2010-07-12

Pakcik Memasak Dalam Hutan!

Assalamualaikum.

Aku ni kalau tak duduk diam memang tak sah. Ada je benda yang aku nak buat kalau masa-masa cuti. Itu memang dah jadi hobi aku, aku suka berjalan-jalan, makan-makan, melancong dan joli sakan! Yeah that's mylife!

Kali ni aku nak mengkesahkan perihal aktiviti beriadah di Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor. Hmmm mungkin orang akan cakap...biasa jer. Yeah memang biasa jer pon, aku tak suka yang luar biasa pon.

Plan nak ke Hutan Lipur Sungai Tua diusulkan oleh Incik Inertz seminggu sebelum tarikh kejadian. Sebetolnya banyak tempat dalam senarai tapi akhirnya ke situ jua akibat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Kami bertolak dari rumah dah dekat pukul 11 pagi dah sebenarnya! Cheit nak pergi bekelah tapi pegi tengahari!!!! Takper la, janji plan jadi. Awan hitam memang sedang berarak macam perbarisan hari kebangsaan dah di ufuk timur sana. Aku cakap kat Inertz,"Weh nak hujan ni..amacam plan???" tapi dengan muka selamba, Inertz cakap, "Kalo hujan kita bekelah dalam keter je la tunggu sampai hujan berhenti". OK! so atas alasan itu dalam keadaan hujan lebat, kilat sambar-menyambar dan guruh berdentum-dentam akhirnya kami pon tiba di Hutan Lipur Sungai Tua.

Setelah menjumpai tempat lepak yang sesuai, kami pon mulalah mengeluarkan peralatan-peralatan yang patut untuk memasak. Sementara menuggu hujan berhenti dan menanti 3 orang lagi member yang tak kunjung tiba (katanya mendaki bukit kat Shah Alam) so, kami pon memasklah bekalan yang dibawak. Hmmm hujan-hujan macam ni memang best makan!!!

Dalam pukul 1 lebih baru 3 orang lagi rakan sampai, Kaki Jalan, Incik Mamud dan sorang lagi aku lupa nama dia wakakaka! Kami lepak kat situ sampai pukul 5 petang. Nak mandi pon takde mood sebab tengok air deras sangat. So kami hanya duduk mengumpat jer la.

Jom layan gambar!!!!

PEACE!~


Tunggu sekejap..kerana hujan masih renyai...


Incik Inertz yang gigih memasak.


Hasil masakan kami.




Tukar shift memasak.


Empangan Batu, Selayang




8 comments:

  1. Zaini -

    Biasa la inchik sungai untuk bermandi manada dan tapak perkemahan. kalo nak try boleh la datang.

    ReplyDelete
  2. eh! wah!! sedapnyer korg mkn nugget dgn sosej!! perghh!!!

    ReplyDelete
  3. amboihhhh pokcik, time kasih larrr spare kan makanan untuk kami sket sebelum memberi serahan tugas memasak....
    gambar last sekali sama seperti diriku duduk melayan jiwa ku ketika ini.... adehhh sekali dengan background lagu........ aku larrr tu ketika ini

    ReplyDelete
  4. Nick -

    Ala naget ngan sosej jer... biasa2 jer.. tak sempat nak buat ayam golek pon.

    ReplyDelete
  5. Okid-

    Amboi okid...berfeeling2 pulak dia.. ko dengo la lagu tu puas2 yer.. lepas ni ko dengor dari jauh jer wakakaka.

    ReplyDelete
  6. iyor larrrrr.... he'eh entah2 aku pun beli gakss CD nyer.... hahaha

    ReplyDelete
  7. Masmz=

    ha beli jangan tak beli!!!! aku download jer hahahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS