2011-05-07

Jelajah Singapore : Part 2 (Makan-Makan Sampai Lebam!)

Assalamualaikum!!!

Hari kedua di Seberang Tambak rasanya boleh dikatakan sebagai hari makan-makan sedunia kot! Mana taknya, sekejap-sekejap pergi makan, lepas tu jalan-jalan dan sambung lagi makan-makan. Haish rosak diet pemakananku ini...;p

Restoran pertama yang kami jejaki adalah Tang Tea House Hong Kong Cafe!!Terletak di Beduk, hanya beberapa minit saja dari Simei. Fuh namanya bukan main panjang, dan menu yang disajikan jugak adalah pelbagai. Tengok sajalah makanan-makanan yang kami pesan di restoran tu, semuanya sangat menyelerakan dan sedap! Harga...hmmmm standard la kalau dah kat Singapore, semuanya kena kali dengan 2.49. Sila kira sendiri yer.

Selepas makan-makan di restoran Tang, Adie membawa kami ke beberapa buah supermarket, sebab aku nak pergi cari memory card untuk Cik Melatie aku yang tak boleh nak guna. Pusing dua -tiga supermarket tak jugak jumpa. Haish pelik jugak yer, walaupun Singapore! Hahahah.

Akibat kegagalan menemui memory card, kami semua terus menuju ke Marina Barrage. Oh ya aku pernah ke Marina Barrage dulu, sewaktu bekursus di sini, itupon Adie yang bawak. Kali kedua ke Marina Barrage memberi perspektif yang berbeza. Banyak perubahan di sekitar Marina Barrage dan apa yang pasti, construction pon masih banyak di sana. Marina Barrage merupakan satu binaan yang sangat berani bagi aku, di mana empangan dibuat di kawasan Kuala Sungai bagi menghalang air tawar masuk ke laut. Tujuan pembinaannya adalah sebagai water catchment untuk bekalan air di Singapura. Bayangkan empangan di kuala sungai yang besar! memang menakjubkan.

Apa yang menarik di Marina Barrage ni, terdapat satu kawasan lapang di mana ramai muda-mudi, dan tua-tuie berkumpul bermain layang-layang! Sangat menarik! Cuci-cuci mata la apa lagi! Ohooooi!

Selepas ke Marina Barrage, Adie membawa kami semua ke Suntec City, masih dengan tujuan asal mencari memory card! Hehehe alhamdulillah akhirnya ketemu juga. Suntec City juga merupakan satu kawasan shopping complex yang menarik hasil gabungan lima buah bangunan membentuk telapak tangan dan terdapat sebuah telaga di tengah-tengahnya. Yang menarik tentang telaga ini yang diberi nama "Well of Wealth" adalah, masyarakat Singapura (Cina) percaya barang siapa yang mengelilingi telaga tersebut dan memohon hajat makan hajatnya akan ditunaikan. Maka berdoyon-doyonlah orang berpusing mengelilingi telaga tersebut. Pada waktu-waktu tertentu juga ada persembahan laser air di kawasan telaga tersebut. Memang futuristic!

Selepas melepak di Suntec City sampai ke malam, kami kemudiannya kembali ke Tang Tea House Hong Kong Cafe untuk makan malam! Hahaha macamkan takde restoran lain kan!! Sebenarnya saja nak cuba menu-menu lain yang ada kat situ. Banyak lagi yang tak sempat kami cuba.

Di restoran tersebut kami berlima menunggu ketibaan seorang lagi rakan yang baru habis kerja dan akan join kami melepak. Tan namanya. Dia juga bekerja di Singapura sama macam Adie. Selepas habis makan, dan hari pon dah lewat malam, maka kami ber enam pun balik ke sarang di rumah Adie. Keesokan harinya ada banyak lagi aktiviti yang nak kami buat! Dan esok juga acara kemuncak percutian segera kami akan berlangsung! So, sambung nanti je lah ...

PEACE!




Stuffed Jalapeno, Italian food sangat sedap!
Shrip Balls!! Yummy!











6 comments:

  1. sukernyer dia ke sana sini...
    hehe
    mana keychain?
    mana poskad dengan stem singapore?
    mana...mana janji pelsu mu itu.....???(haha)

    ReplyDelete
  2. haha..br abes amazing race 2 ari kat sana
    main redah jek..tp best!

    :P

    ReplyDelete
  3. Anash -

    Aternyer bukanke saya dah email hari tu??? tak dapek eh???

    ReplyDelete
  4. Hani-

    Bagus-bagus...best kan

    ReplyDelete
  5. huwaaaaaaaa..... tak bawak pun amek gambar kat padang tu [ermmm.... mood jeles]

    ReplyDelete
  6. Masmz:

    Padang tu takde direct MRT g sana hahahaha .

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS