2011-03-21

Festival Belon Udara Panas Ke-3 di Putrajaya

Assalamualaikum!!!

Sepertimana yang dijanjikan dalam entry lepas, aku nak citer pasal Festival Belon Udara Panas Kali Ke 3 di Putrajaya yang berlangsung pada 17 - 20 Mac 2011 yang lalu. So biar aku ceritakan PENGALAMAN AKU dengan event ni.

Sebenarnya, festival ni memang salah satu acara yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh kebanyakan pecinta belon udara panas termasuklah aku. Walaupon sehingga kini masih belum berpeluang untuk menaiki belon-belon tersebut akibat sambutan yang terMAHA hebat, pasrah je la tapi bila dah dapat menembak belon-belon pelbagai bentuk itu sudah cukup menerujakan aku.

Aku ke festival tu boleh dikatakan setiap hari! Hahaha gila kan! Ya betol setiap hari aku singgah untuk menembak belon. Untuk makluman, belon-belon udara panas akan mengembang dan diterbangkan ke udara melalui dua sesi setiap hari iaitu pada jam 7.30 pagi dan 5.30 petang dan aku telah hadir pada kesemua sesi tersebut selama 3 hari berturut-turut! ngeh~ dan sedikitpon aku tak mengulor time kerja ya tuan-puan sekalian. Aku baik tau!

Hari pertama, aku menembak di waktu pagi dalam keadaan cuaca yang sangat indah dan terang! Tapi bila waktu petang jer hujan, jadi keadaan langit tak biru dan gambar tan seberapa dapat di ambil. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai perhimpunan Geng Ungu dan Bapak Otai serta konco-konconya pada hari ke-3. Pagi hari ketiga, iaitu pagi Sabtu, aku dan KJ dah gerak dari rumah ke Putrajaya pada jam 7.00 am dan kami tiba di tapak pesta pada jam 7.30 am. Waktu tu semua belon dah dalam proses dikembungkan dan dah ada yang dah terbang! Aku dan KJ dengan serta mertanya menembak walaupun hanya baru tiba di tempat parking yang strategik. Hehehe.

Selepas acara menembak selesai sekitar jam 9.30 am, aku dan KJ disertai oleh Chekda (penembak susam-suam kuku, hahaha) bersarapan di Presint 8 sambil memulakan mesyuarat untuk projek terbaru beserta hasutan-hasutan tahap dewa. Lama jugak kami melepak di kedai makan tu, hampir 3 jam jugak la sebab banyak isu yang diusulkan.

Sebelah petang, barulah perjumpaan sebenar bermula. Hujan turun agak lebat sekitar jam 4 petang. Masa tu aku dan kengkawan yang lain mencari tempat berteduh di Menara Usahawan sambil makan Kenny Rogers yang telah dibargain oleh Bapak Otai. Hahaha suka! Suka! Hujan berhenti sepenuhnya dalam jam 5.30 petang dan masa tulah belon-belon mula dikembangkan. Keadaan awan tak berapa cantik sebab still mendung tapi sebab gian nak menembak, pedulikan saja semua itu!

Macam-macam teknik yang Bapak Otai ajar. Dan banyak juga gambar-gambar pasrah ditembak hehehe. Kami menembak di Putrajaya sampai ke malam. Sampai tutup la Festival Belon tu!. Lebih kurang jam 10.00 malam kami meneruskan acara lepak-lepak di Restoran Mamak Presint 18, Putrajaya. Masa tulah semua gambar-gambar diulas oleh Bapak Otai...huhuhu.

Kesimpulan bagi Festival Belon Udara Panas tahun ini adalah, banyak belon-belon baru diperkenalkan antara yang paling popular adalah belon Doraemon dari Jepun dan belon Darth Vader dan Two Face dari Belgium. Bagi yang nak merasa naik belon pulak, ada sekitar 4 buah belon udara panas yang disediakan berbanding hanya satu tahun lepas. Walaubagaimanapun hanya 300 tiket sahaja dikeluarkan dalam satu sesi. Sikit bebeno!Anyway aku puas hati sebab dapat menembak belon tahun ini. InsyaAllah kalau ada lagi tahun depan, aku nak pergi menembak lagi!

PEACE! 
Idola terbaru Pesta Belon.DORAEMON!!!!
Belon dan kapal terbang.
Sesi makan oleh Bapak Otai...Kenny Rogers!
Antara artis yang hadir...Shira!
Ni artis gak ker??? lalallaa










   

9 comments:

  1. ari ahad baru sampai Putrajaya...bnyk ektibiti kat umah..tak sempat pi tgk belon panas...heehhehe...tgk gambaq kat sini pun jadi la no....

    (^^,)❤..

    ReplyDelete
  2. santek santek!!!gambar sunset i like..itu la yg cik cempaka bleh buat ek..explore lagi weh!

    ReplyDelete
  3. Puan Yanie-

    Hahaha biasala kan dah hidup berdua kekekeke.

    ReplyDelete
  4. Beautifullife:-

    Hehehe tu la kot..aku pon baru nak explore.

    ReplyDelete
  5. Beautifullife:

    Ni bukan chempaka la...ni Cik Melatie...chempaka dah takde.

    ReplyDelete
  6. kalau cik melati tak abis bateri malam itu, lagi banyak gambo gamak eh..
    ooo...wujud rupenyer en janggel ini ..hehehe

    ReplyDelete
  7. Anash:

    Ha ah kan...kalau tak macam2 gambo malam bleh tepek kat sini lagi... hehehe lawak la ayat last tu..memang en janggel tu wujud! hehehe

    ReplyDelete
  8. Aiesha

    Yup tersangatlah chomel!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!