2017-05-03

New Zealand : South Island - From Christchurch To Lake Tekapo (Part 2)

Assalammualaikum!!!

What's up? Jom sambung entry NZ dengan part dua. Eh jab, cecuti panjang ni kome tak travel ke mana-mana ke? Ke dah bersara macam aku? Hahaha kbai.


OK malam pertama di Christchurch memang lena tido, tak ingat apa dah, maklumla memasing penat seharian bersengkang mata dari subuh ke malam. Alhamdulillah, dapat rest dengan baik malam tu.

Esok paginya, pepagi kaum wanita dah bertukang di dapur, menyediakan sarapan pagi, dan juga bekalan untuk makan tengahari. Senang masak sekaligus, tak payah nak beli-beli dah kat kedai untuk lunch nanti. Hari ni kami akan check out dari 219 Johns Motel & Holiday Parks. Ok untuk makluman, tempat ni takde WIFI free ye, semua kena bayar! So untuk tidak memutuskan hubungan dengan dunia sosial gigih beli wifi 100 gb dengan harga 5Dollar yer! Murah gila sampai 100 gb! Lols...ko rasa nak download movie ke tak? Hahaha. Ok berbalik kepada perihal breakfast.


Hahahah sorry Ferris, aku kagum tengok beg ko yang penuh makanan ;p
Pagi tu kami breakfast di taman di tengah-tengah Motel. Ada la satu kawasan permainan kanak-kanak siap ada meja bagai, so boleh la breakfast berjemaah kat situ. Alhamdulillah, tak sempat nak lapar la kalau join trip ni. Tengah syok-syok breakfast, aku lari balik bilik kejap untuk ambil kek birthday surprise untuk auntie Zu! Gigih pegi mintak lilin kat reception Motel, nasib baik auntie kat reception counter tu ada simpan lilin birthday yang dah gunapakai. Hahaha jadilah, janji ada lilin!

Breakfast kami! Nasi goreng bersulamkan kiwi!
Kita makan dulu then baru boleh buat surprise!
Terkejut ha auntie Zu bila kita bawak keluar kek birthday siap ada linin, dan nyanyi lagu birthday ramai-ramai! Bukan apa, saja nak enjoy-enjoy. Taknak la stress je masa bercuti kan! Alhamdulillah objektif tercapai.

Ha terkejut kan! Happy birthady Auntie Zu!
Group foto sebelum meninggalkan Christchurch
Selesai breakfast, kami pun check out, angkut semua beg masuk dalam van dan akan menuju ke destinasi yang seterusnya di hari kedua! Kami akan ke Lake Tekapo! Ya Allah, impian sejak azali kot nak pegi tasik tu, sebab sebelum ni dapat tengok gambar dan cengar cerita kengkawan je. Cuaca pun baik pagi tu dengan langit yang biru. Syukur! Tak macam semalam asyik gloomy je. So hati pun dah berbunga-bunga lah!

video

Perjalanan dari bandar Christchurch ke Lake Tekapo mengambil masa lebih kurang 3 jam dan terletak di dalam negeri Mackenzie. Laluan utama pelancong ke Lake Tekapo memang dihidangkan dengan pemandangan yang indah! Sepanjang jalan asyik terlopong je mulut tengok pemandangan cantik, ko pejam mata sesaat toleh kiri kanan, semua cantik! Lahir-lahir dah cantik la kiranya! Tambahan pulak nampak kambing bebiri bertaburan serata alam, dah nampak macam ulat taik berserakan. SubhaAllah. Aku kagum sebab dapat tengok negara yang indah bak syurga ni. Jalan raya pun tak sibuk, pendek kata kalau ko nak berbaringan atas jalan pun tak de orang nak langgar lah! Hahahaha.

Separuh perjalanan, kami sempat singgah di di tepi tepi jalan untuk bergambar, itulah kelebihan drive sendiri di NZ, sukahati mak bapak korang la nak berhenti kat mana, tapi harus diingat, undang-undang jangan di langgar sebab dendanya nauzubillah, mahal. Hahaha.

Singgah brgambar bersama kengkawan.
Cantiknya...
Dah sampai!
Menghampiri Fairlie, kami singgah di persimpangan di atas bukit yang menunjukkan mercu tanda di Mackenzie Country. Kat situ dah sejuk sejuk dan cuaca agak gloomy. Alamak jangan la hujan, tak sampai lagi Lake Tekapo ni! Kat puncak bukit tu kami bergambar la sehabis daya, rugi woo datang jauh-jauh tapi taknak bergambar, ko dah kenape!!! Hahaha.

Mercu tanda.
Wajib!
Setelah lebih tiga jam memandu, akhirnya kami sampai di Lake Tekapo! Subhanallah cantiknya weh, dengan cuaca yang sangat baik, syukur. Tambahan pulak banyak bunga Lupins kat tepi tasik, lagilah batak! Bunga lupins ni tumbuh waktu springs to summer je dan hanya ada di negara-negara selatan. Kat Malaysia takde ye! Hahaha.

Tudia dah nampak tasik!
Lawanya.
Lawanya jugak!
Begitulah.
Kami singgah tepi tasik tu untuk lunch! Untungla bawak bekal, nasik goreng, roti dan macam-macam lagi. Habis licin! Maklumla sejuk-sejuk ni memang cepat lapar. Kat tepi tasik tu ada la meja dan kerusi untuk berpiknik, walaupun tengah hari buta, tapi sejuk. Macam-macam aksi la berphotoshoot kat situ, sampai dah tak tau nak posing macamana. SubhanaAllah, kagum sungguh dengan kecantikan bumi tuhan ni.

Bersama Lupins.
Bunga apa?
Dia Feris
Mereka Diod dan Kak Aizan
Dia Datin Sally
Dia Pae.
Dia Kak Anash.
Dah jom makan.
Sebelum makan....
Gereja kecil tepi tasik.
Kbai.
Ok lah nanti aku sambung lagi...

WASSALAM.

7 comments:

  1. Dia pae!! Gituwww canteknye lupins.. lagik2 ngan camera fullframe!! Rindu kat camera fullframe!! Bila la nk amik gambar aku lagik 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

      Delete
  2. (mengumpul semangat nak up entry NZ..)
    bagi janggel je la buat..link paste je nanti
    lalalaaaalalal...

    ReplyDelete
  3. gigih baca! dua parts jer keeeee? we want more plssssss...and sumpah lupins by lake tekapo tu sangat cantik!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!