2017-05-09

Luang Prabang, Laos (4 Hari 3 Malam) | Apa Yang Kami Buat?

Assalammualaikum!!!

Baru-baru ni kami buat short trip ke Luang Prabang, Laos. Sebab apa nak sangat pergi ke Luang Prabang ni? Sebab nak dengar cerita banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan tak pernah pergi Laos sebelum ini. Tinggal 1 negara to complete ASEAN after Laos! InsyaAllah.

Ok sebenarnya nak buat short entry je, just nak share itinerary memandangkan ramai yang bertanya. Untuk kisah drama berbabak-babak sepanjang 4 hari 3 malam tu nantilah bila aku rajin aku tulis entry lagi ;p.

So untuk trip 4 hari 3 malam ke Luang Prabang, apa yang kami buat adalah seperti berikut:-

HARGA TIKET KAPAL TERBANG : RM 160 / person (Tiket beli dengan KC Wonderlust Solutions, boleh check di FB untuk promo-promo kasih sayang beliau).

PENGINAPAN: Kami stay di Apple Guesthouse, Luang Prabang. Boleh check di Agoda atau website-website lain yang sama waktu dengannya. Boleh check juga di sini - http://www.appleguesthouselaos.com/ Harga adalar RM 140/ person untuk 4 hari 3 malam. So basically dalam RM 46.60 sorang / hari. Kira ok la sebab kat LP memang banyak gila Guesthouse, semua cantik-cantik pulak tu dan harga boleh tahan murah juga. Untuk Backpackers yang tegar boleh je duduk backpackers hostel, ada...jangan risau. Harga mungkin lebih murah, so check la, aku tak tau sebab tak duduk hostel. Owner guesthouse ni baik gila dan fasih berbahasa inggeris sebab dia pernah kerja di Australia selama 2 tahun. Family dia pun masih menetap di Australia sekarang ni. 
TIPS: Ada satu guesthouse milik orang Malaysia dari kelantan, namanya Wat That Guesthouse boleh try, sebab harga murah dan ada jual makanan HALAL untuk breakfast, lunch dan dinner. Try tengok situ.
Rating: 7.5/10. Good service dan selesa. Open pantry for guest, free wifi dan boleh minta tolong kalau nak request apa-apa.

MATAWANG: KIPs (Laos) atau USD. 10 USD = 82,000 KIPs = RM 43.00

DAY 1
  • Bertolak dari KLIA2 (12;20 pm) - Luang Prabang, Laos (2:30 pm) - waktu Laos GMT +7 (3 jam perjalanan).
  • Beli internet data : Telco Beeline 8 USD unlimited internet data untuk 4 hari. (Lebih berbaloi sebab tak de nak guna untuk call pun) - Penting bagi aku sebab nak upload IG, whatsapp dan Waze. Lols. 
  • Pick-up shuttle (Guesthouse) 10 USD / van terus ke guesthouse. Check in dan rehat sekejap.
  • Sunset hunting depan guesthouse, sepanjang Sungai Mekong. (Jalan kaki je)
  • Night market, belakang guesthouse. (Jalan kaki je). Night market ada setiap malam dan banyak jual barang-barang kraftangan. Jangan lupa try fruit-shake (banyak kedai ada) rata-rata dijual dalam 10,000 KIPs. Pasar malam sepanjang lorong, so memang boleh spent time lama kat situ.
  • Dinner (pepandailah nak dinner apa, makan mi segera je pun boleh)
TIPS: Harga barang-barang kat night market semua boleh pitam, pandai-pandahlah tawar menawar sehingga 50% dari harga asal.
Kedai-kedai sepanjang Mekong River, hadapan guesthouse.

