Posts

Showing posts with the label Travel Asean

THAILAND: Merakam Sunset Di Pinggir Sungai Chao Phraya, Bangkok : Eagle Nest Bar

Image
Petang tu, aku, Eerie, dan Umar tak ada plan spesifik. Jalan punya jalan, tiba-tiba kami terjumpa satu kafe yang nampak chill: Cafe Eagle Nest. Dari luar nampak biasa je, tapi bila naik atas, fuh! View dia memang padu. Depan mata, Wat Arun tersergam indah, dengan sungai Chao Phraya mengalir tenang. "Weh, kita lepak sini sampai sunset!" Eerie terus buat keputusan tanpa bincang. Aku dengan Umar saling pandang, angguk setuju. Lagipun, tempat ni rare gila. Masalahnya, semua spot best dah hampir penuh. Jadi, siapa cepat, dia dapat! Kami gigih cari meja yang paling strategik sambil pesan minuman, janji boleh duduk lama. Kalau tak order, tak boleh lepak lama-lama, jadi masing-masing ambil minuman paling murah. Masa baru pukul 4 petang, matahari masih terik. Panas merembang, tapi angin sungai sesekali menyapa buat rasa nyaman sikit. Bot-bot lalu lalang di sungai, ada yang bawa pelancong, ada bot panjang yang penuh barang. Kadang-kadang ombak dari bot besar buat air sungai berkocak ga...

PART 2: Kota Kinabalu Dan Pulau-Pulau Di Sekitarnya

Assalammualaikum!!! Ok mood  rajin datang lagi! Kali ni nak sambung kisah di Kota Kinabalu dengan trip island hopping. Untuk makluman, di KK juga ada gugusan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada beberapa buah pulau antaranya Pulau Sapi, Manukan dan Mantanani. Untuk ke pulau, terpulang samada nak ambik pakej dari syarikat-syarikat pelancongan atau beli tiket naik bot saja lepas tu sampai pulau pandai-pandai sendiri. So aku pilih beli tiket je untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan.  Lokasi nak beli tiket bot: Jesselton Jetty, KK (Kat sini ada banyak kaunter jual tiket, so pepandailah pilih) Harga Tiket: RM 35/orang (tiket pergi dan balik untuk dua pulau) Lokasi: Pulau Sapi dan Pulau Manukan Bot berlepas dalam jam 9.30 pagi dan kami akan diambil pulang jam 3.00 petang. So memang puas la kalau nak enjoy  mandi laut.  Oh by the way  kalau nak layan sunset silalah ke Tg. Aru atau ke Teluk Likas ! Memang ...

Ronda-Ronda Jakarta

Image
Assalammualaikum!  Waduh-waduh lama sungguh tidak bersiaran ya ... udah ada yang lupa sama saya? asyikkk hahhaha feeling-feeling berbahasa Indonesia pulak kali ni. Setiap kali muncul entry baharu, setiap kali tu la kena mintak maaf sebab dah jadi pemalas tahap firaun, blog picisan semakin dilupakan. Ewah-ewah (terus nyanyi lagu Wany Hasrita ). Tapi sebelum tu dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca setia blog Janggeltrekker's Life yang dari dulu tak jemu-jemu bagi semangat suruh update blog ;p. Semoga lebaran kali ini disambut dengan lebih meriah tetapi bersederhana. Ingat, pembaziran itu amalan syaiton!  Ayuh ke Jakarta! Sebenarnya plan ke Jakarta ni dah bertahun-tahun dulu, sejak zaman muda mudi lagi, tiap kali beli tiket terpaksa cancel, mujur tiket beli time promo, so harga pun tak sampai RM50 time tu. Seingat aku dah dua kali aku cancel trip ke Jakarta. Kali ketiga ni aku nekad, kalau xda sape nak ikut pun...

Luang Prabang, Laos (4 Hari 3 Malam) | Apa Yang Kami Buat?

Image
Assalammualaikum!!! Baru-baru ni kami buat short trip ke Luang Prabang, Laos. Sebab apa nak sangat pergi ke Luang Prabang ni? Sebab nak dengar cerita banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan tak pernah pergi Laos sebelum ini. Tinggal 1 negara to complete ASEAN after Laos ! InsyaAllah. Ok sebenarnya nak buat short entry je, just nak share itinerary memandangkan ramai yang bertanya. Untuk kisah drama berbabak-babak sepanjang 4 hari 3 malam tu nantilah bila aku rajin aku tulis entry lagi ;p. So untuk trip 4 hari 3 malam ke Luang Prabang, apa yang kami buat adalah seperti berikut:- HARGA TIKET KAPAL TERBANG : RM 160 / person (Tiket beli dengan KC Wonderlust Solutions, boleh check di FB untuk promo-promo kasih sayang beliau). PENGINAPAN : Kami stay di Apple Guesthouse, Luang Prabang. Boleh check di Agoda atau website- website lain yang sama waktu dengannya. Boleh check juga di sini -  http://www.appleguesthouselaos.com/   Harga adalar RM 140/ pe...