2013-03-27

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 7) : Masjid Cheng Ho And Surabaya City

Assalammualaikum!!! 

Jom baca entry sambil layan lagu Cakra Khan Hahaha #tetibe.


Setelah selesai sarapan pagi di Warung Pak Im yang terletak betul-betul di kaki Gunung Ijen, kami bergerak pulang semula ke Arabica Homestay, seperti biasa perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kaki Gunung Ijen ke Arabica Homestay. Dalam kereta, memang takda buat benda lain dah melainkan tidor, maklumla dari pukul 12.30 pagi dah celik mata dan mendaki, tenaga pun dah banyak habis, nasib baik tak mengalami sebarang kecederaan, alhamdulillah kami semua selamat panjat dan selamat turun.

Kami tiba di Arabica Homestay lebih kurang jam 9 pagi macam tu, sampai-sampai je terus bersiap-siap untuk check out. Masa ni la baru nampak macamana rupanya keadaan kat sekeliling Arabica Homestay tu. Memang cantik tempatnya dan banyak pokok bunga di tanam di sekeliling kawasan. Ada juga penduduk kampung berhampiran yang menjadikan kawasan homestay itu sebagai laluan untuk menuju ke sekolah, pergi kerja dan sebagainya. Pendek kata tempat tu tak sunyi la.

Nama rumah kami adalah Wisma Strawberry, sebab belakang rumah ni ada kebun strawberry tau! Dalam satu rumah ada 4 bilik dan satu ruang tamu. 
Keadaan dalam bilik di Wisma Strawberry! Katil pon pakai selimut kaler strawberry tau!
Setelah mengemas barang-barang dan mandi, kami pon check out dari Arabica Homestay. Jangan risau, tak payah bayar apa-apa sebab semuanya dah diuruskan oleh Pak Hafidz. Destinasi kami hari ini adalah untuk pulang ke Bandar Surabaya yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 8 jam dari Arabica Homestay tu. Haaaaa lama gila tak? Memang boleh berakar bontot duduk dalam kereta weh!  Sepanjang jalan, memang macam-macam pemandangan yang kami dapat tengok tapi kebanyakannya adalah gunung-ganang dan kawasan sawah padi serta hutan.


Kami singgah sebentar di Probolinggo, menurut Pak Hafidz dia perlu tukar van kami kepada bas mini, eh bas ek? Sebab besar giler, siap boleh duduk sorang satu row la katakan. Kami kena tukar kenderaan sebab selepas menghantar kami ke Surabaya, dia terpaksa sambung kerja mengambil 9 orang tetamu untuk ke  Bali, Jogja dan mana lagi tah... aku tak ingat. Jadi kami dibawa ke rumah Pak Hafidz yang merupakan Kawasan Perumahan ala-ala PPRT kat Malaysia. Tapi apa yang mengkagumkan aku adalah, kawasan flat rumah Pak Hafidz ni sangat bersih dan kemas. Satu rumah ada satu bilik je, satu bilik air , ruang tamu dan dapur. Agak sempit jugak sebenarnya dan sebulan penduduk di situ kena bayar IDR 100,000 sebagai sewa pada Kerajaan. Oh ya, menurut Pak Hafidz, kawasan flat tu dibina oleh President Indonesia. Kami juga sempat jumpa dengan Kirul (ingat tak budak yang baru belajar nak jadi supir haritu aku cerita masa Part 2?) Katanya dah baik demam. Pak Hafidz juga memperkenalkan kami kepada isteri dan 3 orang anaknya. Comel-comel anak Pak Hafidz tu, yang pompuan namanya Rizka! Sebijik nama anak buah aku. Hehehe.

Pemandanggan dari rumah Pak Hafidz
Kawasan flat rumah Pak Hafidz tak jauh dari pejabat Pak Wawan, memang senang la kalau nak berurusan di pejabat sebab jalan kaki pon boleh sampai. Menurut Pak Hafidz lagi, rumah Pak Wawan pon dekat-dekat situ jugak. Di sebelah bawah rumah flat tersebut ada pelbagai ruangan kemudahan disediakan seperti surau, balairaya dan ada satu kawasan tempat orang mencanting batik. Menurut Pak Hafidz lagi, banyak orang menempah batik di situ dan hasilnya dihantar sehingga ke merata tempat. Yang membuat batik kat situ adalah penduduk di situ jugak. Harga batik-batik tu pon boleh tahan jugak la. 

Proses mengecop batek.
Proses melukis / mencanting batik.
Proses mewarna batik.
Keadaan di kedai batik.
Batik yang dah siap dilukis dan akan diwarnakan.
Lepas solat dan meihat orang mencanting batik, kami pon bergerak semula ke Surabaya City dengan menaiki Mini Bus! Seronok pulak naik kenderaan besar ni, terbayang pulak kalau ada semua geng dalam satu kenderaan tu, kompom kecoh hehehe. Kami sempat singgah makan tengahari (sebenarnya makan petang) di Rumah Makan Rahayu. Rumah Makan ni memang proper habis dan ada Wifi! Hahaha memang tak sah kalau tak dapat internet kan. Masa ni jugak aku first time makan Rawon daging. Sedap jugak sebab dia sama macam sup daging kat Malaysia yang di makan dengan nasik. Bezanya cuma, dalam rawon tu ada sejenis buah (buah apa tah) yang khas untuk di masak Rawon tu.

Rumah Makan Rahayu
Makanan tengahari kami.
Dah selesai makan, perjalanan diteruskan. Perjalanan ke Surabaya masih jauh, kalau tak silap aku masih ada 3 atau 4 jam lagi. Kami kemudian singgah di sebuah masjid yang sangat unik dan cantik! Masjid Muhamad Cheng Ho! Ha, aku tak tau la pulak apa sejarah masjid ni. Tak sempat nak cari, tapi aku rasa la, Laksamana Cheng Ho pernah datang Surabaya kot? Menurut Pak Hafidz, ada banyak masjid Cheng Ho kat area Surabaya ni, dan yang kami pergi ni adalah yang terbesar sekali. Senibina masjid ni unik kerana ia dibina dengan senibina Cina, dan ukiran-ukiran bermotifkan corak bangunan Cina terdapa di setiap ceruk masjid ni. Bagi aku Masjid Muhamad Cheng Ho ni sangat cantik dan unik. ]


Daripada Masjid Muhamad Cheng Ho, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Surabaya. Masa tu dah malam dah, dan hujan lebat pulak tu. Sebenarnya kami bercadang nak singgah memetik epal. Tapi disebabkan kesuntukan masa, maka kami terpaksa membatalkan hasrat untuk memetik epal kerana perjalanan ke kawasan kebun epal tu agak jauh dan pendalaman. Kami terus menuju ke hostel yang dah kami booking menggunakan Agoda sewaktu di Malaysia. Mula-mula susah jugak Pak Hafidz nak cari kedudukan Hostel tu, tapi setelah bertanya-tanya pada kengkawan dia, akhirnya sampai jugak kami di hostel. 

Ok nak tidur dulu....
Ok nanti aku sambung lagi kisah di Surabaya City. Dah tak banyak yang nak diceritakan, sebab kami hanya ada setengah hari je masa untuk berjimba-jimba di Surabaya keesokan harinya. Jadi malam tu kami rehat puas-puas dulu.

Bersambung...

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com,  
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM.

16 comments:

  1. Salam,
    Cantik syot bumbung masjid tu Rain ambil. Bokeh bunga tu pun saya suka.

    Saya pun pergi masjid ini. Saya pi 2 masjid Cheng Ho di sana :)

    ReplyDelete
  2. Rekabentuk bumbung masjid spt rumag gadang d bukit tggi ye dak :-)

    Dpt mkn buah strawberry x

    ReplyDelete
  3. (nasib baik akak nampak sopan sangat takala menapak anak tangga itu).
    (bila la nak balik semenanjung nih!!!!!)

    huhu

    ReplyDelete
  4. aku tak dapat pun pergi Masjid cheng Ho, tak jumpe kat mana, tak sempat plak tu..

    ReplyDelete
  5. I went to the different version of Masjid Cheng Ho. Tapi dari segi architecture nya sama. Smaller compared to the one that you've visited.

    ReplyDelete
  6. Macam best jea rumah strawberri itu!!!



    ReplyDelete
  7. Kak NA:

    Hehehe terima kasih.
    Ha masjid lagi satu tu kecik sikit kan?

    ReplyDelete
  8. Jarimanis:

    Oh ye ke? saya tak pernah lagi ke gadung tu.

    Tak makan pon strawberrynyer.

    ReplyDelete
  9. Kak Anash:

    Sopan katanya gitew.

    Huh KBAI bercoti tak hajak!

    ReplyDelete
  10. dzuchan:

    InsyaAllah lenkali dia suh mai lagi la tu.

    ReplyDelete
  11. Zaraab:

    Yup memang yang satu lagi tu kecik sikit dari masjid yang ni.

    ReplyDelete
  12. Maszuber:

    hahaha boleh la rumah strabery tu, tapi tak sempat nak berlama-lama kat situ.

    ReplyDelete
  13. unik dan cantik sgt masjid tu..mintak2 aku sempat sampai ke masjid tu nnt..:)

    ReplyDelete
  14. entry ni buat ai teringin nk g sane...
    hope someday jadik la kenyataan...

    ReplyDelete
  15. Farah;

    InsyaAllah satu hari nanti ;)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!