2010-07-05

4-0 di Dataran Merdeka

Lagi-lagi kisah makan. Tak habis-habis la kan. Tak kisah la, janji aku yang kenyang. Sabtu lepas, kazen aku yang dah 'lama' tak jumpa ni mengidam nak makan Siakap 3 Rasa (hah lagi???). Yup ni bukan ada kaitan dengan entry sebelum ini ya.

So memandangkan tak larat nak ke Klang untuk mencari seekor siakap, akhirnya kami hanya menangkap ikan siakap di Bangsar saja. Selain kazen aku tu, ada la aku ajak beberapa member yang lain. Ok plan berlangsung dengan baik.

Ok lah aku tak mau citer la pasal makan-makan ni kat entry nih, aku nak cerita peristiwa yang berlaku sejurus selepas aksi makan-makan tu. Lepas habis makan, aku, kazen aku dan member aku Kaki Jalan bercadang ke Dataran Merdeka. Kaki Jalan cakap ada screen LCD terbesar di Malaysia sempena World Cup! Wah patutla masa siang tu aku lalu area Dataran Merdeka nampak diorang pasang khemah besar la, sesak semacam je..rupa-rupanya ada perkara berlaku di situ!

Then plan pon berlajalan seperti yang dirancangkan. Sampai area Dataran Merdeka, kami dah mula panik. Alamak ramai betol manusia, kat mana nak parking kereta nih? Pusing punya pusing akhirnya kami park kereta kat belakang Bangunan KWSP kat Jalan Raja Laut tu. Agak jauh jugak la menapak, tapi sebab ramai jugak manusia yang sekali menapak dengan kami, so tak terasa sangat kejauhan itu.

Sampai je kat padang Dataran, aku tengok Germany dah score 1-0 seawal minit ke 10 kot? Hahahah secepat itu?? kami pon terus cari port nak melepaskan sorakan beramai-ramai. Fuh ini memang firstime aku buak keje cengginih. Tak pernah-pernah seumur hidop aku nengok bola kat Dataran Merdeka!

Tempat kami lepak tu pulak kiri-kanan-depan belakang semua sokong Argentina! Hahaha kirenya macam salah port la... Padan la setiap kali Germany score je, yang lain monyok, senyap, sentap dan menyumpah seranah pemain sendiri (Argentina). Dan kami pulak (aku dan kazen aku je..si Kaki Jalan sokong Argentina) bersorak bagai nak rak!!! Siap melompat-lompat lagi..Hahahahah!

Bile Germany dah score 2-0, aku tengok dah ramai yang pakai jersi Argentina bangun nak balik! wakaka pastu waktu dah score 3-0, makin ramai balik.. Kehkehkeh...seronok gak yer! Kira timing kami datang kat situ betol la, accept for Kaki Jalan yang menyesal bawak aku dengan kazen aku. Hahaha sorry la sebab terpaksa menyerah kalah yer Kaki Jalan! Wakakakaka!

Oklah, nak rehat jap.

Psst:- Lega Argentina kalah, kalau tak tertengokla aksi burung punai terbang mengelilingi stadium! Wekkkkkkkkk~

PEACE!



Fuh makan tak ingat orang belakang!!!


Jalan raya di sekitar dataran merdeka yang sesak.


Itulah dia Scree LCD terbesar di Malaysia!!!


Ramai peminat World Cup sedang menonton Germany Vs Argentina




Alamak kak, balik dah ker?


Waktu ni sunyi sepi je penyokong Argentina.

17 comments:

  1. hahahah..tuhan tak bg org tgk maksiat sbb tu bagi Argentina kalah...

    ReplyDelete
  2. walaweh.. cambest je tgk kat DM.

    :D

    ReplyDelete
  3. fika -

    betol3x!!!! tak larat lerr nak tengokkk...

    ReplyDelete
  4. nuke -

    boleh tahan happening la..tp kalo hujan tak best arr

    ReplyDelete
  5. wah! besarnyer skrin LCD ni... mmg puas la tgk! eh! hahaha sian penyokong agentina... ko sokong sapa plak bro? aku sokong belanda dan spain... hehe harap2 dorg ke final

    ReplyDelete
  6. Nick -

    Yup mmg besar gedabak!
    Aku sokong Belanda ngan Germany la bro! Hahahaha jom kite saksikan siapa yg tewas!

    ReplyDelete
  7. Alalalaal.... kutuk gue!!!!! Meeting gue dah cancel on 12, ada berani mau pigi???? Ekekeke

    ReplyDelete
  8. hari ni spain lwn germany! eh! ko tgk kt mne nnt? kt skrin ni jgk ker?

    ReplyDelete
  9. nick -

    aku tengok kat rumah jer....

    ReplyDelete
  10. Fika-

    Tu la pasal..tak sanggu aku nak nengok benda lagho tu hahahahha

    ReplyDelete
  11. Nick-

    Aku sokong GERMANY!!! yeah!

    ReplyDelete
  12. Edy -

    Yup...tu baru semi..belom final lagi!

    ReplyDelete
  13. german dh kalah..mnta spain kalah lak..

    ReplyDelete
  14. Zaini-

    yup jom sokong belanda!!!

    ReplyDelete
  15. ramai betol yerr orang yang tengok kat DM.. btw, final ni tengok ke tak? port mn lak nk tengok? hehe

    ReplyDelete
  16. Anne-

    mmg ramai! final tak sure nk tgok kt mna...sebb isnin kejer huhuhuh

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS