Assalamualaikum!
Fuh makin ramai pulak yang tak sabar-sabar nak tau kisah di Kota Singa. Ok jom aku start bukak cerita. Sebenarnya plan ni merupakan plan ad-hoc jugak la walaupun dalam masa dua bulan. Kalau tak silap aku mid November kami start plan nak berjimba-jimba naik rides di taman tema. Banyak jugak cadangan tempat yang nak dituju tapi akhirnya keputusan untuk ke Universal Studio Singapore (USS) dibuat, Biqque (Cik Ro) jadi anchor nya.
Maka sejak dari itu, perancangan rapi pun dibuat. Bermula dari memilih peserta rombongan, sampailah ke nak pakai baju apa masa kat USS nanti dibincangkan di dalam emel. Tak cukup dengan itu, siap buat perjumpaan hampir tetiap minggu! Ko mampu??? hahaha.
Setelah beberapa purnama berlalu, hari yang dinanti pon tiba. Masing-masing dah buat entry blackout day (kecuali beberapa peserta rombongan Cik Ro yang tak dapat buat atas sebab menjaga kepentingan katanya hahaha. Ok boleh diterima alasan itu).
Maka di hari kejadian, empat buah kereta pon mulalah meredah kepekatan malam .... "menuju ke destinasi yeah yeah!" (buat gaya lagu Dato' Siti Nurhalija ye). Peserta mengikut kenderaan pon dah dibahagi-bahagikan sejak dua bulan yang lalu. Aku menumpang John, (Leman) bersama MasMZ (Aloyah) dan Lily (Maimoon). Manakala tiga buah kereta yang lain masing-masing dengan keluarga dan ada juga yang baru first time bersua muka. Unik kan perhubungan kami? hehehe. Kesemua ahli rombongan adalah seramai 13 Orang tidak termasuk Shah_rule (cik Osman) yang akan menyapa kami di pintu masuk USS kelak.
|
Sebahagian ahli Rombongan cik Ro, di Hentian Senawang |
Plan asal, kami akan berkumpul di
Hentian Seremban, tetapi malangnya, dek kerna ada yang rancak mengumpat sehingga terlepas
Hentian Seremban, maka terpaksalah kami berkumpul di hentian yang hanya ada toilet sahaja iaitu hentian Senawang. Kesemua kami ahli rombongan
Cik Ro berkumpul di
Hentian Senawang pada jam 12.30 pagi. Seterusnya kami terus membuat keputusan untuk berhenti di
Hentian Ayer Keroh memandangkan ada yang masih kebulur tidak menjamah barang sesuap nasik. Sementelaah mereka ke
Hentian Ayer Keroh, rombongan
Cik Leman menyimpang ke
Alor Gajah untuk menjemput
Datin Fe'ah (Kak Coco) di rumahnya yang baru lepas menjadi penanggah kenduri kawin. (Huh?
Datin jadi penaggah?). Setelah menjemput
Datin Fe'ah kami pun terus ke
Hentian Ayer Keroh untuk makan malam. Ada juga yang tidur dalam kereta sementara menunggu kami makan. Lama jugak lepak kat situ, hampir dua jam!.
|
Menarik tak??? Cup Cake Red Velvet hasil sponsor Cik Maimoon. Lepas ni harap-harap dapat rasa kapkek Guava pulak!!! |
Bila tangki masing-masing dah penuh (siap makan guddies kenduri kawin hasil sponsor Datin Fe'ah), maka perjalanan ke Johor pon diteruskan. Sepanjang perjalanan memang tak habis sesi berceramah. happening siot! Ada jugak kejadian merempit di antara satu sama lain sebab nak hilangkan mengantuk katanya.
|
Sampai jugak ke Johor...setelah dekat 4 jam memandu... |
Akhirnya dalam jam 5.30 pagi, kami pon tiba di Hentian Bas Larkin. Kami akan meletak kereta di tempat parking di seberang jalan Hentian bas Larkin sebab harga bayaran tempat letak kereta di situ dikira RM 5 untuk sehari, lebih murah dari parking kat dalam kompleks Hentian Bas Larkin. Lepas dah siap dengan beg galas masing-masing (kali ni takde yang bawak beg trolly ye) kami pon bergerak menuju ke surau di tingkat tiga Hentian Bas Larkin. Suraunya alhamdulillah, besar dan sangat selesa, kami menunaikan solat subuh dan siap dengan tukar baju mengikut tema "Negara" seperti yang telah dirancang sebelom ini.
|
Tu dia Rombongan Cik Ro dah mai dah kat Hentian Bas Larkin! |
|
Surau di tingkat 3 yang memang selesa! |
Setelah selesai membuat apa yang patut, maka perjalanan kami ke
Kota Singa pon bermula. Kami akan menaiki bas
SBS 170 dengan tambang RM 1.90 menuju ke
Stesen MRT Kranji di
Singapore. Tapi akan singgah untuk pemeriksaan kastam di
Imigresen Johor dan I
migresen Woodlands. Proses pemeriksaan Imigresen agak lama dan manusia punyalah ramai memandangkan waktu itu adalah waktu puncak orang pergi kerja! Nasib baik kami berjaya potong barisan, sambil dijeling-jeling orang. hahaha peduli apa, janji dapat naik bas hahaha.
|
Sambil beratur naik bas pon mereka kelihatan sungguh gembira (Datin Fe'ah, Musalmah Jenab dan Bibah baru first time jumpe time ni) |
|
Ini lah Bas SBS 170 menuju ke MRT Kranji, Singapore. |
|
Icam Si Pengembara Tumpangan mesti tengah excited giler time ni! |
Sampai di
Stesen MRT Kranji dah dekat pukul 8.15 kot, maka kami semua terus beratur beli
card Ezy Link (macam kad
Touch 'n' Go tu) supaya senang bergerak ke mana-mana. Masa tu memang lapar giler. Perjalanan menaiki MRT dari
Kranji perlu mengharungi 16 stesen sehingga sampai di
Dhoby Ghout!! Apa lagi, memang melepek la memasing dalam MRT sebab lama giler. Tambang MRT dari
Kranji ke
Harbor Front adalah SGD 2.30. Sampai di
Stesen Dhoby Ghout, kami bertukar MRT ke
Harbour Front untuk ke
Vivo City (
Shopping Complex). Kami
breakfast di
food court Vivo City, alhamdulillah ada seksyen makanan halal di situ, lokasinya di
lower ground floor.
|
Masing-masing beratur nak beli tiket. Dah sampai jejak ke Singapura! |
|
Kesian cik Ro, penat sampai melepek di tepi pintu... |
|
Begitu juga dengan Datin Fe'ah...penat gamaknya jadi penanggah... |
|
Dah sampai Vivo City, jom makan!!! |
|
Ni lah brunch kami! Siap makan petai lagi ok!!! Harga sepinggan SGD 3.50 |
|
Masing-masing dah kelaparan. |
|
Pintu masuk ke Monorel Sentosa di aras 3 Vivo City. |
|
Ramainya manusia!!! Aku rasa ni semua orang Malaysia ni. |
|
Icam membetulkan tali kasut POWER nya untuk kekal power di USS |
Lepas semua dah
refresh, akhirnya pada jam 10.10 pagi, kami pun bergerak ke tingkat tiga
Vivo City di mana terletaknya stesen monorel untuk ke
Pulau Sentosa. Tiket untuk naik monorel adalah SGD 3, tapi sebab kami dah ada
Ezy Link card, so tak payah beratur beli tiket lagi.
|
Akhirnya kami sampai di USS!!!! |
Feel free to check out their version of USS story!
POST TAG: Beauty In Darkness (Biqque), Chawanna (Chawan & Na), Coco Nutz (Anash), This Is Our Lalaland (Ely), Globetrotter (Lily), Kaki Berangan (John), Kaki Jalan (MasMZ), Traveller's Anatomy (Byya), Journey Of Life (MasZuber), Icam Si Pengembara Tumpangan (Icam), My Story Is On Lifetime (Shah_rule)
Ok lah, panjang beno cerita aku ni...nanti lah sambung lagi.
WASSALAM.
akak komeenn first
ReplyDeletela? jadi rupenyer???
ReplyDeleteyahooo...
Yeay!!! Akak berjaya!
ReplyDeleteeceit!!!!!
ReplyDeletetakpe... janji sebelum john!
Cis ingatkan aku first tadi, penat aku scroll laju2 ke bwah
ReplyDeleteok aku baru nk baca skrg!
hahah...
ReplyDeletehoit!
ilang kesopanan akak gelak besau tuh...
ilang lagi tatasusila akak tido kat lantai MRT (penat terasa wehh...)
10.10am bertolak ke USS? mak aaii tepat sungguh waktu itu?
BlueEwoke:-
ReplyDeleteHahaha maaf , kak Anash lagi DIVA. hahahaha...
MasMz:-
ReplyDeleteKannnn janji bukan john! Pi sambung masak!
Kak Anash:-
ReplyDeleteHahaha tema kesusialaan dah takleh pakai time tu. wakakaka.
Ye la kan pukul 10.10 am...saya tengok hpon tau time tu.
Tak sia-sia tiap2 minggu kite jumpe hahaha
ReplyDeleteAku tak sedor pun ada aktiviti merempit malam tu, sebab aku tidor tak sedar diri sepanjang perjalanan, tau2 dah sampai johor kakakakka..
Makan nasi pepagi buta memang gila la, siap dengan petai lagi kah kah kah..buduh betui laaa
Lagi lagi!
i sebelum john ke?
ReplyDeleteyeay! sebelum john mencelah.
ReplyDeleteBlueEwoke:-
ReplyDeleteHahhaa kan!!! Aktiviti berfaedah sungguh tetiap minggu!
La hampeh je tidooooo , aku jugak yg berjaga teman si john hahaha (konon) padahal mengumpat berjemaah.
Sedap weh ikan bilis petai tu!
Sabo weh, aku baru je upload citer ni sampai balik pukul 7.30 malam dr opis tau! hahahaha
Lily:-
ReplyDeleteYer anda sebelom john! hehehehe...sabo je la aku.
bab merempit tuh mmg lawak, especially bab biqque tetiba overtake and rempit kete maszuber, siap flash bebagai. we all dlm kete tgk pun gelak. bilan tanya live, lagi ler gelak sekuat jiwa raga.
ReplyDeleteHaishhhhhh nape di mana-mana ada nama JOHN?????
ReplyDeletebetul ke makan nasik tu pagi lagi???? hahahha..... giler dah lapo masa tu, ingat cm dah tengah hari! ekekekekeke......
ReplyDeleteekrppppp.... alhamdulillah dah siap masak dan makan!!!! nikmatnya dapat makan puas2... :D
*nak sebut nama John lagi larr... hahahahaha
Lily:-
ReplyDeleteKan,...tetibe ada adengan rempit kan. lawak betol,....terus segar bugar mata memasing.
MasMZ:-
ReplyDeleteAternya ingat sampai vivo tu pukul brape? hahahahaa
Johnnnnn..... John....
aku dah terasa macam urban legend masa dok high beam si maszuber...lagi laju plak dia! hahaha! seb beik paham...
ReplyDeletejohn dah maiii....kekeke. aiseh, nmpknya entry aku lmbt lagi laaa nk kuar nih! bertabah jela.
ReplyDeletetula..teringt lak time merempit malam tu. ingtkan nk berlumba...rupanya nk kencing!!!! hahahah
tak boleh blah surau tingkat 3 yang selesa..berbunyi tempat tidur di situ~ hahaha
ReplyDeletesemangat tgk korang sume jalan berbeg galas, termasuk icam.. haha
aku nyer kuar besok! confirm part by part! nanti aku backlink kat sume entry korang :D good one!
ReplyDeleteBiqque:-
ReplyDeleteKannnn! kami pon pelik nape kete ko tetibe pecut pastu high beam2 bagai kat kete maszuber hahahaha siap ngumpat2 lagi muahahahahaha!
John:-
ReplyDeleteSila bertabah lah John hahahhaa.
Shah_rule:-
ReplyDeleteMestila kena selesa muahahahahhaa. ada ekon tau! Wakaka.
Dah nama bekpeker , icam paling excited okay! hahaha
Biqque:-
ReplyDeleteCepat la nak baca citer ko muahahahahhaa
cite bab rempit tu, aku jd pelik bila aku drive slow, semua menurut kat blkng jugak, xde pun nk take over.. warrghhhh...
ReplyDeleteCawan:-
DeleteHahahah kami kene jadi berhemah time tu! Wakakakaa
huiyo.. meriah betul rombongan pacik. kakaka..
ReplyDeleteHanie:-
DeleteRombongan tangkap muat namanye hehehe
cuba jaya utk mengkomen cubajaya...
ReplyDeleteEly:-
DeleteMotif!!!!! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ ko dah boleh komen la ni.
Janggel,
ReplyDeletebila nengok akak dodok kat lantai mrt..mmm
nasib baik orang singapore tak kenal akak...
but memang letih terasa sungguh masa tuh...
Kak aNash:-
DeleteKannnnnn... Kata nak jd travelholic, kenalah gigih!!
Hahahaha