2012-06-12

Perghhh Its Perth! Part 6: Margaret River Chocolate Co. (Kami Makan dan Simpan)

Assalammualaikum!

[ Sambungan dari SINI ]

Sedih pulak nak meninggalkan Cape Leeuwin Lighthouse ni. Augusta memang cantik dan keadaannya sangat-sangat tenang. Mungkin sebab kami pergi tu masih pagi lagi dan hari minggu pulak tu, tapi terasa seperti bebas je sepanjang berada di sana. #drama.

Setelah menghabiskan masa lebih kurang 2 jam setengah di Cape Leeuwin Lighthouse, maka kami pon berangkat untuk pulang menuju ke Bandaraya Perth. Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang kami akan singgah (kalau ikut itinerary ler). Perjalanan seterusnya merentasi Margaret River, pekan nya agak kecil dan tenang, terdapat banyak ladang anggur di sepanjang perjalanan. Perjalanan menuju ke Margaret River mengambil masa lebih kurang satu jam dan kami menuju ke The Margaret River Chocolate Co.(kilang coklat), lokasinya aku tak berapa tau sebab kami hanya ikut je signboard yang ada kat tepi jalan tu, tapi tak berapa jauh la dari pekan Margaret River. Jarak dari Cape Leeuwin Lighthouse ke kilang chocolate ni adalah lebih kurang 73 km. 


Ladang anggur yang banyak terdapat di sepanjang jalan.
Kat Margaret River ni pon banyak Kilang Wines, macam-macam pesen ada, yang penting cantik dipandang mata.

Masa kami sampai tu dah pukul 11 pagi dah, dan kelihatan agak ramai pengunjung yang datang nak tengok / makan free/ beli coklat kat situ. Ada berbas-bas jugak la yang datang. Nasib baik la banyak tempat parking kereta disediakan dan free, tak payah bayar apa-apa. Nak masuk dalam kilang ni pon free jugak, so bolehla meneroka kilang ni dan membeli-belah coklat dengan sesuka hatinya. 

NOTA: Both of The Margaret River Chocolate Company's factories and tasting centres are open every day of the year (except Xmas Day) from 9am-5pm and entry is free. Click on each destination for contact details and maps. The company's Perth City store is limited by CBD retail trading hours, but is usually open 9.30am to 6pm Monday to Thursday, 9.30am to 9pm Friday, 9.30 to 6pm Saturday and 12noon to 5pm Sundays. - http://www.chocolatefactory.com.au



Sebenarnya, ada dua kilang coklat oleh company ni satu di Margaret River dan satu lagi terletak di Swan Valley berhampiran Perth City. Kalau tak silap aku, mereka start beroperasi sejak tahun 1999 lagi dan telah memenangi pelbagai anugerah coklat di seluruh dunia. So kompom hebat kompeni ni. Tapi memandangkan kami ni pendatang tak berduit maka kami hanya makan chocolate sample yang diletakkan di atas meja je. Cukup banyak ye kami makan sebagai menggantikan 'lunch' pada ketika itu, maklumla free! (Sangat buruk perangai kami tika itu - tuhan je yang tahu) Belasah la sebab sapa suruh letak kat situ, free! Hahaha.

Antara sijil penganugerahan yang diterima...banyak giler!!!

Di dalam kilang ni terdapat jugak sebuah cafe, namanya Chocolate Cafe, so kalau ada sesiapa yang feeling-feeling nak minum hot chocolate dan makan scones tu boleh la lepak kat situ sambil menikmati pemandangan ladang yang terbentang luas. Ha memang best! Tapi apakan daya, sekali lagi kami hanya mampu melihat orang minum hot chocolate sambil kami terus mengunyah coklat-coklat free.... sedih tak?


Kat dalam tu jugak ada tempat demonstrasi membuat coklat, tapi malangnya diorang tak kerja buat coklat hari ni (Ahad) so tak dapatlah aku nak tengok macamana gayanya diorang buat coklat. Amek gambo meja dan mesin buat coklat jelah nampak gayanya.

Dalam kilang tu memang banyak giler coklat dijual, pelbagai jenis dan beraneka rupa. Memang terliur kalau tengok satu-satu, dari yang keras sampailah yang lembik semua ada. Harga pulak berpatutan mengikut rate AUD (Sila jangan convert kalau nak rasa miskin). Antara coklat yang dijual adalah Han dmade Truffle, bars and pastelles, chocolate coated delights, specialties chocolates, sugar free chocolates dan banyak lagi! Barang-barang souvenirs jugak banyak dijual di sini!



Kami tak lama pon duduk dalam tu, agak-agak dah kenyang baru kami keluar meneruskan perjalanan balik ke Perth City. Dah separuh hari berjalan tapi baru sampai Margaret River! Macamana tu? Ada beratus-ratus kilometer lagi nak tempuh. Bertabahlah.

Ada lagi, belum habis lagi kisah ni...nanti sambung.

Antara coklat free yang ada disajikan
Kejadian berpura-pura membeli coklat ...
WASSALAM

24 comments:

  1. cis. internet slow, so takde nmpk gmbr...huhuh
    esoklah. kbai

    ReplyDelete
  2. Wahh... citer pasal coklet dulu masa adik pempuan saya belum kawin dan tunangnya duk sana berguni2 coklet yang dibawa balik sini kdg2 tu siap pos kan hehe, murah lah kut pada diorang bila dah duk dan kerja disana tukan.

    Best mengunyah coklet free tu, kalau dpt kunyah hari2 lagi best kan

    ReplyDelete
  3. macam charlie and the chocolate factory.
    tempting sungguh nampak pic no 11 &12 tu
    nak tanya..diorang ada ladang koko or just buat chocolate?

    ReplyDelete
  4. ok dh baca..btw, aku baru sampai ofis. cis! haha. aku rasa nila chocolate factory yg aku pegi dlu tutup...haha sbb dtg awal sangat! manalaaa dorang nk bukak kan.

    aku dlu pn tak beli pape pn coklat kat perth. singgah kilang beli air hot chocolate je. then, kunyah coklat bijik2 yg free tu. hahaha...tu jela kenangan.

    ReplyDelete
  5. Danny/John:

    Betuah punya budak hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Andaque:

    Haah kan, rasanya kat sana cekelat boleh dikatakan murah jugak la. dan sedap.

    kalo dapat makan free mmg berganda2lah sedapnya!

    ReplyDelete
  7. Hang Dhamin:

    Sila pergi kilang coklat lagi hahahaha

    ReplyDelete
  8. dzuchan:

    Kannnnn teringat citer tu.
    Tak silap aku diorang import koko dari africa, tapi mungkin jugak ada ladang sendiri sebb kami nampak tepi kilang tu ada ladang...cuma tak singgah je.

    ReplyDelete
  9. Danny/John;

    Ha ko sampai awal kan? Kami sampai tengahari kekeke.

    Tu la makan cekelat bijik2 tu je pon sedap...

    ReplyDelete
  10. teringat 5 keping coklat kiwi kat rumah...balik nanti nak hentam lagi lah! dap errr!

    ReplyDelete
  11. salam

    2janggel - mahal sgt ke coklat tu? if gourmet coklat ni i kejar dark coklat je. i mmg crazy fan dark coklat nih. =D

    ReplyDelete
  12. ko xde ke songlap cekelat free tu untuk #travelholicawesome ha?? sadis betul la cam nih!!!

    ReplyDelete
  13. Abbazsmakl:

    Kalau tak konvert ke RM murah la kot, tapi kalo konvert, berbelas2 RM jugakla seketul... Macam2 jenis coklat ada.

    ReplyDelete
  14. BlueEwoke:

    Hahahaha tak sempat sampai rumah kot dah cayor... hehehe

    ReplyDelete
  15. Salam bro....
    Sy yat..slalu follow blog bro..
    So, bro punya wishlist nk pergi vietnam tu bila agak agaknya?(xsemestinya vietnam, mn2 pun boleh)...
    Sy n kwn2 berminat nk join n follow bro..nmpk menarik je..
    Bro, bila2 free, jom ar jmp kt putrajaya..kteorg pn keje kt putrjaya..
    Bila jmp sng sket nk story..
    Ok lah, pepehal bro bls la msg sy ni k (chomby86@yahoo.com)..

    p/s: nape fail nk msg kt email?

    Salam..
    Budak gomen

    ReplyDelete
  16. alo
    nape tak dapat rasa chokelet free itu?
    sentap tau!!
    kensel belanja cendol pulut + tapai+deroyan!!!

    ReplyDelete
  17. Budak Gomen:

    Waalaikumsalam...

    Terima kasihla sebab selalu menjenguk blok saya yang tak seberapa ni.

    Nak ikut pegi jalan? Alamak saya pon tatau bile lagi nak berjalan ni. InsyaAllah nanti kalau ada rejeki kiter buat rombongan yer.

    Emel tak lepas? Pelik pulak sebab dah betul dah emel tu. Cer terai lagi.

    Kalau nak buat jumpe2 makan12 meh la ajak saya skali hehehe.

    Sekian.

    ReplyDelete
  18. Kak Anash:

    Pulut Deroyan still on okay! Jangan nak ngelat.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS