Kalau entry lepas aku memasak dalam hutan, tapi entry kali ni aku nak cerita rentetan daripada aktiviti masak-masak dalam hutan tersebut. Hahaha bila dah hujan + sejuk = akan menghasilkan LAPAR. Setakat makan naget dan sosej aje mana cukup nak menampung perut-perut yang agak luas ini yer dak? So plan seterusnya adalah untuk menangkap ikan, menjala udang dan sotong serta menangguk ketam!!!!
Idea nak menangkap binatang-binatang tu semua datangnya dari Incik Mamud la, dia kan expert part makan-makan yang best nih. Lokasi penangkapan pulak adalah di sebuah restoran makanan laut (alamak kantoi pulak menangguk kat restoran) di tengah-tengah Ibu Kota. Mulanya aku ingat dah sesat sampai ke Jepun, tapi rupanya hanya nama saje, Restoran Makanan Laut Hokkaido! Kedudukan restoran ini adalah berhadapan dengan Hotel Vistana, dan berdekatan dengan PWTC. Senang je kalau nak cari, tanyak pada Incik Google. Confirm jumpa!
Masuk-masuk saja kedai, aku dah nampak banyak mahkluk, anak ikan, anak ketam, bapak sotong semua ada tersusun rapi untuk dimasak. Ha apa lagi, tinggal pilih saja. So urusan pilih memilih lauk ni kami serahkan kepada Incik Mamud dan Kaki Jalan. Diorang lebih expert (katanyer....).
Fuh memang heaven la makan hari tu, siap kena paksa-paksa menelan ketam. Adoi..(sebenarnya aku tak suka ketam..tapi kalau dah ada depan mata aku telan saje) kenyang giler!!!! Thanks to Incik Mamud dan Kaki Jalan yang mengoder 'makanans' (<---- erk boleh ker camtu?) sedap itu. Menu hari tu aku tak ingat sangat. Aku agak-agak saja lah. Antaranya Siakap Stim Asam Boi, Tauhu (aku tak tau masak apa), Kailan Goreng, Sotong Goreng Cili, Udang Goreng Tepung + Telur Masin dan Ketam Masak Cili. Fuh memang sedap giler. Lepas ni dah tak payah pergi Tanjung Harapan lagi. Dah la jauh, mahal pulak tu. Ok, lain kali boleh cuba lagi.
Jom tengok apa yang kami makan!'
PEACE!
berapa kena ni?
ReplyDeletetu gambar aku tengah scan tahap kelazatan yang bakal dicapai
ReplyDeleteala..
ReplyDeleteingat betul ke Jepun
baru nak mintak poskad.
hehe
fika -
ReplyDeleteuntuk 5 org makan RM 205 + nasik putih + air pelbagai perisa.
MasMZ-
ReplyDeleteyo lah...patutla sedap!
Anash -
ReplyDeleteHahaha tak dapek la kalo nak g jepon betoi2.....
Rin.. bila okid ungu nk bawak makan2 sempena majlis perpisahan... hehehe
ReplyDeleteAbu -
ReplyDeleteEh bukan dah ker??? wakakka,
abu ko nihhhh memang aaaaa... ari Jumaat minggu lepas bukan main besar-besaran jamuan farewell party aku kat Baiduri...
ReplyDeleteJanggel, gonna miss u here..... huwaaaaaaaaaa
MasMz
ReplyDeleteHmmm dah takde la geng melepak aku lepeh ni...
bro,
ReplyDeleteaku tak tau sama ade aku salah tengok or otak aku ni mmg dah teruk.. aku leh terbaca "Ikan Stim Dengan Asam Boi" utk caption photo yang last tu.
huhuhu.
Nuke -
ReplyDeleteAdoii caner ko leh terbaca ke situ plak!!! lawak la ko ni bro hahahah guling2 aku gelak!