DAY 2 

  • Breakfast (terpulang nak breakfast sendiri atau breakfast di kedai) Guesthouse tidak menyediakan breakfast. Kami breakfast di kedai behampiran. Harga lebih kurang 25,000 KIPs untuk sepinggan breakfast (roti bakar, croissant, buah-buahan, kopi/teh, kek pisang dan fresh juice.
  • Morning Market (walking distance)
  • Jalan-jalan sekitar town. Masuk National Museum (15,000 KIPs/person).
  • National Library (free)
  • Bamboo bridge crossing Nam Khan River (wajib). Entrance fees 5,000 KIPs / person. Bamboo bridge hanya ada pada musim kering / dry season. Bila musim hujan jambatan ini akan dihanyutkan oleh air sungai Nam Khan yang deras. So takde bamboo bridge pada musim hujan.
  • Cafe hunting - JOMA Bakery Cafe (agak popular) dan ada dua branch. Boleh la try Kopi Laos dan rasa apple pie dia, terbaik!
  • Phousi Mountain - sunset hunting. Entrance fees 20,000 KIPs/person. Daki lebih kurang 350 anak tangga ke puncak.
  • Dinner di Nisha Restaurant (Halal) - Indian muslim restaurant. Average makan untu 4 orang dalam 112,000 KIPs (3 dishes dengan 4 nasi)
TIPS: Banyak Watt (Temple)  kat sekitar town, within walking distance. Kalau nak sewa basikal pun boleh, tapi aku tak tau berapa harga sewa basikal sebab tak sewa pun. Lagi satu, kami tak masuk semua Watt kat sekitar situ sebab malas hahaha. Dah banyak sangat tengok Watt, so rasa macam tak berapa nak inzal. Fokus lebih kepada nature dan street art + cafe hunting. Kalau yang minat masuk Watt tu boleh la google, banyak je kat internet dan semuanya boleh jalan kaki je.
Wat Ho Pha Bang at Royal Palace Museum.
Royal palace Museum
Luang Prabang Library
Phousi Mountain.
Night Market.
Bamboo bridge crossing Nam Khan River.
Night market.

 DAY 3

  • Kuang Si Waterfalls (wajib) - sewa motor 100,000 KIPs / day (motor manual). Untuk motor auto 120,000 KIPs. Boleh minta orang guesthouse uruskan. Boleh juga cari kedai yang boleh sewakan motor untuk setengah hari, tapi haritu kami dapat info kalau sewa setengah hari dalam 80,000 KIPs (agak mahal juga). Waktu malam (lepas pukul 9.00 pm) tak boleh bawa motor di dalam town
  • Jarak dari Guesthouse ke Kuang Si Waterfalls adalah lebih kurang 25 KM. Entrance fee adalah 20,000 KIPs dan upah orang jaga motor (parking) 5,000 KIPs. Minyak motor fulltank 17,000 KIPs.
  • Lunch kat Wat That Guesthouse (Halal) own by Malaysian. Total spend 72,000 KIPS/4 persons with 3 dishes and 4 rice)
  • Cafe hunting - Indigo Cafe (area night market)
  • Beli poskad 2,000 KIPs/poskad + setem ke Malaysia 8,000 KIPs /poskad. (Mahal gila!)
  • Nigh market for 2nd day. Lols. Park motor 5,000 KIPs/motor. Sebab dah sewa sehari kan, so bawak je la ronda-ronda town.
  • Dinner sendiri.
Kuang Si Waterfalls
DAY 4
  • Morning Giving Alms Ceremony - tengok dari belakang guesthouse. Kena bangun awal pagi sebab para sami akan mula keluar pada jam 5:30 am - 6:15 am. Jadi kena standby lah tepi-tepi jalan kalau nak ambil gambar.
  • Cafe hunting JOMA Bakery Cafe - 2nd branch. Depan bamboo bridge je. Walking distance.
  • Siap-siap untuk balik Malaysia. Sewa shuttle ke airport (80,000 KIPs/van)
Morning Giving Alms ceremony
TIPS: Bab makan ni aku tak tau nak cakap macamana lah, susah kalau ikut tekak masing-masing kan. Bagi aku makanan halal susah nak cari, kena pegi kedai-kedai tertentu (yang aku tulis kat atas tu dan beberapa yang aku tak sebutkan). Tapi kalau jenis tak kisah, jenis boleh makan vege, so makan je lah kat pasar malam tu, banyak je orang jual makanan Laos. Ok?
Itu je yang aku dapat kongsikan, depends la korang nak travel untuk cari apa, fokus pada apa etc. Trip aku ni bukan le jimat mana sangat, ala kadar juga la. Total spend lebih kurang 100 USD = RM 430.00 exclude flight ticket dan SHOPPING!. Pepandai la ejas mana yang patut kalau nak lagi murah.

Sekian.

WASSALAM.


5 comments:

  1. Ren;

    Waahhh bagus sekali penulisan nya ... macam baca Travel Guide ... siap ada tips lagi !!!

    Memang bagus !!! TERBAIK !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehheheehe biasa je ni... banyak merepek.

      Delete
  2. tmpt yg sy memanggggggg nk pegi!!

    ReplyDelete
  3. consider murah ni..cantik gila waterfall tuh

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!