DJ haritu sambil lunch di hari Jumaat yang mulia. Panjang jugak kami borak, especially pasal blog-blog yang dah bersawang, hahaha tetibe sentap kejap. Lols. 

OK seperti yang dijanjikan , jom baca sikit pasal last trip aku ke Cambodia pada tahun 2015. Hahaha gila dah 2 tahun.


Hari last di Phonm Pehn kami minta tolong dengan Miya (our guide) untuk bawa kami ke stesen bas untuk beli bas balik ke Siem Reap. Alhamdulillah, berjaya jugak beli tiket bas , kali ni kami ambik midnight bus dengan sleeper coach. Harga tiket adalah USD 13 per orang. Usai urusan beli tiket, kami ke Central Market, market yang terbesar di Phnom Pehn. Memang besar gila, dari jauh dah boleh nampak bangunan market ni, bentuk bulat.

Miya tinggalkan kami di Central Market tu untuk shopping hahaha. Dalam tempoh dua jam jugak la, lepastu kami janji tunggu area situ jugak. Kami pun mulakan penjelajahan di dalam market. Memang besra, dan macam-macam benda ada jual. Konsepnya sama jugak macam Chatuchak Market kat Bangkok tu, cuma yang kat sini lebih lapang dan kecil sikit.

Suasana dalam Central Market
Aku suka tengok kain-kain tenun kat sini lawa-lawa.
Suasana kat luar panas nak gila!
OK abaikan muka yang hangus tu.
Seksyen bunga je dah sedepa.
Takda apa benda sangat pun nak dibeli memandangkan ongkosnya pun tak banyak, maka kami pun bergerak semula ke tempat yang dijanjikan. Miya dah sedia tunggu kat situ pun. Kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran muslim. Punyalah lapar masa tu, memang pikir nasik je la. Nama kedai tu Saran Thai Restaurant (tetiba retoran Thai kan?) Hahaha. Belasah jelah. Beli nasik goreng dengan harga USD 5 sepinggan, pitam.

Makan lah apa yang ada
Nasi Goreng USD 5
Lepas habis makan, hari pun dah petang, makanya masa untuk berpisah dengan Miya. Total kami bayar sewa tuktuk Miya untuk dua hari adalah USD 20. Petang tu Miya drop kami di depan Royal Palace. Dekat je dengan stesen bas pun kalau nak balik. Kami tak masuk pun dalam Royal Palace tu cuma tinjau-tinjau kat pintu gerbang.

Bergambar kat pintu gerbang pun jadilah
Ramai gila orang kat dataran ni.
Punya la ramai ummah berkampung depan Royal Palace tu, siap berpicnic bagai. Kami pun join la meramaikan ummah kat situ, amik-amik gambar sedozen dua then kami bergerak dari situ. Kami bercadang untuk naik River Cruise! 

Ok untuk naik River Cruise ni aku cadangkan korang naiklah bila nak sunset! Memang berbaloi dan lawa gila! Harga tiket adalah USD5 sorang. Kami naik cruise dua tingkat dan lepak di sebelah atas ...Memang best gila sebab pemandangan sepanjang sungai tu sangat cantik ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang baik.

Jom naik River Cruise menyelusuri Mekong River
Tudia kapal kami dah mai!
Kami duduk kat tingkat atas.
Lelambai bot sebelah.
Lelambai makcik jualan.
Alhamdulillah dapat tengok sunset lawa.
Dapat tengok perkampungan atas bot.
Sunset memang puas hatila!
video
Layan Video Ni kalau Tak percaya!

video

Layan lagi video sunset!

Perjalanan cruise mengambil masa lebih kurang satu jam, di mana cruise akan berpatah balik ke tempat mula-mula bertolak tadi. Boleh beli tiket di jeti yang berhampiran dengan stesen bas. Sampai semula ke jeti hari pun dah gelap. Memandangkan Bas kami akan bergerak pada jam 10.00 malam makanya saki baki masa yang tinggal kami berjalan-jalan dulu di night market berhampiran situ. Ha tak caya korang datang la sini, semua tempat dekat-dekat je boleh jalan kaki.

Di night market tu takde nak amik gambar sangat pun sebab risau kejadian cubaan rampasan henpon berlaku lagi macam hari pertama di Phnom Pehn dulu. Hahahah trauma ok, terus simpan semua kemera dalam beg. Sorry takde gambar. Ala night market dia sama je macam kat tempat-tempat lain. Cuma malam tu macam ada konsert, so ramai gila orang.

Stesen bas yang kami naik di Syarikat Giant Ibis. Sementara tunggu bas sampai, kami lepak-lepak dulu di pejabat Giant Ibis tu, mujur ada wifi free hahaha. Dan tepat jam 9.45 malam bas pun sampai. Yalaaaa kami naik sleeper bas, ada katil untuk setiap penumpang! Eksaited la jugak sebab firstime naik bas macam ni hahaha. Setiap tempat penumpang disediakan plug untuk cas alat elektronik pulak tu. Jadi sepanjang malam tu kami tidor terbuai-buai la jugak sebab naik bas kan, mujur takd kejadian pelik berlaku hahaha.

Keadaan dalam bas. Katil dia 2 -1
Dua tingkat lagi kau!
Ada plug boleh cas henpon
Pepandailah bawak diri hahaha.
Kami tiba di Seam reap lebih kurang jam 5 pagi. Masa tu cuak jugak la sebab tersampai awal, hahah lepas tu dia turunkan kami kat stesen bas lain, bukan stesen bas yang Osman hantar kami haritu! Alamak macamana nak bagitau Osman suruh kami ambik kat situ. Hahaha cuak lagi, wifi pun takde hahaha. Last-last kami pi pinjam telefon orang yang ada wifi minta nak whatsapp pada Osman. Alhamdulillah semuanya setel.

Pagi tu sebelum hantar kami ke airport, Osman bawa kami breakfast nasi ayam ... dekat dengan kampung dia. Aku tak ingat apa nama restoran tu. Sedap la jugak nasi ayam tu, tapi harga pun boleh tahan mahal! Hahahaha. Ok abaikan. Sebab dah tak sabar nak balik dah. Segala makanan tak habis, macam megi, biskut etc kami bagi pada Osman. Bukan main gembira dia. Syukur...

Nasi ayam as breakfast kami yang terakhir di bumi Kemboja.
Sekian kisah Cambodia. Fuh nak menghabiskannya pun makan bulan! OK NEXT!

WASSALAM

4 comments:

  1. Amboi patut macam tersedak je rasa hari ni...hahaha bagus-bagus semangat update dah mari...aku gak slow update bab travel...malas gilaaa...hahaha...

    eh naik bot layan sunset tu memang best!aku pun sukaaa...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah semangat la sangat kan pudah deraf entry dah dekat setahun lols.
      Ye aku suka cruise tu!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!