2008-06-01

Bonjour!

Assalammualaikum!

Hari ni banyak perkara berlaku, yang pertama ~ majlis persandingan sepupu aku (lagi????) Azizah di rumah pengantin lelaki pulak yang terletak di Klang (aku pun tak ingat kat area mana). Yang kedua ~ sepupu aku sorang yang agak rapat ngan aku, Nazrin akan terbang selama 6 tahun ke Perancis!!!!!! Bonjour! hhuhuhuhu nak sambung belajar terpaksa pergi jauh-jauh sampai ke Perancis! Alhamdulillah dah rezeki...jangan di tolak.. Redah jer.!!!

Bila pikir-pikir balik memang bengang giler arrr sebab impian aku yang nak sambung belajar kat obersi tak kesampaian sampai sekarang, tup-tup sepupu aku plak yang dapat...Sedih woooo...hampir menitis jugak la air mata ku ini. Tapi aku percaya peluang aku akan datang juga satu hari nanti.
Masa first-first sampai di

KLIA, aku mula gak tercari-cari mana la diorang berkumpul. Jenuh jugak la memusing kat area balai pelepasan tu. Dah la aku tak bawa spec aku, jalan punya jalan sebenarnya aku dah lalu dah tepi diorang cuma aku tak perasan jer... huhuhu dah rabun tahap cipan dah tu. Sampailah sepupu aku ni sendiri yang pegi kejar aku. Cittt nasib baik dia nampak..cadangnya aku nak buat surprise kat dia tetiba dia yang buat surprise kat aku.

Wah ramai jugak budak-budak tajaan JPA yang akan pergi ke Perancis. Semua sekali dalam 29 orang kalau tak silap aku. 3 orang je pompuan yang lain semua lelaki. Sebenarnya kelakar juga rasa mula-mula tengok diorang ramai-ramai berkumpul. Aku ingat ada rombongan sekolah nak pegi pertandingan pidato kat Alor Setar (?????) al maklumla siap pakai blazer semuanya.. rupanya diorang la pelajar-pelajar yang terpilih oleh JPA tu. Wahh semua wajah berseri-seri! Nampak juga muka anggota keluarga yang bersedih sebab terpaksa melepaskan anak tersayang. Lama tu, 6 tahun!!! Kalau ada anak baru lahir..dah boleh bercakap dan nak masuk darjah satu tu!!!! Tak silap aku JPA hanya sponsor tiket kapalterbang pergi (hari ni) dan waktu balik ke Malaysia 6 tahun akan datang. So kalau nak balik di antara waktu tersebut pandai-pandai la cari duit sendiri..Huhuhuhu nangis ooooo......

Tiba tepat jam 9.30 malam...waktu berpisah dengan keluarga... Ha masa ni lah segala feeling datang.. Malas aku nak citer.paham-paham sendiri la. Apa yang aku boleh tulis di sini::

Ayin.;
Belajar la rajin-rajin. Jangan Malas!!!
Jangan lupa solat!
Jangan Lupa oarang-orang kat Malaysia ni..
Jangan lupa list roti Perancis yang aku kirim tu!!! (?????)
Ingat pesan mak ngan abah tu. Jangan lupa diri!
Jaga diri baek - baek, kat negara orang tu macam-macam hal boleh jadi!
And lastly, jangan lupa kat aku..sepupumu yang best dan best lah!!!

p/s: heheehehe ....(kalo ko baca ni ko paham-paham la sendiri yer!)



WASSALAM.

0 jangglers:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!