2012-09-05

Amazing Japan (Part 2): Berbasikal Tanpa Batasan Di Tsukuba

Assalammualaikum!

[ Sambungan dari PART 1 ]

Pejam celik pejam celik dah 4 minggu aku di Jepang! Im survive! (kekekek) Ok jom sambung. 

Hari pertama berpuasa di tempat orang yang keadaan cuacanya agak panas dari di Malaysia dan waktu siang yang sangat panjang sememangnya mencabar ketabahan dan keimanan aku! Keadaan cuaca di Tsukuba sebenarnya lebih kurang je macam di Malaysia, purata suhu dalam 30 darjah Celsius dan matahari muncul seawal jam 3.30 pagi. Ha bayangkan la terpaksa bangun sahur pukul 2.00 pagi sebab imsak dalam jam 2.30 pagi macam tu. Waktu berbuka puasa pulak adalah pada jam 6.30 petang, tapi alhamdulillah tak terasa sangat sebab sama je macam di Malaysia.

Minggu pertama memang agak mencabar, hari-hari kena bangun pukul 2.00 pagi untuk bersahur, kemudian tidur balik sampai pukul 8.00 pagi hehhee sebelum meneruskan rutin ke kelas yang bermula jam 9.45 pagi. Oh agak lambat waktu kerja bermula ketika musim summer ni, jadi memang agak santai dibuatnya. Habis kelas pulak dalam jam 4.00 petang. Ha, kan awal tu, lepas tu boleh buat acara bebas! Tu yang kami semua tunggu!

Selautan basikal...wow terus kagum. Ni lah pengangkutan utama aku di Tsukuba!

Semalam dah berjanji dengan Pak Agus untuk menjelajah kawasan kampung. Jadi lepas habis je kelas, aku, Kak Mah, Mbak Ajeng dan Pak Agus bergegas ke tempat letak basikal. Aku memang dah eksaited dah nak naik basikal sebab dah lama tak naik. Agak sukar jugak bagi Kak Mah sebab dah 11 tahun katanya tak naik basikal, jadi kami terpaksa menunggu Kak Mah yang terkial-kial mengayuh. Tapi respect dengan kegigihan dia yang sanggup jugak follow kami yang dah ekspert kayuh basikal.

Fuh laju pulak diorang mengayuh basikal...aku pulak sambil mengayuh kiri kanan pegang kemera! Terer tak! Hahaha
Kak Mah berjaya menggagahkan diri mengayuh basikal, disamping aku memaparazikan beliau dari belakang kekeke.
Terus follow ...

Keluar dari kawasan asrama, kami melalui kawasan perkampungan. Fuh rumah orang-orang kat sini agak besar dan cantik. Masih banyak yang mengekalkan rekabentuk tradisional dan rata-rata yang tinggal di situ adalah petani. Sempat jugak le aku intai-intai kawasan rumah-rumah yang besar tu. Halaman diorang luas! Lepas lalu kawasan kampung, kami lalu pulak di kawasan sawah padi! Ya ingat tak dalam entry lepas aku cakap kawasan asrama aku duduk tu dikelilingi sawah padi? Ha kali ni memang betol-betol lalu celah-celah sawah! Cantek giler, terasa seperti di Sekinchan pulak hehehe. Sementara nak menuju ke destinasi tu, macam-macam kawasan kami lalu! Haish gigih sungguh....

Ada pokok buluh....
Lalu celah-celah rumah orang....
Ada sawah padi yang memukau, bersih dan teratur!
Lalu dalam terowong....
Lalu tepi kubur Jepun juga....
Tengok, besar kan rumah orang-orang kat sini!

Masa ni padi dah nak masak, dan hampir kuning. So memang memukau jugak le pemandangan petang-petang macam tu. Walau pun berpuasa, gigih kan kami mengayuh basikal! Kalau kat Malaysia ni, jangan harap la aku nak mengayuh basikal bagai bulan-bulan puasa. Kami akan menuju ke kawasan pekan di mana terletak sebuah pasaraya elektronik dan beberapa kedai / supermarket sejauh 3km dari kawasan asrama. Haduih memamng menduga kekuatan betol. Alhamdulillah sampai jugak kami Yamada (Nama shopping kompleks ni).. Kat Yamada ni macam-macam alat elektrik dan elektronik ada di jual! Wah merasa la jugak masuk supermarket orang Jepun kekeke. Eksaited je memula, tapi sebenarnya sama je. Huh hari pertama pegi supermarket dah tershopping! Hah rambang ata tengok mainan-mainan Jepun kekdahnya. melayang 900 yen...pasrah je la.

Akhirnya sampai jugak kawasan bandar! 
Sampai jugak ke Yamada!

Lepas habis membuang duit di Yamada, kami teruskan kayuhan basikal ke kedai-kedai lain yang berdekatan  antaranya Kasumi dan 100 yen shop. Kalau nak tau kat Jepun ni ada lebih kurang 2000 buah kedai 100 Yen Shop. Satu kedai semua harga barangnya 100 yen. Tapi yang tak berapa bestnya kebanyakan barang-barang dalam kedai tu adalah 'Made In China' bukan 'Made In Japan' ..heheh so tak berapa nak Japan la di situ. Tapi ada juga kedai 100 Yen yang namanya bukan 100 yen, (berjenama lain) dan ada di antaranya barangan buatan Jepun di jual di situ. Jadi buatlah pilihan dengan bijak.

Pasaraya kasumi dan 100 Yen shop. Drug Store juga ada di sini!
Di Jepun, kalau kedai-kedai jual sabun, ubat-ubat dan kosmetik dipanggil kedai "Drug Store".

Memandangkan kami ni berkeliaran di kala bulan puasa, maka masa berjalan-jalan pon agak terbatas. Almaklumlah, waktu berbuka puasa adalah pada jam 6.30 petang, jalan-jalan tengok barang pon dah berjam-jam, maka terpaksa lah beli bekalan untuk berbuka di tengah jalan sementara tunggu nak sampai asrama.

Ish memori tepi jalan sungguh! Dah la gigih mengayuh basikal dikala berpuasa, berbuka puasa tepi jalan pulak tu! Memang memori. Tepat jam 6.30 petang, kami berenti di satu lorong dan minum air bersama-sama. Lepas tu sambung mengayuh basikal balik ke asrama, hari pon dah gelap.


Begitulah keadaan aku dan kengkawan di hari-hari permulaan di Tsukuba. Hampir setiap hari meronda-ronda naik basikal keliling kampung. Walaupun panas (summer) tapi tetap gigih mengayuh. Bukan apa, feel dia lain sikit sebab kat negara orang katanya hehehe.

To be continued....

WASSALAM


23 comments:

  1. berape berat badan dah turun? best nye sawah tu....jeles kot (jujur)

    ReplyDelete
  2. haip!! tadi anta komen tak kuar..tetiba leh plak..

    terbukti
    terjawab soklan
    kenapa tiang di rak buku /meja itu tidak patah
    pabila ada org memanjat lalu
    'menebarkan' jalur gemilang untuk pcbr 2012...
    mmmm

    ReplyDelete
  3. hahahah komen hang dhamin lawak. brape kilo dh turun??? kekeke mesti dh bersize 24-36-24 dah ni. muahaha.

    wahhh gigihnyaaa kayuh basikal. berpeluh ketiak x weh? apela agaknya yg boleh dpt dgn 900 yen tu ye. #untungla ade kwn2 berlainan negara. semangat muhibah gitu

    ReplyDelete
  4. Janggel san ogenki desuka?

    Semuanya nampak cantik dan teratur walaupun di kawasan luar bandar...

    Takde ke gambar dengan Nihonjin...

    ReplyDelete
  5. beza urban dgn sub-urban kan? rumah besar dua tingkat, ko nak dpt kat tokyo kat celah bedah mana pun tatau hahaha!

    ReplyDelete
  6. hye! new here...sangat teruja tengok pic sawah padi tu! kalo la bole baring or nyelit2 sambil pose kat sawah tu mesti lagi best!hihi

    apa pun ur journey memang best, pengalaman yang takkan dapat kat tempat lain kan =)

    ReplyDelete
  7. Ni camner leh dapat sponsored trip nih..? best best...kenapa berat nak turun lak,..nampak gambar hari2 makan nasik jer...:)

    ReplyDelete
  8. kedai kosmetik pun panggil 'drug store'?? thehehhe...sgt bagus..

    ReplyDelete
  9. buka puasa tepi jalan jer...atas beskal pulak tu!respect lah...

    ReplyDelete
  10. Hang Dhamin:

    Soalan apakah itew? Aku rasa tak turun pon kot hahaha sebab makan banyak kat sini. Ye sawah tu memang cantek.

    ReplyDelete
  11. Kak Anash:

    Huh testing????

    Terjawab persoalan??? Tidak!
    Hahahha.

    ReplyDelete
  12. John:

    berpeluh ketiak? Of kos la..ko ingat ni kutub utara nak beku beku. Summer okay hahahhaa.

    900 yen bersamaan 36 ringgit bersamaan dengan sebijik _____ hahaha

    ReplyDelete
  13. oh maiii 900yen tu FM ke??? kekeke

    ReplyDelete
  14. terpaksa aku tabik spring sebab korang gigih kayuh beskal time2 pose, siap bukak pose atas beskal yg tak menahan tu..hehehehe, awat tak picnik je tepi sawah tu..lagi kelas noks! ahahaha

    ReplyDelete
  15. Mie:

    Watashiwa des ... apa tah aku nak jawab tatau kekekeke.

    Ye mmg lawa sawah padinya. Gambo ngan nihon ada tapi belom revealed hehehe

    ReplyDelete
  16. Biqque:

    memang beza yakmats... sampai kami masa nak tggalkan tokyo haritu terasa seperti balik kg. dan masa nak pg tokyo pulak rasa macam org kampung masuk bandar gitew. kekeke

    ReplyDelete
  17. Farikica:

    Demi kerja SYMP katanya. kekeke Ye mmg berat tak turun sebab hari2 makan nasik hahahaa

    ReplyDelete
  18. BlueEwoke:

    Kannnnnnnnnnn, kalo time pose kat Mesia takde maknanya kekeke.

    Nak piknik tepi sawah? Takut kena tembak ngan owner dia nanti hahaha

    ReplyDelete
  19. Anon:

    Oh nak golek2 dalm SAWAH TU? HAHAH tak de la saya buat camtu. InsyaAllah nanti akan ada entry sawah. tunggu!

    Thanks.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!